Sunday, August 30, 2009

Ramadhan di Karad

Salam..
Inilah kali pertama kami menyambut 1 Ramadhan di Karad. Belum pernah lagi sebelum ini. Suasananya agak menyeronokkan berpuasa di tempat orang. Tambahan pula, sekarang musim hujan, jadi tak meletihkan sangat. Balik saja dari kelas, dah pun petang, sekitar pukul 5. Cepat masa berlalu.

" Jom tarawih kat masjid malam nie ? " tanya Ajai kepada saya.
" Bole jugak. " saya bersetuju. Nak rasa juga pengalaman bertarawih di sini, di bumi orang.

Kami solat Isyak dahulu, kemudian bersiap dan terus bertolak keluar. Mujur malam ini tak hujan, mungkin ada rezeki.

Sesampai di pekarangan Masjid Usmaniyah, keadaan agak lengang.
" Ada ka tarawih nie ? " saya berfikir sendirian. Kami langsung memasuki masjid. Kedengaran bacaan Surah Al-Fatihah.

" Dah start agaknya. " Ajai memberitahu saya.
" Kalau camtu, jom la cepat masuk. Nanti terlepas pulak.."

Sejurus memasuki masjid, saya bertanyakan seorang penduduk tempatan untuk kepastian.
" Tarawih or isyak ? "
" Tarawih ", balasnya.

Kami terus memasuki saf tersebut. Bacaan imam sangat laju. Bayangkan, Surah Al-Fatihah dibaca seakan hanya satu nafas sahaja. Surah yang lain dibaca laju juga-mereka tahfiz barangkali, kerana ramai golongan itu di sini. Sebab itulah ia dilakukan sedemikian rupa demi cuba menghabiskan satu juzuk semalam.

Itulah kali pertama kami bertarawih di masjid. Walaupun berbeza bangsa dan bahasa, Islam menyatukan kita semua. Tiada perbezaan. Kita saudara seagama. Kami pun tidaklah rasa terasing di sini. Ya, nikmat bersaudara itu harus dipelihara sebaik mungkin.

" Setiap Muslim itu bersaudara.."

Meredah kampung

"Does anyone knows Marathi ? ", tanya salah seorang mam kepada kami, sewaktu 'posting' untuk subjek Community Medicine. Kelihatan beberapa orang pelajar mengangkat tangan. "oghang sini la tue", saya bermonolog.

Marathi merupakan bahasa yang dituturkan di Maharashtra state. Setiap state punya bahasanya masing-masing. Contohnya, Karnataka state menggunakan Kannadum. Bukan saja bahasa, tulisan juga turut berbeza, seolah-olah setiap bahasa ada identitinya tersendiri.

Semasa posting untuk Community Medicine, kami dikehendaki melawat perkampungan masyarakat tempatan di sini. Kami ditemani oleh 2 orang mam selaku 'fasilitator' kami sepanjang keberadaan kami di sana.

Setibanya di kampung yang dimaksudkan, timbul rasa kasihan dalam diri ini. Manakan tidak, kehidupan masyarakatnya yang serba kekurangan, yang mana asalkan ada sudah memadai, tak perlu berlebih-lebihan. Kelihatan kanak-kanak berjalan kaki, tanpa sepatu. Ke sana ke mari, seakan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Rumah-rumah yang ada, cukuplah sekadar tempat berteduh, sudah mencukupi. Ternakan seperti kerbau terdapat di sini. Tiba-tiba, di balik semak, kelihatannya beberapa ekor anak khinzir sekitar 8 ekor, mengekori ibu mereka ke mana saja dia pergi. Anda bayangkan. Ingatkan tak ada makhluk yang seekor ini, sebabnya itulah kali pertama ia dilihat di Karad.

Perjalanan lawatan bermula. Kami berjalan beberapa minit, melalui kawasan perumahan di kampung ini, sebelum tiba di rumah yang hendak ditujui. Dalam perjalanan, dapat kami lihat bagaimana cara hidup masyarakat di sini. 'tak ada rotan, akar pun berguna', gambaran kehidupan masyarakatnya.

Setibanya di rumah yang dimaksudkan, seorang wanita bergelar ibu datang ke arah kami. Bermulalah sesi soal jawab.
" Tuzha nau kay ? " (siapakah nama kamu ? ) Dibantu oleh mam tersebut, kami dikehendaki mengambil kes para ibu, untuk mengetahui kondisi kesihatan mereka, dan kesihatan anak mereka. Contohnya, sejarah perubatan, sejarah keluarga, imunisasi yang telah diambil dan sebagainya. Jadi, medium yang harus digunakan tentulah Marathi yang menjadi bahasa percakapan penduduk setempat. Makanya, kami patut tahu dan belajar bahasa tersebut. Kalau BCG, apa sebutan Marathinya. Campak, demam, segala yang asas wajib diketahui. 'Tempe-tempe' dari state lain pun begitu komited nampaknya untuk belajar bahasa ini. Bukan sahaja bahasa, cara mengisi borang kesihatan juga kena ambil tahu. Kalau tak, macam mana nak merekod hasil 'temuramah' tersebut.

Kelas Marathi khabarnya akan diadakan nanti. Satu perkembangan yang sihat saya kira. We are looking forward to it. Kesimpulannya, pengalaman baru di kampung itu agak menarik, dan unik walaupun terkadang hanya mendengar mereka bercakap tanpa kefahaman yang sebenarnya. Tak mengapa, kami akan cuba sehabis baik nanti. Memperkasakan komunikasi yang ada.
Insya-ALLAH...

P/s : mam = madam
tempe = pelajar tempatan

Monday, August 24, 2009

Herzlichwillkömmen ya Ramadan..

Salam Ramadan..

Syukur alhamdulillah dapat kita bersua lagi dengan Ramadan tahun ini. Marilah kita rebut peluang yang ada dengan melakukan amal kebajikan secara istiqamah, sebaik yang mungkin. Pahala yang dijanjikan berlipat kali ganda di bulan yang diberkati ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh Muslimin dan Muslimat tak kira di mana anda berada.

Puasa di sini bermula lewat sehari dari tanahair. Sesetengah tempat bermula awal, mengikut zon masa masing-masing. Ianya tidaklah begitu meletihkan, lantaran sekarang adalah musim hujan, yang begitu mendamaikan. Jadual kuliah pula agak padat. Semoga diberi kekuatan menghadapinya.

Andai kita kuat, tidak mudah putus asa, datanglah cabaran sebesar mana pun, pasti mampu kita lalui. Jadi, yakinlah dengan diri sendiri dan 'set'kan di minda, aku boleh menghadapinya. InsyaALLAH, kita pasti boleh.

' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.'

Friday, August 21, 2009

Musim Belajar kembali

Salam semua..

Setelah lama menyepi, baru punya waktu untuk b'blog kembali. Al maklumlah, saya baru saja pulang ke India balik. Rasa sat sangat la cuti sebulan nie. Ingat nak 'extend', tapi apakan daya. Cuti yang singkat tu mudah-mudahan memberi titik perubahan buat keluarga dan sanak saudara. Saya harap kepulangan kali pertama tersebut dapat memberi manfaat untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan jugak ilmu di perantauan ini. Saya pun terkena jugak penangan demam, dalam beberapa hari saja lagi nak balik universiti. Memang Allah nak menguji diri yang lemah ini. Syukur kondisi semakin baik sekarang, dek ubat a.k.a. Drug yang digunakan. Moga ALLAH S.W.T. lindungi keluarga di kampung halaman.

Alhamdulillah kami selamat sampai Krishna Universiti pagi selasa lepas, 18 Ogos 2009, setelah melalui perjalanan 6 jam dari Mumbai. Dapat la kami bersua muka dengan 'barisan muda' KIMSU. Kepulangan kami disambut dengan penuh ceria oleh 'adik-adik', yang sudah sedia menunggu. Rasa terharu la pulak..hehe..

Untuk pengetahuan, kami bertujuh telah pun LULUS MBBS TAHUN PERTAMA. Memang setinggi-tinggi syukur dipanjatkan pada-Nya. Ada jugak rezeki untuk teruskan perjuangan tahun berikutnya. Malangnya, kolej ditutup sekarang, angkara H1N1 yang tengah hangat la nie. Kat sini pun dengarnya dah 90 orang dijangkiti virus tu. Semoga Karad dilindungi oleh-Nya. InsyaALLAH esok, Jumaat bersamaan 30 Ramadan, kelas akan disambung balik.

Sedikit maklumat tentang Tahun Dua yang ingin saya kongsikan. Kami di sini belajar 4 subjek dalam Tahun Dua nie. Pathology, pharmacology, microbiology, ngan forensic medicine & toxicology ( FMT ). Agak mencabar jugak la subjek-subjek yang bakal dipelajari nanti. Kelas mula seawal 8 pagi, tiap-tiap hari. Pastu, ada 'clinical posting' jugak. Posting diagihkan ikut 'batch' masing-masing, yang mana dah mula pun 1 Ogos lepas. Ada 4 posting, Medicine, Surgery, Ob. Gyn., ngan Comm. Medicine. Saya di batch B, jadi kami kena posting untuk 'Community Medicine'. Posting pun setiap hari, satu 'department' hampir sebulan tempohnya. Lepas nie, batch saya akan ke 'Medicine' pulak. Apa-apa pun, kami semua akan cuba yang terbaik Tahun Dua nie. Kenalah muhasabah balik Tahun Satu dulu. Mudah-mudahan ada perubahan dari segi cara belajar, sebab subjek pun dah berbeza.

Setakat ini dulu perkembangan yang dapat saya habaq mai. Moga dapat bagi sikit idea untuk mereka yang ingin tahu perihal kami di sini. Ramadan pun hampir menjelang tiba. Marilah kita persiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini dengan persediaan yang secukupnya. InsyaALLAH.

Sekian untuk kali ini.
Wassalam, dan jaga kesihatan sebaiknya. =)

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...