TEL AVIV - Ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza, semalam.

Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.

Satu siri serangan udara kini sedang dilancarkan di seluruh Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhdap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain kumpulan militan yang lain.

Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

Petikan berita Sinar Harian 2 hari lalu menceritakan serangan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap Palestin. Mereka giat melancarkan serangan demi serangan untuk membunuh tentera Hamas dan melumpuhkan aktiviti kumpulan itu.
Terbaru, Israel turut mengebom pejabat Perdana Menteri Palestin serta bangunan-bangunan kerajaan.
Sejak dahulu lagi penduduk Gaza telah ditindas oleh tentera Israel yang mahu merampas Palestin secara total. Dahulunya, negara Israel cuma sekangkang kera namun kini kita lihat, hasil penindasan mereka, peluasan kawasan telah dilakukan walaupun ramai yang membantah tindakan tersebut.
Teringat kepada salah satu surah dalam Juz 'Amma, yang antara lain bermaksud,
"Sesungguhnya bersama kesusahan itu, ada kemudahan.."
Marilah kita mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan kemenangan serta kecekalan tentera Hamas dalam usaha menegakkan agama Allah S.W.T.
Palestin, jangan dilupakan dari hidup dan doa kita.