Friday, September 28, 2012

Dewasa = taklif

Salam w.b.t.

Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. Generasi muda bakal menjadi pewaris kepada orang tuanya..

Kalau dahulu, sewaktu kita kecil, ibu ayah menjadi 'jurucakap' bagi mewakili diri kita. Setiap keputusan ditentukan oleh mereka kerana mereka tahu mana baik dan mana buruknya.

Kini, apabila menginjak dewasa, kita mula belajar bagaimana untuk menguruskan diri berdasarkan nasihat dan panduan yang diberikan oleh orang tua. Mereka lebih dahulu 'makan garam' daripada kita.

Apabila ada tetamu yang bertandang ke rumah, anak-anak yang sudah dewasa ini perlu melayan tetamu tersebut sekiranya si ayah atau ibu tiada di rumah atau tidak sihat. Tambahan pula kalau yang datang itu ialah sahabat-sahabat mereka, memuliakan mereka termasuk dalam akhlak terhadap ibu bapa.

Banyak sebenarnya tanggungjawab anak kepada ibu ayah yang masih hidup. Selagi mereka masih ada, ringankanlah beban yang sedang mereka galas. Ibu ayah sanggup bersusah payah untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup.

Jadi, selagi kudrat kita masih kuat, apa kata kita pula yang menjadi 'jurucakap' dan 'juruangkat barang' buat mereka. Senang kan?

Tuesday, September 25, 2012

Bikinlah Serupa dengan Cakapmu

Salam w.b.t.

Pengaruh media ternyata memberikan impak yang cukup besar dan menyeluruh. Sekiranya apa yang dipaparkan itu menggambarkan sesuatu yang sensitif dan melanggar hak asasi sesuatu agama, kesan yang diterima cukup menggerunkan.

Terbaru, filem Innocence of Muslim nampaknya cuba menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Muslim sedunia dengan memberi gambaran yang salah terhadap peribadi Rasulullah S.A.W. khususnya dan terhadap agama Islam secara amnya. Kita dapat lihat bagaimana reaksi global mengenai salah satu usaha untuk menghina Rasulullah S.A.W. sehingga ada nyawa yang terkorban.

Ada maksud tersirat atau boleh kita katakan, muslihat yang ingin dilihat oleh musuh-musuh Islam ini pasca terbitnya filem tersebut.

Pertama, reaksi masyarakat Muslim apabila Nabi yang mulia, seorang Al-Amin dihina oleh masyarakat kafir. Memetik salah satu hukum Gerakan Newton, 'every action has an equal and opposite reaction.' Jadi benarlah kata-kata tersebut, setiap Muslim membantah tindakan penghinaan Rasulullah S.A.W. sebagai bukti kasih dan cinta kepada Baginda. Persoalannya, adakah ia perlu sehingga berlakunya rusuhan di mana-mana? Mungkin dari sudut pandang bukan Muslim, mereka tertawa riang kerana kekecohan dan huru-hara berjaya mereka cetuskan.

Yang pasti, penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W. sudah pernah berlaku sebelum ini. Yang pasti, ini bukan kali pertama Nabi Muhammad dilemparkan tuduhan yang sungguh tidak mempunyai asas yang kukuh.

Persoalan lagi, apa tindakan yang boleh sama-sama kita lakukan dalam usaha membetulkan salah faham masyarakat luar mengenai Islam. Walaupun sudah ramai yang memeluk Islam, masih ada lagi golongan yang tidak mendapat maklumat yang betul dan skeptik dengan penganut Islam.

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan Islam yang sahih dalam kehidupan seharian.

Wassalam...

Rahsia Air Tangan Sendiri

Salam w.b.t.

Sejak mula menonton rancangan realiti Masterchef Australia, bersemangat pula rasanya untuk memasak. Juri program tersebut bukan sahaja berjaya menaikkan semangat peserta malahan penonton yang melihatnya di rumah juga turut mendapat motivasi untuk memasak.

Maklumlah sedang menuntut di negara orang, kenalah masak sendiri kalau mengidam makanan di tanahair. Kata orang, hendak seribu daya. Sebenarnya memasak ini memerlukan kemahuan yang tinggi dan semangat untuk terus mencuba sekiranya gagal pada cubaan pertama. Satu lagi, jangan bertangguh. Kalau sudah dirancang perlu diteruskan sebagaimana dalam perancangan.

Memandangkan musim peperiksaan semakin hampir, kekerapan memasak berkurangan dek kekangan masa. Namun, kalau ada kelapangan pasti akan cuba juga menyediakan menu yang mudah dan ringkas.

Faktor harga barang bukan lagi satu bebanan kerana harga sayur di sini, di Karad contohnya, sangat-sangat murah. Ini betul-betul bukan cobaan! Harga yang dibayar seolah-olah tidak setimpal dengan sayur sebeg plastik ditambah dengan kudrat pakcik sayur menimbang berat sayur yang dibeli. Sangat bersyukur...

Barang-barang basah dijual sama ada di kedai kecil atau pun di pasar.

Salah satu pasar yang terletak berdekatan dengan bangunan universiti, kira-kira 10 minit perjalanan.

Meriah juga suasananya dengan kerenah manusia yang pelbagai. Si penjual dengan cara tersendiri untuk menarik kedatangan pembeli membeli barangan mereka.

Kalau di Malaysia, pasar borong beroperasi pada waktu pagi tetapi di sini ia bermula pada waktu petang (mungkin di sesetengah tempat pada waktu petang). Ia juga diadakan secara terbuka tanpa payung atau khemah.

Suatu pengalaman yang seronok juga ketika membeli sayur di sini. Sekurang-kurangnya boleh mempraktikkan nombor dalam bahasa Hindi atau Marathi. Ek untuk satu, Panch bermaksud lima manakala sepuluh disebut sebagai Das.

Kalau hendak setengah kilogram kami katakan "arda kilo chahiye..", "pau kilo" untuk 250 gram. Ingat Pau Daging, ingatlah 250 gram. =)

Benarlah suatu kata-kata,"Berbudi kepada tanah pasti akan mendapat hasilnya." Tanah menjadi medium kepada tumbuh-tumbuhan untuk membesar. Tanah juga merupakan asal penciptaan manusia. Jadi, manusia dan tumbuh-tumbuhan saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain.

Wallahua'laam...

Wednesday, September 19, 2012

Belajar Ilmu Sabar

Salam w. b. t.

Hari ini selesai juga aktiviti memperbaharui permit setelah hampir 2 minggu berstatus pendatang tidak halal. Agak leceh juga prosedur yang perlu kami ikut walaupun sebenarnya ia tidaklah sesukar mana pun.
Ditambah pula dengan ujian sabar sementara menunggu kedatangan pegawai polis untuk menurunkan tandatangan yang mahal itu.

Lega rasanya.

Ia seolah-olah selesai merenew lesen motor yang telah mati, di mana kita boleh bersiar-siar di kota dengan bergayanya tanpa bimbang diganggu oleh pakcik polis.

Oh ya, hari ini merupakan hari pertama sambutan perayaan Lord Ganesh di India. Ia merupakan salah satu tuhan yang dijelmakan dalam bentuk berkepala gajah dan berbadan manusia. Boleh baca di sini.

Semalam merupakan detik-detik terakhir bagi penganut agama Hindu untuk keluar membeli-belah sebagai persiapan menyambut perayaan ini. Sempat juga saya menangkap beberapa gambar untuk menunjukkan kemeriahan di sini ketika sesuatu perayaan tersebut.

Semuanya tak mahu melepaskan peluang.

Kalau hilang kasut kirim salam la..

Ini belum tengok lagi suasana sebelum Deepavali. Memang meriah la kata orang. Betapa setiap bangsa yang Tuhan ciptakan itu, adalah supaya kita dapat mengenal dan mengambil pengajaran daripadanya.

Dan secara rasminya hari ini merupakan cuti umum. =)

Walaupun banyak dugaan yang dihadapi semasa ke balai polis, ianya sedikit terubat apabila kami tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan pegawai polis itu.

Setakat itu dulu untuk kali ini.

Wassalam...

p/s : Katanya, transplant kepala yang pertama dilakukan oleh Tuhan Ganesh...just kidding ok...

Monday, September 17, 2012

Realiti bukan Fantasi

Salam w.b.t.

Artis segera, popularitinya cepat naik, cepat juga ia turun. Ia suatu fenomena yang melanda negara suatu masa dahulu. Ramai yang bersemangat untuk menyertai program realiti untuk menjadi penghibur masyarakat. Sekarang pun masih ada cuma tidak sekerap dahulu.

Realiti program realiti hari ini banyak menjurus kepada program yang berunsurkan keagamaan. Tengoklah sendiri, kita ada program Imam Muda yang bermanfaat kepada golongan belia. Program ini ada pro dan kontranya, namun sedikit sebanyak ia berupaya menarik golongan remaja ke arah meningkatkan kefahaman diri terhadap pengetahuan agama.

Isu ustaz segera pun menjadi topik perbincangan utama di mana-mana sahaja. Apabila seseorang itu berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik, ia suatu langkah yang sangat digalakkan dan wajar dicontohi. Lalu, dia mula bercerita soal agama kepada hadirin, dia berkongsi pengalaman hidupnya sebelum dan selepas berhijrah itu. Saya kira ia suatu tindakan yang baik untuk mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup Islam yang betul mengikut syariat. Selagi mana ia tidak terpesong dari ajaran Islam, berdakwahlah dan sampaikanlah ilmu secara umum. Kalau bukan ahli dalam sesuatu cabang ilmu itu, lebih baik tinggalkan atau bicarakan sekadar superficial sahaja.

Tujuan, atau halatuju masyarakat hari ini sudah berubah. Ramai yang gemar mendengar ceramah-ceramah agama, mengikuti kuliah dan pelbagai lagi yang boleh mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Satu perubahan yang harus berterusan dan diharapkan tidak bermusim.

Persoalannya, cukupkah sekadar 'baik' ketika berkuliah namun hanyut apabila berada di 'lapangan sebenar'? Sama-sama kita fikirkan...

p/s : Akhirnya dapat juga ilham untuk mengapdet...

Tuesday, September 4, 2012

Perubatan Islam Satu Alternatif

Salam w.b.t.

Perubatan Islam merupakan salah satu kaedah perubatan yang diamalkan oleh masyarakat pada hari ini. Selain mendapatkan rawatan di hospital, kaedah rawatan yang menggunakan ayat suci Al-Quran boleh dijadikan sebagai pelengkap kepada sesuatu rawatan.

Perubatan moden digabungkan dengan amalan ayat Al-Quran,suatu yang cukup berkesan untuk merawat penyakit fizikal serta penyakit rohani.

Kenapa perubatan Islam turut menjadi pilihan oleh orang ramai? Jawapannya, wujud di sana satu kumpulan penyakit yang tidak boleh dikesan melalui peralatan yang canggih di mana ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita.

Salah satu daripadanya adalah santau. Dalam dunia yang serba maju ini, dunia yang dibanjiri dengan telefon pintar serba canggih mahupun ultrabook yang banyak memudahkan urusan seharian, masih ada segolongan insan yang menggunakan taktik halus untuk mengganggu kehidupan orang lain.

Jadi perubatan Islam menjadi pilihan untuk mengelakkan sebarang gangguan yang melebihi kemampuan akal untuk mentafsirkannya.

Pada Sabtu yang lepas, adik saya telah berpeluang menghadiri Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam. Kalau ikutkan hati, saya juga mahu turut serta dalam program itu. Namun apakan daya, tiada rezeki untuk menyertainya. Mudah-mudahan ada rezeki pada seminar akan datang.

Pada seminar tersebut, Ustaz ada berkongsi mengenai saka dengan para peserta. Apa yang dimaksudkan dengan saka dan kaedah rawatannya. Saka diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Mereka yang mempunyai saka akan menunjukkan beberapa tanda yang akan saya kongsikan pada coretan akan datang.

Mendengar pengalaman adik mengikuti program itu, membuatkan saya sedikit cemburu kerana peluang untuk bersemuka dengan Ustaz adalah suatu yang cukup bermakna. Tambahan pula, kehadiran peserta yang begitu ramai menunjukkan bahawa masyarakat hari ini sentiasa dahagakan ilmu dalam kesibukan dunia yang mencabar.

Akhir kalam, ayat-ayat suci Al-Quran itu ada penawar yang mujarab untuk setiap penyakit. Baca, fahami maksudnya supaya kita dapat merasa sendiri kemanisan kalamullah yang cukup agung sebagai bukti cinta Allah kepada hamba-hambaNya.

Monday, September 3, 2012

~Worth Than 1000 Words~

Salam w.b.t.

Hari raya, waktu untuk berkumpul sesama saudara.

Yang jauh didekatkan. Yang dekat dimesrakan.

Sungguh bermakna walaupun berjumpa cuma seketika.

Takkan ternilai dengan wang yang berjuta.

Semoga tahun depan kita dapat bersua lagi.

Gambar kenangan untuk tatapan bersama.

Sepupu yang ceria belaka.

Abah a.k.a. Abi a.k.a. Walid.

Saudara jauh.

Makan + sembang.

"Comel tak?"

Bersama emak dan sahabat lama.

Lagi gambar comel yang boleh mengganggu tidur yang lena.

Bersama engineer Afnan.

Sahabat sekampung dunia dan akhirat.

Bersahabat itu, tiada jarak yang menjadi pemisah.
Terima kasih dengan kedatanganmu sahabat.

Dengan big brother a.k.a. adik Fi.

3 bersaudara.

Makan lagi..

Walaupun cuma seketika, detik ini tidak ternilai harganya.

Bersahabat itu, sampai bila-bila, tiada had masa.

Tempoh persahabatan kita sudah lama, tapi kenangan dahulu sentiasa segar di ingatan.

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...