Friday, September 18, 2009

Andainya Rasulullah SAW Bertamu Kerumah Kita

Assalamualaikum wbt
>
>Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba
>muncul mengetuk pintu rumah kita........ Beliau datang dengan
>tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,
>
>Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan sangat berbahagia,
>memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke
>ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
>agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
>Beliau tentu tersenyum... .....
>
>Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar
>di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di
>ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut
>ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum... .....
>
>Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang
>yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga
>memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan
> memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan
>kita meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum... ....
>
>Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah
>kita ? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal
>lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
>Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui
>sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai
>mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum... .....
>
>Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui
>satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar
>kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.
>Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi
>ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita
>tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada
>Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum... .....
>
>Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
>Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
>Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
>Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi
>menghormati junjungan kita ?
>
>Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita
>tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu
>tersenyum... .....
>
>Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita
>malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita
>menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
>duniawi.
>
>Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah
>menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana
>keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. > Barangkali kita
>menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.
>Beliau tentu tersenyum... ....
>
>Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada
>kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah
>kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya
>tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
>Betapa senyum beliau masih ada di situ........
>
>Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah
>kita......
>Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan kita
>dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah
>akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke
>rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
>
>Maafkan kami ya Rasulullah.. .......
>
>Masihkah beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum
>getir....... .
>Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
>Rasulullah

Renung-renungkanlah...

Sunday, September 6, 2009

Fasa 2

Kita sudah pun memasuki fasa 2 Ramadan. Fasa yang dikenali sebagai 'maghfirah', yakni keampunan. Jadi, mohonlah keampunan kepada Allah S.W.T. akan dosa-dosa yang telah kita lalukan. Mintalah kepada Dia dengan penuh keinsafan, sepenuh hati agar kita beroleh keampunan yang diinginkan.

Pada masa sama, muhasabahlah diri kita berkenaan 10 Ramadan pertama yang telah dilalui. Apakah kita berpuas hati dengan amalan-amalan sepanjang masa tersebut ? Adakah kita memanfaatkan sebaiknya fasa 1 yang telah jauh meninggalkan kita itu ? Adakah ada peningkatan dalam segala aspek hidup kita ?

Kita seharusnya sudah mengatur strategi sekarang. Mana yang kurang, kita tambah. Mana yang tak sempurna, kita perbaiki dan perelokkan. Masih ada masa. Namun, kita harus punya kesedaran yang tinggi. Kesedaran untuk berubah.

Kalau dulu, kita jarang buat solat sunat. Solat fardhu yang 5 saja yang diberi jaga. Itupun banyak cabaran bagi sesetengah orang. Pada bulan ini, buatlah perubahan, lakukan solat sunat sekerap yang boleh. Kalau tidak selalu, pastikan sehari sekali dan berterusan. Kalau dulu Al-Quran pun jarang-jarang kita baca. Kali ini, cubalah luangkan masa sedikit untuk membaca kitab Allah tersebut. Sebaiknya, tiap-tiap waktu solat kita baca. Itu lagi baik. Andaikata dulu hanya satu muka sehari, kita sudah pun baca 5 muka sehari kalau dibaca tiap-tiap waktu. Luangkanlah masa walau sedikit, tetapi ISTIQAMAH.

Inilah kata kunci penting dalam ibadat kita seharian. Jika kita beristiqamah dalam beribadat, kita pasti akan terbiasa dan melakukannya setiap hari. Andai amalan sunat kita lakukan walau sekejap tapi berterusan, itulah yang sebaik-baiknya untuk kita amalkan. Amalan yang walau sedikit, tapi sentiasa diulang-ulang itu lebih disukai oleh Allah S.W.T. daripada yang banyak tapi ibarat 'hangat-hangat tahi ayam'. Dalam Surah Hud ayat 112, Allah S.W.T. telah berfirman, ' Maka tetaplah kamu pada jalan kebenaran, sebagaimana yang diperintahkan padamu.'

Jadi, marilah kita ambil kesempatan yang masih ada, untuk menggandakan amalan sunat yang kita terlepas pandang. Amalan fardhu tetap harus kita jaga. Itu wajib. Kalau puasa tapi tak solat tak berguna juga. Amalan sunat ini umpama pelengkap kepada amalan fardhu. Ibarat makan nasi. Nasi putih diibaratkan amalan fardhu. Lauk-pauk pula amalan sunat, yang menambah keenakan nasi putih tersebut. Jadi, kalau malas buat yang sunat, asyik dengan yang fardhu, makan nasi putih saja. Tiada ayam masak merah, ikan 'sweet sour', sambal petai dan sebagainya. Bagaimana ? Pilihan di tangan kita sendiri. Fikirlah sebaiknya. Mungkin ini Ramadan kita yang terakhir. Siapa tahu ? Tiada jaminan kita akan bertemu Ramadan akan datang. Ingat, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit. Sementara punya upaya dan masa, lakukanlah dengan ikhlas dan berterusan...

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan di Karad

Salam..
Inilah kali pertama kami menyambut 1 Ramadhan di Karad. Belum pernah lagi sebelum ini. Suasananya agak menyeronokkan berpuasa di tempat orang. Tambahan pula, sekarang musim hujan, jadi tak meletihkan sangat. Balik saja dari kelas, dah pun petang, sekitar pukul 5. Cepat masa berlalu.

" Jom tarawih kat masjid malam nie ? " tanya Ajai kepada saya.
" Bole jugak. " saya bersetuju. Nak rasa juga pengalaman bertarawih di sini, di bumi orang.

Kami solat Isyak dahulu, kemudian bersiap dan terus bertolak keluar. Mujur malam ini tak hujan, mungkin ada rezeki.

Sesampai di pekarangan Masjid Usmaniyah, keadaan agak lengang.
" Ada ka tarawih nie ? " saya berfikir sendirian. Kami langsung memasuki masjid. Kedengaran bacaan Surah Al-Fatihah.

" Dah start agaknya. " Ajai memberitahu saya.
" Kalau camtu, jom la cepat masuk. Nanti terlepas pulak.."

Sejurus memasuki masjid, saya bertanyakan seorang penduduk tempatan untuk kepastian.
" Tarawih or isyak ? "
" Tarawih ", balasnya.

Kami terus memasuki saf tersebut. Bacaan imam sangat laju. Bayangkan, Surah Al-Fatihah dibaca seakan hanya satu nafas sahaja. Surah yang lain dibaca laju juga-mereka tahfiz barangkali, kerana ramai golongan itu di sini. Sebab itulah ia dilakukan sedemikian rupa demi cuba menghabiskan satu juzuk semalam.

Itulah kali pertama kami bertarawih di masjid. Walaupun berbeza bangsa dan bahasa, Islam menyatukan kita semua. Tiada perbezaan. Kita saudara seagama. Kami pun tidaklah rasa terasing di sini. Ya, nikmat bersaudara itu harus dipelihara sebaik mungkin.

" Setiap Muslim itu bersaudara.."

Meredah kampung

"Does anyone knows Marathi ? ", tanya salah seorang mam kepada kami, sewaktu 'posting' untuk subjek Community Medicine. Kelihatan beberapa orang pelajar mengangkat tangan. "oghang sini la tue", saya bermonolog.

Marathi merupakan bahasa yang dituturkan di Maharashtra state. Setiap state punya bahasanya masing-masing. Contohnya, Karnataka state menggunakan Kannadum. Bukan saja bahasa, tulisan juga turut berbeza, seolah-olah setiap bahasa ada identitinya tersendiri.

Semasa posting untuk Community Medicine, kami dikehendaki melawat perkampungan masyarakat tempatan di sini. Kami ditemani oleh 2 orang mam selaku 'fasilitator' kami sepanjang keberadaan kami di sana.

Setibanya di kampung yang dimaksudkan, timbul rasa kasihan dalam diri ini. Manakan tidak, kehidupan masyarakatnya yang serba kekurangan, yang mana asalkan ada sudah memadai, tak perlu berlebih-lebihan. Kelihatan kanak-kanak berjalan kaki, tanpa sepatu. Ke sana ke mari, seakan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Rumah-rumah yang ada, cukuplah sekadar tempat berteduh, sudah mencukupi. Ternakan seperti kerbau terdapat di sini. Tiba-tiba, di balik semak, kelihatannya beberapa ekor anak khinzir sekitar 8 ekor, mengekori ibu mereka ke mana saja dia pergi. Anda bayangkan. Ingatkan tak ada makhluk yang seekor ini, sebabnya itulah kali pertama ia dilihat di Karad.

Perjalanan lawatan bermula. Kami berjalan beberapa minit, melalui kawasan perumahan di kampung ini, sebelum tiba di rumah yang hendak ditujui. Dalam perjalanan, dapat kami lihat bagaimana cara hidup masyarakat di sini. 'tak ada rotan, akar pun berguna', gambaran kehidupan masyarakatnya.

Setibanya di rumah yang dimaksudkan, seorang wanita bergelar ibu datang ke arah kami. Bermulalah sesi soal jawab.
" Tuzha nau kay ? " (siapakah nama kamu ? ) Dibantu oleh mam tersebut, kami dikehendaki mengambil kes para ibu, untuk mengetahui kondisi kesihatan mereka, dan kesihatan anak mereka. Contohnya, sejarah perubatan, sejarah keluarga, imunisasi yang telah diambil dan sebagainya. Jadi, medium yang harus digunakan tentulah Marathi yang menjadi bahasa percakapan penduduk setempat. Makanya, kami patut tahu dan belajar bahasa tersebut. Kalau BCG, apa sebutan Marathinya. Campak, demam, segala yang asas wajib diketahui. 'Tempe-tempe' dari state lain pun begitu komited nampaknya untuk belajar bahasa ini. Bukan sahaja bahasa, cara mengisi borang kesihatan juga kena ambil tahu. Kalau tak, macam mana nak merekod hasil 'temuramah' tersebut.

Kelas Marathi khabarnya akan diadakan nanti. Satu perkembangan yang sihat saya kira. We are looking forward to it. Kesimpulannya, pengalaman baru di kampung itu agak menarik, dan unik walaupun terkadang hanya mendengar mereka bercakap tanpa kefahaman yang sebenarnya. Tak mengapa, kami akan cuba sehabis baik nanti. Memperkasakan komunikasi yang ada.
Insya-ALLAH...

P/s : mam = madam
tempe = pelajar tempatan

Monday, August 24, 2009

Herzlichwillkömmen ya Ramadan..

Salam Ramadan..

Syukur alhamdulillah dapat kita bersua lagi dengan Ramadan tahun ini. Marilah kita rebut peluang yang ada dengan melakukan amal kebajikan secara istiqamah, sebaik yang mungkin. Pahala yang dijanjikan berlipat kali ganda di bulan yang diberkati ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh Muslimin dan Muslimat tak kira di mana anda berada.

Puasa di sini bermula lewat sehari dari tanahair. Sesetengah tempat bermula awal, mengikut zon masa masing-masing. Ianya tidaklah begitu meletihkan, lantaran sekarang adalah musim hujan, yang begitu mendamaikan. Jadual kuliah pula agak padat. Semoga diberi kekuatan menghadapinya.

Andai kita kuat, tidak mudah putus asa, datanglah cabaran sebesar mana pun, pasti mampu kita lalui. Jadi, yakinlah dengan diri sendiri dan 'set'kan di minda, aku boleh menghadapinya. InsyaALLAH, kita pasti boleh.

' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.'

Friday, August 21, 2009

Musim Belajar kembali

Salam semua..

Setelah lama menyepi, baru punya waktu untuk b'blog kembali. Al maklumlah, saya baru saja pulang ke India balik. Rasa sat sangat la cuti sebulan nie. Ingat nak 'extend', tapi apakan daya. Cuti yang singkat tu mudah-mudahan memberi titik perubahan buat keluarga dan sanak saudara. Saya harap kepulangan kali pertama tersebut dapat memberi manfaat untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan jugak ilmu di perantauan ini. Saya pun terkena jugak penangan demam, dalam beberapa hari saja lagi nak balik universiti. Memang Allah nak menguji diri yang lemah ini. Syukur kondisi semakin baik sekarang, dek ubat a.k.a. Drug yang digunakan. Moga ALLAH S.W.T. lindungi keluarga di kampung halaman.

Alhamdulillah kami selamat sampai Krishna Universiti pagi selasa lepas, 18 Ogos 2009, setelah melalui perjalanan 6 jam dari Mumbai. Dapat la kami bersua muka dengan 'barisan muda' KIMSU. Kepulangan kami disambut dengan penuh ceria oleh 'adik-adik', yang sudah sedia menunggu. Rasa terharu la pulak..hehe..

Untuk pengetahuan, kami bertujuh telah pun LULUS MBBS TAHUN PERTAMA. Memang setinggi-tinggi syukur dipanjatkan pada-Nya. Ada jugak rezeki untuk teruskan perjuangan tahun berikutnya. Malangnya, kolej ditutup sekarang, angkara H1N1 yang tengah hangat la nie. Kat sini pun dengarnya dah 90 orang dijangkiti virus tu. Semoga Karad dilindungi oleh-Nya. InsyaALLAH esok, Jumaat bersamaan 30 Ramadan, kelas akan disambung balik.

Sedikit maklumat tentang Tahun Dua yang ingin saya kongsikan. Kami di sini belajar 4 subjek dalam Tahun Dua nie. Pathology, pharmacology, microbiology, ngan forensic medicine & toxicology ( FMT ). Agak mencabar jugak la subjek-subjek yang bakal dipelajari nanti. Kelas mula seawal 8 pagi, tiap-tiap hari. Pastu, ada 'clinical posting' jugak. Posting diagihkan ikut 'batch' masing-masing, yang mana dah mula pun 1 Ogos lepas. Ada 4 posting, Medicine, Surgery, Ob. Gyn., ngan Comm. Medicine. Saya di batch B, jadi kami kena posting untuk 'Community Medicine'. Posting pun setiap hari, satu 'department' hampir sebulan tempohnya. Lepas nie, batch saya akan ke 'Medicine' pulak. Apa-apa pun, kami semua akan cuba yang terbaik Tahun Dua nie. Kenalah muhasabah balik Tahun Satu dulu. Mudah-mudahan ada perubahan dari segi cara belajar, sebab subjek pun dah berbeza.

Setakat ini dulu perkembangan yang dapat saya habaq mai. Moga dapat bagi sikit idea untuk mereka yang ingin tahu perihal kami di sini. Ramadan pun hampir menjelang tiba. Marilah kita persiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini dengan persediaan yang secukupnya. InsyaALLAH.

Sekian untuk kali ini.
Wassalam, dan jaga kesihatan sebaiknya. =)

Thursday, July 30, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Salam..

Dah lama blog nie tak diupdate..makin banyak sawang nampaknya..huhu.. Syukur kali nie saya masih punya waktu untuk jenguk-jenguk blog, tambah post sikit, maklumlah tengah bercuti di tanahair setelah hampir setahun menunggu dengan sabarnya.. :-) Tup-tup, dah seminggu lebih pun kat sini..cepat betoi masa nie..

Lega rasanya dok kat tempat sendiri nie..nak makan apa pun senang. Tapi, sebelum nak 'dilepaskan' balik dulu, cukup-cukup menguji kesabaran kita la. Manakan tidak, kena buat medical check-up, sebab kes selesema khinzir yang tengah hangat la nie, mengalahkan cerita artis..pastu, dengan exit permit lagi. nak dapat sign pun susah. Nak buat camna, kita ikut je la..

Bercakap pasal cuti nie, kena la guna sebaiknya. Boleh la berguru pasal ilmu memasak masakan melayu, tradisional atau apa-apa je la. Bagi penuh ilmu di dada kata orang. Esok-esok, kalau teringin nak makan nasi lemak ka, lepat liat ka, lempeng ka, senang keja. Cari ja bahan, terus boleh buat. Masalah kempunan mesti takkan wujud punya la..hEe..

Ok la. Setakat nie dulu la..jumpa lagi.

('',)

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...