Monday, July 30, 2012

The Reward of Fasting


Salam w.b.t.

"You cannot eat and drink anything throughout the day??" asked one of my batchmate unbelievably one day regarding the fasting (As-Sawm).

"Yes. We can only eat after the sunset.."

The fasting month of Ramadan is another opportunity for us to increase our good deeds and practising the sunnahs of the Prophet Muhammad s.a.w. The act of fasting is not an excuse to be less productive in terms of our work or our study.

Ramadan should be the time for us to focus on how to be a good Muslim now and then. It should be the platform to set a goal and implement it in our life.

In Sahih Bukhari, there is a hadith about the reward of the fasting during Ramadan.

Narrated Abu Huraira :

Allah's Apostle said, "Allah said,'All the deeds of Adam's sons (people) are for them, except fasting which is for Me, and I will give the reward for it.'

Let's make full use of this Ramadan to get the reward as being promised by Him. (",)

Saturday, July 28, 2012

Di Kala Ambang Ramadan




Salam w.b.t.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Dengan rahmat dan limpah kurniaNya, kita masih diberikan peluang untuk terus menikmati keindahan dan ketenangan Ramadan yang sedang dilalui. Mudah-mudahan kita sentiasa mempunyai kelapangan masa untuk terus menambah amal pada bulan yang diberkati ini.

Detik kedatangan Ramadan merupakan masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana pada keesokan harinya, ibadah puasa bakal bermula. Menyambut kedatangan bulan Islam ke-9 dalam kalendar Islam ini, suatu pengalaman yang manis bagi sesetengah orang.

Seminggu berpuasa dirasakan begitu cepat berlalu. Rasanya macam baru semalam sahaja memasuki gerbang Ramadan. Sedang bermimpikah aku? Tidak. Ini betul-betul bukan cobaan...

7 Hari Lalu
Terkenang kembali keberadaan di masjid pada Jumaat malam yang lalu untuk menyambut 1 Ramadan yang dinantikan dengan penuh pengharapan dan rasa syukur. Suasana maghribnya sungguh tenang dengan kehadiran jemaah yang turut ingin mengetahui tarikh permulaan puasa. Damai sungguh malam itu. Ia seperti menantikan tarikh pengumuman keputusan SPM, berdebar-debar, dan penuh keterujaan.

Usai solat maghrib, saya bertanyakan beberapa orang penduduk tempatan hari bermulanya puasa. Esok (Sabtu) atau Ahad. Mereka mengatakan penentuan puasa akan diumumkan selepas solat Isyak, setelah dilakukan usaha mencerap anak bulan terlebih dahulu di beberapa tempat. Semuanya menantikan dengan penuh sabar. Segala kemungkinan boleh berlaku. Kalau ia bermula pada Sabtu, maka ia menyamai permulaan puasa di Malaysia juga.

Selesai Isyak, seorang jemaah mengumumkan kepada hadirin bahawa puasa akan bermula pada hari Ahad (lusa). Semuanya kelihatan berpuas hati kerana teka-teki sudah pun terjawab. Saya kira, mungkin Tuhan ingin memberi peluang lagi kepada sesiapa sahaja untuk melakukan 'persediaan' terakhir pada esok hari sebelum menempuh madrasah Ramadan, medan tempur yang sebenar.

"Yes, ada chance lagi..."

Tiba-Tiba
Keheningan suasana malam di bilik dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit sahabat saya yang mengundang persoalan. Siapa pula yang telefon malam-malam ini? Sahabat itu berbual-bual dengan pemanggil sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham mesej yang disampaikan.

"Mal, esok (Sabtu) puasa la..." kata sahabat itu.

"Owh..ok..kena bagitau yang lain-lain la.."

Sebelumnya, semua sudah mendapat mesej bahawa puasa akan bermula pada hari Ahad. Memandangkan info terbaru mengatakan puasa bermula awal, semua orang harus diberitahu mengenai berita tersebut. Sahabat itu terus menghubungi sahabat-sahabat yang lain dan memaklumkan pengumuman terbaru itu. Kecoh juga jadinya. Nasib baik mereka masih belum tidur, dan ada lagi masa untuk bersahur.

Sebabnya
Menurut salah seorang penduduk tempatan, mereka duduk berbincang semula di masjid selepas Isyak bagi penentuan permulaan puasa. Kira-kira pukul 11 malam, barulah mereka bersepakat untuk memutuskan keesokan harinya sebagai hari pertama puasa di sini. Solat terawih terus dilakukan selepas itu dan beakhir kira-kira 1 pagi.

Keputusan untuk memulakan puasa pada hari Sabtu dilakukan setelah Mangalore, salah sebuah tempat di India mengatakan mereka melihat anak bulan, menurut kata Dr. Kazi, oncologist tempatan. Maka bermusyawarah dan mengambil kata sepakat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Bersyukur dengan apa yang telah diaturkanNya
Walaupun keputusan yang diambil agak mengejut, ia tidak melunturkan semangat penduduk Muslimnya untuk melakukan salah satu ibadah rukun Islam ini. Tambahan pula, sekarang ini musim hujan di Karad dan sedikit sebanyak memudahkan perjalanan ibadah ini. Allah Maha Kaya.

Itu sahaja coretan kenangan manis menyambut kedatangan Ramadan pada tahun 1433 Hijrah ini. Seronok rasanya dapat menghayati kehidupan di bulan yang penuh barakah ini. Akhir kalam, semoga Ramadan kali ini dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Jangan kita sia-siakan peluang yang terhidang ini. Lihat balik 7 hari yang sudah berlalu dan bermuhasabah. Kalau masih kurang berkualiti, masih ada masa untuk melakukan sesuatu. Ayuh manfaatkan masa-masa pada Ramadan ini!

Sunday, July 22, 2012

Sejemput Janggut Setalam Senyuman



Salam w.b.t.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, saya berselisih dengan Dr. Usgaonkar, pensyarah subjek Forensic Medicine & Toxicology (FMT) sewaktu Tahun 2 dahulu. Sejurus melihat kelibat saya, beliau lantas bertanyakan sesuatu,

"Mohammad, what's this??" tanya beliau sambil tangannya memegang bahagian dagunya berulang-ulang kali. Tahulah saya apa maksud pertanyaannya itu setelah gaya itu ditunjukkan oleh beliau sambil tesenyum.

"How are you sir?" tanya saya tanpa menjawab persoalan yang dilontarkan itu.

"I'm fine. That's nice. Keep it..keep it..", katanya seraya berlalu meninggalkan saya dengan senyuman yang menyenangkan jiwa ini.

"Thank you sir!"

Rupanya ada juga orang bukan Islam yang memandang sunnah Nabi ini sesuatu yang baik untuk diamalkan. Saya tidak pasti apa sebabnya beliau berkata demikian. Mungkin beliau sedikit terkejut dengan penampilan tersebut kerana jarang juga kami bertemu disebabkan tahun ini kebanyakan masa berada di wad sahaja. Kadang-kadang sahaja ke bangunan kolej sekiranya ada lecture yang boleh dibilang dengan jari dalam seminggu.

Dr. Usgaonkar sudah saya anggap seperti ayah sendiri, mungkin disebabkan faktor umurnya yang sebaya dengan ayah dan sikap ambil berat beliau terhadap kami.

Kebanyakan penduduk Muslim di sini merupakan golongan tabligh yang begitu komited dengan cara dakwah mereka. Sekalipun ada yang kurang menyenangi usaha mereka, kesungguhan mereka itu sudah tentu ada ganjaran dari Allah. Dari segi zahirnya, mereka berjambang lebat dan ada juga yang sekadar menyimpan janggut sebagai usaha mengikuti sunnah yang telah Baginda Rasul tinggalkan kepada kita.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai amalan sunnah ini, apa kata kita sama-sama tonton video di bawah ini supaya kelak tiada alasan yang diberi untuk kita tidak memelihara sunnah yang satu ini. =)




Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadan Kareem!


Salam w.b.t.



Baru mendapat mesej sebentar tadi berkenaan waktu imsak dan waktu berbuka puasa dari seorang penduduk tempatan. Berasa teruja juga hendak mengetahui bilakah bermulanya Ramadan di sini.

InsyaAllah 1 Ramadan di Karad kemungkinan besar bermula Sabtu ini, 21 Julai 2012. Ini menandakan permulaan solat terawih pada malam ini (Jumaat malam). Apa-apa pun, ia akan dipastikan kesahihannya pada malam ini. Sekiranya anak bulan kelihatan, maka esok (Sabtu) bermulanya puasa 1 Ramadan. Jikalau anak bulan agak 'malu' untuk memunculkan dirinya, perlulah dilengkapkan 30 hari Sya'ban. Ia berdasarkan kaedah rukyah dan hisab.

Sekiranya 1 Ramadan bermula pada hari Sabtu, maka ia menyamai permulaan Ramadan di tanahairku Malaysia. Jadi tarikh sambutan hari raya Aidilfitri jatuh pada tarikh yang sama untuk 2 negara ini.

Menyebut mengenai kedatangan Ramadan, rasanya seolah-olah baharu semalam saya menyambut Ramadan 1432 Hijrah. Seakan-akannya kenangan bersolat terawih pada tahun lepas masih segar di ingatan. Bagaimana kami berbuka puasa bersama-sama di bilik, bagaimana kami iftar bersama-sama penduduk tempatan di masjid. Pantasnya masa berlalu. Allah Maha Kaya...

Rasa bersyukur kerana Allah s.w.t. masih memberi izin kepada hambaNya untuk terus bernafas pada bulan yang penuh keberkatan ini. Walaupun seringkali diri ini lalai dari mengingatiNya, semoga kedatangan bulan di mana Al-Quran diturunkan ini menjadi titik tolak untuk melakukan peningkatan ibadah dalam usaha menjadi hamba yang diredhaiNya.

Jadi, di ambang kedatangan bulan puasa ini, mari kita perbaharui azam Ramadan kali ini supaya ia menjadi Ramadan yang paling baik dalam sejarah hidup kita. Memang kelihatannya susah, tetapi sekiranya ia dilakukan secara berterusan dengan sabar, insyaAllah ia akan menjadi darah daging kita, seperti yang disampaikan oleh Ustaz Zainul Asri.



Antara petikan kata-kata dari video di atas yang menarik :

"Kerja rumah nie berat..tapi kita kena buat sebab kita dah takdak masa.."

"Bagi kerja kat anak murid tua..takpa no..redha la..."

"Nie tok guru baik..tak marah..."

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK..."

"RAMZAN EID MUBARAK..."

Thursday, July 19, 2012

Nasihat Habib Ali


Salam w.b.t.

Allah itu Maha Pengampun dan sedia mengampunkan dosa hamba-hambaNya sekalipun manusia kerap ingkar dengan suruhannya.

Nafsu itu, sentiasa mengajak manusia melakukan pelbagai perkara jahiliah yang nampak seronok dan melekakan sehingga ibadah kepadaNya dipandang ringan dan membebankan.

Salah satu cara untuk ke syurga adalah dengan tidak melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu, melawan kehendak nafsu yang meronta-ronta inginkan kebebasan dan keseronokan semata-mata.

Sungguh, syaitan yang terhijab dari pandangan itu begitu gigih berusaha menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan ke jurang neraka. Maka kita harus melipatgandakan usaha untuk berusaha melorongkan diri ke jalan yang benar, yang membawa kita ke syurgaNya yang cukup indah.

Caranya, bermujahadah meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadah.

Menulis, mengucapkannya kelihatan sungguh mudah. Namun untuk melaksanakannya memerlukan komitmen yang tinggi dan usaha yang berterusan. Niat perlu diluruskan semata-mata keranaNya, bukan sebab orang-orang tertentu, bukan sebab hendakkan perhatian. Ia harus terbit secara ikhlas dari lubuk hati supaya perbuatan yang terhasil juga ikhlas dengan mengharapkan keredhaanNya.

Ingin saya kongsikan satu video buat tatapan semua, terutamanya kita remaja yang berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya nikmat berada dalam zon penuh keselesaan dan kesenangan dunia.

Dengarkan mutiara nasihat oleh Habib Ali Al-Jufri kepada remaja yang sangat berguna.


ps : video ini merupakan perkongsian dari seorang sahabat.
pss : Ramadan semakin menghampiri. Sungguh rindu diri ini untuk bertemu dengannya...

Sunday, July 15, 2012

La Tahzan ya Akhi

Salam w.b.t.

Kehidupan Sentiasa Dihujani Ujian
Hidup ini ada naik dan turunnya, ada pasang dan surutnya. Terkadang kita berasa begitu bersemangat untuk melakukan sesuatu, terkadang kita terkandas di tengah jalan. Ketika bersemangat itu, segalanya mungkin untuk dilaksanakan. Tiada istilah jemu dan penat.

Apabila tiada semangat, segala idea hanya tinggal jadi angan-angan dan tiada penterjemahan melalui perbuatan. Sebab itulah, kita perlu sentiasa memotivasikan diri supaya semangat sentiasa meningkat naik dan mendorong kita melakukan peningkatan amal.

Dunia seorang pelajar tidak akan pernah sunyi daripada kegagalan. Kegagalan itu hanyalah ujian untuk melihat apakah tindakan kita selepasnya, hendak berubah atau tidak. Sebenarnya, kejayaan juga suatu ujian bilamana seseorang itu merasakan sudah cukup selesa dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi hari esok yang lebih mencabar.

Gelap Masa Depan....
Pernah suatu masa dahulu, seseorang mengatakan kepada saya bahawa masa depannya sudah gelap, kerana dia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti selepas SPM. Dia nyata kecewa kerana sahabat-sahabatnya yang lain berpeluang ke kolej atau ke politeknik sekurang-kurangnya. Padanya, segalanya bagai sudah di penghujung.

Saya cuba memberi semangat kepadanya dan berpesan, rezeki setiap orang itu sudah ditetapkan oleh Allah. Tinggal lagi kita sendiri yang perlu selalu berusaha dan yakin dengan janji-janjiNya.

"Adik, jangan mudah menyerah. Mungkin rezeki adik berada di tempat lain, yang lebih baik sebagaimana yang Tuhan dah susun untuk adik. Adik kena usaha lebih lagi, dan sentiasalah berdoa mohon dipermudahkan urusan oleh Allah. Peluang tu masih ada, cuma masanya belum tiba lagi."

Saya yang mendengar keluhannya, cuma mampu mendoakannya dari jauh agar Allah memberikannya yang terbaik suatu masa nanti. InsyaAllah...

Jangan Bersedih
Firman Allah dalam surah Ali-'Imran, ayat 139 :


"Dan janganlah kamu takut, dan janganlah pula kamu bersedih. Bahkan kamu merupakan orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu bertakwa."
- salah satu ayat kegemaran saya.

Apabila memasuki alam kolej atau universiti, suasananya berbeza 360 darjah dari zaman persekolahan dahulu. Sangat-sangat berbeza. Kalau tidak betul-betul sabar, boleh kecundang jawabnya. Saya pernah melalui zaman kegagalan sehingga merasakan kesedihan yang teramat. Namun, saya yakin itu merupakan teguran dari Tuhan agar saya memperbaiki kelemahan dan berubah meningkatkan potensi dalam diri.

It is not at the end of the world, bak kata pepatah orang putih. Walaupun dunia diramalkan kiamat pada Disember 2012, tiada siapa yang boleh mengesahkan kesahihannya. Tiada siapa yang mampu meramal, apa yang bakal berlaku kelak.

Jadi, setiap peluang yang terhidang, harus dimanfaatkan dengan baik. Setiap usaha yang dilakukan, harus diakhiri dengan tawakkal kepada Allah. Dia tempat kita meminta sesuatu yang dihajati, setelah puas berusaha.

Renungan
Akhir kalam, saya akhiri coretan ini dengan satu petikan kata-kata daripada sebuah blog yang tidak asing lagi di abad ini, iaitu Malaikatpakaigucci.

"Akhi, saya tahu it's easier said than done. Dan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya faham sangat tu. Tapi... Apa-apa pon keputusannya nanti, saya harap anda dapat redha dan bersabar dengannya. Keputusan baik pon satu ujian, keputusan yang tak berapa nak baik pon satu ujian juga. Dan samalah, keputusan yang baik tu satu nikmat, keputusan yang tak berapa nak baik tu satu nikmat juga; kalau kita ni hambaNya yang bersyukur dan melihat setiap sesuatu tu adalah tarbiyah dari Dia.

Saya harap sangat anda dapat jadi manusia yang Nabi SAW sebut dalam sebuah hadith:

"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

Senyum.

Dan akhi, Allah berfirman dalam al-Quran:

"Diperintahkan kamu berperang, sedangkan ianya sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]

Senyum lagi.

Insha-Allah, apa-apa keputusannya, saya yakin itulah yang terbaik untuk anda.

Saturday, July 14, 2012

Shalom!


Salam w.b.t.

Mengikut Concise English Dictionary & Thesaurus :


Hebrew bermaksud The Semitic language of the Hebrews, in its ancient or modern form. 
Semitic pula merujuk kepada Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian.

Jadi wujud persamaan antara bahasa Hebrew dan bahasa Arab dari 3 segi disebabkan ia berada dalam kelompok yang sama.

1. Sebutan huruf.
Sebutan huruf dalam bahasa Arab dan bahasa Hebrew hampir serupa. Cuma simbolnya yang mempunyai perbezaan. Contoh :

Hebrew                                                                          Arab
Aleph                                                                              Alif
Beyt                                                                                 Ba
Mem                                                                               Mim
Lamed                                                                            Lam
Ayin                                                                                'Ain

2. Bunyi huruf.
Untuk membunyikan huruf dalam Hebrew, ia memerlukan titik (.), sempang (-) atau huruf T kecil (T). Simbol-simbol ini diletakkan sama ada di atas atau di bawah huruf. Misalnya :

שׂ (left dot) - dibaca sebagai 'sin'.
שׁ (right dot) - dibaca sebagai 'shin'

Bahasa Arab pula memerlukan baris supaya maksud yang ingin disampaikan difahami oleh pembaca. (kitab-kitab Arab lama kebanyakannya tidak mempunyai baris)

3. Cara bacaan.
Bahasa Hebrew dan Arab dibaca dari kanan ke kiri, tidak seperti bahasa Melayu, Inggeris, Hindi dan sebagainya.

Contoh perkataan Hebrew :

1. Shalom - hello.
2. Mah shlomkha? - apa khabar?
3. Ani beseder, todah. - Saya sihat, terima kasih.
4. Ve at(L)/atta(P)? - dan kamu?
5.  Slikha - maafkan saya. (excuse me)
6. Boker tov - Selamat pagi.
7. Erev tov - Selamat petang.

p/s : Sentimen Anti-Semitik seperti yang dilaungkan oleh golongan Zionis sepatutnya bukanlah melambangkan anti-Yahudi semata-mata. Buktinya, lihat sendiri apa maksud semitik.


Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...