Monday, February 28, 2011

Jadilah umat yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t.

Petang tadi saya sempat bersembang dengan Dr. Kazi mengenai banyak perkara. Mulanya sekadar nak tanya masalah perubatan pada beliau. Namun ia berlarutan kepada perbincangan mengenai hal-hal agama. Dan sembang petang tadi bukannya sekadar sembang kosong tapi lebih kepada pengisian rohani daripadanya kepada saya.

Kata beliau, kita semua bertanggungjawab untuk menyampaikan risalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita semua merupakan da'ie (pendakwah) tak kiralah di bidang mana kita berada. Semasa Baginda hidup, Baginda yang menyampaikan ajaran Islam kepada manusia. Namun selepas wafatnya Rasul, kita sebagai umatnya harus sedar akan tanggungjawab kita pula untuk menjadi penyampai ajaran Islam selaku khalifah di muka bumi ini sesuai dengan sabda Nabi yang bermaksud :

''Sampaikan dariku walaupun satu ayat.''

Dalam Al-Quran pun Allah ada berfirman, dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 yang antara lain bermaksud,

''Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah.''

Saya kira ayat di atas pernah kita belajar semasa sekolah menengah, dan kalau dihafaz lagilah bagus. Allah sendiri sudah memperakui kita sebagai umat yang terbaik, umat contoh. Persoalannya, adakah umat Islam hari ini menepati ciri-ciri sebagai umat terbaik ? Saya serahkan kepada diri masing-masing untuk menjawabnya.

Untuk menjadi umat yang terbaik, perlu menjadi individu yang baik dahulu. Kita buat satu kebaikan, Tuhan akan balas pahala 10 kebaikan. Kita buat benda baik, lalu kita ajak masyarakat melakukan kebaikan juga. Kalau kita seru rakan-rakan solat berjemaah contohnya, kita pun kenalah berjemaah. Harapannya, macam mana manisnya iman yang kita dapat, kita nak orang lain pun rasa benda yang sama. Barulah seronok.

Adakah kita tahu apa pekerjaan Saidina Abu Bakar dan Saidina 'Umar ? Bagaimana mereka menyara hidup mereka ?

Para sahabat Nabi terkenal melalui usaha dakwah mereka, bukannya melalui pekerjaan yang hebat. Prioriti mereka, bagaimana mengajak manusia untuk mengenali Sang Pencipta. Pekerjaan itu hanyalah sebagai satu medium untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada masyarakat.

Cuba tanya diri kita sendiri, apa yang telah kita sumbangkan dalam agama ini. Berapa banyak masa yang sudah kita habiskan untuk mendalami ilmu agama.

Adakah kita sedermawan Saidina 'Usman bin 'Affan yang mendermakan semua hartanya demi Islam ?

Atau setekun Ibnu Sina dan Imam Syafi'e dalam menuntut ilmu ?

Sungguh, siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan tokoh-tokoh hebat di atas. Kita harus sedar, untuk jadi umat yang hebat, perlukan usaha yang hebat juga. Kita perlu fikir cara untuk menyumbang demi kepentingan agama. Tak banyak pun tak apa, asalkan sedikit tapi konsisten. Sekurang-kurangnya, apabila kita disoal oleh Rabbul 'Alamin di akhirat kelak, kita punya jawapan untuk diberikan, bukannya alasan.

Akhir kalam, sama-samalah kita berusaha menjadi pengikut dan pada masa yang sama penyampai dan pengamal. Kita mahu semua orang di sekeliling kita turut bersama melakukan kebaikan. Apabila ini dapat direalisasikan, tak mustahil kita mampu mencapai Ustaziyatul 'Alam di mana dunia dalam keadaan yang sejahtera dan penuh dengan kasih sayang Rabb...

P/s : Dr. Kazi merupakan seorang 'oncologist', iaitu pakar dalam bidang kanser dan rawatannya.

Saturday, February 26, 2011

Sedapnya Masak Merah Ayam tu...

Salam..

Sebuah kisah untuk renungan bersama.

Suatu hari di kota Mekah, kelihatan seorang tabib(doktor) mundar mandir di hadapan kliniknya. Beliau nampaknya agak resah dan gelisah. Sesekali beliau melihat ke arah lautan manusia yang sedang khusyuk beribadah. Setelah beberapa ketika, tabib itu pun berjalan mengelilingi kota Mekah, dengan harapan beliau menjumpai sesuatu. Apa yang dicarinya itu ?

''Ke manalah semua orang sakit nie ? Takkan tak ada langsung yang nak gunakan khidmat aku...'' fikirnya sendirian. Itulah persoalan yang selalu bermain di benak fikirannya.

Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan Baginda Rasulullah S.A.W. Lantas beliau menyuarakan rasa hatinya kepada Baginda Rasul.

Nabi pun berkata, ''Kami mengamalkan satu petua supaya sentiasa sihat dan tak mudah jatuh sakit. Kami makan apabila lapar. Kami berhenti sebelum kenyang.''

Nah, ringkas tapi padat jawapan yang Baginda berikan. Secara teorinya nampak mudah. Berapa ramai manusia yang tahu fakta ini, namun berapa kerat saja yang mengamalkannya.

Nafsu makan itu yang harus kita kawal supaya ia tak mengawal kita. Biar berkhasiat macam mana pun makanan itu, tapi kalau pengambilannya secara berlebihan pasti memudaratkan diri. Yang penting ia haruslah diambil dalam kadar yang optimum, yang bermanfaat dan dapat menjana tubuh badan yang sihat.

Sebagai contoh, pengambilan protein dalam diet kita. Ikan dan telur adalah sumber protein yang utama. Jadi kenalah ambil mengikut kadar yang sesuai. Andai kata terkurang makan protein, ia akan menyebabkan 'hypoproteinemia' dan penyakit yang berkaitan. Kalau protein diambil berlebihan pula, akan berlaku 'hyperproteinemia' dan penyakit yang berkaitannya. Faham ?

Maka, apabila sedang makan tu, beringat-ingatlah supaya jangan berlebihan. Teringat lagi pesan emak apabila kami sedang makan tapi masih ada ahli keluarga yang tak makan bersama.

Kata emak, ''Ingat kat orang belakang sama...'' Maknanya, makan berpada-pada, jangan lupa pada adik beradik yang tak makan lagi. Macam tu la lebih kurang maksudnya.

Walaupun kita makan sekeluarga, kena ingat juga pada orang susah, fakir miskin. Macam mana la mereka mengisi perut sehari-hari. Yang penting kenalah beradab sewaktu kita sedang makan.

Oh ya, lagi satu, kalau kita berkunjung ke rumah sesiapa saja khususnya saudara mara, dan kita diajak makan tengahari bersama mereka, waktu inilah nafsu kita akan diuji. Diuji macam mana ? Diuji dengan dialog sebegini,

''Selagi tak kenyang tak boleh balik no...''
''Makan kenyang-kenyang, banyak kami masak nie...''
''Ratahlah ikan-ikan tu...''

Dan apabila perut berkeroncong mahukan pengisian jasmani, kita pun menjustifikasikan dialog di atas, walaupun masih ada peluang untuk 'membangkang' atau 'membuat rayuan'. Tambah-tambah kalau lauk pauk yang dihidangkan itu sudah setahun lebih tak pernah dijamah, bukan main semangat la kita... (^_^)

Apa-apa pun, kita harus pandai mengawal diri ketika makan kerana Allah tidak menyukai golongan yang melampaui batas. Turutilah sunnah ketika makan yang Baginda ajarkan kepada kita agar kita beroleh pahala dan keberkatan dalam hidup ini.

Tuesday, February 15, 2011

Sanah Helwah Ya Rasulullah



Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda Rasul kekasih Allah.

Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Baginda.

Baginda sudah banyak berjasa kepada umat ini.

Islam yang kita ambil sebagai cara hidup ini, adalah kelangsungan usaha Baginda yang tak pernah jemu berdakwah mengembangkan Deen ini.

"Lahirmu membawa Rahmat ke seluruh alam,
Terpadam api biara Majusi,
Engkau dibesarkan tanpa kasih sayang ayah dan ibu,
Tapi dirimu begitu tabah dan sabar,
Bila mana ibumu Aminah mengandungkanmu,
Beliau bermimpi keluar pancaran cahaya menerangi kota Mekah dari perutnya,
Satu petanda bahawa insan yang bakal dilahirkan di dunia,
Adalah insan agung dan mulia,
Aku malu apabila mengenangkan diriku yang sentiasa melakukan dosa,
Apakah di akhirat sana nanti aku layak mendapat syafa'at darimu ?

Aku mengaku beriman denganmu,
Namun Sunnahmu sangat sedikit yang kuikuti,
Layakkah aku digelar umat Muhammad S.A.W. ?
Adakah Baginda Rasul mengenali daku sebagai umatnya di akhirat kelak ?
Itulah yang selalu aku fikirkan."

Ya Rasulullah,
Ya Habiballah,
Syafi'una...

Saturday, February 12, 2011

Clueless People

I got this thing from my e-mail inbox. Juz wanna share with all of you.

Quite interesting stories that should not happen but still, it is happening.


How do these people survive?



ONE


Recently, when I went to McDonald's I saw on the menu that you could
have an order of 6, 9 or 12 Chicken McNuggets. I asked for a half
dozen nuggets.
'We don't have half dozen nuggets,' said the teenager at the counter.
'You don't?' I replied.
'We only have six, nine, or twelve,' was the reply.
'So I can't order a half dozen nuggets, but I can order six?'
'That's right.'
So I shook my head and ordered six McNuggets
(Unbelievable but sadly true...)



TWO

I was checking out at the local Woolworths with just a few items and
the lady behind me put her things on the belt close to mine. I picked
up one of those 'dividers' that they keep by the cash register and
placed it between our things so they wouldn't get mixed. After the
girl had scanned all of my items, she picked up the 'divider', looking
it all over for the bar code so she could scan it. Not finding the bar
code, she said to me, 'Do you know how much this is?' I said to her
'I've changed my mind; I don't think I'll buy that today.'
She said 'OK,' and I paid her for the things and left. She had no clue
to what had just happened.



THREE

A woman at work was seen putting a credit card into her floppy drive
and pulling it out very quickly. When I inquired as to what she was
doing, she said she was shopping on the Internet and they kept asking
for a credit card number, so she was using the ATM 'thingy.'
(keep shuddering!! )



FOUR

I recently saw a distraught young lady weeping beside her car. 'Do you
need some help?' I asked . She replied, 'I knew It! should have
replaced the battery to this remote door unlocker. Now I can't get
into my car. Do you think they (pointing to a distant convenience
store) would have a battery to fit this?'
'Hmmm, I don't know. Do you have an alarm, too?' I asked.
'No, just this remote thingy,' she answered, handing it and the car
keys to me. As I took the key and manually unlocked the door, I
replied, 'Why don't you drive over there and check about the
batteries. It's a long walk....'



FIVE

Several years ago, we had an Intern who was none too swift. One day
she was typing and turned to a secretary and said, 'I'm almost out of
typing paper. What do I do?' 'Just use paper from the photocopier' ,
the secretary told her. With that, the intern took her last remaining
blank piece of paper, put it on the photocopier and proceeded to make
five 'blank' copies.
Brunette, by the way!!



SIX

A mother calls 911 very worried asking the dispatcher if she needs to
take her kid to the emergency room, the kid had eaten ants. The
dispatcher tells her to give the kid some Benadryl and he should be
fine, the mother says, 'I just gave him some ant killer...... .'
Dispatcher: 'Rush him in to emergency!'

Thursday, February 10, 2011

ISLAM, not just an ordinary word


ISLAM means :

I
Shall
Love
Always
Muhammad S.A.W...

So, practise ISLAM as the true way of life. And make a habit of saying salawat as the proof of our love to the Prophet Muhammad S.A.W.


Saturday, February 5, 2011

Dasvidaniya Ortho Posting



Hari ini merupakan hari terakhir untuk posting orthopedik. Sepatutnya akan ada ward ending keesokan harinya (Sabtu), namun ia telah ditunda ke hari Isnin. Syukurlah. Masih ada masa untuk study balik segala macam jenis test yang ada. (^^)

Orthopedik, salah satu bidang kepakaran khusus kepada penyakit berkaitan tulang dan kaedah rawatannya. Apabila ia ada kaitan dengan tulang, maka tentulah ia bersifat keras oleh kandungan kalsium yang tinggi dalam tulang. Jadi, alatan yang digunakan oleh pakar dalam bidang ini pun hendaklah bersifat mekanikal juga.

Maksudnya ?

Tulang yang patah atau retak, salah satu kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan jarak tulang yang terpisah tersebut. Ia dipanggil sebagai reduction of fracture. Reduction of fracture pula ada 2 jenis iaitu open reduction dan closed reduction.

Closed reduction adalah kaedah yang biasanya digunakan, manakala open reduction merupakan kaedah yang dilakukan melalui pembedahan dengan dimasukkan implant seperti skru, plate atau nail(bukan paku ya..=) Pembedahan ketika open reduction ini semestinya memerlukan alat-alat yang boleh menembusi tulang untuk dimasukkan skru atau plate tersebut bagi mengurangkan fracture.

Antaranya, gerudi elektronik untuk menggerudi bahagian tulang supaya skru boleh dimasukkan melaluinya. Mereka yang berada dalam bidang ini boleh digelar sebagai 'mekanik'. Banyaknya alat mekanikal yang ada menyebabkan kemahiran yang cekap sangat diperlukan semasa mengendalikan alatan tersebut di samping pengalaman yang secukupnya.

Jom kita tengok antara alat yang diguna pakai dalam bidang ala-ala kemahiran hidup ini.

Pelbagai Jenis Skru

Forceps

Prosthesis

Itu dia sebahagian alatan yang kalau kita lihat tak ubah macam alatan bengkel. Jangan ingat di bengkel saja yang ada apit G mahupun skru. Nasib baiklah spanar tak termasuk dalam bidang orthopedik.

Ketika posting, selalunya doktor yang bertugas mengajar kami akan datang lewat. Bukan lewat sebab lambat bangun ya, tapi disebabkan ramainya pesakit pada hari itu. Maka adalah banyak waktu senggang yang terbiar. Ada antara kami yang mengulangkaji apa yang sudah dipelajari. Ada yang bersembang sesama mereka. Dan ada juga yang merevise instrument-instrument yang tak terkira banyaknya itu.

Dan ketika itu suasananya tak ubah seperti suasana dalam bengkel kereta. =)
Bunyi alat-alat yang diambil dari bekas besi tersebut untuk diteliti seolah-olah menceriakan suasana pada hari itu. Kemudian alatan diletak kembali di dalam bekas. Diambil pula yang lain.

Letak hammer, diambil pulItalica forceps. Silih berganti alatan tersebut di tangan. Sambil berbincang, sambil itu berdebat.

Apa gunanya. Di mana nak guna. Apa kelebihan dan kekurangan sesuatu alat itu.

Semuanya dibincangkan sesama kami sementelah ada masa yang terluang. Bila kita ulangkaji dengan kawan-kawan, lagi mudah kita nak ingat. Petuanya, selalulah keluarkan apa yang dah dibaca dalam bentuk lisan. Maknanya praktis diri untuk bercakap tanpa melihat buku. Kalau selalu diamalkan, insyaAllah akan sentiasa ingat ilmu tersebut.

Secara keseluruhannya, bidang orthopedik salah satu bidang yang menarik untuk mereka yang sukakan kemahiran. Pendek kata, belajar bukan sekadar teori, praktikalnya pun kita kuasai juga. Barulah ada aplikasi ilmu yang dipelajari.

"Ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tak berbuah."


Wednesday, February 2, 2011

Sabar menatijahkan manis

Syukur alhamdulillah kerana sebahagian pelajar Malaysia telah selamat sampai di KLIA. Kerajaan juga dah pun mengeluarkan arahan untuk menghantar bantuan bagi memindahkan pelajar dan rakyat kita keluar dari Mesir.

Berkenaan kes rogol yang dilaporkan, ianya palsu semata-mata. Keadaan masih selamat dan terkawal. Semuanya masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Tahrir Square, atau Maidan At-Tahrir semakin dikenali ramai. Tempat di mana rakyat Mesir mengadakan demo menuntut Hosni Mubarak berundur dari kabinetnya. Lautan manusia dapat dilihat di sana. Kata abah, Maidan At-Tahrir atau Medan Bebas/Kemerdekaan itu pernah dilawatinya semasa menuntut di sana. Ia berdekatan dengan Universiti Al-Azhar.

Keadaan di Kaherah dan Iskandariah dilaporkan masih tegang namun masih terkawal di tempat-tempat yang lain.

Urusan pemindahan pelajar-pelajar ke Jeddah juga sedang dilaksanakan melalui jalan udara dan jalan laut bermula 3 Februari 2011. Semoga urusan pemindahan berjalan lancar.

Kita doakan yang terbaik buat mereka. (",)


Tuesday, February 1, 2011

Sejahteralah bumi Anbia

Salam..

Kita sudah masuk bulan baru nampaknya. Dan semakin bertambah umur bumi, semakin banyak isu yang kedengaran.

Saya terpana seketika apabila mengetahui betapa daruratnya keadaan di Mesir pada ketika ini. Revolusi yang berlaku melibatkan seluruh bumi Anbia itu. Nampaknya rakyat sudah pun berani bertindak demi menuntut hak-hak mereka yang sering diabaikan pemerintah.

Rupanya kejadian penggulingan kerajaan pimpinan Ben Ali di Tunisia tidak berhenti di situ saja. Ia bagaikan barah yang merebak ke tempat yang lain. Tunisia hanyalah sebagai 'initiator'. Namun kesannya sungguh dahsyat. Apabila rakyat mula bertindak, beginilah jadinya.

Suatu masa dulu, krew Jejak Rasul pernah mengadakan penggambaran di Mesir.

Jejak Rasul 7 : Mesir Bumi Anbia..(Egypt, the Land of the Prophet)

Ya. Bumi Mesir itu penuh dengan sejarah para Nabi yang kita boleh ambil pengajaran darinya.

Harapannya supaya kedamaian di sana dapat dikembalikan. Moga sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang di sana diberi ketabahan untuk melalui detik-detik getir ini. InsyaALLAH...

P/s : Kita doakan mereka selamat pulang ke tanah air. Untuk update apa yang terjadi di sana, sila search page facebook 'Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir'. Sedikit sebanyak ia dapat membantu.

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...