Monday, December 28, 2009

Belajarlah menghargai

Assalamualaikum w.b.t.

Manusia ni,, akan hargai sesuatu bila kehilangan benda tu..

Terkadang, dalam kehidupan sehari-hari, benda yang remeh selalu diabaikan atau dipandang ringan.

'Nanti la aku buat..'
'awal lagi beb..esok sempat punya la..'
'apa kalut-kalut nie bro..relax ar '

Macam tu la sikap kebanyakan dari kita..
Kurang menghargai masa salah satu contohnya.
Bila dah nak dekat exam, baru sibuk nak study hard.
Kononnya, time tu baru ada perangsang a.k.a. booster nak belajar.
Betol ka..?
Mungkin ya..mungkin tidak..

Bukan masa saja, terkadang kita tak perasan kepentingan sesuatu tu.
Bila dah hilang, baru kita menyesal.
Asal sihat saja, kita lupa yang bila-bila masa kita boleh jatuh sakit.
Tak pernah terlintas langsung pasal sakit.
Tambahan pula, kita tak guna nikmat sihat sebaik mungkin.
Bila nikmat tu ditarik, baru rasa insaf..tu pun mungkin sekejap..

'Kalau aku sihat nanti, aku nak.....'
'Peritnya hidup..'
'Ya Allah..Ya Allah..'

Baru kita ingat Allah s.w.t.

Saya sendiri pun berharap agar kita semua, yang masih ada peluang kesihatan yang sempurna, peluang masa yang banyak, untuk betul-betul hargai apa yang kita ada. Gunakan semaksimum yang mungkin. Jangan asyik dalam 'Comfort Zone' saja.

Lagi satu, kalau yang masih punya keluarga, ayah ibu, hargailah mereka semasa mereka masih ada. Antara kita dengan mereka, jangan ada perselisihan faham. Bantu mereka sedaya yang boleh. Ajal tak kira muda atau tua.

Sempena tahun baru 1431 Hijrah ini, jom kita sama-sama koreksi diri ini. Perbetul mana yang kurang. Jadilah insan yang sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri ke arah yang diredhai.

InsyaAllah...

''Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya di dunia ini. Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya..'' - maksud Hadis..

Wallahu a'lam..

Monday, December 21, 2009

Hujung minggu yang cuma sehari

Salaam...

Hari berganti hari. Musim berganti musim.

Alhamdulilah, dah selesai misi kami ke Mumbai. Hantar sorang teman ke airport. Kami berempat termasuk driver yang sangat cekap, En. Wahid. Mula bertolak dalam 2 lebih. Nasib baik la tak hujan. Tapi kalau hujan lagi best. Soalnya, bukan dekat nak gi sana. Dalam 6 jam jugak la.. Biasa la, travel kat sini 2 hari 2 malam tu kira normal la..

Akhirnya sampai jugak ke destinasi. Baru 9.10pm. Awal lagi nie. Tapi dalam perjalanan tadi, cukup sibuk la jalan dia nak habaq bagi. Memang Mumbai salah satu bandar yang cukup sibuk, kereta motornya bersimpang-siur. Tiap-tiap masa jalan tu tak pernah lengang la. Bunyi hon tu lumrah alam. Siapa yang pertama kali kat India nie mungkin kan rasa kejutan budaya nie.

Kawan yang nak balik Malaysia ni tersenyum sampai ke telinga la. Sapa tak suka balik. Nak jumpa family, nak makan macam-macam yang tak da kat sini..satay,,lontong,,asam pedas. fuh, tangkap lentok la orang kata. Dia pun dengan tenangnya masuk dalam airport tu..Chhatrapati Shivaji International Airport.

Selesai.

"Pasni nak gi mana ?" aku tanya sorang member ni.
"Jom kita masuk dalam jugak nak ? Ada visitor pass tue.." dia bagi cadangan.
"Jom..."

Kami pun masuk la, setelah bayar sejumlah amaun untuk dapat pass tue. Bukan free ya. Alangkan nak masuk tandas pun kena 2 rupees..huhu.. Masuk la kami. Ingatkan boleh jalan-jalan satu airport, tup2 rupanya boleh pusing takat ruang menunggu ja..erm, sebesar padang bola sekolah rendah kurang lebih. Ish3, tak patut betol. Takpa, nasib baik ada CCD. Jom kita pekena bagi sejuk sikit, walaupun kat dalam ni dah sejuk pun..

Bila dah tenang, heartbeat pun dah normal, kami call En. Wahid. Kena pulang dong, soalnya esok isnin ada kelas. Nak dekat pukul 10 dah nie. Mula-mula ke masjid dulu, Sunni Masjid kat Bandra ( East ). Malam tu pulak, ada majlis ceramah sempena Awal Muharram yang kita sambut baru-baru nie. Cukup bersemangat tuan penceramah. Kehadiran agak memuaskan, kanak-kanak pun ada sebagai pendedahan awal bagi mereka. Kalau tak silap, ceramah tersebut turut ada di tempat-tempat lain pada malam tu. Aku terkenang suasana ceramah agama di sekolah dulu. Kurindukan suasana itu, cukup terkesan.

Kemudiannya kami terus bergerak balik. 6 jam perjalanan lagi. Cukup laju la beliau bawak. Orang lama la katakan.

3.30am. Setelah berhempas pulas mengharungi pagi yang sejuk ( macam suspens la plak ), akhirnya kami sampai juga di universiti. Penatnya tak yah kata la. Dalam perjalanan mana selesa nak tidur, tak sama macam kat bilik.

Hostel berkunci pulak dah. Aku tanyakan pakcik guard kat situ,

"key kaha he ?" ( dengan penuh keyakinan, penting tue )
-kunci kat mana ?

"madam phone bataw. mujhe key nehi he..."
-cuba telefon madam kat dalam bagitau. Pakcik takda kunci nak oi...( lebih kurang..hehe.. )

Beliau pun bergerak sama ke hostel kami. Sangkanya, ia dikunci dari dalam. Dia kemudiannya terus patah balik ambil kunci. Selesai buka, dia tanya,

"mu gi mano balik lewat2 nie..?"
"Mumbai pakcik"
"dah gitau madam..?
"sudah.."
"ok.."
"shukriya.."

Usai mengucapkan terima kasih, kami terus bergerak ke bilik. Kena tidur kejap nie. Soalnya, ada kelas pagi, beberapa jam lagi. Nasib baik kelas sejam ja. Kami terus rehatkan diri. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Kalau takda bantal, tilam pun jadi la.. :-)

Sekian coretan kali nie..

p/s : menanti januari, exam dah dekat..persediaan..? ('',)?

Thursday, December 17, 2009

Menyingkap Tahun Lalu

Salam ma'al hijrah diucapkan buat semua...
Sedar tak sedar, sudah setahun kita lalui..
Tahun 1430 Hijrah bakal ditinggalkan, 1431 Hijrah pula mengambil tempatnya. Silih berganti.

Rasanya, macam baru semalam saya merayakan Ibadah Qurban di sini.
Itulah dia benda yang paling jauh daripada kita, "MASA YANG DITINGGALKAN"
Bukan ayah, bukan ibu, bukan saudara.

Jadi, cuba imbas balik, apa yang dah kita buat setahun ini..?

Adakah kita dah berhijrah ke arah yang lebih baik, berbanding tahun-tahun sebelumnya..?

Sudahkah kita menyempurnakan segalanya yang tertangguh..?

Bagaimanakah pencapaian kita, makin baik atau sebaiknya..?

Sama-samalah bermuhasabah..

Menyebut pasal peristiwa Hijrah, mungkin sudah kita pelajari di sekolah-sekolah.
Bila berlakunya. Sebab terjadinya hijrah.



Biasanya, bila sebut tahun baru 2010, ramai orang yang cukup alert. Hatta, bermacam-macam azam dibuat.

Kononnya, nak berubah dari tahun sebelumnya.

Namun, semakin hari semakin kita lupa. Sekejap saja azamnya.

Tahun baru Islam itulah yang sepatutnya kita ambil perhatian. Kita beratkan. Kita peduli.

Sebagai contoh, dalam peperiksaan SPM misalnya. Ramai yang sanggup ambil berpuluh-puluh subjek. Sejak ada rekod baru, makin ramai yang ingin memecahkan rekod yang ada.
Punyalah study sekuat mungkin. Yakin benar gayanya.
Keluar saja keputusan, memang cemerlang la orang kata. Contoh ikutan.
Tapi,
ada satu subjek pula yang gagal.. Pendidikan Islam.
Yang lain semuanya hebat-hebat..distinction..top marks..top grades..
Alih-alih, subjek yang wajib dapat elok, sebaliknya pula yang jadi.
Macam mana pula tu..?
Saya berpendapat, tak guna juga keputusan yang gempak. Tapi, tersangkut dalam selok-belok agama.



Memang tak patut.

Sepatutnya, kena seimbang. Baru hebat. Baru hidup berkat.

Macam tu juga dengan konsep sambutan tahun baru.

Seeloknya, kita lebihkan versi Islam. Kita harus bangga dengan peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W.

Ambil pengajaran, tampung mana kekurangan yang kita rasa masih ada.
Bukannya kita baca sejarah, sekadar sejarah saja.
Kita cuba hayati dan ambil pedoman.
Saya sendiri pun masih lagi perlukan peningkatan diri. Masih perlukan bimbingan.

Sementara kita masih punya kesempatan, gunalah ia dengan bijak.
Bila waktu telah berakhir, tak mungkin dapat kita betulkan balik.

~Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431 Hijrah~

Wassalam...

p/s : jom kita pakat-pakat nyanyi lagu 1 Muharram.. =)

Monday, December 14, 2009

kesungguhan hari ini

Assalamualaikum w.b.t.

Keadaannya cukup-cukup sejuk di bumi Karad sekarang. Musimnya dah tiba. Musim yang mana pemanas air di bilik air sangat diperlukan buat masa ni. Kalau di tanah air, kita kan berdepan dengan musim hujan, pun sejuk juga. Banjir tu perkara biasa setiap kali musim hujan tiba.

Tapi yang peliknya, kat Jeddah, Arab Saudi pun banjir boleh berlaku, satu fenomena yang jarang-jarang terjadi. Kalau di tempat yang panas, yang kadar hujannya sedikit itu pun boleh juga dijadikan sebaliknya. Semuanya ini diluar bidang kuasa manusia. Hanya Allah s.w.t. yang berkuasa mengatur segala-galanya. Dia Maha Mengetahui.

Kelas di awal pagi ternyata satu ujian bagi kami. Masakan tidak, cuaca yang sejuk hampir saja menidakkan kehadiran ke kuliah. Apa yang diperlukan ialah keazaman. Harus ada kekuatan untuk melawan nafsu.

Namun, situasinya tidaklah sesibuk dahulu. Kalau dulu, lepas habis kuliah, akan ada posting di hospital sampai tengahari. Itu jadualnya.

Sekarang, jadual posting dah habis. Jadi, tiada lagi posting, cuma kuliah saja. Habis kuliah ada banyak masa untuk digunakan, study ka..

Exam pun dah nak dekat..

Masa nie cepat berlalu..

Friday, December 11, 2009

Sudah bersediakah wahai hamba...

Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka...

Itulah serba sedikit berkenaan 'pengembaraan' kita yang terakhir, yang mana sesiapa saja akan laluinya. Perjalanannya percuma. Simpanan kita langsung tak berguna. Harta, pangkat, anak, isteri, saudara apatah lagi. Giliran dan tempat juga dah ada, tak perlu risau. Yang penting, apa yang kita akan bawa ke sana, sebagai bekalan. Dan ia kan datang sebagaimana yang dijanjikan, takkan lewat barang sesaat pun.

Saat menulis artikel ini, telah berlaku satu tragedi yang cukup sedih. Salah seorang pekerja di bekas sekolah menengah saya dahulu, telah dijemput menghadap Allah S.W.T., dalam satu kecelakaan jalan raya. Boleh baca di sini
Arwah seorang yang tak lokek berkongsi ilmu. Pernah melatih saya dalam sukan takraw suatu masa dulu. Jadi, berita ini agak mengejutkan buat saya. Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Maut akan datang bila-bila masa saja, di mana-mana saja. Terkadang, orang yang baru saja kita jumpa, telah pergi dahulu daripada kita. Sungguh tak disangka. Esok lusa siapa pula yang pergi. Wallahua'alam..

Justeru, siapkanlah diri kita sebaik yang mungkin. Hari itu pasti tiba, pasti tepat pada masanya. Takkan dipercepat maupun ditunda.

Rasulullah S.A.W. ada bersabda :

" Orang yang paling bijak, ialah mereka yang selalu mengingati kematian. "

Apabila kita ingat mati, kita pasti takkan lupakan akhirat sana yang kekal abadi.
Mesti jenayah takkan berlaku, orang tak berani buat sebab gerun, nanti dipersoalkan di 'sana'.

Mesti dunia akan tenteram, harmoni, tanpa permusuhan dan sengketa yang sentiasa berlanjutan. Entah bila pengakhirannya.

Jadi, sama-samalah kita ingat-mengingati...

Al-Fatihah buat mereka sekeluarga...

Tuesday, November 24, 2009

-Tahfiz Cilik-

Assalamualaikum...
ada satu video menarik nak dikongsikan..
Pasal seorang tahfiz muda dari Iran..
Cukup mengkagumkan, sebut la ayat apa pun, insyaAllah adik ini boleh bagitau tentang ayat tue selengkapnya..ayat keberapa..juz berapa..halaman keberapa..
Nama tahfiz muda ini..Sayyed Mohd Hussein Tabataba'i

~Amazing Staircases~

Pernah dengar istilah 'jiran tetangga' ?
Mesti la pernah kan..hari-hari kita jumpa..
Tapi, bukan itu yang kita nak bincangkan..
Post kali nie, pasal entiti bernama 'tangga' Jom kita tengok antara bentuk tangga yang unik, menarik dan memukau sesiapa yang melihatnya.. =)

1. Spiral Stair (Australia)

Fascinating spiral stairs at Garvan Institute in Sydney, Australia. 6.5 revs and five stories from top to bottom.

2. Tulip Staircase at the Queen's House (England)

The elegant Tulip Stairs in the Queen's House are the first geometric self-supporting spiral stairs in Britain. Although called the 'Tulip Stairs,' it is thought that the stylized flowers in the wrought-iron balustrade are actually fleurs-de-lis, as this was the emblem of the Bourbon family of which Queen Henrietta Maria (wife of Charles I) was a member. The Tulip Stairs are also the location of the Rev R. W. Hardy's famous 'ghost' photograph taken on 19 June 1966, which when developed revealed what appear to be two or three shrouded figures on the staircase.

3. "Umschreibung" at KPMG Building Munich (Germany)

This artistic staircase designed by Olafur Eliasson is called Umschreibung (Rewriting), and was completed in 2004. It's in the courtyard of the global accounting firm KPMG in Munich.

4. Staircase at Lello Bookshop (Portugal)

This interesting grand staircase in Lello Bookshop in Portugal stands ominous and heavy. The steps are like two channels pouring and swirling to a single point. The side view gives you a closer idea of the immense curves and giddy sinking feeling to each step.

ada banyak lagi kot..
www.oddee.com


Pernah dengar istilah 'jiran tetangga' ?

Mesti la pernah kan..hari-hari kita jumpa..

Tapi, bukan itu yang kita nak bincangkan..

Post kali nie, pasal entiti bernama 'tangga' Jom kita tengok antara bentuk tangga yang unik, menarik dan memukau sesiapa yang melihatnya.. =)



1. Spiral Stair (Australia)





2. Tulip Staircase at the Queen's House (England)







3. "Umschreibung" at KPMG Building Munich (Germany)





4. Staircase at Lello Bookshop (Portugal)











Sunday, November 22, 2009

Bukan Ku Pinta...

French euthanasia-row woman dies


Ms Sebire suffered from an extremely rare form of cancer
A French woman with an incurable facial tumour who lost a legal challenge seeking euthanasia has died at her home near Dijon at the age of 52.

Former schoolteacher Chantal Sebire, a mother of three, had asked a court to allow doctors to help her die. The cause of her death is not yet known.

Ms Sebire's tumour had left her blind, disfigured and suffering intense pain.

The court had said Ms Sebire's physical condition may "inspire compassion" but the law did not allow assisted suicide.

Request to Sarkozy

The case of Ms Sebire sparked intense debate.

She suffered from an extremely rare form of cancer in the nasal cavity known as an esthesioneuroblastoma. Only 200 cases of the disease have been recorded worldwide in the past two decades.

Appealing on French television last month for the right to die, Ms Sebire said she could no longer see properly, taste or smell. She described how children ran away from her in the street.

"One would not allow an animal to go through what I have endured," she said.

But the magistrate in Dijon said: "Even if the physical degeneration of Madame Sebire merits compassion, this request can only be rejected under French law."

Legislation adopted in 2005 allows families to request that life-support equipment for terminally ill patients be switched off, but does not allow a doctor to take action to end a patient's life.

French President Nicholas Sarkozy, whom Ms Sebire had urged to intervene in her case, said he had asked his chief health adviser to make contact, and help with providing further opinions on her condition.

Sarah Wootton, of Dignity in Dying, which campaigns in the UK for assisted dying for the terminally ill, said after the court ruling: "It is simply wrong that terminally ill people not just in France, but also in the UK, who are suffering unbearably are not being given the choice to die with dignity."

Agak sayu pabila membaca kisah ini. Iya la, kita memang tak boleh nak jangka sesuatu tu akan terjadi, apatah lagi kita nie cuma insan biasa. Esok lusa kita tak tau nasib kita macam mana.

Jadi, berbalik kepada kisah di atas, ditakdirkan Puan Chantal Sebire nie menghidap sejenis penyakit yang jarang-jarang sangat terjadi. Penyakit nie telah membuatkan beliau hilang deria penglihatan, rasa dan bau. Alangkah sedihnya kalau hidup tak boleh melihat. Tak boleh menghidu, apatah lagi merasa. Hilang sudah nikmat dunia.

Itulah sebabnya beliau memohon kepada mahkamah untuk melakukan euthanasia.
Euthanasia nie apa ya ? Mengikut wikipedia,

"Euthanasia (from the Greek ευθανασία meaning "good death": ευ-, eu- (well or good) + θάνατος, thanatos (death)) refers to the practice of ending a life in a painless manner."

Maksudnya, metode untuk menamatkan riwayat hidup dengan cara yang tak menyakitkan. Senang cerita, cara nak mati dengan senangnya, akibat sesuatu penderitaan yang sangat teruk. Lebih kurang la.

Disebabkan penangan penyakit tue, dan ketipisan peluang untuk menyembuhkannya, beliau telah memohon untuk ditamatkan saja hidupnya yang malang itu. Ke mana saja pergi, diri sudah dianggap tak bernilai. Sentiasa dipandang rendah masyarakat.

'Apa lagi gunanya hidup..?'

Mungkin itu yang bermain di fikiran.

Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi tersebut. Agak-agak la, mampukah kita menghadapinya ? Cukup kuatkah kita ketika itu ? Adakah kita akan ambil jalan singkat macam kisah di atas ? Adakah kita punyai kesabaran setanding sabarnya Nabi Ayub A.S. tatkala diuji dengan penyakit yang misteri ?

Jadi, sementara kita masih kuat, masih sihat, jagalah kesihatan itu sebaiknya. Penyakit ini, tak kira orang, tak kira masa, tak kira apa jua keadaan. Kalau dah nak jadi, memang ia kan datang. Yang kita boleh ikhtiarkan, PENCEGAHAN.

Ada satu kata-kata Arab yang berbunyi : "Al wiqaayah khairum minal 'ilaaj". Maksudnya, 'mencegah itu lebih baik dari mengubati'. Sebelum terjadi, lebih baik diambil jalan selamat. Kita cegah dulu. Kalau dah kena, baru nak diubati, memang agak terlambat. Belanja kewangan tak usah dikira la.

Ramai orang, bila nikmat kesihatan ditarik, baru dia hargai peri pentingnya dia sihat. Ya la, waktu sihat dulu, dia lupa bahawa ianya bersifat sementara. Tak kekal. Bila dah tiada, alangkah rindunya dia pada nikmat itu. Hatta wang ringgit tak boleh menandingi.

Akhir kalam, sentiasalah berwaspada dan beringat. Gunakanlah nikmat sihat ini sebaiknya, agar kita tak menyesal kemudian hari. Selagi kita bernafas, kita kan terdedah dengan risiko dari setiap penjuru yang cuba mengganggu sistem ketahanan diri. Jadikanlah diri kita ini sebaik-baik 'perisai', yang takkan mudah diceroboh sewenang-wenangnya.

Tuesday, November 17, 2009

Siapakah kita nanti ?

Hidup ini tak selalunya indah. Ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Macam dalam sesuatu pertubuhan atau jawatankuasa, sentiasa ada pengganti dan pelapis. Kalau hidup sentiasa 'linear', alangkah bosannya.

Terkadang kita berasakan kitalah orang yang paling gembira..paling hebat..seolah-olah tiada masalah yang tak dapat kita selesaikan..terkadang sebaliknya pula yang jadi. Kita berasakan dunia seolah-olah tidak berlaku adil, ada saja yang tak berkenan di hati. Gembira, suka, kemudian sedih.. Itu semua hanyalah asam garam kehidupan, yang mana kalau kita berjaya hadapinya, pasti ada ganjaran yang menanti. Teringat pesan mak "Suka lawannya sedih. Jangan terlebih seronok sangat..."
Ya, kita sentiasa alpa meraikan kegembiraan kita. Seolah-olah kita akan hidup di dunia ini selama-lamanya pula.


YANG DIKEJAR TAK DAPAT

Hidup ini memerlukan tujuan hidup. Apa matlamat kita ? Ke mana kita pada masa hadapan ? Untuk memenuhi tujuan hidup, seseorang itu perlu sentiasa berusaha dengan gigih..perlu cukup ilmu di dada..kalau dah tahu itu lautan dalam, takkan masih nak gunakan kail yang sejengkal ? Perlu ada perubahan..peningkatan diri..barulah objektif dapat kita capai..

Namun, nak dapat apa yang kita inginkan, sudah pasti banyak ranjau dan cabarannya. Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang pasri berjaya. Kita berusaha, kemudian bertawakkallah. Usaha kita juga kenalah sehabis baik.semaksimum yang mungkin..supaya kita takkan menyesal kemudiannya. Sebab apa ? Kerana apa yang kita minta, apa yang betul-betul dihajati tak semestinya kita akan perolehi. Terkadang, kita punyalah letak harapan yang menggunung tinggi. Kita sangat-sangat harap kita boleh, namun apa yang diharap tak kunjung tiba. Di mana silapnya ?



Di sinilah letaknya kepentingan tawakkal selepas berusaha. Serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T. Tapi, kenalah usaha dulu. Bagi komitmen sebaik yang boleh. Dapat atau tak..berjaya atau tak..itu belakang cerita. Yang penting, aku dah berusaha selayaknya..aku dah praktikkan segala ilmu, petua yang dipelajari.. Hasilnya biar Dia yang tentukan. Sekurang-kurangnya, kita dah ada persediaan diri yang mantap dengan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada-Nya.

Mungkin kita beranggapan pilihan kita yang terbaik. Namun di sisi Allah, ada lagi yang lebih baik menanti. Siapa tahu ? Rezeki itu Dia yang aturkan. Di mana-mana saja kalau Dia nak bagi, mesti kita dapat. Ketahuilah, perancangan Allah itu mengatasi segala-galanya. Siapalah kita untuk mempersoalkan segala percaturan-Nya.

Justeru, bersangka baiklah dengan Sang Pencipta. Selaku hamba, patutkah kita meragui Dia, Penguasa segala yang di langit dan di bumi...

Tuesday, October 27, 2009

Kembali..

Salam..
Cuti masih berbaki 2 minggu..lepas hampir 2 minggu di tanahair..
Agak lama, tapi masa nie pantas berlalu..
Hari tu sempat juga warga Karad ziarah sahabat-sahabat di Belgaum sana.
Perjalanan cuma dalam 3 jam, namun letaknya di state yang lain.
Apa-apa pun, satu pengalaman yang best sebab dapat jumpa member-member satu kolej dulu, yang kini dah 'terpisah' jauh.
Apa lagi ya..
Hmm..cukup dulu la takat nie..
Jumpa lagi..

Saturday, October 3, 2009

Number

Cuba bayangkan, kita hidup dalam dunia tanpa nombor. Tentu saja haru biru jadinya. Serba tak kena. Masing-masing akan menghadapi kesusahan dalam hidup. Pergi ke kedai, mesti ada masalah. Berapa banyak nak beli ? Nak bagitau pekedai, tak tau camna nak kata. Lagi teruk, mesti tanda harga pun tak da. Jadi, macam mana nak bayar. Kompleks kan ?

Bila sistem nombor tak wujud, mesti kita takkan belajar mengira. Makanya konsep 2M saja yang wujud. Bila dah tak ada kira-mengira ni, mesti subjek Matematik takkan diperkenalkan dan diajar di sekolah. Prinsip Akaun pun pasti kena tempiasnya juga. Jadi, akan berkuranglah jumlah subjek SPM. Tanpa nombor, siapalah Matematik. Sebab nomborlah asasnya, yang menjadikan Matematik itu satu kewujudan.

Keberadaan nombor sangat penting. Di sekolah misalnya, sistem peratusan digunakan untuk menanda kertas jawapan pelajar. Tanpa nombor, susah jadinya. Entah-entah simbol pula yang digunakan.

Kita di hospital, hendak ambil tekanan darah. Usai diperiksa, pelbagai simbol dan yang ditulis, untuk mencatatkan bacaan. Pening kita dibuatnya. Jika di klinik, mesti berebut orang nak dapatkan rawatan kalau nombor giliran tak digunakan.

Gawat bukan..?

Rekod terawal sistem nombor bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu. Ia berasal dari lembah subur Nil (Mesir) dan juga dari kawasan Tigris dan Euphrates (Iraq).

Masyarakat Greek yang memulakan langkah pertama ke arah penerokaan bidang matematik. Pelbagai konsep telah diperkenalkan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang ada. Usaha ini diteruskan oleh sarjana-sarjana Muslim di Timur Tengah. Baghdad muncul sebagai pusat intelektual di mana para sarjana berpadu usaha menggabungkan ilmu matematik Greek dan India untuk mewujudkan sesuatu yang baru dan unik. Kejayaan mereka dapat kita lihat melalui sistem nombor Hindu-Arabic yang diguna pakai sekarang. Di sini, dapat kita lihat kesinambungan usaha untuk mengembangkan ilmu matematik itu sendiri.

Justeru, kita hari ini menikmati jasa yang telah diberikan oleh para ilmuan dahulukala, baik Muslim atau bukan. Marilah kita manfaatkan ilmu yang diperoleh sebaiknya, moga usaha mereka semua tidak sia-sia.

Nyamuk

Baby mosquito came back after its 1st flying.His dad asked him- How do u feel? He replied 'It was wonderful, every1 was clapping 4 me!

Wednesday, September 23, 2009

3 KiSaH BeNaR..

Assalamualaikum...
Salam lebaran diucapkan buat semua..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..
Minal 'aidin wal faizin.. Kullu 'aam wa antum bikhair.. =)

Akhirnya, habis sebulan berpuasa, kita sambut pula hari kemenangan yang dinantikan. Hampir semua orang cukup gembira menyambut hari raya, dengan baju raya baru, juadah yang enak-enak. Tambahan pula, bagi yang tinggal kat bandar, mesti tak sabar-sabar nak balik kampung. Manakan tidak, suasana beraya di kampung lebih 'hidup', pabila boleh jumpa mak ayah, sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Lagi best, kalau semua saudara dapat berkumpul sebumbung, makan bersama, mesti banyak topik yang nak dibincangkan. Kita sama bergelak tawa, yang sudah berkeluarga dengan anak masing-masing, cukup mengggamatkan suasana..

Hmm..

Cukup kot muqadimah post nie..hEe..

Kita berbalik pada 'main story'. Alkisah, mereka yang berada di perantauan pun takkan terlepas untuk menyambut hari raya. Samalah macam kami semua di India nie. Tahun nie, kami beramai-ramai pi beraya kat Mumbai sana. Best sikit sebab dapat beraya dengan orang-orang kedutaan Malaysia. Bertolak pagi ahad, lepas soq a.k.a. sahur.. ( kat sini raya isnin, malaysia raya awal sehari..) Dalam pukul 1pm, dengan selamatnya kami sampai di mumbai. Perjalanan kurang lebih 6 jam.

Oh ya, sambutan hari raya diadakan di Ala Mode Banquet, belakang Ecole Mondiale World School, kat area Juhu. Nak sampai sana cukup menguji kesabaran betoi. Nasib baik sorang member nie ada GPS. Kalau tak, kemungkinan untuk sampai sangatlah tipis.huhu..

Suasana raya agak meriah jugak. Ada sesi bagi duit raya kat budak2 kecik. Punyalah sronok depa dapat duit raya. Ingatkan kami yang masih tak bekerja nie pun dapat jugak, sekali ada had umur la pulak. Tak pa, taun depan ada lagi..hehe..

Juadah raya pun bole tahan. Nasi himpit ada.kuah kacang ada.rendang pun ada..tapi, ada yang kurang nie.mata pun melilau cari..tak da la..mana dia ketupat..? Tapi takpa, nasib baik kuih raya ada..samperit, biskut arab, dan bla bla bla.. ( sekadar menyebutkan beberapa nama ).

Petangnya, kami diundang ke rumah Encik Othman, Timbalan Konsulat Jeneral. Yang nie rumah pertama. Ada 3 rumah nak kena pi. Makan besaq la jawabnya. Kat rumah beliau, ada soto. Orang Johor mesti tau nie. Sedap, sebab dah lama tak makan. Lemang pun ada nak habaq bagi. Dengan rendang ayamnya, cukup untuk 'mencairkan' jiwa mereka2 yang memakannya.. :-)

Rumah kedua, rumah Encik Wan Zaidi, Konsulat Jeneral. Kat sini, hidangannya pun tak kurang hebat. Ada lemang. ( ketupat..? ) Mee bandung pun ada. Macam tau2 la pulak. Tanpa m'bazirkan masa walau sesaat, kami pun menjamu selera. Jarang nak rasa makanan malaysia, free pulak tue. Lagi satu, tup2 ada pulak tapai pulut. Tak semena2, kadar degupan jantung bertambah. Semakin laju jantung berdegup ( tachycardia ). Macam tak percaya, satu tindakan reflek berlaku, tangan ini segera mengambil pinggan lalu memasukkan beberapa tapai untuk dijamah. Mana bole tahan. Dengan sekelip mata, tapai2 yang terhidang lenyap dari pandangan..hehe. Memang betol2 di luar jangkaan.

Seterusnya, kami pergi ke rumah Encik Rosli. Imigresen, hal-hal pasport semuanya di bawah tanggungjawab beliau. Beliau gembira menyambut kedatangan kami. Kami bertukar-tukar cerita, pengalaman dan macam2 lagi. Sebelum berpisah, bergambar beramai-ramai tak dilupakan, tanda kenangan kita bersama.







Esoknya, Selasa, kami berkemas untuk balik ke Karad. Ada kuliah sepatutnya, memandangkan cuti raya cuma sehari. Sebelum balik, kami pergi membeli belah dulu. Banyak juga pasaraya di mumbai nie. Besar2 pulak tue. Ada satu kelainan kat mall di sini. Waktu nak masuk, ramai budak2 kecik local yg masih sekolah rendah tengah tunggu kat luar. Apsal nie..? Mall tutup ka ? terdetik kat hati. Bila nak masuk ja, ada sorang budak nie datang kat saya, cakap2 hindi. Saya tak pedulikan terus ja masuk. Bila masuk saja, punyalah ramai anak2 muda. yang kecik2 depa jalan dlm group. yang pakai lebai pun ada.. yang budak kecik nie cam merayau2 ja dalam mall tue..ada skali tue dok main troli sesama depa, cukup bising la.. Rupa-rupanya, depa nie tak bole masuk dalam mall..DILARANG..sampai pak guard nak kena bawak depa kluaq..bukan apa, memang tak seswai langsung mai kat mall besaq2 nie.lagi baik hampa dok umah ja..kita tengok pun ghasa depa nie cam xdak mak pak ja..huhu..pantang nampak budak kecik, akan ada orang halau depa kluaq..huhu..ntah la.mungkin fenomena biasa kat sini kot..

Malam menjelma, suma dah bersiap nak balik..oh ya, terlupa nak kabo.ada 3 keta yang bawak kami pi mumbai. Kami pun teruskan la perjalanan pulang. Bertolak lebih kurang kul 11 malam camtu ar.hujan pulak tyme tue..agak slow la jugak perjalanan malam tu..

hmm..

Beberapa minit perjalanan, driver kami, En. Shankar perasan yang minyak keta tinggal sikit saja lagi.dengan kata lain, keta HAMPIR KEHABISAN MINYAK..kena cari stesen minyak nie..maka, bermulalah episod pencarian stesen minyak secepat mungkin..dah tengah malam pun..ada lagi ka stesen minyak yang bukak..? saya berfikir. sempat ka nak jumpa stesen minyak, dengan saki baki minyak yang ada.kat luar dah pun sunyi.cuma kadang2 ja ada kenderaan lalu lalang.kami berlapan, termasuk pemandu.

En. Shankar seorang yang dah berumur saya kira..masih kuat memandu.dalam situasi2 mencemaskan, beliau kelihatan begitu tenang.cukup tenang..kereta kami seringkali ditinggalkan di belakang kalau nak bergerak ke mana2..beliau mengatakan tidak suka memandu laju2..cukup cermat beliau memandu.beliau juga agak asing dengan bandar mumbai..

Berbalik kepada misi mencari stesen minyak.andaikata kami tak ketemu, jawabnya kami kenalah bermalam di mumbai dulu, lalu teruskan perjalanan pagi esoknya. En. shankar memandu perlahan-lahan, dengan harapan mencari stesen tersebut.dah lewat malam.beberapa minit mencari, jumpa jugak stesen.tapi, dah pun tutup..huhu..xpa, kita cari lagi.mintak2 sempat..debaran kian memuncak.

En. Shankar kerap bertanyakan penduduk setempat..
" diesel pump kaha kai..? "

Kelihatan beliau begitu berusaha mencarinya.hampir 3 stesen djumpai, tapi satu pun tak bukak..masing2 masih lagi berharap..tambahan pulak, kami HAMPIR SESAT.mujur ada GPS, cukup membantu perjalanan kami..

Selepas hampir sejam mencari, akhirnya kami ketemu jugak stesen minyak yang dicari..Alhamdulillah..Segala puji hanya untuk-Mu..waktu tue dah pun 1 pagi lebih..usaha kami berbaloi jua..

Saya kagum dan terharu dengan en. shankar..beliau begitu bersahaja, tidak menampakkan sebarang tekanan waktu itu.kami bersyukur mendapat beliau sebagai pemandu kami.cukup sabar orangnya.. ('',) saya ada bertanyakan samada beliau sudah makan atau tak..

"kana hogaya..?"
"nehi.."

Terharu dibuatnya.rasa kasihan padanya.masih belum makan, tapi perjalanan masih jauh.dalam perjalanan, beliau ada berhenti untuk minum dan berehat sebentar.itulah yang sebaik-baiknya.


6 jam berlalu, kami selamat sampai ke Karad.lega rasanya.sedikit wang dihulur kepada en. shankar, atas penat lelah, jasa yang takkan kami lupakan. Bohot shukriya..
Apa-apa pun, yang penting semuanya selamat sampai ke universiti. Lepas nie, jadual kuliah perlu dipatuhi, kelas dan buku menanti kita. Cukuplah berseronok sehari dua.

Pengalaman pahit manis yang baru ini takkan saya lupakan. Banyak pengajaran yang saya dapat. Begitu menginsafkan diri yang kerdil ini. Kita manusia hanya merancang, tapi Allah S.W.T. sebaik-baik Perancang. Perancangan Allah itu yang terbaik buat kita. Jadi, kalau diuji, terimalah ia dengan seadanya, muhasabah apa kekurangan, sentiasa berdoa mohon diberi kekuatan menghadapinya. Dia Maha Mendengar, Dia sentiasa dekat dengan kita semua.

Sampai sini dahulu..

Wassalam..

Friday, September 18, 2009

Andainya Rasulullah SAW Bertamu Kerumah Kita

Assalamualaikum wbt
>
>Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba
>muncul mengetuk pintu rumah kita........ Beliau datang dengan
>tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,
>
>Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan sangat berbahagia,
>memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke
>ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
>agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
>Beliau tentu tersenyum... .....
>
>Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar
>di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di
>ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut
>ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum... .....
>
>Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang
>yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga
>memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan
> memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan
>kita meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum... ....
>
>Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah
>kita ? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal
>lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
>Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui
>sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai
>mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum... .....
>
>Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui
>satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar
>kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.
>Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi
>ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita
>tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada
>Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum... .....
>
>Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
>Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
>Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
>Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi
>menghormati junjungan kita ?
>
>Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita
>tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu
>tersenyum... .....
>
>Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita
>malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita
>menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
>duniawi.
>
>Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah
>menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana
>keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. > Barangkali kita
>menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.
>Beliau tentu tersenyum... ....
>
>Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada
>kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah
>kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya
>tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
>Betapa senyum beliau masih ada di situ........
>
>Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah
>kita......
>Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan kita
>dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah
>akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke
>rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
>
>Maafkan kami ya Rasulullah.. .......
>
>Masihkah beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum
>getir....... .
>Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
>Rasulullah

Renung-renungkanlah...

Sunday, September 6, 2009

Fasa 2

Kita sudah pun memasuki fasa 2 Ramadan. Fasa yang dikenali sebagai 'maghfirah', yakni keampunan. Jadi, mohonlah keampunan kepada Allah S.W.T. akan dosa-dosa yang telah kita lalukan. Mintalah kepada Dia dengan penuh keinsafan, sepenuh hati agar kita beroleh keampunan yang diinginkan.

Pada masa sama, muhasabahlah diri kita berkenaan 10 Ramadan pertama yang telah dilalui. Apakah kita berpuas hati dengan amalan-amalan sepanjang masa tersebut ? Adakah kita memanfaatkan sebaiknya fasa 1 yang telah jauh meninggalkan kita itu ? Adakah ada peningkatan dalam segala aspek hidup kita ?

Kita seharusnya sudah mengatur strategi sekarang. Mana yang kurang, kita tambah. Mana yang tak sempurna, kita perbaiki dan perelokkan. Masih ada masa. Namun, kita harus punya kesedaran yang tinggi. Kesedaran untuk berubah.

Kalau dulu, kita jarang buat solat sunat. Solat fardhu yang 5 saja yang diberi jaga. Itupun banyak cabaran bagi sesetengah orang. Pada bulan ini, buatlah perubahan, lakukan solat sunat sekerap yang boleh. Kalau tidak selalu, pastikan sehari sekali dan berterusan. Kalau dulu Al-Quran pun jarang-jarang kita baca. Kali ini, cubalah luangkan masa sedikit untuk membaca kitab Allah tersebut. Sebaiknya, tiap-tiap waktu solat kita baca. Itu lagi baik. Andaikata dulu hanya satu muka sehari, kita sudah pun baca 5 muka sehari kalau dibaca tiap-tiap waktu. Luangkanlah masa walau sedikit, tetapi ISTIQAMAH.

Inilah kata kunci penting dalam ibadat kita seharian. Jika kita beristiqamah dalam beribadat, kita pasti akan terbiasa dan melakukannya setiap hari. Andai amalan sunat kita lakukan walau sekejap tapi berterusan, itulah yang sebaik-baiknya untuk kita amalkan. Amalan yang walau sedikit, tapi sentiasa diulang-ulang itu lebih disukai oleh Allah S.W.T. daripada yang banyak tapi ibarat 'hangat-hangat tahi ayam'. Dalam Surah Hud ayat 112, Allah S.W.T. telah berfirman, ' Maka tetaplah kamu pada jalan kebenaran, sebagaimana yang diperintahkan padamu.'

Jadi, marilah kita ambil kesempatan yang masih ada, untuk menggandakan amalan sunat yang kita terlepas pandang. Amalan fardhu tetap harus kita jaga. Itu wajib. Kalau puasa tapi tak solat tak berguna juga. Amalan sunat ini umpama pelengkap kepada amalan fardhu. Ibarat makan nasi. Nasi putih diibaratkan amalan fardhu. Lauk-pauk pula amalan sunat, yang menambah keenakan nasi putih tersebut. Jadi, kalau malas buat yang sunat, asyik dengan yang fardhu, makan nasi putih saja. Tiada ayam masak merah, ikan 'sweet sour', sambal petai dan sebagainya. Bagaimana ? Pilihan di tangan kita sendiri. Fikirlah sebaiknya. Mungkin ini Ramadan kita yang terakhir. Siapa tahu ? Tiada jaminan kita akan bertemu Ramadan akan datang. Ingat, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit. Sementara punya upaya dan masa, lakukanlah dengan ikhlas dan berterusan...

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan di Karad

Salam..
Inilah kali pertama kami menyambut 1 Ramadhan di Karad. Belum pernah lagi sebelum ini. Suasananya agak menyeronokkan berpuasa di tempat orang. Tambahan pula, sekarang musim hujan, jadi tak meletihkan sangat. Balik saja dari kelas, dah pun petang, sekitar pukul 5. Cepat masa berlalu.

" Jom tarawih kat masjid malam nie ? " tanya Ajai kepada saya.
" Bole jugak. " saya bersetuju. Nak rasa juga pengalaman bertarawih di sini, di bumi orang.

Kami solat Isyak dahulu, kemudian bersiap dan terus bertolak keluar. Mujur malam ini tak hujan, mungkin ada rezeki.

Sesampai di pekarangan Masjid Usmaniyah, keadaan agak lengang.
" Ada ka tarawih nie ? " saya berfikir sendirian. Kami langsung memasuki masjid. Kedengaran bacaan Surah Al-Fatihah.

" Dah start agaknya. " Ajai memberitahu saya.
" Kalau camtu, jom la cepat masuk. Nanti terlepas pulak.."

Sejurus memasuki masjid, saya bertanyakan seorang penduduk tempatan untuk kepastian.
" Tarawih or isyak ? "
" Tarawih ", balasnya.

Kami terus memasuki saf tersebut. Bacaan imam sangat laju. Bayangkan, Surah Al-Fatihah dibaca seakan hanya satu nafas sahaja. Surah yang lain dibaca laju juga-mereka tahfiz barangkali, kerana ramai golongan itu di sini. Sebab itulah ia dilakukan sedemikian rupa demi cuba menghabiskan satu juzuk semalam.

Itulah kali pertama kami bertarawih di masjid. Walaupun berbeza bangsa dan bahasa, Islam menyatukan kita semua. Tiada perbezaan. Kita saudara seagama. Kami pun tidaklah rasa terasing di sini. Ya, nikmat bersaudara itu harus dipelihara sebaik mungkin.

" Setiap Muslim itu bersaudara.."

Meredah kampung

"Does anyone knows Marathi ? ", tanya salah seorang mam kepada kami, sewaktu 'posting' untuk subjek Community Medicine. Kelihatan beberapa orang pelajar mengangkat tangan. "oghang sini la tue", saya bermonolog.

Marathi merupakan bahasa yang dituturkan di Maharashtra state. Setiap state punya bahasanya masing-masing. Contohnya, Karnataka state menggunakan Kannadum. Bukan saja bahasa, tulisan juga turut berbeza, seolah-olah setiap bahasa ada identitinya tersendiri.

Semasa posting untuk Community Medicine, kami dikehendaki melawat perkampungan masyarakat tempatan di sini. Kami ditemani oleh 2 orang mam selaku 'fasilitator' kami sepanjang keberadaan kami di sana.

Setibanya di kampung yang dimaksudkan, timbul rasa kasihan dalam diri ini. Manakan tidak, kehidupan masyarakatnya yang serba kekurangan, yang mana asalkan ada sudah memadai, tak perlu berlebih-lebihan. Kelihatan kanak-kanak berjalan kaki, tanpa sepatu. Ke sana ke mari, seakan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Rumah-rumah yang ada, cukuplah sekadar tempat berteduh, sudah mencukupi. Ternakan seperti kerbau terdapat di sini. Tiba-tiba, di balik semak, kelihatannya beberapa ekor anak khinzir sekitar 8 ekor, mengekori ibu mereka ke mana saja dia pergi. Anda bayangkan. Ingatkan tak ada makhluk yang seekor ini, sebabnya itulah kali pertama ia dilihat di Karad.

Perjalanan lawatan bermula. Kami berjalan beberapa minit, melalui kawasan perumahan di kampung ini, sebelum tiba di rumah yang hendak ditujui. Dalam perjalanan, dapat kami lihat bagaimana cara hidup masyarakat di sini. 'tak ada rotan, akar pun berguna', gambaran kehidupan masyarakatnya.

Setibanya di rumah yang dimaksudkan, seorang wanita bergelar ibu datang ke arah kami. Bermulalah sesi soal jawab.
" Tuzha nau kay ? " (siapakah nama kamu ? ) Dibantu oleh mam tersebut, kami dikehendaki mengambil kes para ibu, untuk mengetahui kondisi kesihatan mereka, dan kesihatan anak mereka. Contohnya, sejarah perubatan, sejarah keluarga, imunisasi yang telah diambil dan sebagainya. Jadi, medium yang harus digunakan tentulah Marathi yang menjadi bahasa percakapan penduduk setempat. Makanya, kami patut tahu dan belajar bahasa tersebut. Kalau BCG, apa sebutan Marathinya. Campak, demam, segala yang asas wajib diketahui. 'Tempe-tempe' dari state lain pun begitu komited nampaknya untuk belajar bahasa ini. Bukan sahaja bahasa, cara mengisi borang kesihatan juga kena ambil tahu. Kalau tak, macam mana nak merekod hasil 'temuramah' tersebut.

Kelas Marathi khabarnya akan diadakan nanti. Satu perkembangan yang sihat saya kira. We are looking forward to it. Kesimpulannya, pengalaman baru di kampung itu agak menarik, dan unik walaupun terkadang hanya mendengar mereka bercakap tanpa kefahaman yang sebenarnya. Tak mengapa, kami akan cuba sehabis baik nanti. Memperkasakan komunikasi yang ada.
Insya-ALLAH...

P/s : mam = madam
tempe = pelajar tempatan

Monday, August 24, 2009

Herzlichwillkömmen ya Ramadan..

Salam Ramadan..

Syukur alhamdulillah dapat kita bersua lagi dengan Ramadan tahun ini. Marilah kita rebut peluang yang ada dengan melakukan amal kebajikan secara istiqamah, sebaik yang mungkin. Pahala yang dijanjikan berlipat kali ganda di bulan yang diberkati ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh Muslimin dan Muslimat tak kira di mana anda berada.

Puasa di sini bermula lewat sehari dari tanahair. Sesetengah tempat bermula awal, mengikut zon masa masing-masing. Ianya tidaklah begitu meletihkan, lantaran sekarang adalah musim hujan, yang begitu mendamaikan. Jadual kuliah pula agak padat. Semoga diberi kekuatan menghadapinya.

Andai kita kuat, tidak mudah putus asa, datanglah cabaran sebesar mana pun, pasti mampu kita lalui. Jadi, yakinlah dengan diri sendiri dan 'set'kan di minda, aku boleh menghadapinya. InsyaALLAH, kita pasti boleh.

' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.'

Friday, August 21, 2009

Musim Belajar kembali

Salam semua..

Setelah lama menyepi, baru punya waktu untuk b'blog kembali. Al maklumlah, saya baru saja pulang ke India balik. Rasa sat sangat la cuti sebulan nie. Ingat nak 'extend', tapi apakan daya. Cuti yang singkat tu mudah-mudahan memberi titik perubahan buat keluarga dan sanak saudara. Saya harap kepulangan kali pertama tersebut dapat memberi manfaat untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan jugak ilmu di perantauan ini. Saya pun terkena jugak penangan demam, dalam beberapa hari saja lagi nak balik universiti. Memang Allah nak menguji diri yang lemah ini. Syukur kondisi semakin baik sekarang, dek ubat a.k.a. Drug yang digunakan. Moga ALLAH S.W.T. lindungi keluarga di kampung halaman.

Alhamdulillah kami selamat sampai Krishna Universiti pagi selasa lepas, 18 Ogos 2009, setelah melalui perjalanan 6 jam dari Mumbai. Dapat la kami bersua muka dengan 'barisan muda' KIMSU. Kepulangan kami disambut dengan penuh ceria oleh 'adik-adik', yang sudah sedia menunggu. Rasa terharu la pulak..hehe..

Untuk pengetahuan, kami bertujuh telah pun LULUS MBBS TAHUN PERTAMA. Memang setinggi-tinggi syukur dipanjatkan pada-Nya. Ada jugak rezeki untuk teruskan perjuangan tahun berikutnya. Malangnya, kolej ditutup sekarang, angkara H1N1 yang tengah hangat la nie. Kat sini pun dengarnya dah 90 orang dijangkiti virus tu. Semoga Karad dilindungi oleh-Nya. InsyaALLAH esok, Jumaat bersamaan 30 Ramadan, kelas akan disambung balik.

Sedikit maklumat tentang Tahun Dua yang ingin saya kongsikan. Kami di sini belajar 4 subjek dalam Tahun Dua nie. Pathology, pharmacology, microbiology, ngan forensic medicine & toxicology ( FMT ). Agak mencabar jugak la subjek-subjek yang bakal dipelajari nanti. Kelas mula seawal 8 pagi, tiap-tiap hari. Pastu, ada 'clinical posting' jugak. Posting diagihkan ikut 'batch' masing-masing, yang mana dah mula pun 1 Ogos lepas. Ada 4 posting, Medicine, Surgery, Ob. Gyn., ngan Comm. Medicine. Saya di batch B, jadi kami kena posting untuk 'Community Medicine'. Posting pun setiap hari, satu 'department' hampir sebulan tempohnya. Lepas nie, batch saya akan ke 'Medicine' pulak. Apa-apa pun, kami semua akan cuba yang terbaik Tahun Dua nie. Kenalah muhasabah balik Tahun Satu dulu. Mudah-mudahan ada perubahan dari segi cara belajar, sebab subjek pun dah berbeza.

Setakat ini dulu perkembangan yang dapat saya habaq mai. Moga dapat bagi sikit idea untuk mereka yang ingin tahu perihal kami di sini. Ramadan pun hampir menjelang tiba. Marilah kita persiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini dengan persediaan yang secukupnya. InsyaALLAH.

Sekian untuk kali ini.
Wassalam, dan jaga kesihatan sebaiknya. =)

Thursday, July 30, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Salam..

Dah lama blog nie tak diupdate..makin banyak sawang nampaknya..huhu.. Syukur kali nie saya masih punya waktu untuk jenguk-jenguk blog, tambah post sikit, maklumlah tengah bercuti di tanahair setelah hampir setahun menunggu dengan sabarnya.. :-) Tup-tup, dah seminggu lebih pun kat sini..cepat betoi masa nie..

Lega rasanya dok kat tempat sendiri nie..nak makan apa pun senang. Tapi, sebelum nak 'dilepaskan' balik dulu, cukup-cukup menguji kesabaran kita la. Manakan tidak, kena buat medical check-up, sebab kes selesema khinzir yang tengah hangat la nie, mengalahkan cerita artis..pastu, dengan exit permit lagi. nak dapat sign pun susah. Nak buat camna, kita ikut je la..

Bercakap pasal cuti nie, kena la guna sebaiknya. Boleh la berguru pasal ilmu memasak masakan melayu, tradisional atau apa-apa je la. Bagi penuh ilmu di dada kata orang. Esok-esok, kalau teringin nak makan nasi lemak ka, lepat liat ka, lempeng ka, senang keja. Cari ja bahan, terus boleh buat. Masalah kempunan mesti takkan wujud punya la..hEe..

Ok la. Setakat nie dulu la..jumpa lagi.

('',)

Sunday, July 12, 2009

Gambate

Salam 'alaik..

Alhamdulillah, today, 12th July 2009 / 19th Rejab 1430H, the final exam for 1st MBBS come to an end, for the last batch.. ( actually, my batch ended on the 10th, 2 days early..hEe.. )

Syukur alhamdulillah, that we manage to complete the exam, with our energetic soul, mind, as well as our body. It's pretty good that we're not having serious health problems. Hopefully, we could get excellent results, and manage to proceed to 2nd year. InsyaALLAH...

Now, everyone is preparing to go home, after almost a year in India. Can't wait to go back..haha.. The packing of things is not done yet, but the books on the table had been 'disappeared' into a box..hEe..

For your information, we're travelling home on 18th July 2009. Pray for the safety of our flight ya..

Wassalam..

Thursday, July 2, 2009

Air dari langit

Hujan yang turun,
bagaikan mutiara...

Yes, akhirnya yang musim yang dinanti kunjung tiba jua. Semacam berada di tanahair pula, mendengarkan bunyi hujan yang menyiram bumi ini, ditambah desiran angin yang 'menambah rasa' kehadiran sang hujan. Hujan pembawa rahmat. Tapi, jangan pula disalahgunakan nikmat itu, untuk 'berhibernasi' secara berlebih-lebihan.

Kalau sebelum nie, panasnya membahang. Sekarang, sejuknya mengimbang, mudah-mudahan manusia itu bersyukur.

Kedua-duanya saling melengkapi, ada peranan masing-masing. Banyak rahsia-NYA yang tersirat. Bukalah minda, tajamkan fikiran. Agar hidup kita ini tidak disia-siakan, dan dimanfaatkan sebaiknya..

Wednesday, July 1, 2009

Imtihan

Salam 'alaik..

It has been a long time since I'm not updating this blog. Being 'neglected' for a while, for the sake of my study. We are still in the exam mood. Yesterday was the last day for theory paper. Syukur, at last we could manage to finish it, although we face the challenge of season change. All the Praises are just for Allah, for giving us the infinite strength to overcome these obstacles. Now we can grasp for more air, as there are gaps before the practical test. Before this, we almost show 'hypoxic-like' condition. No more 'tachycardia', as normal heart rate has been achieved. =) but, situation may change those conditions. Who knows.
Today is the first day of July. I can't wait to finish the exam, because after this, we are going back to our beloved MALAYSIA ! Sounds good, huh.. Of course, after almost a year being here, who doesn't want to go home, right ?
For those who are having their exams, or just starting in this month, I wish you all the best. Believe in yourself that you can. May Allah s.w.t. guide and help us in our 'fight' and our survival in obtaining success, in both the world and Hereafter. InsyaALLAH...

Friday, June 5, 2009

Islamophobia, Pasca 9/11

ISLAMOPHOBIA , satu kalimah yang mempunyai impak bersifat global. Satu fenomena yang menyaksikan ancaman kepada agama Islam yang suci ini.

Kalau diteliti kalimah ini, sekilas pandang kita dapat mengagak maksudnya, iaitu Fobia terhadap Islam. Ya, itulah yang cuba disampaikan melalui istilah ini. Entah siapa gerangannya yang mencipta kalimah yang karut ini, barangkali dia tak belajar Sivik agaknya, senang-senang saja cipta kalimah 'aneh' ini.

Kita sedia maklum, kalimah ini 'tercipta' rentetan peristiwa 11 September 2001, yang menyaksikan 'kelemahan' bangunan WTC dilanggar sebuah pesawat, kononnya angkara pejuang Islam. Pihak Amerika mendakwa, pesawat tersebut dikendalikan oleh pejuang Islam, seterusnya menyimpulkan konklusi bahawa Islam yang bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Walhal, kita sendiri ragu-ragu akan kenyataan tersebut. Apakah benar ? Lalu, Amerika mula mencanangkan kepada dunia, bahawa serangan itu didalangi oleh pejuang Muslim, sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap Islam. Masyarakat Muslim seluruh dunia menerima akibatnya.

Maka, terhasillah kalimah ISLAMOPHOBIA. Umat Islam mula menjadi mangsa keraguan masyarakat sekeliling. Agama Islam dilabel sebagai agama pengganas. Sungguh melampau. Apa-apa saja keganasan, pemberontakan, @ yang sewaktu dengannya, umat Islam yang dipersalahkan. Pelbagai jenis ancaman terhadap umat Islam sedunia telah dilaporkan. Imej Islam cuba dihapuskan. Bertudung mula diharamkan di sesetengah negara. Menyimpan janggut melebihi had tidak dibolehkan. Nampak bertudung, berserban saja, timbul semacam perasaan 'anti', lalu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Ugutan, hinaan, syak wasangka yang berlebihan, semuanya dihadapi saban hari. Lalu, kehidupan masyarakat Muslim semakin terganggu dek tindakan mereka ini.

Di lapangan terbang pula, kalau tercatat agama Islam, pegawainya pasti akan melakukan pemeriksan se'detail' yang boleh. Tambah-tambah, kalau yang berjanggut dan berkopiah, lagi bersemangat mereka bertugas, takkan lepas selagi tak puas hati. Bukan apa, takut bawak bom, bahan letupan, nanti jadi 9/11 episode 2. Itulah betapa 'takutnya' mereka kepada umat Islam. Cukup berwaspada apabila berdepan dengan Muslim.

Niat Jahat Terbongkar

Setelah disiasat, peristiwa 9/11 itu, tak lain hanyalah propaganda Amerika yang amatlah besar, tidak boleh di'cover' lagi. Semuanya telah dirancang oleh mereka, untuk memburukkan Islam yang diredhai ini. Hampir 80 % penduduk dunia percaya bahawa runtuhnya WTC, bukan angkara pejuang Islam, sebaliknya cuma satu propaganda Rumah Putih.

Kebenaran terbukti sudah. Semakin ramai orang memeluk Islam, selepas peristiwa 9/11. Satu perkembangan positif saya kira. Lain yang diharapkan Amerika, lain yang jadi. Akhbar Kosmo bertarikh 5 Jun 2009, ada menyatakan Presiden Barack Obama berhasrat mencari permulaan baru dengan dunia Islam. Semoga pemerintahan beliau dapat menjernihkan kembali hubungan antara Barat dan dunia Islam, demi membetulkan salah faham yang tercetus. Sudah hampir 8 tahun berlalunya peristiwa 9/11, dan semoga kalimah Islamophobia ini akan 'dimansuhkan' dari ingatan semua.

Sesungguhnya, Allah S.W.T. pasti membantu hamba-NYA, yang berjuang demi agama-NYA ini.



Istilah yang cukup berkuasa 'membunuh' jiwa umat Islam.



Hakikatnya, Islam semakin berkembang pesat, di seantero dunia..

P/s : betulkan saya jika ada fakta yang tersilap diolah..

4 Perkara Tersirat

Yang Tersirat di Sebalik 4

4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"KEJARLAH 5 SEBELUM TIBA 5"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

Hijab

Jailed for Wearing Hijab: Southern Fried Islamophobia (and Anti-Semitism) December 18, 2008



One judge in Douglasville, Georgia just set his state back a few decades.

A Muslim woman, Lisa Valentine, was recently sentenced to ten days in jail for contempt of court — with her sole offense being that she would not remove her hijab while in the courtroom:

A Muslim woman arrested for refusing to take off her head scarf at a courthouse security checkpoint said Wednesday that she felt her human and civil rights were violated.

A judge ordered Lisa Valentine, 40, to serve 10 days in jail for contempt of court, said police in Douglasville, a city of about 20,000 people on Atlanta’s west suburban outskirts.

Valentine violated a court policy that prohibits people from wearing any headgear in court, police said after they arrested her Tuesday.

Kelley Jackson, a spokeswoman for Georgia Attorney General Thurbert Baker, said state law doesn’t permit or prohibit head scarfs (sic). “It’s at the discretion of the judge and the sheriffs and is up to the security officers in the court house to enforce their decision,” she said.

A yarmulke? Illegal. Hijab? Illegal (and All-h have mercy on the niqabi woman who even thinks about coming before the bench). And by extension — a Sikh man’s turban? Illegal. A Catholic cardinal’s cap? Illegal. Even the Pope would have to take his cap off before the authority that is the Great and Exalted Georgia Court System. [/sarcasm]

Notwithstanding the fact that Ms. Valentine was freed in one day — still. Clearly this policy is blatantly anti-religious. Clearly this policy should dissolve under the same acid test of constitutionality as its ignorant legislative predecessors barring miscegenation or universal suffrage did. Clearly this is an asinine policy.

Ms. Valentine — granted — was not arrested until after she turned and uttered an expletive to a uniformed security officer, which is in its own right — depending on the demeanor of the expletive and the officer — prosecutable. But the fact that she was even stopped is an affront to everything that our American courts stand for: the defense of our American Constitution, inclusive of freedoms of press, speech…and religion.

Given that enforcement of such an unconsitutional, blatantly prejudicial statute is, sof kol sof left to individual judges’ discretion, it would seem that the chamor in the situation is Municipal Judge Keith Rollins. He had a Muslimah removed from his courtroom for hijab observance in 2007 and as recently as last week, when a Muslimah meekly lipped to a bailiff that she could not remove her hijab for religious reasons.

Source : www.thisisbabylon.net

GLAUKOMA

GLAUKOMA



PENGENALAN

Sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang melampau tinggi didalam bola mata seseorang.
Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Bagi mata pesakit Glaukoma, tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf.
Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran masuk keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang.
Hampir 2% daripada mereka yang berusia 40 tahun ke atas menghidap penyakit glaukoma.
Di Malaysia, satu daripada tujuh orang yang buta adalah akibat daripada penyakit ini.

JENIS-JENIS

Glaukoma akut
- Menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata.
- Rawatan kecemasan adalah diperlukan

Glaukoma kronik
- Menyerang dan melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan
- Mangsanya tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalunya lambat mendapatkan rawatan.


TANDA-TANDA / SIMPTOM

Ruang penglihatan menjadi semakin kecil atau sempit
Penglihatan kabur dan rabun.
Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang




LANGKAH PENCEGAHAN

Segeralah berjumpa doktor mata jika anda mengalami tanda-tanda glaukoma
Periksalah mata anda setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
Jalani pemeriksaan glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.

RAWATAN / PENGESANAN

Analisis potensi penyakit
Analisis organ (mata)
Analisis saraf

Monday, May 18, 2009

Satu yang penuh makna

Apabila bersatu, kuatlah kita..
Apabila berpecah, lemah jadinya..
Apabila dihargai, terasa ingin terus memberi..
Apabila ditinggalkan, terasa seolah-olah hidup ini kosong..

Di manakah silapnya..?

Bagaimana kesatuan dapat dijana, andai hidup mementingkan diri..?

Lupakah dikau akan sejarah Melayu Melaka ? Dek kerana sikap itulah, jatuhnya kesultanan yang agung suatu masa dulu..

Jadi, marilah kita semua bersatu, kerana agama yang diredhai-NYA hanyalah satu, iaitu ISLAM, THE WAY OF LIFE..

Sunday, May 17, 2009

Bagaimana Rupa Islam?

Salam wbt.

Kali nie, jom kita tengok macam mana rupa Islam itu..
Saya kongsikan bersama email yang saya dapat dari saudara Isa Azzaki.. ('',)


Ana kongsikan email yang ana dapat, moga menjadi pengajaran buat kita semua. Insha Allah..


Bagaimana RUPA agama Islam?



Hari ni saya nak cerita pasal RUPA agama, anda sudah lama memeluk agama Islam, tapi tahukah anda akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?


TIGA BENTUK RUPA AGAMA

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yang mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk agama Islam.
Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam secara jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar agama Islam.


Sebelum ini pernah ada orang tanya saya, adakah Malaysia ini negara Islam?
saya kata: “Bila kita pergi pasar malam, tidak pula kita jumpa label pasar malam, tapi kalau anda tanya budak-budak pun, mereka tahu itu pasar malam”.



Kenapa?


Kerana di situ ada amalan pasar malam. Apa amalan pasal malam?
Ada orang jual, ada orang beli dan pada waktu maghrib, tetapi malam esoknya orang dah tidak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yang sama, sebab dah tidak ada amalan pasar malam…!!!


Jadi, di Malaysia tempah tumpah darah saya dan mak saya ni, Sesetengah tempat memang macam negara Islam, sesetengah tempat memang macam negara orang kafir!!! Oh, tepuk dada tanya iman.


Oleh yang demikan adalah penting kita orang-orang Islam mewujudkan amalan Islam yang boleh dikatakan sebagai rupa Islam. Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yang pertama…

Pertama:
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORANG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (di rumah).


La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni?


"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…"
(Lagu: peristiwa akhir zaman)


Sekarang ni, trend orang muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang, maklumlah ada cerita "Superman Return" (bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!


Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau orang kafir tengok masjid kosong tidak rasa apa-apa, kita orang Islam janganlah seperti itu.


Saya pernah dengar satu ceramah, ustaz tu beritahu, LEBIH KURANG: Apabila 25% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli-ahli maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi-sembunyi.


(Oh...patutlah sekarang ni maksiat orang berani buat terang-terangan)


Apabila 50% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.

(cuba rujuk hari Jumaat akibat satu waktu yang orang Islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yang pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, ditanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari Jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yang pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?...Oh. ..)


Apabila 75% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu, maka Allah akan campakkan kegerunan orang kafir kepada Islam.

(patutlah Bush dan sekutunya yang lain tidak takut langsung pada umat Islam, apa nak heran dengan nuclear? bom tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah!!)


Apabila 100% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu, maka orang Islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat r.a., bila mereka memerintah dunia? Rujuk masjid mereka bagaimana?)

Huh...sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tidak sedar masjid kosong!!! Yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yang kerajaan tidak larang (solat berjemaah), tiada pulak usaha di buat.


Kedua:
ADA ORANG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT


Dulu-dulu pada zaman sahabat Nabi SAW, jika melewati rumah-rumah mereka di akhir malam, maka akan kedengaranlah bunyi orang menangis, bermunajat kepada Allah. Malam ini, jika anda berjalan di kawasan perumahan orang-orang Islam, apa yang anda dengar? Senyap sahaja…tiba tiba:


GOAL!!!!!!!


ingat pesan Kak Pah: "Carilah ketenangan dalam diri sendiri, Munajat di sepertiga malam"

Isks…isks…isks…

Ketiga :

ADA SUASANA AGAMA IAITU:

-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.


Huh, hari ini cuba anda bertanya pada anak-anak , “siapa yang paling kuat?”

Ada mereka cakap Allah yang kuat, atau apa?

Mereka akan cakap: “Naruto dari kampung Konoha lah…”

Saya kata: “Apa pulak, Hokage ke-5 lah yang paling kuat, Tsunade-sama! !!”

(Oh...ummat sedang menderita…)

Lepas tu cuba anda pergi pada wanita hari ini dan tanya mereka, “siapa yang paling kuat?”

Wanita hari ini cakap: “Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!”

Saya kata: “Apa pulak, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah lah…”

(Oh..ummat masih menderita…)


Kemudian, cuba anda pergi pada rakan-rakan lelaki anda dan tanya mereka, “siapa yang paling kuat?”

Lelaki-lelaki akan cakap: “Brazill…pasukan samba, paling kuat!!!”

Saya kata: “Apa pulak, Jerman lah, sebab Piala Dunia kat Jerman !!!

(Oh...ummat masih, sedang dan terus menderita…)


Hindun yang pernah bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah r.a.) dan bersumpah tidak akan masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam juga, kenapa?

Jawabnya: “Pada malam pembukaan kota Mekkah, saya telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya… “


saya ulang: MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA !!!


saya ulang lagi sekali: ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA !!!


Oh...kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa Cina dan India yang duduk di Malaysia yang ada rakyatnya yang bagus dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya… Oh…


KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!


Kerana itu juga pada zaman sahabat dulu orang bukan Islam telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat r.a., mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dengan mereka. Mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.



YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH-MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA


--------------------------------------------------------------------------------




Di waktu segala jalan hubungan bumi ditutup orang, jalan hubungan ke langit lapang terluang...




Faqir ila Rabbihi,

Isa Azzaki Zainal

‘Mecca Project’

Apple’s ‘Mecca Project’ provokes Muslim reaction


Wednesday, October 11, 2006 - 12:10 AM EDT
"On October 10, 2006, an Islamic website posted a message alerting Muslims to what it claims is a new insult to Islam. According to the message, the cube-shaped building which is being constructed in New York City, on Fifth Avenue between 58th and 59th Streets in midtown Manhattan, is clearly meant to provoke Muslims. The fact that the building resembles the Ka'ba, is called 'Apple Mecca,' is intended to be open 24 hours a day like the Ka'ba, and moreover, contains bars selling alcoholic beverages, constitutes a blatant insult to Islam. The message urges Muslims to spread this alert, in hope that 'Muslims will be able to stop the project,'" The Middle East Media Research Institute (MEMRI) reports in an article dated October 11, 2006.

- This is what THEY are saying about this project.. -

Apple Store Fifth Avenue opened as a destination, a "mecca," if you will, meaning only "a place that attracts people of a particular group or with a particular interest" and we mean nothing else by the use of the word "mecca" — in fact, we're sorry we used it already, but we did so only because the MEMRI story used the word and, oh, we used it once in a headline for the Apple Store Fifth Avenue. Let's just forget about that one, okay?

As we were saying, the Apple Store Fifth Avenue opened as a destination on May 6, 2006, so it's too late to "stop the project," by which we mean no disrespect. The "Genius Bars" contained (below ground, not in the cube) within the retail store dispense Macintosh computer advice, when not being overrun with generally clueless iPod owners: NO ALCOHOLIC BEVERAGES ARE SERVED (to customers, that we know of, not including ourselves - don't ask).

The Apple Store Fifth Avenue is not "a new insult to Islam" nor is it "clearly meant to provoke Muslims." Instead, it is meant a paean to the cube, as the perfect form or whatever the hell, sorry... heck, Steve Jobs thinks it is - even though the perfect form is a sphere (again, we mean no disrespect to Islam; or Jobs for that matter; in fact, we're probably wrong about the sphere... Yeah, we're definitely wrong). You see, Jobs has a serious love of cubes (see NeXT Cube, Power Mac G4 Cube), you might even call it a cube fetish... uh... or not... um, never mind.) and it is clearly meant ONLY to provoke retail sales for Apple products (and those products from certain chosen ones, you know, like Belkin, Bose, etc.) to all people, including Muslims.

Jobs, we hope this is a joke, by which we mean no disrespect to anyone if it isn't. No disrespect whatsoever.



We are not sure what is their agenda, behind such 'big project'..
What is their truly intention ?
Whatever reasons given above, don't accept them, unless we get the actual idea about this issue. For me, I do believe that this is another propaganda, or tactic to bring false understanding regarding regarding Islam.

What's important nowadays, prepare yourselves with 'strong shields' first. I mean, we Muslims must practise the true life of Islam, do what is asked by Allah S.W.T., and leave what is forbidden. Don't insult others, although THEY say bad things about us..although they spread 1001 lies to the world.
But, act wisely, as what Islam is all about.
Even our Prophet Muhammad S.A.W., did not talk bad things when he was humiliated. This is the value that must follow, and apply in our daily life. Don't let the anger control yourself.

Thus, lets muhasabah what have we done as Muslim. Have we carry out all the duties as Muslim, whole-heartedly..?

Thursday, May 14, 2009

Post-Mortem

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat ibunda Che Muniroh Bt. Hj. Hassan, yang berada di kampung halaman. Semoga dipanjangkan umur oleh-NYA. Amin..

Bedah siasat @ 'post-mortem', amatlah sinonim dengan kes-kes kematian berkaitan kemalangan jalan raya, kes bunuh dan sebagainya. Secara amnya, ia dilakukan untuk mengenalpasti sebab kematian, selain maklumat terperinci berkaitan sesuatu kes tersebut. Ia bersifat menganalisa dan membuat kesimpulan. Post-mortem bukan hanya terhad kepada ruang lingkup perubatan sahaja, bahkan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita, misalnya post-mortem seusai kita tamat sesuatu peperiksaan itu, khususnya bagi kita yang bergelar pelajar ini.

Alhamdulillah, selesai sudah 'preliminary exam', kelmarin harinya ( 13 may ), untuk batch C ( batch saya la tue ). Kami kat sini dibahagikan kepada 5 batch..A sampai E. Memang dah tersurat yang batch C nie habis exam awal.hehe..
Tapi, yang peritnya, kami yang batch C nie, exam praktikal 3 hari berturut-turut. Isnin-biochemistry, selasa-physiology, rabu-anatomy. Huh..cukup 'pack' la kata orang. Kalau tak cukup 'glucose' masa tu, alamatnya lembab la otak ni proses maklumat.
Penat-penat pun, perjuangan harus diteruskan. Walaupun study ala-ala kadar je, akibat kekurangan masa dek silibus yang terlampau la banyak. Lepas habis saja praktikal anat, terasa semacam kurang sikit bebanan yang ditanggung selama nie. Manakan tidak, sepanjang tempoh exam, masing2 terasa kegelisahan yang amat, sambil membayangkan siapalah cikgu yang akan ambik viva nanti.
Kali nie, saya nak cerita pasal method @ perjalanan exam kami, untuk praktikal anatomi. Penuh dengan 1001 cabaran, dugaan sepanjang perjalanan( macam lirik lagu plak..)
Firstly, ada histology. Macam biasa, spotting slide, dengan 2 sebab, ada 6 slaid. Pastu, kena pilih satu slaid, dan lukis slaid tu. Kena 'recall' balik la macam yang ada dalam jurnal histo. Bila dah siap, cikgu akan datang dan ada sesi 'viva' pasal slaid kita tu. Habis satu bab.
Lepas tue, radiology. Time kitorang, yang jaga radiology, adalah sorang cikgu nie, yang kami gelarkan 'mak'. Nak tau kenapa bagi gelaran tu, nanti saya cerita. Filem x-ray yang beliau tanya tu, amat2lah susah. Sekali tengok, pelik gambar dia. Kantoi la dengan dia..huhu..
Surface anatomy pulak menyusul. Yang ni, bole tahan la. Kena banyak praktis. Pastu, embryology pulak. Kena jawab berdasarkan model-model yang ada. Development pun kena tau jugak.
Last sekali, grand viva. Ada 4 meja, yang mana setiap meja ada sorang cikgu. Setiap meja ada part2 yang berbeza untuk viva. 1st-appendicular skeleton, 2nd-axial skeleton, 3rd-upper limb, brain, 4th-lower limb, abdomen, thorax. Viva nie wat kat dissection hall. Jadi, ada la parts of cadaver, organ2, etc. Kena pegang dan terang apa yang disoal. 'Mak' jaga bahagian lower limb. Ekstrem jugak soalan dia. Time tue, tachycardia menyerang, sebab banyak adrenaline dirembeskan. Oh ya, gelaran 'mak' sebab beliau sangat 'caring' dengan student2nya. Selalu menguntumkan senyuman tatkala berselisih, namun dialah 'musuh' kita waktu exam. Perwatakannya agak 'kejam', dengan soalan yang agak 'senang'. Kami sedari, itu semua untuk kebaikan bersama juga, sebagai persediaan untuk masa hadapan.
Begitulah sistem exam di tempat saya. Keseluruhannya, masih banyak kelemahan yang harus dibaiki, dan diteliti. Peri pentingnya 'post-mortem' dilaksanakan.
Sementara masa masih ada, perlu ada usaha dan semangat yang jitu.
Kawan-kawanku di Krishna, ayuh kita bangkit, dan insyaALLAH lakukan yang terbaik final nanti.. Tunjukkan taring kita, pelajar Malaysia amnya, dan pelajar KTT khususnya, yang kita boleh mengharunginya.
Semoga kita semua yang bergelar pelajar, tak kira di mana kalian berada, berjaya menggapai impian masing-masing..
Ingat : " Setiap kesusahan itu, pasti ada kemudahan. "

Friday, May 8, 2009

Pedang Lahiriah

" Tongue is barely three inches long. But it can kill a person six feet tall.. "

Kenyataan di atas mengandungi makna yang cukup tersirat. Kita akui akan kebenaran kenyataan tersebut.

Walaupun saiznya yang cukup kecil, ia mampu 'membunuh' manusia yang berkali-kali ganda besarnya. Itulah 'kekuatan' organ yang bernama lidah ini.

Pertama sekali, mari kita tinjau serba sedikit anatomi, latar belakang organ yang tak bertulang ini.

Lidah merupakan salah satu organ berotot, yang terletak dalam ruang mulut. Ia berkait rapat dengan deria rasa. ( Tongue is a muscular organ, present in the oral cavity. It is concerned with taste sensation. )

Selain itu, lidah juga berperanan ketika kita berkomunikasi dengan seseorang itu.



Apakah struktur yang membentuk lidah kita ?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, lidah merupakan organ yang terdiri daripada otot ( muscle ) sahaja. Terdapat sejumlah 9 otot, yang membentuk struktur lidah itu sendiri.

Jumlah yang cukup banyak saya kira, jika hendak dibandingkan dengan saiz lidah yang begitu kecil. Inilah bukti kebijaksanaan Yang Maha Esa.

Lihat, dan renungilah diri kita sendiri, akan tanda - tanda kekuasaan Allah S.W.T. Betapa ciptaan-NYA tidak boleh dipandang enteng, kerana tersirat seribu satu hikmah, yang harus difikirkan bagi mereka yang berakal.

Cuba kita fikir sejenak, lidah, yang keseluruhannya terdiri daripada otot sahaja, hampir menyamai kekuatan tangan dan kaki yang bertulang. Bak kata peribahasa Melayu, 'kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.'

Lidah mencerminkan keperibadian seseorang itu. Jika dia berakhlak mulia, maka baiklah tutur kata yang diucapkan. Jika sebaliknya buruk, maka buruklah percakapan yang dikeluarkan. Kita disarankan berhati - hati, dan berfikir dahulu sebelum berbicara. Terkadang, lidah kita melontarkan sesuatu yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Kita harus bertanggungjawab dengan sesuatu yang diucapkan.

Lidah apabila 'manis', manisnya mengalahkan madu. Segala pujian yang melambung tinggi, yang diberikan kepada seseorang atas niat tertentu, lidahlah yang memainkan peranannya.

Namun, apabila ia berubah menjadi 'pahit', maka bersedialah untuk 'menerima' akibatnya. Akal yang rasional pun mudah tewas dek lidah yang pahit ini.

Teringat satu kisah, bilamana Imam Al - Ghazali bertanyakan murid - muridnya, " Apakah yang paling tajam ? ." Maka ramailah yang memberi jawapan seperti pedang, pisau dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali membalas, " Benar semua jawapan yang kalian berikan itu. Tapi, yang paling tajam itulah lidah. "

Begitulah dapat kita lihat betapa 'tajamnya' lidah manusia itu. Kesannya hanya secara lahiriah, bukan zahiriah. Walaupun begitu, ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Ibaratnya, sungguhpun luka sudah hilang, parutnya masih ada di situ.

Justeru, jagalah lisan kita sebaik mungkin. Tuturkanlah kata-kata yang memberi manfaat kepada umat manusia.

Kita sedar bahawa sudah ramai umat Islam masa kini yang menyalahgunakan nikmat pertuturan yang dikurniakan ini.

Mahukah kita memakan daging saudara kita di akhirat kelak..?

Sama-samalah kita menjaga akhlak dan adab, yang diajar oleh agama yang diredhai Allah S.W.T. ini.

Wallahua'lam...

Sunday, April 26, 2009

Rumah sakit itu..

Assalamualaikum w.b.t.

Bidang perubatan menuntut seribu satu pengorbanan..seribu satu jenis buku untuk dikaji..

Menjadi sebahagian daripada bidang ini memberi peluang kepada saya melalui 'kehidupan' di hospital secara tidak langsung..

Manakan tidak, setiap hari, jika ingin ke kuliah, pasti kami akan melalui hospital yang terletak dalam universiti. Krishna Hospital nama diberi.

Pelbagai gelagat, telatah, ragam manusia dapat diperhatikan. Memandangkan populasi rakyat yang cukup ramai, maka ramailah orang yang 'membanjiri' hospital ini, tatkala matahari memunculkan dirinya.

Dalam perjalanan, mata ini terpandang seorang kanak-kanak, yang berbalut tangannya. Patah, atau retak barangkali. Kasihan.. Dalam umur yang sebegitu muda, dikau diberi ujian tersebut..

Kelihatan juga beberapa orang doktor pelatih sedang menjalankan tugas mereka.

Di satu sudut, beberapa orang makcik, dalam lingkungan separuh abad umurnya, sedang tekun menyabit rumput..di bawah terik matahari.sayu mata memandang. Begitu asyik mereka bekerja. Semoga diberi kekuatan meneruskan hidup.

Pendek kata, siangnya menerima ramai tetamu. Malamnya pula, tak kurang hebatnya..

Ramai juga penduduk tempatan yang 'bermastautin' di hospital ini pada malam hari. Ada yang tidur atas kerusi. Ada yang atas lantai. Hatta di padang rumput pun boleh jadi tempat merehatkan diri. Siap berselimut lagi tu !

Di mana-mana pun boleh jadi tempat rehat. ' Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ' Meninjau kehidupan malam di hospital ini, dapat saya lihat penduduk bergelimpangan sana sini. Rasa semacam satu keunikan tersendiri yang ada di sini.

Kurang sikit rasa gementar kalau nak jalan malam-malam di hospital. Nampak macam kontra dengan hospital di tanah air.

Bila malam menjelma, rasa kesunyian yang amat sangat. Orang ramai sudah beransur pulang. Hospital sering dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Tidak saya nafikan kewujudan 'mereka' ini.

Apa-apa pun, bertawakkallah kita kepada-NYA..moga diberi perlindungan selalu.. :-)

Day after day

Salam wbt...

Jom kita blajar pasal hari pulak...

Ahad - Raviwar

Isnin - Somwar

Selasa - Mangalwar

Rabu - Budhwar

Khamis - Guruwar

Jumaat - Shukrawar

Sabtu - Shaniwar

Mula-mula memang susah.. Kalau selalu sebut, boleh ingat punya la..
Lagi satu, kalau untuk 'esok', boleh guna perkataan 'kal'..kalo 'kelmarin' pun guna 'kal' juga..payah jugak nak faham dah kalau lagu tu..erm, mungkin kena buat gaya tangan kot..kalau kelmarin, buat gaya ke belakang..kalo esok, gaya ke depan la.. :-) Bahasa oh bahasa..

Monday, April 13, 2009

Secebis pengalaman

Salam..
Dah masuk bulan April pun..rasa cepat la pula masa berlalu..
Preliminary exam is around the corner..ada beberapa minggu saja lagi untuk persediaan mana yang patut..
April nie la bulan yang paling panas..extremely hot.. sampai saja tengahari, bahang dia cukup terasa..kenalah selalu minum air masak..mencegah itu kan lebih baik dari mengubati..
Namun, di sebalik kepanasan sang mentari, masih ada insan-insan yang sanggup berniaga kecil-kecilan, demi mencari rezeki buat keluarga..panas mentari bukan halangan..peluh memercik tak dihiraukan..asal bekerja dapat pendapatan, menampung hidup yang serba kekurangan..anak-anak kecil sudah ada yang bekerja..di kafe.di pasar..
Pelbagai persoalan timbul..tidak bersekolahkah mereka..? Di mana ibu bapa mereka..?
Sepatutnya tempat mereka di sekolah..bukan di jalanan..namun, siapalah aku untuk menilai tindakan mereka itu..aku hanya mampu melihat tingkah laku mereka bekerja..mudah-mudahan suatu hari nanti mereka diberi peluang belajar..
Terasa sungguh bertuah rakyat negaraku.. dibandingkan rakyat di sini..berada di sini.melihat kehidupan rakyatnya benar-benar menginsafkan diriku yang daif ini..betapa rakyat negaraku patut bersyukur dengan segala nikmat yang ada..benar...

~Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri..~

Sunday, April 12, 2009

Pemimpin yang adil

Bismillah..
3 Januari 2009..
Negara menyaksikan peralihan pucuk pimpinan 'Pembesar Melayu' yang diberi gelaran 'Perdana Menteri'..
Pak Lah telah berundur..beroleh gelaran Tun..
Menyambung legasi kepimpinan negara, Dato' Seri Najib Razak..
Bagaimanakah corak kepimpinan beliau agaknya..? Masih terlalu awal untuk diramalkan..semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh AMANAH, ADIL, RASIONAL, dan menghapuskan amalan politik wang, yang sejak dahulu diperkatakan ramai orang..
Adakah amalan tersebut wujud..? Hmm...fikir-fikirkan..
Maaf, saya bukanlah penganalisa politik yang terlatih..takut2, kalau tersalah tulis maklumat nanti, tup2 biasiswa kena tarik balik..blog nie diharamkan pula..hEe..
Bukan bermakna saya menyokong atau menentang 'mereka', cumanya kita kan disuruh bersangka baik sesama muslim..jangan diterima bulat-bulat berita yang diterima, kalau kesahihannya masih samar-samar..selidikilah dahulu..
Moga kepimpinan baru ini akan membawa perubahan kepada masyarakat amnya..
Sorotilah sejarah kepimpinan baginda Rasulullah S.A.W..yang berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar..
Masih wujudkah pemimpin berjiwa rakyat laksana Saidina 'Umar, yang sering meninjau kehidupan rakyat pada waktu malam..kalaulah pemimpin sebegitu cantik akhlaknya, alangkah indahnya..

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...