Monday, May 18, 2009

Satu yang penuh makna

Apabila bersatu, kuatlah kita..
Apabila berpecah, lemah jadinya..
Apabila dihargai, terasa ingin terus memberi..
Apabila ditinggalkan, terasa seolah-olah hidup ini kosong..

Di manakah silapnya..?

Bagaimana kesatuan dapat dijana, andai hidup mementingkan diri..?

Lupakah dikau akan sejarah Melayu Melaka ? Dek kerana sikap itulah, jatuhnya kesultanan yang agung suatu masa dulu..

Jadi, marilah kita semua bersatu, kerana agama yang diredhai-NYA hanyalah satu, iaitu ISLAM, THE WAY OF LIFE..

Sunday, May 17, 2009

Bagaimana Rupa Islam?

Salam wbt.

Kali nie, jom kita tengok macam mana rupa Islam itu..
Saya kongsikan bersama email yang saya dapat dari saudara Isa Azzaki.. ('',)


Ana kongsikan email yang ana dapat, moga menjadi pengajaran buat kita semua. Insha Allah..


Bagaimana RUPA agama Islam?



Hari ni saya nak cerita pasal RUPA agama, anda sudah lama memeluk agama Islam, tapi tahukah anda akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?


TIGA BENTUK RUPA AGAMA

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yang mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk agama Islam.
Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam secara jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar agama Islam.


Sebelum ini pernah ada orang tanya saya, adakah Malaysia ini negara Islam?
saya kata: “Bila kita pergi pasar malam, tidak pula kita jumpa label pasar malam, tapi kalau anda tanya budak-budak pun, mereka tahu itu pasar malam”.



Kenapa?


Kerana di situ ada amalan pasar malam. Apa amalan pasal malam?
Ada orang jual, ada orang beli dan pada waktu maghrib, tetapi malam esoknya orang dah tidak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yang sama, sebab dah tidak ada amalan pasar malam…!!!


Jadi, di Malaysia tempah tumpah darah saya dan mak saya ni, Sesetengah tempat memang macam negara Islam, sesetengah tempat memang macam negara orang kafir!!! Oh, tepuk dada tanya iman.


Oleh yang demikan adalah penting kita orang-orang Islam mewujudkan amalan Islam yang boleh dikatakan sebagai rupa Islam. Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yang pertama…

Pertama:
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORANG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (di rumah).


La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni?


"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"
(Lagu: peristiwa akhir zaman)


Sekarang ni, trend orang muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang, maklumlah ada cerita "Superman Return" (bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!


Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau orang kafir tengok masjid kosong tidak rasa apa-apa, kita orang Islam janganlah seperti itu.


Saya pernah dengar satu ceramah, ustaz tu beritahu, LEBIH KURANG: Apabila 25% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli-ahli maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi-sembunyi.


(Oh...patutlah sekarang ni maksiat orang berani buat terang-terangan)


Apabila 50% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.

(cuba rujuk hari Jumaat akibat satu waktu yang orang Islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yang pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, ditanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari Jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yang pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?...Oh. ..)


Apabila 75% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu, maka Allah akan campakkan kegerunan orang kafir kepada Islam.

(patutlah Bush dan sekutunya yang lain tidak takut langsung pada umat Islam, apa nak heran dengan nuclear? bom tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah!!)


Apabila 100% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu, maka orang Islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat r.a., bila mereka memerintah dunia? Rujuk masjid mereka bagaimana?)

Huh...sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tidak sedar masjid kosong!!! Yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yang kerajaan tidak larang (solat berjemaah), tiada pulak usaha di buat.


Kedua:
ADA ORANG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT


Dulu-dulu pada zaman sahabat Nabi SAW, jika melewati rumah-rumah mereka di akhir malam, maka akan kedengaranlah bunyi orang menangis, bermunajat kepada Allah. Malam ini, jika anda berjalan di kawasan perumahan orang-orang Islam, apa yang anda dengar? Senyap sahaja…tiba tiba:


GOAL!!!!!!!


ingat pesan Kak Pah: "Carilah ketenangan dalam diri sendiri, Munajat di sepertiga malam"

Isks…isks…isks…

Ketiga :

ADA SUASANA AGAMA IAITU:

-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


Huh, hari ini cuba anda bertanya pada anak-anak , “siapa yang paling kuat?”

Ada mereka cakap Allah yang kuat, atau apa?

Mereka akan cakap: “Naruto dari kampung Konoha lah…”

Saya kata: “Apa pulak, Hokage ke-5 lah yang paling kuat, Tsunade-sama! !!”

(Oh...ummat sedang menderita…)

Lepas tu cuba anda pergi pada wanita hari ini dan tanya mereka, “siapa yang paling kuat?”

Wanita hari ini cakap: “Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!”

Saya kata: “Apa pulak, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah lah…”

(Oh..ummat masih menderita…)


Kemudian, cuba anda pergi pada rakan-rakan lelaki anda dan tanya mereka, “siapa yang paling kuat?”

Lelaki-lelaki akan cakap: “Brazill…pasukan samba, paling kuat!!!”

Saya kata: “Apa pulak, Jerman lah, sebab Piala Dunia kat Jerman !!!

(Oh...ummat masih, sedang dan terus menderita…)


Hindun yang pernah bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah r.a.) dan bersumpah tidak akan masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam juga, kenapa?

Jawabnya: “Pada malam pembukaan kota Mekkah, saya telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya… “


saya ulang: MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA !!!


saya ulang lagi sekali: ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA !!!


Oh...kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa Cina dan India yang duduk di Malaysia yang ada rakyatnya yang bagus dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya… Oh…


KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!


Kerana itu juga pada zaman sahabat dulu orang bukan Islam telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat r.a., mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dengan mereka. Mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.



YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH-MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA


--------------------------------------------------------------------------------




Di waktu segala jalan hubungan bumi ditutup orang, jalan hubungan ke langit lapang terluang...




Faqir ila Rabbihi,

Isa Azzaki Zainal

‘Mecca Project’

Apple’s ‘Mecca Project’ provokes Muslim reaction


Wednesday, October 11, 2006 - 12:10 AM EDT
"On October 10, 2006, an Islamic website posted a message alerting Muslims to what it claims is a new insult to Islam. According to the message, the cube-shaped building which is being constructed in New York City, on Fifth Avenue between 58th and 59th Streets in midtown Manhattan, is clearly meant to provoke Muslims. The fact that the building resembles the Ka'ba, is called 'Apple Mecca,' is intended to be open 24 hours a day like the Ka'ba, and moreover, contains bars selling alcoholic beverages, constitutes a blatant insult to Islam. The message urges Muslims to spread this alert, in hope that 'Muslims will be able to stop the project,'" The Middle East Media Research Institute (MEMRI) reports in an article dated October 11, 2006.

- This is what THEY are saying about this project.. -

Apple Store Fifth Avenue opened as a destination, a "mecca," if you will, meaning only "a place that attracts people of a particular group or with a particular interest" and we mean nothing else by the use of the word "mecca" — in fact, we're sorry we used it already, but we did so only because the MEMRI story used the word and, oh, we used it once in a headline for the Apple Store Fifth Avenue. Let's just forget about that one, okay?

As we were saying, the Apple Store Fifth Avenue opened as a destination on May 6, 2006, so it's too late to "stop the project," by which we mean no disrespect. The "Genius Bars" contained (below ground, not in the cube) within the retail store dispense Macintosh computer advice, when not being overrun with generally clueless iPod owners: NO ALCOHOLIC BEVERAGES ARE SERVED (to customers, that we know of, not including ourselves - don't ask).

The Apple Store Fifth Avenue is not "a new insult to Islam" nor is it "clearly meant to provoke Muslims." Instead, it is meant a paean to the cube, as the perfect form or whatever the hell, sorry... heck, Steve Jobs thinks it is - even though the perfect form is a sphere (again, we mean no disrespect to Islam; or Jobs for that matter; in fact, we're probably wrong about the sphere... Yeah, we're definitely wrong). You see, Jobs has a serious love of cubes (see NeXT Cube, Power Mac G4 Cube), you might even call it a cube fetish... uh... or not... um, never mind.) and it is clearly meant ONLY to provoke retail sales for Apple products (and those products from certain chosen ones, you know, like Belkin, Bose, etc.) to all people, including Muslims.

Jobs, we hope this is a joke, by which we mean no disrespect to anyone if it isn't. No disrespect whatsoever.



We are not sure what is their agenda, behind such 'big project'..
What is their truly intention ?
Whatever reasons given above, don't accept them, unless we get the actual idea about this issue. For me, I do believe that this is another propaganda, or tactic to bring false understanding regarding regarding Islam.

What's important nowadays, prepare yourselves with 'strong shields' first. I mean, we Muslims must practise the true life of Islam, do what is asked by Allah S.W.T., and leave what is forbidden. Don't insult others, although THEY say bad things about us..although they spread 1001 lies to the world.
But, act wisely, as what Islam is all about.
Even our Prophet Muhammad S.A.W., did not talk bad things when he was humiliated. This is the value that must follow, and apply in our daily life. Don't let the anger control yourself.

Thus, lets muhasabah what have we done as Muslim. Have we carry out all the duties as Muslim, whole-heartedly..?

Thursday, May 14, 2009

Post-Mortem

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat ibunda Che Muniroh Bt. Hj. Hassan, yang berada di kampung halaman. Semoga dipanjangkan umur oleh-NYA. Amin..

Bedah siasat @ 'post-mortem', amatlah sinonim dengan kes-kes kematian berkaitan kemalangan jalan raya, kes bunuh dan sebagainya. Secara amnya, ia dilakukan untuk mengenalpasti sebab kematian, selain maklumat terperinci berkaitan sesuatu kes tersebut. Ia bersifat menganalisa dan membuat kesimpulan. Post-mortem bukan hanya terhad kepada ruang lingkup perubatan sahaja, bahkan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita, misalnya post-mortem seusai kita tamat sesuatu peperiksaan itu, khususnya bagi kita yang bergelar pelajar ini.

Alhamdulillah, selesai sudah 'preliminary exam', kelmarin harinya ( 13 may ), untuk batch C ( batch saya la tue ). Kami kat sini dibahagikan kepada 5 batch..A sampai E. Memang dah tersurat yang batch C nie habis exam awal.hehe..
Tapi, yang peritnya, kami yang batch C nie, exam praktikal 3 hari berturut-turut. Isnin-biochemistry, selasa-physiology, rabu-anatomy. Huh..cukup 'pack' la kata orang. Kalau tak cukup 'glucose' masa tu, alamatnya lembab la otak ni proses maklumat.
Penat-penat pun, perjuangan harus diteruskan. Walaupun study ala-ala kadar je, akibat kekurangan masa dek silibus yang terlampau la banyak. Lepas habis saja praktikal anat, terasa semacam kurang sikit bebanan yang ditanggung selama nie. Manakan tidak, sepanjang tempoh exam, masing2 terasa kegelisahan yang amat, sambil membayangkan siapalah cikgu yang akan ambik viva nanti.
Kali nie, saya nak cerita pasal method @ perjalanan exam kami, untuk praktikal anatomi. Penuh dengan 1001 cabaran, dugaan sepanjang perjalanan( macam lirik lagu plak..)
Firstly, ada histology. Macam biasa, spotting slide, dengan 2 sebab, ada 6 slaid. Pastu, kena pilih satu slaid, dan lukis slaid tu. Kena 'recall' balik la macam yang ada dalam jurnal histo. Bila dah siap, cikgu akan datang dan ada sesi 'viva' pasal slaid kita tu. Habis satu bab.
Lepas tue, radiology. Time kitorang, yang jaga radiology, adalah sorang cikgu nie, yang kami gelarkan 'mak'. Nak tau kenapa bagi gelaran tu, nanti saya cerita. Filem x-ray yang beliau tanya tu, amat2lah susah. Sekali tengok, pelik gambar dia. Kantoi la dengan dia..huhu..
Surface anatomy pulak menyusul. Yang ni, bole tahan la. Kena banyak praktis. Pastu, embryology pulak. Kena jawab berdasarkan model-model yang ada. Development pun kena tau jugak.
Last sekali, grand viva. Ada 4 meja, yang mana setiap meja ada sorang cikgu. Setiap meja ada part2 yang berbeza untuk viva. 1st-appendicular skeleton, 2nd-axial skeleton, 3rd-upper limb, brain, 4th-lower limb, abdomen, thorax. Viva nie wat kat dissection hall. Jadi, ada la parts of cadaver, organ2, etc. Kena pegang dan terang apa yang disoal. 'Mak' jaga bahagian lower limb. Ekstrem jugak soalan dia. Time tue, tachycardia menyerang, sebab banyak adrenaline dirembeskan. Oh ya, gelaran 'mak' sebab beliau sangat 'caring' dengan student2nya. Selalu menguntumkan senyuman tatkala berselisih, namun dialah 'musuh' kita waktu exam. Perwatakannya agak 'kejam', dengan soalan yang agak 'senang'. Kami sedari, itu semua untuk kebaikan bersama juga, sebagai persediaan untuk masa hadapan.
Begitulah sistem exam di tempat saya. Keseluruhannya, masih banyak kelemahan yang harus dibaiki, dan diteliti. Peri pentingnya 'post-mortem' dilaksanakan.
Sementara masa masih ada, perlu ada usaha dan semangat yang jitu.
Kawan-kawanku di Krishna, ayuh kita bangkit, dan insyaALLAH lakukan yang terbaik final nanti.. Tunjukkan taring kita, pelajar Malaysia amnya, dan pelajar KTT khususnya, yang kita boleh mengharunginya.
Semoga kita semua yang bergelar pelajar, tak kira di mana kalian berada, berjaya menggapai impian masing-masing..
Ingat : " Setiap kesusahan itu, pasti ada kemudahan. "

Friday, May 8, 2009

Pedang Lahiriah

" Tongue is barely three inches long. But it can kill a person six feet tall.. "

Kenyataan di atas mengandungi makna yang cukup tersirat. Kita akui akan kebenaran kenyataan tersebut.

Walaupun saiznya yang cukup kecil, ia mampu 'membunuh' manusia yang berkali-kali ganda besarnya. Itulah 'kekuatan' organ yang bernama lidah ini.

Pertama sekali, mari kita tinjau serba sedikit anatomi, latar belakang organ yang tak bertulang ini.

Lidah merupakan salah satu organ berotot, yang terletak dalam ruang mulut. Ia berkait rapat dengan deria rasa. ( Tongue is a muscular organ, present in the oral cavity. It is concerned with taste sensation. )

Selain itu, lidah juga berperanan ketika kita berkomunikasi dengan seseorang itu.



Apakah struktur yang membentuk lidah kita ?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, lidah merupakan organ yang terdiri daripada otot ( muscle ) sahaja. Terdapat sejumlah 9 otot, yang membentuk struktur lidah itu sendiri.

Jumlah yang cukup banyak saya kira, jika hendak dibandingkan dengan saiz lidah yang begitu kecil. Inilah bukti kebijaksanaan Yang Maha Esa.

Lihat, dan renungilah diri kita sendiri, akan tanda - tanda kekuasaan Allah S.W.T. Betapa ciptaan-NYA tidak boleh dipandang enteng, kerana tersirat seribu satu hikmah, yang harus difikirkan bagi mereka yang berakal.

Cuba kita fikir sejenak, lidah, yang keseluruhannya terdiri daripada otot sahaja, hampir menyamai kekuatan tangan dan kaki yang bertulang. Bak kata peribahasa Melayu, 'kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.'

Lidah mencerminkan keperibadian seseorang itu. Jika dia berakhlak mulia, maka baiklah tutur kata yang diucapkan. Jika sebaliknya buruk, maka buruklah percakapan yang dikeluarkan. Kita disarankan berhati - hati, dan berfikir dahulu sebelum berbicara. Terkadang, lidah kita melontarkan sesuatu yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Kita harus bertanggungjawab dengan sesuatu yang diucapkan.

Lidah apabila 'manis', manisnya mengalahkan madu. Segala pujian yang melambung tinggi, yang diberikan kepada seseorang atas niat tertentu, lidahlah yang memainkan peranannya.

Namun, apabila ia berubah menjadi 'pahit', maka bersedialah untuk 'menerima' akibatnya. Akal yang rasional pun mudah tewas dek lidah yang pahit ini.

Teringat satu kisah, bilamana Imam Al - Ghazali bertanyakan murid - muridnya, " Apakah yang paling tajam ? ." Maka ramailah yang memberi jawapan seperti pedang, pisau dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali membalas, " Benar semua jawapan yang kalian berikan itu. Tapi, yang paling tajam itulah lidah. "

Begitulah dapat kita lihat betapa 'tajamnya' lidah manusia itu. Kesannya hanya secara lahiriah, bukan zahiriah. Walaupun begitu, ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Ibaratnya, sungguhpun luka sudah hilang, parutnya masih ada di situ.

Justeru, jagalah lisan kita sebaik mungkin. Tuturkanlah kata-kata yang memberi manfaat kepada umat manusia.

Kita sedar bahawa sudah ramai umat Islam masa kini yang menyalahgunakan nikmat pertuturan yang dikurniakan ini.

Mahukah kita memakan daging saudara kita di akhirat kelak..?

Sama-samalah kita menjaga akhlak dan adab, yang diajar oleh agama yang diredhai Allah S.W.T. ini.

Wallahua'lam...

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...