Sunday, February 21, 2010

Kita perlu bertindak...

Salam...

Alhamdulilah kembali diberi peluang, setelah sekian lama hilang tanpa berita.

Beberapa hari saja lagi, kita akan bertemu dengan tarikh di mana seorang tokoh yang paling hebat dalam sejarah, dilahirkan. Kedatangannya menjadi rahmat buat seluruh alam.

Itulah dia Maulidur Rasul.

Saat kelahiran Rasulullah S.A.W., api yang sentiasa menyala dengan di negeri Yaman serta merta terpadam. Penduduk mula bimbang. Ini seakan-akan satu petunjuk, akan kedatangan manusia hebat yang bakal mengubah sejarah.

Maknanya, sedar atau tak, kita dah pun berada dalam bulan Rabi'ul Awal. Bulan ketiga dalam kalendar Islam. Jadi, sudah hampir 3 bulan kita dalam tahun baru Islam 1431H.

Satu persoalan yang nak saya lontarkan.

Macam mana dengan azam tahun baru Hijrah anda semua ?

Masih dipraktikkan sampai sekarang ?

Atau sudah berhenti separuh jalan ?

Kalau masih kekal dilakukan, alhamdulillah. Kalian sudah berjaya membuktikan kata-kata kalian untuk berubah. Ucapan kalian bukan sekadar omongan kosong.

Andai 'hangat-hangat tahi ayam', maknanya kita tak betul-betul serius, hanya pandai cakap saja. Sedangkan junjungan Baginda sendiri sentiasa bersemangat untuk menyebarkan Islam. Rasa menyerah kalah tak ada dalam diri Baginda. Kalau kita di tempat Baginda, mampukah kita bertahan ?

Action speaks louder than words.

Kata-kata mesti disertai dengan tindakan. Bila kita bertindak, orang lebih percaya, yakin dengan kita. Pandai cakap tapi tak buat, adalah suatu yang tidak berguna.

Orang nak tengok apa usaha kita.

Nak cakap cukup mudah. Sesiapa saja boleh berbicara. Tapi cuma sedikit yang berusaha untuk mengotakan apa yang dijanjikan. Kita kata nak lulus peperiksaan. Berkobar-kobar cakap kat semua orang. Tapi, sendiri tak usaha nak baca buku. Tak usaha nak pergi kelas. Kalau hanya niat tanpa usaha, memang tinggal niat saja la.

Apa yang penting, usaha jangan terlalu drastik.

'Hari nie kena habiskan 5 topik, by hook or by crook.'

Bukan macam tu. Kita buat berperingkat-peringkat. Kalau terlampau laju, takut kita cepat bosan. Biar lambat, asalkan usaha kita konsisten.

Fikir balik azam kita. Adakah dilakukan secara konsisten. Nak kekalkan itulah antara masalahnya. Apa-apa pun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jangan asyik nak bagi alasan.

Nak atau tak nak, dua soalan yang patut kita soal diri kita.

Lepas tu, mulakan langkah pertama tanpa ragu-ragu.

Semoga usaha kita diredhai Allah S.W.T. InsyaAllah..

p/s : Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Dr. H.R. Tata, direktor Krishna University. Allahyarham meninggal dunia pada sabtu malam ahad (20 feb). Al-Fatihah...

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...