Sunday, April 26, 2009

Rumah sakit itu..

Assalamualaikum w.b.t.

Bidang perubatan menuntut seribu satu pengorbanan..seribu satu jenis buku untuk dikaji..

Menjadi sebahagian daripada bidang ini memberi peluang kepada saya melalui 'kehidupan' di hospital secara tidak langsung..

Manakan tidak, setiap hari, jika ingin ke kuliah, pasti kami akan melalui hospital yang terletak dalam universiti. Krishna Hospital nama diberi.

Pelbagai gelagat, telatah, ragam manusia dapat diperhatikan. Memandangkan populasi rakyat yang cukup ramai, maka ramailah orang yang 'membanjiri' hospital ini, tatkala matahari memunculkan dirinya.

Dalam perjalanan, mata ini terpandang seorang kanak-kanak, yang berbalut tangannya. Patah, atau retak barangkali. Kasihan.. Dalam umur yang sebegitu muda, dikau diberi ujian tersebut..

Kelihatan juga beberapa orang doktor pelatih sedang menjalankan tugas mereka.

Di satu sudut, beberapa orang makcik, dalam lingkungan separuh abad umurnya, sedang tekun menyabit rumput..di bawah terik matahari.sayu mata memandang. Begitu asyik mereka bekerja. Semoga diberi kekuatan meneruskan hidup.

Pendek kata, siangnya menerima ramai tetamu. Malamnya pula, tak kurang hebatnya..

Ramai juga penduduk tempatan yang 'bermastautin' di hospital ini pada malam hari. Ada yang tidur atas kerusi. Ada yang atas lantai. Hatta di padang rumput pun boleh jadi tempat merehatkan diri. Siap berselimut lagi tu !

Di mana-mana pun boleh jadi tempat rehat. ' Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ' Meninjau kehidupan malam di hospital ini, dapat saya lihat penduduk bergelimpangan sana sini. Rasa semacam satu keunikan tersendiri yang ada di sini.

Kurang sikit rasa gementar kalau nak jalan malam-malam di hospital. Nampak macam kontra dengan hospital di tanah air.

Bila malam menjelma, rasa kesunyian yang amat sangat. Orang ramai sudah beransur pulang. Hospital sering dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Tidak saya nafikan kewujudan 'mereka' ini.

Apa-apa pun, bertawakkallah kita kepada-NYA..moga diberi perlindungan selalu.. :-)

Day after day

Salam wbt...

Jom kita blajar pasal hari pulak...

Ahad - Raviwar

Isnin - Somwar

Selasa - Mangalwar

Rabu - Budhwar

Khamis - Guruwar

Jumaat - Shukrawar

Sabtu - Shaniwar

Mula-mula memang susah.. Kalau selalu sebut, boleh ingat punya la..
Lagi satu, kalau untuk 'esok', boleh guna perkataan 'kal'..kalo 'kelmarin' pun guna 'kal' juga..payah jugak nak faham dah kalau lagu tu..erm, mungkin kena buat gaya tangan kot..kalau kelmarin, buat gaya ke belakang..kalo esok, gaya ke depan la.. :-) Bahasa oh bahasa..

Monday, April 13, 2009

Secebis pengalaman

Salam..
Dah masuk bulan April pun..rasa cepat la pula masa berlalu..
Preliminary exam is around the corner..ada beberapa minggu saja lagi untuk persediaan mana yang patut..
April nie la bulan yang paling panas..extremely hot.. sampai saja tengahari, bahang dia cukup terasa..kenalah selalu minum air masak..mencegah itu kan lebih baik dari mengubati..
Namun, di sebalik kepanasan sang mentari, masih ada insan-insan yang sanggup berniaga kecil-kecilan, demi mencari rezeki buat keluarga..panas mentari bukan halangan..peluh memercik tak dihiraukan..asal bekerja dapat pendapatan, menampung hidup yang serba kekurangan..anak-anak kecil sudah ada yang bekerja..di kafe.di pasar..
Pelbagai persoalan timbul..tidak bersekolahkah mereka..? Di mana ibu bapa mereka..?
Sepatutnya tempat mereka di sekolah..bukan di jalanan..namun, siapalah aku untuk menilai tindakan mereka itu..aku hanya mampu melihat tingkah laku mereka bekerja..mudah-mudahan suatu hari nanti mereka diberi peluang belajar..
Terasa sungguh bertuah rakyat negaraku.. dibandingkan rakyat di sini..berada di sini.melihat kehidupan rakyatnya benar-benar menginsafkan diriku yang daif ini..betapa rakyat negaraku patut bersyukur dengan segala nikmat yang ada..benar...

~Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri..~

Sunday, April 12, 2009

Pemimpin yang adil

Bismillah..
3 Januari 2009..
Negara menyaksikan peralihan pucuk pimpinan 'Pembesar Melayu' yang diberi gelaran 'Perdana Menteri'..
Pak Lah telah berundur..beroleh gelaran Tun..
Menyambung legasi kepimpinan negara, Dato' Seri Najib Razak..
Bagaimanakah corak kepimpinan beliau agaknya..? Masih terlalu awal untuk diramalkan..semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh AMANAH, ADIL, RASIONAL, dan menghapuskan amalan politik wang, yang sejak dahulu diperkatakan ramai orang..
Adakah amalan tersebut wujud..? Hmm...fikir-fikirkan..
Maaf, saya bukanlah penganalisa politik yang terlatih..takut2, kalau tersalah tulis maklumat nanti, tup2 biasiswa kena tarik balik..blog nie diharamkan pula..hEe..
Bukan bermakna saya menyokong atau menentang 'mereka', cumanya kita kan disuruh bersangka baik sesama muslim..jangan diterima bulat-bulat berita yang diterima, kalau kesahihannya masih samar-samar..selidikilah dahulu..
Moga kepimpinan baru ini akan membawa perubahan kepada masyarakat amnya..
Sorotilah sejarah kepimpinan baginda Rasulullah S.A.W..yang berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar..
Masih wujudkah pemimpin berjiwa rakyat laksana Saidina 'Umar, yang sering meninjau kehidupan rakyat pada waktu malam..kalaulah pemimpin sebegitu cantik akhlaknya, alangkah indahnya..

Siapa ada jual masa..?

''Masa usia kita jangan disiakan..kerna ia takkan kembali..''

Salam pembuka bicara..
Teringat petikan kata-kata Imam Al-Ghazali.. ~Yang paling jauh itu masa..~
memang benar seperti apa yang diungkapkan itu. Masa yang sudah terlepas tidak akan kembali..ianya akan berlaku pergi jauh.meninggalkan insan yang tidak menggunakan ia sebaiknya. Sebaliknya beruntunglah bagi mereka yang memanfaatkan masa yang terhidang, tanpa dibazirkan ke arah kelalaian.. Walau sekaya mana seseorang itu, pasti dia takkan termampu 'membeli' masa yang sudah berlalu. Tiada harga yang setanding dengan masa kita yang semakin jauh pergi.. Jadi, jangan disiakan masa kita..kerana kalau dah terlepas, menangis air mata darah sekalipun ia takkan datang balik..macam yang digambarkan oleh petikan lirik nasyid di atas tu..alangkah seronoknya kalau suatu masa nanti dicipta satu mesin masa @ pintu masa, yang membolehkan kita kembali ke zaman dahulu kala..ke zaman Kesultanan Melayu Melaka misalannya. Bukan saja-saja pergi, tapi kita ambil peluang tengok cara hidup mereka..kesusahan yang ditempuhi..semangat bersatu-padu yang masih memekar..lepas tu, kita aplikasikan dalam hidup..kalau boleh, hantar pemuda-pemudi zaman sekarang ke sana..sebabnya ramai yang suka membuang masa sewenang-wenangnya..kalaulah ia dapat direalisasikan.. Sekadar imaginasi penulis. Harap tiada yang terasa. =)

Surah Al-'Asr ada menceritakan perihal golongan yang kerugian dan mereka yang berjaya 'mempengaruhi' masa..

Jadi, dalam golongan manakah kita berada ?

''Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak menggunakannya untuk memotong, ia akan memotong kamu'' - pepatah arab.

Friday, April 10, 2009

Karamah Mujahideen di Perang Gaza

Dikirim pada 2 Februari 2009 oleh Ustaz Halim


Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).

Sumber : http://inijalanku.wordpress.com

Catatan Ceramah Ummu Muhammad -Isteri Dr Abd Aziz Rantisi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam yang dianjurkan oleh Aman Palestin dan Pertubuhan Mawaddah.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah
kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.



As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi


Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak
takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada
seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

Sumber : Saudara Isa Azzaki Zainal,
UGM..

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...