Sunday, January 10, 2010

Warning symptom : response that the body give

Tenaga sangat diperlukan untuk melakukan aktiviti harian.
Kalau tak ada tenaga, susah untuk kita fokus melakukan sesuatu kerja.
Jadi, bagaimana nak dapatkan tenaga..?

Tentulah melalui pemakanan.
Saya yakin semua bersetuju akan kenyataan bahawa kita makan untuk hidup, bukan sebaliknya.
Makanan salah satu keperluan asas yang mesti ada.
Namun, jangan berlebih-lebihan pula. Berhentilah sebelum kenyang.

Sumber tenaga yang kita peroleh, kebanyakannya daripada kelas karbohidrat.
Nasi contohnya, merupakan sumber karbohidrat yang utama.
Kita semua pasti kenal akan 'glukosa'.
Glukosa merupakan salah satu penyumbang tenaga buat kita.
Bagi mereka yang cepat letih atau lesu, minuman glukosa dapat memberi tenaga tambahan dengan segera.

Namun, bagi penghidap kencing manis, mereka disarankan mengurangkan pengambilan glukosa ini.
Hal ini kerana kadar glukosa yang sudah cukup tinggi dalam badan mereka. Glukosa dari luar perlu dihadkan pengambilannya.
Keadaan glukosa yang tinggi dalam darah disebut 'hyperglycaemia'.
Selalunya, selepas kita makan, 'hyperglycaemia' akan berlaku.
Namun, selepas beberapa jam, ia akan kembali ke aras normal.

'Hypoglycaemia' pula merujuk aras glukosa yang rendah dalam darah.
Keadaan ini berlaku apabila kita kurang makan atau tak makan langsung, ketika berpuasa misalannya.
Apabila tiada sumber dari luar, maka glukosa dalam badan yang sedia ada semakin berkurang akibat digunakan untuk menjana tenaga. Tiada glukosa tambahan dari luar.

Ketika ini berlaku, hormon 'adrenaline' akan dirembeskan untuk meningkatkan aras glukosa dalam badan kita.
Pada masa yang sama, hormon ini merencatkan penggunaan glukosa oleh tisu-tisu badan, seterusnya mengekalkan glukosa dalam darah.

Hormon insulin pula tidak dirembeskan, lalu mengurangkan penukaran glukosa kepada glikogen ( unit simpanan glukosa dalam tisu).

Oh ya.

Adrenaline bukan saja berfungsi meningkatkan aras glukosa darah. Ia ada fungsi tambahan, yang mana ia menyebabkan berlakunya keadaan seperti berikut :

1. Degupan jantung kita meningkat. ( tachycardia )
2. Tangan akan bergetar. ( macam kita menggigil..)

Saya pasti kita semua mesti dah lalui fasa-fasa di atas.
Kalau makanan lambat siap, atau kita berpuasa, kita akan mengalami tanda-tanda tersebut.
Jangan bimbang. Anda seorang yang normal sebab badan seolah-olah memberi respons kepada kita..
'Berikan aku makanan....'
Mungkin ini yang cuba diluahkan oleh badan kita.

Inilah yang dipanggil warning symptom.
Ia seolah-olah amaran bahawa bekalan glukosa sudah habis, perlukan stok yang baru.
Makanya, kita kena tambah stok baru glukosa, melalui pemakanan.
Jangan ditunggu akan simptom-simptom yang lain, kerana tanda amaran ini sudah cukup memberitahu kita bahawa kita perlu makan untuk menambah glukosa bagi mendapatkan tenaga.

Setiap 'huru-hara' yang berlaku, pasti ada penyelesaiannya oleh sistem yang sudah terlatih dalam diri kita.

Renungkanlah, bagaimana cukup sistematiknya badan kita berinteraksi.
Cuma kita sedar atau tidak.
Kita prihatin atau sebaliknya.

Canggih bukan sistem yang ada pada manusia.

Itulah bukti manusia sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T.

Wallahua'lam...

Monday, January 4, 2010

Ujian yang hampir

Salam...
Akhirnya dapat juga masa untuk post pertama tahun 2010 ni..
Sedar tak sedar umur kita dah makin bertambah..
Tahun 2009 menyimpan bermacam-macam kenangan buat saya.
Ada yang manis, pahit.. Pendek kata serba-serbi ada.
Tanggal 25 Disember lalu, satu peristiwa sedih berlaku. Salah seorang sahabat saya telah meninggalkan kami semua. Beliau juga pelajar MBBS, penduduk tempatan. Kecelakaan jalan raya. Kepalanya cedera teruk, sedangkan kaki dan tangan tak banyak yang terjejas. Sebabnya, tak pakai topi keledar. Jadi, beringatlah kita semua. Topi keledar jangan dilupa ya.. Beringat sebelum kena.
Lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

Januari..
Permulaan segala bulan..
Macam bulan Muharram..
Pembuka bulan-bulan Islam..

Ada apa kat bulan nie..?
Apa lagi, peperiksaan pertama bagi kami yang kat tahun 2 nie..
Dulu kita tengok budak-budak first year exam, sekarang giliran kita pulak..hu3
Jom kita tengok jadual exam yang pihak-pihak berkenaan sediakan buat kami.. ('',)

TEORI
20 Januari 2010 - Pharmacology
21 Januari 2010 - Forensic Medicine & Toxicology
23 Januari 2010 - Pathology
25 Januari 2010 - Microbioogy

PRAKTIKAL
1 Februari 2010 - Microbiology
2 Februari 2010 - Pathology
3 Februari 2010 - Pharmacology
5 Februari 2010 - Forensic Medicine & Toxicology

Tinggal beberapa minggu saja lagi. Subjek tahun 2 nie agak berbeza dari tahun 1.
Ia banyak melibatkan pemahaman secara menyeluruh. Setiap penjelasan ada contohnya. Tak sebut contoh, kuranglah markahnya. Contohnya, dalam Pharmacology, setiap jenis ubat a.k.a. dadah, ada nama-namanya tersendiri. Namanya bukanlah semudah menyebut Ali, Ahmad atau yang seumpama dengannya. Bahkan, lebih sedap bunyinya sampaikan hampir tergeliat lidah menyebutnya. Memang kena praktis sebut selalu untuk elak kekeliruan. =)

Jadi, bagi yang nak exam juga, marilah kita doakan kejayaan kita bersama. Kalau orang lain boleh, kita pun apa kurangnya. Yang penting usaha. Tapi kenalah usaha lebih. Kalau tak dibuka buku, dibaca dan difahami, manakan tertulis jawapannya waktu ujian nanti. Hendak banyak jawapan, bukannya banyak alasan.

Bagi yang nak pulang ke tanahair, selamat jalan diucapkan.
Bagi yang baru sampai dari tanahair, selamat datang menemui kekasih anda, buku-buku yang tebal.

Sesibuk mana pun kita, jangan dilupakan pergantungan kita pada-Nya.
Kita hanya merancang, Dia yang menentukan..
Semoga penentuan-Nya menepati perancangan kita.. InsyaAllah..

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...