Wednesday, February 27, 2013

Oksigen tu Punya Allah

Salam w.b.t.

Salah satu nikmat yang besar dari Allah, adalah nikmat bernafas. Alangkah tenang dan senang hidup kalau boleh bernafas dengan elok.

Alangkah susah hidup kalau ada selesema dan sesak nafas. Semua serba tak kena.

Bila tengok bayi di ICU yang susah nak bernafas, dada naik turun dengan lajunya, rasa kesian yang amat. Kecik-kecik lagi dah kena uji macam-macam. Perancangan Allah jugak yang terbaik. Siapa tahu.

Tengok pun dah rasa susah hati, apa lagi yang tengah kena uji. Kalaulah mereka boleh bercakap, mesti banyak yang akan dikatakan.

Jadi, selagi kita boleh bernafas dengan baik, manfaatkanlah. Lapang sebelum sempit.

Friday, February 22, 2013

Di Kala Kuningnya Si Bayi


Salam w.b.t.

Alhamdulillah Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk terus menulis di sini. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah saya akan terus menyampaikan ilmu yang ada untuk pedoman semua lebih-lebih lagi diri sendiri yang menulisnya.

Suatu hari di wad bersalin, saya disapa oleh seorang penduduk tempatan ketika sedang membeli makanan di kantin. Sembang punya sembang, rupanya isteri beliau baru saja bersalin dan masih belum dibenarkan pulang. Mereka boleh balik ke rumah biasanya pada hari ke-3 atau ke-4 selepas bersalin. Bayi juga harus dipastikan sihat untuk dibenarkan pulang.

Beberapa hari selepas itu, dia datang bertanya saya lagi perihal keadaan bayinya itu. Katanya, bayinya terpaksa dipindahkan ke NICU untuk dipantau memandangkan bayi tersebut mempunyai jaundice (kuning).

"Pila hota hai.." (anak saya ada kuning)

Macam tu la lebih kurang apa yang disampaikannya kepada saya.

"Koi bat nehi..doa zyada hai.." (jangan risau..doalah banyak2)

Kali ini, ingin saya kongsikan mengenai sakit kuning atau secara ringkasnya, kuning, yang selalu dihadapi oleh bayi yang baru lahir.

Kuning atau dalam bahasa mediknya, jaundice merupakan satu masalah yang kerap berlaku pada bayi sewaktu minggu pertama kelahirannya. Ia berpunca apabila paras bilirubin dalam badan meningkat melebihi paras normal. Biasanya, bilirubin cuma sekitar 0-2 mg % sahaja. Apabila ia melebihi 2 mg%, bayi akan menunjukkan simptom jaundice. Keadaan ini dinamakan sebagai hyperbilirubinemia (peningkatan aras bilirubin dalam darah).

Bilirubin tu mende?

Lupa pulak nak habaq. Bilirubin tu adalah salah satu pigmen yang terhasil apabila hemoglobin terurai. Hemoglobin inilah yang berfungsi menyerap oksigen untuk dibekalkan kepada tisu atau organ. Apabila hemoglobin terurai, maka bilirubin pun terhasil dan berwarna kuning ataupun jingga. Ia kemudiannya akan disingkirkan daripada badan dengan bergabung bersama jus hempedu dan seterusnya terus ke saluran usus dan dikeluarkan bersama tinja.

Sebab itulah, kulit bayi yang berjaundice akan kelihatan kuning sampaikan ibu-ibu akan menceritakan simptom kuning pada bayi mereka. Ini juga mungkin asal usul sebutan kuning.

Ada 2 kategori jaundice :

1. Physiological jaundice.

  *  Ini merupakan kuning yang biasa berlaku. Normal. Ia tiada kaitan dengan sebarang penyakit yang berbahaya. Ia berlaku kerana organ hati masih lagi tidak berfungsi dengan normal untuk menyingkirkan bilirubin seterusnya menurunkan paras bilirubin.
  * Ia biasanya berlaku 24-72 jam selepas kelahiran bayi tersebut.

2. Pathological jaundice.

   * Jaundice yang berkemungkinan disebabkan penyakit yang dihadapi oleh bayi. Tempoh masanya adalah pada 24 jam pertama selepas kelahiran dan selepas 6 hari kelahiran bayi. Sekiranya jaundice berlaku dalam tempoh masa ini, bayi tersebut ada masalah yang perlu dipantau segera.




Paras bilirubin dalam darah juga boleh diketahui dengan menggunakan sejenis alat iaitu bilirubinometer. Ia boleh mengesan berapa jumlah bilirubin dalam badan bayi. Inilah antara kaedah moden yang sedia ada. Tapi, harga seunit sangatlah mahal. Nak tau berapa?


Kalau ada RM 7,800 dalam tangan, boleh la pertimbangkan untuk beli alat ini. Kalau tak, tengok gambar ja la...huhu


Rawatan

Untuk mengurangkan kuning, ada banyak cara yang boleh dilakukan. Salah satu cara yang berkesan adalah dengan menyusukan bayi tersebut. Cara lain termasuklah melakukan phototherapy, iaitu bayi diletakkan di bawah lampu biru (ultraviolet) yang mempunyai panjang gelombang (wavelength) tertentu. Ia akan menguraikan bilirubin kepada struktur kimia yang lain untuk disingkirkan keluar.

Selain itu, blood transfusion juga boleh dilakukan kepada bayi untuk menggantikan darah supaya bekalan oksigen cukup.




Monday, February 18, 2013

Jesus of Nazareth


Salam w.b.t.

Semoga para pembaca yang dikasihi sihat-sihat belaka. Kalau yang sedang diuji dengan penyakit atau apa jua ujian, anggaplah ia sebagai teguran dari Allah. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi pada kita yang mana kita sendiri kena selalu muhasabah dan refleksi diri.

Ok. Dah lama pulak saya tak kongsikan pasal isu Palestin. Apa cerita Palestin sekarang. Apa yang dah jadi dengan isu boikot. Senyap la pulak facebook daripada status-status yang menunjukkan keprihatinan kita kepada saudara di Gaza sana. Oh maafkan saya. Bukan senyap terus. Ada juga segelintir daripada kita yang  masih bersemangat melontarkan idea dan pendapat mengenai isu ini di wall-wall facebook mereka. Tahniah, sebab isu ini sepatutnya kita evergreenkan dan janganlah biarkan ia bermusim seperti musim durian.

Ada juga yang bertanya, apa sudah jadi dengan isu boikot McD? Senyap sepi tanpa berita langsung. Namun ada dijelaskan isu itu oleh Dr. Hafidzi, pengerusi Aqsa Syarif. Sila tanya pakcik Google ya kawan-kawan.

Kali ini ingin saya kongsikan mengenai salah satu bandar yang terdapat di Israel.


Nazareth.

Itulah nama salah satu bandar yang terletak di daerah utara Israel. Dikenali sebagai Arab capital of Israel, penduduknya terdiri daripada orang Arab Palestin yang berwarganegara Israel.

Mesti anda pernah dengar kalimah "Jesus of Nazareth". Ia merujuk kepada Nabi Isa yang dikatakan pernah tinggal di Nazareth semasa kecil.

Nama Arab bagi Nazareth adalah an-Nasira. Kita juga boleh lihat penggunaan kalimah ini dalam surah Al-Baqarah ketika mana Allah berfirman, "Tidak redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti agama mereka." Jadi Nasrani di sini merujuk kepada pengikut agama Kristian.

Cukup dulu la kali nie. Kalau ada lagi kita sambung lagi.

Wassalam...

Saturday, February 16, 2013

Kanak-kanak Ribena

Salam w.b.t.

Mulanya rasa nak buat catatan medik di akudanstetoskop saja. Tapi memandangkan ada antaranya yang tak guna term2 medik sangat, jadi sebahagiannya akan saya tulis di sini.

Hari ini hari kedua saya di wad pediatrik, setelah hampir 10 hari berada di wad bersalin. Dan saya telah pun merindui suasana kerja di sana kerana setiap hari saya pasti akan ketemu dengan bayi-bayi yang comel lote. Dan saya juga hampir pasti mereka merindui sentuhan mesra kedua tangan saya ini yang cukup menenangkan perasaan mereka saban hari.. Hehe

Perasan gila!

Hari-hari yang dilalui di wad pediatrik taklah terlalu sibuk kalau nak dibandingkan keadaannya di wad bersalin. Kalau di sana, hari-hari mesti akan kedengaran, "Paediatrician, delivery!" oleh nurse yang bertugas supaya PG bersedia dengan tugasnya. Maka mereka pun bergegas ke bilik bersalin dan menantikan kelahiran bayi untuk diberikan bantuan pernafasan (resuscitation).

Di general paediatric ward lain pula ceritanya. Di sini kebanyakan masanya hanyalah diisi dengan apa yang kita rasa nak buat. Kalau nak study, silakan. Itu lagi baik. Kadang-kadang tu ada la kena isi borang-borang tertentu macam yang diarahkan oleh PG.

Cuma satu yang saya perhatikan. Kita boleh lihat macam-macam reaksi dan gelagat manusia di wad. Ibu bapa yang prihatin dengan keadaan anaknya. Telatah kanak-kanak yang menghiburkan. Semua tu ada di sini.

Walaupun kerja di wad nampak mudah, sangatlah rugi kalau tak ambil peluang untuk belajar sesuatu di sini.

Contohnya, kalau banyak masa, boleh tengok case paper pesakit ka. Tengok ubat apa yang digunakan. Trade name setiap ubat. Simptom yang ada pada pesakit. Dari situ banyak benda yang boleh dipelajari. Pendek kata, hendak seribu daya.

Seorang pensyarah saya ada mengatakan bahawa, pesakit merupakan tutor yang hebat. Lebih kurang macam tu la. Sebab apa? Sebab banyak maklumat yang boleh diambil daripada mereka, dan ia sangat berguna. Kalau baca buku pun belum tentu boleh ingat semua. Bila tengok kes, pemahaman dan ingatan turut meningkat.

Suasana di wad juga penting untuk memberi kesembuhan kepada pesakit. Ada juga saya dengar sesetengah orang itu suka bermalam di hospital walaupun sihat, sebab keadaan di wad lebih 'syurganya' berbanding rumah sendiri.

Itulah serba sedikit coretan kali ini. Jumpa lagi.

Salam...

P/s: Sedang oncall buat kali yang kedua di wad pediatrik. Tenang dan sunyi suasananya. Bolehlah cari ilham sikit.. (",)

Monday, February 11, 2013

Atas Talian Hayat


Salam w.b.t.

Segala Puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberikan banyak nikmat kepada kita. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah saya berpeluang untuk berkhidmat atas panggilan (on-call) pada minggu lepas. Macam-macam yang bermain di fikiran. Entah apa yang akan saya hadapi sepanjang malam itu. Tak cukup tidur tu biasalah. Dah nama pun on-call kan..

Malamnya saya pun ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) kerana di situ saya akan melakukan on-call. Setelah menukar pakaian yang sesuai, saya pun mula masuk untuk melihat keadaan bayi-bayi di situ. Kedengaran bunyi mesin sahut-menyahut menyambut kedatangan saya ke situ.

Bayi di situ, kebanyakannya bayi yang tak cukup bulan / pramatang (premature). Sangat2 kecil saiz mereka ni. Jadi mereka kenalah ditempatkan di sini dulu sampai berat badan mereka meningkat dan mereka menunjukkan perkembangan dan tumbesaran yang positif. Ada antaranya juga yang menghadapi masalah pernafasan (respiratory distress) dan kuning (jaundice).

Ada seorang bayi ni, saiznya besar luar biasa sebab ibunya menghidap kencing manis semasa mengandungkannya. Jadi, bayi ini berbadan besar macam dah berumur sebulan, padahal dia baru saja dilahirkan kira-kira 11 jam lepas. Misi (nurse) nie pun bagilah saya kendong bayi nie dalam wad, ketika dia sedang menangis. Saya dodoikanlah dia pelan2, sampai dia pun terlelap di pangkuan saya.. =) Bila tengok muka dia yang sedang tidur, perasaan tenang sangat.. sedih pun ada sebab kecil2 lagi dah kena masuk wad. Bayi ini kena monitor paras gula dalam badannya setiap hari. Bila dah stabil dan normal, barulah dia boleh dikeluarkan dari ICU.



Sempat juga saya baca sikit buku "Doktor, Saya Takut Jarum" tulisan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad (www.drzubaidi.com) mengenai kenapa bayi menangis di tengah malam. Rupanya, tangisan bayi merupakan cara mereka berkomunikasi dengan mak ayah. Salah satu sebab mereka menangis adalah nakkan perhatian ibu dan ayah mereka. Faktor cahaya pada waktu malam juga menyebabkan mereka menangis dan susah hendak tidur. Kalau nak tau lagi, dapatkanlah buku ini. Banyak isu menarik yang dibincangkan di dalamnya. Menarik dan berbaloi untuk dimiliki.

Ada juga bayi Sindrom Down. Kesian sebab sejak kecil lagi dah ditimpa ujian yang besar..huhu

Paginya, sebelum balik ke bilik, saya ditugaskan untuk menghantar sampel darah seorang bayi yang menghidap septicaemia. Apabila diberikan susu, kelihatannya dia 'menolaknya'. Perut pula nampak kembung (abdominal distension). Lalu sampel darah dihantar ke makmal untuk diuji dan plasma diberikan kepadanya (fresh frozen plasma). Sungguh daif tahap kesihatannya.

Semalam dapat berita dari seorang senior. The septicaemic baby passed away. Everything had been done but still no improvement. Itulah salah satu asam garam dalam kehidupan seorang doktor. Kematian pasti takkan dapat dielakkan kalau ia sudah tersurat.

Itu saja coretan kali ini. Maaf kalau bahasa yang digunakan agak ringkas. Agak penat juga hari nie sebab kena kerja. Asalkan maksud yang nak disampaikan tu jelas, jadilah ya...

Wassalam... (",)

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...