Wednesday, September 19, 2012

Belajar Ilmu Sabar


Salam w. b. t.

Hari ini selesai juga aktiviti memperbaharui permit setelah hampir 2 minggu berstatus pendatang tidak halal. Agak leceh juga prosedur yang perlu kami ikut walaupun sebenarnya ia tidaklah sesukar mana pun.
Ditambah pula dengan ujian sabar sementara menunggu kedatangan pegawai polis untuk menurunkan tandatangan yang mahal itu.

Lega rasanya.

Ia seolah-olah selesai merenew lesen motor yang telah mati, di mana kita boleh bersiar-siar di kota dengan bergayanya tanpa bimbang diganggu oleh pakcik polis.

Oh ya, hari ini merupakan hari pertama sambutan perayaan Lord Ganesh di India. Ia merupakan salah satu tuhan yang dijelmakan dalam bentuk berkepala gajah dan berbadan manusia. Boleh baca di sini.

Semalam merupakan detik-detik terakhir bagi penganut agama Hindu untuk keluar membeli-belah sebagai persiapan menyambut perayaan ini. Sempat juga saya menangkap beberapa gambar untuk menunjukkan kemeriahan di sini ketika sesuatu perayaan tersebut.


Semuanya tak mahu melepaskan peluang.



Kalau hilang kasut kirim salam la..

Ini belum tengok lagi suasana sebelum Deepavali. Memang meriah la kata orang. Betapa setiap bangsa yang Tuhan ciptakan itu, adalah supaya kita dapat mengenal dan mengambil pengajaran daripadanya.

Dan secara rasminya hari ini merupakan cuti umum. =)

Walaupun banyak dugaan yang dihadapi semasa ke balai polis, ianya sedikit terubat apabila kami tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan pegawai polis itu.

Setakat itu dulu untuk kali ini.

Wassalam...

p/s : Katanya, transplant kepala yang pertama dilakukan oleh Tuhan Ganesh...just kidding ok...

Monday, September 17, 2012

Realiti bukan Fantasi


Salam w.b.t.

Artis segera, popularitinya cepat naik, cepat juga ia turun. Ia suatu fenomena yang melanda negara suatu masa dahulu. Ramai yang bersemangat untuk menyertai program realiti untuk menjadi penghibur masyarakat. Sekarang pun masih ada cuma tidak sekerap dahulu.

Realiti program realiti hari ini banyak menjurus kepada program yang berunsurkan keagamaan. Tengoklah sendiri, kita ada program Imam Muda yang bermanfaat kepada golongan belia. Program ini ada pro dan kontranya, namun sedikit sebanyak ia berupaya menarik golongan remaja ke arah meningkatkan kefahaman diri terhadap pengetahuan agama.

Isu ustaz segera pun menjadi topik perbincangan utama di mana-mana sahaja. Apabila seseorang itu berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik, ia suatu langkah yang sangat digalakkan dan wajar dicontohi. Lalu, dia mula bercerita soal agama kepada hadirin, dia berkongsi pengalaman hidupnya sebelum dan selepas berhijrah itu. Saya kira ia suatu tindakan yang baik untuk mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup Islam yang betul mengikut syariat. Selagi mana ia tidak terpesong dari ajaran Islam, berdakwahlah dan sampaikanlah ilmu secara umum. Kalau bukan ahli dalam sesuatu cabang ilmu itu, lebih baik tinggalkan atau bicarakan sekadar superficial sahaja.

Tujuan, atau halatuju masyarakat hari ini sudah berubah. Ramai yang gemar mendengar ceramah-ceramah agama, mengikuti kuliah dan pelbagai lagi yang boleh mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Satu perubahan yang harus berterusan dan diharapkan tidak bermusim.

Persoalannya, cukupkah sekadar 'baik' ketika berkuliah namun hanyut apabila berada di 'lapangan sebenar'? Sama-sama kita fikirkan...

p/s : Akhirnya dapat juga ilham untuk mengapdet...

Tuesday, September 4, 2012

Perubatan Islam Satu Alternatif

Salam w.b.t.

Perubatan Islam merupakan salah satu kaedah perubatan yang diamalkan oleh masyarakat pada hari ini. Selain mendapatkan rawatan di hospital, kaedah rawatan yang menggunakan ayat suci Al-Quran boleh dijadikan sebagai pelengkap kepada sesuatu rawatan.

Perubatan moden digabungkan dengan amalan ayat Al-Quran,suatu yang cukup berkesan untuk merawat penyakit fizikal serta penyakit rohani.

Kenapa perubatan Islam turut menjadi pilihan oleh orang ramai? Jawapannya, wujud di sana satu kumpulan penyakit yang tidak boleh dikesan melalui peralatan yang canggih di mana ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita.

Salah satu daripadanya adalah santau. Dalam dunia yang serba maju ini, dunia yang dibanjiri dengan telefon pintar serba canggih mahupun ultrabook yang banyak memudahkan urusan seharian, masih ada segolongan insan yang menggunakan taktik halus untuk mengganggu kehidupan orang lain.

Jadi perubatan Islam menjadi pilihan untuk mengelakkan sebarang gangguan yang melebihi kemampuan akal untuk mentafsirkannya.

Pada Sabtu yang lepas, adik saya telah berpeluang menghadiri Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam. Kalau ikutkan hati, saya juga mahu turut serta dalam program itu. Namun apakan daya, tiada rezeki untuk menyertainya. Mudah-mudahan ada rezeki pada seminar akan datang.

Pada seminar tersebut, Ustaz ada berkongsi mengenai saka dengan para peserta. Apa yang dimaksudkan dengan saka dan kaedah rawatannya. Saka diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Mereka yang mempunyai saka akan menunjukkan beberapa tanda yang akan saya kongsikan pada coretan akan datang.

Mendengar pengalaman adik mengikuti program itu, membuatkan saya sedikit cemburu kerana peluang untuk bersemuka dengan Ustaz adalah suatu yang cukup bermakna. Tambahan pula, kehadiran peserta yang begitu ramai menunjukkan bahawa masyarakat hari ini sentiasa dahagakan ilmu dalam kesibukan dunia yang mencabar.

Akhir kalam, ayat-ayat suci Al-Quran itu ada penawar yang mujarab untuk setiap penyakit. Baca, fahami maksudnya supaya kita dapat merasa sendiri kemanisan kalamullah yang cukup agung sebagai bukti cinta Allah kepada hamba-hambaNya.

Monday, September 3, 2012

~Worth Than 1000 Words~


Salam w.b.t.

Hari raya, waktu untuk berkumpul sesama saudara.

Yang jauh didekatkan. Yang dekat dimesrakan.

Sungguh bermakna walaupun berjumpa cuma seketika.

Takkan ternilai dengan wang yang berjuta.

Semoga tahun depan kita dapat bersua lagi.

Gambar kenangan untuk tatapan bersama.


Sepupu yang ceria belaka.

 Abah a.k.a. Abi a.k.a. Walid.

Saudara jauh.

Makan + sembang.

"Comel tak?"

Bersama emak dan sahabat lama.

Lagi gambar comel yang boleh mengganggu tidur yang lena.

Bersama engineer Afnan.

Sahabat sekampung dunia dan akhirat.

Bersahabat itu, tiada jarak yang menjadi pemisah.
Terima kasih dengan kedatanganmu sahabat.

Dengan big brother a.k.a. adik Fi.

3 bersaudara.

Makan lagi..

Walaupun cuma seketika, detik ini tidak ternilai harganya.


Bersahabat itu, sampai bila-bila, tiada had masa.

Tempoh persahabatan kita sudah lama, tapi kenangan dahulu sentiasa segar di ingatan.

Sunday, August 26, 2012

Suatu Pagi di Hari-Hari Sebelum Raya


Salam w.b.t.

Seminggu sebelum raya merupakan detik waktu yang menyeronokkan, sekiranya, kita berada di rumah pada waktu tersebut. Dapat berbuka puasa bersama keluarga merupakan suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Suasana di bazar Ramadan juga begitu menarik perhatian dengan menawarkan pelbagai jenis juadah berbuka dengan harga yang berpatutan. Keinginan untuk membeli harus dikawal supaya tidak berlaku pembaziran.

Sewaktu pulang ke rumah baru-baru ini, sempat juga saya dan adik-adik beriadah di pagi hari. Apa lagi, jogginglah. Sambil beriadah, sambil mengambil gambar pemandangan alam yang sungguh memukau jiwa. Sungguh indah alam ciptaan-Nya...


Matahari mula memancarkan sinarnya.



 The Long Journey








 Masuk la kalau berani!








 3 kerdil jadian


Gambar kesukaan saya. (tiada kaitan dengan riadah)
Ketika sedang menunggu kaum hawa membeli barang di Tesco.

Walaupun cutinya tidak lama, rasa agak berbaloi juga. Ya la, dapat jumpa sanak saudara. Dan paling penting, boleh merasa ketupat, rendang, nasi himpit dan yang sewaktu dengannya! Sodap-sodap belaka habaq hang... =)

p/s : Esok bermulalah posting baru, Paediatrik a.k.a. Kanak-kanak. Kena jadi budak-budak la kejap nampaknya...

Friday, August 24, 2012

Rumahku itu, Syurgaku di Dunia..

Salam..

Sudah terlalu lama tidak menjenguk Saudagar Minyak Atar dek kekangan masa yang begitu cepat berlalu.
Alhamdulillah saya selamat kembali ke bumi Karad setelah pulang bercuti hari raya untuk seketika. Walaupun cutinya tidak rasmi dan tidak lama, rasa bersyukur juga diberikan peluang untuk berpuasa dan berhari raya di kampung halaman.

Banyak kisah yang ingin dicoretkan sepanjang percutian singkat itu. InsyaAllah akan saya ceritakan pada masa akan datang.
Wassalam..

Tuesday, July 31, 2012

The Virtue of Suhur


Salam w.b.t.

When I was a child years ago, I felt so excited to celebrate the holy month of Ramadan with my family. The feeling was such that, I wished the fasting would lasts throughout the year as I felt the utmost peace both physically and mentally during Ramadan.

The memory of suhur was still intact in my precious God-gifted brain. Around 4 am, my father would wake my siblings and me up to eat something before the azan of Fajr prayer started. My mother would prepare the dishes as fast as possible so that we could make it on time. You can imagine how syahdu the situation is, where during the quietness of the dark night, there were these slaves of Allah who sacrificed their enjoyment of sleep in order to follow the Order of Allah s.w.t.

After we finished the suhur, my father would reminded us to say the fasting's intention (niat puasa). He dictated the lafaz, while we instead of writing it down, would follow his saying words by words. How delighted I was during that moment, as we as one family could be together in the holy month of Ramadan.

Now, I longed for the precious moment to come again. I miss every single minute of the environment when I was a child couple of years ago. I hope Allah would make me live long enough to reach the door of my house so that I can experience the memory once again. =)

There are few hadiths in Sahih Bukhari mentioning the virtues of action of suhur. Let's check it out~~

1. Narrated Anas bin Malik : The Prophet said, "Take Suhur as there is a blessing in it."

2. Narrated Sahl bin Sad : I used to take my Suhur meals with my family and then hurry up for presenting myself for the (Fajr) prayer with Allah's Apostle.

3. Narrated Anas : Zaid bin Thabit said, "We took suhur with the Prophet. Then he stood for the prayer." I asked, "What was the interval between the Suhur and the Adhan?" He replied, "The interval was sufficient to recite fifty verses of the Quran."


Let's grab the benefits of the suhur in this holy month which is approved by the saying of our beloved Prophet s.a.w. One more thing, the suhur differentiates the fasting of Muslim and non-Muslim in such a way to show the beautiful way of Islam's life.


May Allah s.w.t. guide us to be a humble person in this month and the coming months so that the purpose of Ramadan to produce the "Al-Muttaqun" is achieved successfully.

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...