Thursday, December 29, 2011

Lantunan Mahabbah Perdana


Salam w.b.t.

Sudah seminggu cuti berlalu. Rasanya macam baru semalam saja aku bertolak dari KL ke kampung halaman. Sedar tak sedar jumaat kedua akan dilalui tak lama lagi.

Ingin aku kongsikan satu program yang menarik sewaktu cuti nie. Walaupun macam agak terlewat post tapi aku kuatkan juga semangat untuk gebang kat pelawat semua.

Program apa tu ?
Program Lantunan Mahabbah Rasulillah Perdana.

Bila ?
30 dan 31 Disember 2011 (Jumaat dan Sabtu)

Kat mana ?
Kat Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Ada apa kat sana ?
Macam-macam ada. Ada kuliah, persembahan nasyid, forum dan banyak lagi yang bertujuan menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menyebarkan Islam.

Tak mau cakap banyak, yang nak tau lebih lanjut boleh pi ke alamat ni :
http://www.lantunan-mahabbah.blogspot.com

Penceramah jemputan pun mantap-mantap belaka. Banyak ilmu yang boleh kita dapat nanti.

Jadi jom pakat-pakat kita hadir ke majlis ilmu ini yang sememangnya menjanjikan sesuatu yang bermanfaat buat kita semua.

Sunday, December 11, 2011

Sheikh Sudais and Algerian Child


A true story.
A lesson.
A role model in our life.

It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contacted At-Tarbawi, Dr. Mohammaed Ast-Thanwiyy’s weekly show that she will achieve her dream and the dream of her daughter. For she only called to expose her problems to the doctors hoping his opinion would guide her.

She said “I have a young daughter who is 8 years old. She loves Sheikh Sudais a lot and she imitates his recitation so far that she won first place in the Algerian competition in her imitation of Sheikh Sudais of Surat Al-Qiyama. She has gone as far as naming herself the description/clarity of Sudais. She always tells me my dream is to meet sheikh Sudais. She asked me, “mom when will I meet Sheikh Sudais?” And I promised her (that she will meet him) But I am not able to do that. And I told her By Allah, if I had a house to sell it (I would do that) and go with you to Makkah and meet Sheikh Sudais.

She (the mother) proceeded to say that time has passed but what she wanted did not come true. She said to me “mother you have lied! And you will never take me to Sheikh Sudais!” She has now come to a condition where she hates everything even the Quran and I have began to hit her.
The doctor addressed her issue with wonderful guidance. At the end of his talk he sent a letter to Sheikh Sudais that he kindly contacts this child to fulfil her dreams.

When the story reached Sheikh Sudais, he graciously welcomed her (the child) and her mother to Madinah, then to Makkah, at his expense, and he invited them to his house. She recited the Quran in front of him, and she did the Khatm ul Quran dua as he does it. He was deeply touched and he wept with joy and he asked Allah to bless her. He is willing to pay for her studies.

Friday, December 9, 2011

10 Hari Lagi


Salam w.b.t.

Di suatu pagi yang tenang, sekumpulan anak muda sedang dalam perjalanan ke kelas dengan riangnya apabila seorang pakcik bertanyakan salah seorang daripada mereka...

"Kitna bajey?" (Pukui berapa nak..?)

"Das bajey..(Pukui sepuluh pakcik...) sambil tersenyum kegirangan dapat menjawab soalan cepumas tersebut.

'Das' merupakan perkataan Hindi untuk sepuluh manakala dalam bahasa Jerman ia disebut 'Zehn'. (bunyi macam kita sebut Maher ZAIN)

Ada apa dengan sepuluh ?

Angka sepuluh dalam bahasa Arab adalah 'asyaroh' عشرة. Kalimah 'asyaroh' itu sendiri mempunyai kaitan dengan salah satu perayaan atau hari kebesaan dalam Islam.

Na'am. Perayaan hari 'asyura. 'Asyura diambil dari kalimah 'asyaroh yang bermaksud sepuluh dalam bahasa Arab. Jadi 'Asyura disambut pada hari ke-10 dalam bulan Muharram pada setiap awal tahun Hijrah.

Kalau di Malaysia, hari Asyura cukup sinonim dengan bubur asyura atau disebut juga sebagai 'buboq sora' oleh sesetengah orang. Maka hari itu ramailah yang akan memasak bubur asyura dek kerana hendak menyambut perayaan tersebut.

Sebaik-baiknya kita patut tahu apakah kisah di sebalik peristiwa hari asyura itu. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil darinya. Adakah kisah asyura mempunyai kaitan dengan umat Islam sehingga hari ini.


1. Ibadah puasa.

Asyura sememangnya mempunyai kaitan dengan salah satu ibadah yang kita lakukan setiap tahun iaitu berpuasa di bulan ramadan. Sebelum disyariatkan puasa di bulan Ramadan, kaum Quraisy dan umat Islam telah pun berpuasa pada hari Asyura setiap tahun. Maknanya puasa pertama umat Islam ialah puasa pada hari asyura itu sendiri.

Narrated 'Aisha :
(The tribe of) Quraish used to fast on the day of Asyura in the Pre-Islamic period, and then Allah's Apostle ordered (Muslims) to fast on it till the fasting in the month of Ramadan was prescribed; whereupon the Prophet said, "He who wants to fast (on 'Asyura) may fast, and he who dies not want to fast may not fast."

Ibadah berpuasa pada hari Asyura merupakan salah satu puasa sunat berdasarkan hadis di atas. Sesiapa yang mahu berpuasa boleh terus berpuasa manakala sesiapa yang tidak mahu tidak usah berpuasa.


2. Hari kebesaran orang Yahudi.

Puasa pada hari Asyura juga dilakukan oleh orang Yahudi. Dalilnya berdasarkan hadis berikut :

Narrated Ibn 'Abbas :
The Prophet came to Medina and saw the Jews fasting on the day of Asyura. He asked them about that. They replied, "This is a good day, the day on which Allah rescued Bani Israel from their enemy. So, Moses fasted this day." The Prophet said, "We have more claim over Moses than you." So, the Prophet fasted on that day and ordered (the Muslims) to fast (on that day).

Narrated Abu Musa :
The day of 'Asyura' was considered as 'Id day by the Jews. So the Prophet ordered, "I recommend you (Muslims) to fast on this day."

Pada hari Asyura, Nabi Musa diselamatkan oleh Allah daripada musuhnya. Ingat lagi peristiwa Nabi Musa dan Bani Israil dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya bilamana mereka harus menyeberang Laut Merah. Allah selamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dan ia secara tidak langsung meneruskan kemandirian (yakni survival) Bani Israil di dunia ini. Oleh sebab itu orang Yahudi pun turut berpuasa tanda bersyukur dengan peristiwa itu.(ada perbezaan antara Bani Israil dan Yahudi. InsyaAllah akan dibincangkan pada masa yang lain).


3. Peristiwa Karbala.

Saban tahun pengikut mazhab Syiah akan menyambut hari asyura dengan meratapi kematian Saidina Hussein iaitu anak kepada Saidina Ali, cucu Rasulullah s.a.w. Mereka akan mencederakan badan mereka sebagai bukti kesedihan terhadap peristiwa pembunuhan tersebut yang berpunca dari mereka sendiri.

Sejarah ada menyebutkan bahawa Saidina Hussein dibunuh di Karbala setelah diundang oleh penduduk Iraq yang bersedia menerima Saidina Hussein sebagai pemimpin mereka. Mereka tidak menyokong pelantikan Yazid bin Mu'awiyah sebagai pemimpin yang baru. Sewaktu Saidina Hussein diserang di Karbala, penduduk Iraq yang dipercayai bermazhab Syiah melarikan diri dan tidak menolongnya dalam peperangan. Sejak itu mereka berasa bersalah dengan tindakan itu lalu meratapi kematian Saidina Hussein pada hari Asyura.

Itulah sedikit sebanyak rentetan peristiwa yang mempunyai hubung kait dengan sambutan hari asyura. Apabila kita tahu sejarah sesuatu perayaan itu sambutannya akan menjadi lebih bermakna dan terkesan di hati. Segala ibadah yang dibuat itu bukan hanya ikut-ikutan tapi ada sebab yang kukuh, yang kita tahu, yakin dan berpegang teguh dengannya.

Dengan usaha untuk tahu dan bertanya kenapa, agama Islam yang dianuti itu bukan sekadar ikut-ikutan sebaliknya ada asas yang strong bak kata orang putih.

Wallahua'laam bish showaab...

Saya pohon keampunan dari Allah sekiranya ada kesilapan dalam mengemukakan fakta-fakta di atas.

Sumber rujukan hadis : Sahih Bukhari.

Laa Taghdhob


Salam w.b.t.

Suatu hari ada seorang sahabat berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Katanya,

"Wahai Rasulullah, nasihatilah aku."

Jawab Baginda, "Janganlah kamu marah." sebanyak 3 kali.

Sabda Baginda lagi,
"Orang yang paling kuat bukanlah diukur dari kekuatan fizikalnya. Tapi adakah dia dapat mengawal kemarahannya.."

Dan salah satu pintu syurga akan dimasuki oleh mereka yang berjaya menahan kemarahannya.

Aku seringkali berfikir. Aku ingin bersama dengan Baginda Rasul di dalam syurga. Aku ingin bersama Baginda. Sungguh.

Namun, adakah aku sudah berjaya menjadi insan yang paling kuat mengikut sabda Baginda??

Wednesday, December 7, 2011

Ya Thobib al-Qolbi

Salam w.b.t.

Post pertama awal Muharram..(walaupun sudah sepertiga Muharram sebenarnya)

Yeay, akhirnya dapat juga update !

Macam budak-budak ja hang nie...

Maaf. Terlebih gembira di situ. Sebenarnya sedang cuba menenangkan hati selepas exam. Saya sekarang sedang menghadapi peperiksaan akhir Tahun 3. Baru habis 2 kertas teori. Tinggal lagi 2.

Antara subjek yang diambil : Community Medicine ( Perubatan Komuniti ), ENT (telinga, hidung dan kerongkong) dan Ophthalmology (mata).

Subjek yang paling mencabar semestinya Community Medicine. Tak disangka-sangkal lagi.

Kali ini ingin saya kongsikan sebuah nasyid berkenaan Rasulullah S.A.W. yang kita cintai. Sungguh pada diri Baginda itu ada contoh teladan yang boleh kita ikut.
Kalau yang pernah tengok cerita realiti "Law kaana bainanaa" mesti pernah dengar lagu ini.
Jom kita dengar dan hayati maksudnya. Sungguh sayu...








Monday, November 21, 2011

Hikam 5 - Laksanakan Sunnah Nabi.


Menghidupkan sunnah itu bukti cinta kita kepada Nabi.

Dengan mengamalkannya, hidup akan berkat.

Walaupun Nabi telah lama meninggalkan kita, sunnah yang dihidupkan itu seakan bukti bahawa Baginda masih bersama kita.

Wujud dalam kehidupan kita.

Mengikuti sunnah bererti membuka pelbagai rahsia yang Tuhan atur buat hamba-hambaNya.

Wednesday, November 16, 2011

C-Zone


Salam...

Zon Selesa.

Apa yang dapat dibayangkan daripada perkataan di atas ?

Duit banyak sepeti besi ?

Kereta mewah selaju Bugatti Veron ?

Atau, rumah yang indah laksana istana singgah di kayangan ?

Tidak..bukan itu yang hendak dimaksudkan sebenarnya walaupun hakikatnya ramai yang beranggapan selesa bermakna lengkap segala-galanya.

Selesa dari sudut pandang seorang pelajar adalah apabila mereka berasa 'aman' dari sebarang 'ancaman' musim peperiksaan yang mengambil masa berminggu-minggu lamanya. Ini definisi selesa bagi saya. Mungkin setiap orang ada penilaian masing-masing.

Sewaktu sekolah menengah dahulu, pengetua kami ada mengingatkan supaya kami tidak terus berada dalam zon selesa walaupun musim peperiksaan masih belum tiba. Kami harus buat persiapan yang cukup, kena persiapkan 'senjata' yang mantap untuk lawan 'musuh'.

Hendak bersenang-senang boleh tapi jangan berlebihan. Ada sesetengah orang, dekat dengan musim ujian pun masih dalam zon yang sama iaitu zon C (comfortable). Ini sangat bahaya kerana apabila berada dalam zon C pada masa yang lama boleh mendatangkan kesan pada keputusan ujian tersebut.

Biasanya seseorang yang sentiasa berada dalam zon C itu akan berubah pasca ujian mereka. Ini bagi kelompok yang sedar bahawa zon itu mempunyai risiko yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Mereka akan bermuhasabah dan melakukan 'bedah siasat', di mana silapnya cara belajar sebagai contoh. Mungkin 'penangan' guru-guru semasa peperiksaan menyebabkan perubahan 360 darjah terhadap pelakuan mereka.

Situasi di atas boleh jadi pernah berlaku kepada kita semua (penulis terutamanya). Terkadang hendak baca satu muka surat pun mengambil masa berjam-jam. Itu belum satu buku lagi.

Sekarang kita tahu kita perlu kurangkan masa kita dalam zon C ini dan perlu buat perancangan yang teratur. Mana yang utama, kita perlu utamakan dahulu. Semoga masa yang kita ada, dapat digunakan dengan penuh manfaat dan berkesan.

Sunday, October 23, 2011

Kacang Je Soalan Tu

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa, 'Masa ibarat pedang. Kalau ia tidak digunakan sebaiknya, ia akan memotong kita.'

Cepatnya masa berlalu, dan berakhirlah sudah ujian teori untuk percubaan kali ini. Nampaknya masih banyak lagi yang perlu diperkemas. Hasil 'post-mortem' menunjukkan persediaan yang kurang mengakibatkan 'kematian' yang bukan pada masanya.

Antara subjek yang mencabar adalah Perubatan Komuniti a.k.a. Community Medicine. Dalam artikel sebelum ini bertajuk Keluar Masuk Kampung, ada saya ceritakan bagaimana kami perlu ke kawasan pedalaman untuk mengkaji taraf hidup penduduk di situ. Subjek ini merangkumi program-program kesihatan yang terdapat di India yang harus diingat (dihafal) oleh pelajar-pelajarnya.

Kali ini saya hendak kongsikan contoh makanan atau diet yang terdapat di sini. Baru-baru ini, sewaktu ulangkaji praktikal ada ditunjukkan beberapa jenis makanan (baca:nutrisi) setempat. Antara yang popular adalah jower (ala2 beras), til (bijan) dan kacang dal. (sekadar menyebutkan beberapa contoh.) Kalau di tempat kita, cuma ada sejenis dhal sahaja kan ? Tapi di sini agak menarik sebab ada lebih dari satu jenis kacang dal.

Biar betul...

Betul...ini bukan main-main. Ini dia :

1. Bengal gram - serupa dengan dal tipikal di Malaysia.
2. Masurdal - 2 jenis.
3. Turdal.
4. Moongdal.
5. Udad dal.

Terkagum ? Itulah realitinya yang harus kita tahu. Rupanya dal ini ramai adik-beradik. Ingatkan anak tunggal.

Negaranya cukup kaya dengan sumber kekacang yang pelbagai bentuk dan warna. Salah satu sumber protein yang penting. Bak kata pakcik saya, ' Kacang tu baguih. Badan pun sihat, otak pun kemaih...' :-)

Kadang-kadang kita selalu terlupa, benda yang disangkakan remeh, kecil itu sebenarnya ada peranannya yang tertentu. Ada sebab kenapa ia dicipta dan dijadikan. Apabila tengok kacang dal yang bermacam-macam jenis, menjadi bukti benda yang sekecil-kecil itu pun Allah cipta dengan penuh teliti.

Sesungguhnya Dia Maha Kaya dengan pengetahuan melebihi apa yang manusia ada. Yang penting kita mensyukuri nikmat supaya makin bertambah rahmat dari-Nya...

Wednesday, October 5, 2011

The Bigger The Lesser ?

Al-Hassan al-Basree once said :

"Son of Adam! You are nothing but a number of days, whenever each day passes then part of you has gone.''

So, what is so great about the figure of our age right ?

Al-Ashab

Salam w.b.t.

Sahabat itu umpama cerminan diri sendiri. Baik buruk diri ini menjadi penilaian insan yang bergelar sahabat itu.

Sahabat yang baik sudah pasti akan menjadi contoh kepada orang di sekelilingnya. Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi, keharumannya tetap dikongsi bersama walaupun tidak membeli minyak tersebut. Itulah peranan sahabat, menyumbang kepada masyarakat, menjadi penyeru kebaikan.

Dalam bersahabat, pasti ada pasang surutnya. Pasti ada masa susah dan masa senang. Ada masa gembira, ada ketikanya berduka. Itulah asam garam dalam bersahabat.

Terkadang sahabat itu kelihatannya seolah-olah tidak menghargai persahabatan ini. Tetapi percayalah, dia sentiasa mengharapkan persahabatan yang dibina ini kekal selama-lamanya.

Sahabat ketika senang dan susah itu tidak ramai. Maka berusahalah anda dan saya supaya termasuk dalam golongan yang sedikit ini.

Thursday, September 22, 2011

Years by Years, I Have to Be Serious

Salam w.b.t.

Being a senior is not as easy as ABC if you are the first batch among your colleagues. It is a challenging task and job if you are regarded as 'small representative' of your country to others.

Reminiscing the old experience of mine as a first year student brings an involuntary smile. My junior life was full of happy as well as bad moments that taught me how to be independent. (but still depends on government's allowance..huhu)

We walked a small group to the lecture hall everyday and brought a new environment to the surrounding. Consequently, the locals treated us as if we were the members of a white collar organization. Could you imagine ?

'Gaur kaha hai ?' (where do you come from?)

Nepal? Indonesia?

Those are some of the curiosity shown by the local people. They like to ask so many thing but we replied very less thing.

Apart from that, we learned a bit about their mother tongue which is Marathi language. We had to use them during clinical examination of the 'kaka' (what we call the male lab assistants), not the actual patient.

We said 'zopa' to ask them to lay down. Then they lay down. To ask them to inspire, we said 'shoas lo' only then inspiration took place. 'Tuzha ankh bandh karo', meaning 'close your eyes' while uttering 'apka mu kolo' was asking them to open the mouth. Simple right ? But need more practice.

Some 'kaka' know their 'appropriate role' and directly do the position required. So we were considered lucky then. Some of them just being 'innocent' like not knowing anything, then a good skill of examination plus communication skill are required.

Those clinical examination part is really beneficial as they are the basics one in history taking. The skills are still implemented during clinical years, which I am experiencing now.

As a matter of fact, practical skills are highly required in medicine as we have to handle the patients wisely. The knowledge in the book are only theories which is updated upon new discoveries or omitted if proved irrelevant.

That's why it is said that the knowledge without its application or practice is like a tree without its fruit. Al 'ilm bilaa 'amal laa yanfa'. The knowledge is totally useless unless practised. Make sense right ?

Monday, September 19, 2011

Kenangan Yang Terindah

Salam w.b.t.

Akhirnya dapat juga peluang untuk 'naikkan tarikh' blog nie setelah sekian lama ditinggalkan. Ini disebabkan kesibukan saya mencari perkakas seperti pensawang, mop, penyapu dan penyodok yang berkualiti untuk mengindahkan suasana di sini, yang nampaknya perlu dikemaskan supaya pengunjung lebih berpuas hati. Ibarat sebuah rumah banglo yang tersergam indah, dilihat dari jauh sudah nampak cantik, apatah lagi kalau berada di dalamnya diharapkan lebih indah dari rupa.

Sudah 2 minggu lebih berada di bulan Syawal. Sedar tidak sedar cepatnya masa berlalu. Suasana perayaan macam baru semalam berlaku. Masih segar dalam ingatan tatkala jiran tetangga berkunjung ke rumah untuk beraya. Suasananya dirasakan cukup meriah dengan kehadiran tetamu yang beraneka warna dan corak persalinannya. Lebih meriah kalau arwah tok dan tok wan dapat berada bersama kami anak cucunya.

Kesempatan itu juga dapat kami adik-beradik gunakan untuk beraya bersama mak dan ayah. Bukan beraya minta duit ya, tapi bermaaf-maafan. Beraya, bagi orang kedah bermaksud bermaaf-maafan terutama kepada mereka yang lebih tua.

Kalau orang sudah datang ke rumah kita, maka kenalah buat kunjungan balas. Macam kalau jiran memberi makanan kepada kita, kena balas dengan juadah kita pula (nak bagi balik bekas jiran sebenarnya).

Bila ziarah saudara mara nie, maka dapatlah bertanya khabar mereka. Macam mana kerja mereka, sakit demam mereka. Dapat kenal mereka dengan lebih rapat dan tahu ini siapa, itu siapa. Yang bermisai kontot itu rupanya ayah saudara aku contohnya selepas kita ziarah mereka. Dan secara tidak langsung mungkin boleh kenal anak dara mereka..(oops..) hehe Kadang-kadang tu berselisih di jalanan tapi tidak pernah bertegur sapa disebabkan tidak kenal saudara sendiri. Arwah tok wan saya cukup ambil berat perihal saudara mara nie. Kalau arwah masih ada pasti akan dicarinya untuk diberitahu ini siapa dan itu siapa supaya kami tidak lagi mengerutkan dahi apabila bertemu sesama saudara.

Walaupun pulangnya cuma sedetik namun ia cukup bermakna. Ya lah, cuma waktu raya boleh berjumpa dengan sanak saudara. Waktu lain sangat susah nak ketemu tambah-tambah waktu solat jemaah di masjid. Semoga tahun depan Allah bagi kesempatan untuk saya balik lagi supaya dapat saya jumpa anak-anak saudara yang comel-comel itu.. :-)

Sunday, September 4, 2011

Rupanya Hujan Di Petang Hari


Salam w.b.t.

Setiap yang hidup pasti merasakan mati. Hatta kalau berada dalam tembok yang kukuh pun kematian pasti datang menjemput kita.

Tadi sewaktu dalam perjalanan ke rumah saudara di Bukit Besar, angin kuat bertiup sepanjang perjalanan. Keadaannya agak mendung menandakan hujan akan turun. Sepanjang 5 hari perayaan syukur alhamdulillah cuacanya panas terik. Tidak seperti hari-hari sebelumnya yang hujan sepanjang masa.

Hujan mula turun renyai-renyai di samping cahaya matahari yang masih sirna (baca:bersinar). Terdetik bahawa hujan panas rupanya yang turun. Mungkin tiada hujan lebat pada sangkaan diri ini.

Rupanya hujan panas yang turun seolah-olah petanda bumi juga menangisi pemergian salah seorang penghuninya yang terkorban semasa misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini. Beberapa minit kemudian, hujan lebat mula turun. Terpaksalah juga kami meredah hujan untuk sampai ke destinasi.

Takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul yang meninggal dunia sejurus terkena tembakan peluru sesat semasa bertugas di Somalia. Dalam suka menyambut raya, ada kisah duka. Ada senang dan ada susah.

Allah jua yang Maha Mengetahui.

Thursday, August 25, 2011

Adik Nak EarPod 5.5G Tak ?

Salam w.b.t.

Apabila kita mati kelak, salah satu amalan yang dapat memberikan kita pahala berterusan adalah sedekah jariah. Kalimah 'jariah' itu sendiri memberitahu kita akan pahala yang sentiasa 'mengalir' kepada insan yang suka bersedekah.

Pada bulan puasa ini, pahala sedekah dilipat gandakan oleh Allah. Ia sebagai satu dorongan atau perangsang supaya kita sentiasa bersemangat untuk bersedekah.

Nabi ada bersabda yang antara lain menyuruh umatnya bersedekah barang yang paling disayanginya. Barang yang paling dia hargai. Sesuatu yang sangat bernilai dalam hidupnya. Dengarnya macam susah bukan ?

Kalau si A memiliki EyePhone 5 yang paling canggih, agak-agak sanggupkah si A memberi sedekah EyePhone 5 tersebut kepada insan yang memerlukan.

Andai Dr. WBC mempunyai laptop VAIOSS limited edition yang baru baharu saja sampai dari USSR, rasanya mahukah dia memberikannya kepada salah seorang kanak-kanak di Palestin ?

Kita pasti berat hati untuk menyerahkan sesuatu yang sangat bernilai kepada orang lain. Tambah-tambah kalau sesuatu yang kita miliki itu, memerlukan pengorbanan yang besar untuk mendapatkannya.

Namun, terdapat juga sebahagian yang berjaya mengharungi dilema dalam dirinya. Bagi mereka, segala harta itu hanyalah pinjaman semata-mata, bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Dan mereka berjaya mengharungi salah satu ujian dalam hidup ini.

Ujian macam mana tu ?

Itulah dia ujian keikhlasan. Ikhlas dalam memberi. Hendak ikhlas bukan sekadar cakap di mulut, bahkan hati pun kena ikhlas juga. Macam dalam cerita 'Kiamat Sudah Dekat', belajar ilmu ikhlas.

Apabila hati ikhlas, nescaya Tuhan akan bagi ganjaran kepada hamba-Nya. Ikhlas perlukan pengorbanan dan ketabahan. Perlu letak kepentingan orang lain atas kepentingan diri sendiri.

Akhir kalam, mari kita muhasabah adakah kita sudah betul-betul ikhlas ketika memberi kepada yang memerlukan. Adakah sedekah itu sekadar ikutan apa yang orang lain buat, atau kita melakukannya berdasarkan suruhan Allah dalam Al-Quranul Karim.

Friday, August 19, 2011

Buku Cinta Untuk Kekasih Yang Dirindui Dari Jauh


Salam w.b.t.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Islam. Salah satu daripadanya merupakan peristiwa penurunan al-Quran sebagai panduan bagi manusia dalam kehidupan seharian.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., al-Quran tidak pernah wujud dalam bentuk kitab seperti yang terdapat pada hari ini sebaliknya merupakan hafalan para sahabat pada masa itu. Tidak hairanlah kehidupan mereka sentiasa berteraskan al-Quran dan mereka sentiasa dalam keredhaan Allah.

Namun, pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, berlaku proses pengumpulan al-Quran atas nasihat Saidina Umar disebabkan ramai penghafaz dan qari al-Quran yang syahid di medan perang. Maka usaha pembukuan al-Quran dilakukan untuk mengelakkan al-Quran hilang begitu sahaja.

Peristiwa nuzul al-Quran (penurunan al-Quran) ada disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, untuk menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah."

Inilah dalil mengenai waktu berlakunya penurunan al-Quran yang kita miliki hari ini. Sekurang-kurangnya kita tahu bila dan apa tujuan kita membaca al-Quran tersebut. Kalau tidak, hanya mengikut sahaja apa yang orang lain buat tanpa mengetahui kenapa ia dilakukan.

17 Ramadan setiap tahun merupakan tarikh di mana sambutan nuzul al-Quran diadakan. Pada tarikh itu, terdapat negeri yang memberikan cuti umum untuk menyambut peristiwa yang bersejarah ini. Persoalannya, adakah al-Quran diturunkan pada tarikh 17 Ramadan ? Apakah ada peristiwa lain yang berlaku pada tarikh itu yang tidak diketahui oleh sebilangan dari masyarakat ?

Menyingkapi 17 Ramadan, ia merupakan waktu di mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu buat pertama kali di Gua Hira'. Surah al-'Alaq ayat 1-5 adalah wahyu pertama yang disampaikan oleh malaikat Jibril bagi memberitahu Baginda bahawa Allah telah melantik Baginda sebagai rasul-Nya untuk menyampaikan risalah kebenaran. Inilah peristiwa yang berlaku pada 17 Ramadan dan dianggap sebagai nuzul al-Quran. Namun perlu diingat penurunan al-Quran tidak berlaku secara menyeluruh pada tarikh ini kerana ia turun secara berperingkat-peringkat sebelum menjadi lengkap sebagai satu mushaf seperti yang ada pada hari ini.

Nuzul al-Quran yang sebenarnya berlaku pada malam al-Qadr (lailatul qadr), iaitu malam ketetapan. Kalimah al-Qadr itu sendiri merujuk kepada ketetapan Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Lailatul qadr merupakan detik penurunan al-Quran seluruhnya dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Malam inilah yang dirahsiakan oleh Allah sebagai hadiah kepada mereka yang benar-benar mengharapkan ganjaran daripada-Nya.

Dalil mengenai malam al-Qadr ada disebut dalam al-Quran :

1. Surah al-Qadr, ayat 1-5.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr (lailatul qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu malaikat dan Ruh (Jibrail) turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."

2. Surah ad-Dukhan, ayat 1-6.

"Haa Miim. Demi Kitab (Al-Quran) yang jelas, sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang diberkati. Sungguh, Kamilah yang memberi peringatan. Pada (malam itu) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan dari sisi Kami. Sungguh, Kamilah yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Hadiah malam al-Qadr menunjukkan betapa kasihnya Allah terhadap hamba-Nya. Betapa banyaknya pahala yang kita dapat sekiranya kita berpeluang mendapatkan malam al-Qadr. Pada malam itu juga Allah mengatur segala urusan hamba-Nya sepanjang tahun seperti persoalan hidup, mati, rezeki, baik buruk kehidupan seseorang itu dan sebagainya. Inilah yang dikatakan sebagai urusan yang penuh hikmah yang hanya diketahui oleh Allah.

Bacalah, tulislah dengan nama Tuhan yang menciptakan segala kejadian di dunia. Sumber

Manakala tarikh 17 Ramadan bukan sahaja merakamkan peristiwa turunnya wahyu yang pertama kepada Baginda Rasulullah bahkan terdapat beberapa lagi peristiwa yang penting dalam kalendar Islam. Antaranya :

1. Kemenangan umat Islam dalam Perang Badar al-Kubra. Ia berlaku pada tahun 2 Hijrah.
2. Syahidnya khalifah terakhir dari 4 Khulafa' ar-Rasyidin, Ali bin Abi Thalib. Ia berlaku pada tahun 40 Hijrah.
3. Umat Islam menetapkan kemenangan ke atas Byzantium dalam Perang Amoria di bawah kepemimpinan Khalifah al-Mu'tashim billah, salah seorang khalifah dari Khilafah Abbasiyah. Berlaku pada tahun 218 Hijrah.

Sedar tidak sedar, Ramadan sudah semakin hampir ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Marilah bersama-sama menggandakan amalan membaca al-Quran dengan harapan Allah akan memberikan petunjuk kepada kita ke arah sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan dan ke arah mendapat redha-Nya. Semoga kita berusaha untuk mendapatkan malam al-Qadr yang telah dijanjikan pelbagai keistimewaan di dalamnya agar Ramadan ini lebih baik dari bulan-bulan yang sebelumnya. Nasihat ini buat kita semua termasuk saya sendiri yang masih belajar mengislah diri ke arah yang Allah redha.


Semoga amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima dan hidup kita diberkati selalu.

Wassalam...

p/s 1: Apabila manusia meninggalkan dunia, yang jauh menjadi dekat.
p/s 2: Andai ada kesalahan fakta, harap dimaklumkan. Manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan.







Wednesday, August 17, 2011

Hikam 4 - Rehatkan Diri Dari Tadbir


Salam w.b.t.

Manusia memerlukan antara satu sama lain.
Setiap seorang ada peranannya masing-masing.
Ibarat tubuh badan manusia, untuk melihat memerlukan mata, untuk menghidu memerlukan hidung, untuk mendengar memerlukan telinga.
Setiap organ ada fungsi tersendiri.


* Sila senyapkan playlist di bawah sekali sebelah kanan untuk mendengar kuliah ini.

Sunday, August 14, 2011

Musafir Tumpang Lalu


Salam w.b.t.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 30 yang bermaksud :

''Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.''

Berjalan-jalan semasa berpuasa cukup menguji iman. Segala macam dugaan yang ada dan ia datang dari segenap penjuru, kanan kiri depan belakang atas bawah. Datangnya tiada disangka-sangka.

Sungguh ia memerlukan kekuatan yang mencukupi untuk menepis segala dugaan tersebut. Kedai yang bersimbol 'lelaki tua berkaca mata' contohnya, hanya dapat kami tatap dari luar sahaja. Kaki yang membawa diri ini ditahan daripada melangkah masuk ke kedai tersebut sekalipun ada keinginan untuk ke situ.

Itu baru satu. Berjalan-jalan juga merupakan aktiviti yang menemukan kami dengan pelbagai jenis manusia yang beraneka ragam. Ada yang berkulit putih. Ada yang sawa matang. Ada yang berhidung mancung dan bermacam-macam lagi. Kata orang pandangan mata selalu menipu. Maka mata juga perlu dikawal supaya melihat yang perlu sahaja, dan sebolehnya menjauhkan diri daripada yang tidak patut dilihat.

Kalau hendak keluar boleh, tetapi kena ada 'persiapan' terlebih dahulu supaya tujuan asal tidak berubah. Sesungguhnya ujian itu boleh datang dalam pelbagai bentuk sehinggakan kita tidak menyedarinya dan bertindak menjauhinya.

Wednesday, August 10, 2011

Mamlakah Sulaiman A.S.



Salam w.b.t.

Peranan hati yang bersih mencerminkan keperibadian yang unggul. Insan yang hatinya dekat pada Rabbnya sentiasa merasakan hidupnya tenang sekalipun pelbagai masalah sedang dihadapinya.

Hati yang tulus, hati yang penuh dengan kefahaman tentang sifat-sifat Pencipta menyedarkan insan betapa kerdilnya sebaik-baik makhluk ini.

Menjaga hati bukan sahaja melalui ibadah fardhu atau sekadar zikir-zikir yang dilakukan berulang kali.

Hati itu juga perlu dididik untuk meninggalkan sifat-sifat mazmumah yang sering menjadi barah dan boleh merosakkan jiwa insan. Contohnya, sikap menjaga amanah dan berlaku adil sesama insan.

Apabila hati insan sentiasa mengingati Allah di mana saja, ke mana saja, pasti hidupnya selamat dan dia akan dilindungi dari pengaruh iblis dan syaitan.

Hal ini berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Baginda diutuskan untuk memimpin Bani Israil yang sebelumnya pernah dipimpin oleh Nabi Musa A.S. Anakanda kepada Nabi Daud A.S. ini menghadapi tentangan oleh sebahagian dari Bani Israil yang mengamalkan ilmu sihir dan pemujaan syaitan.

Hal ini ada disebutkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 di mana Allah menegaskan bahawa Nabi Sulaiman tidak pernah mengamalkan sihir sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian orang Yahudi (Bani Israil) pada masa itu.

Pada masa pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman A.S., Baginda mengingatkan mereka supaya menguatkan semangat dalam diri serta bersatu untuk menentang pengaruh syaitan. Mereka yang tidak teguh imannya akan terpengaruh dengan hasutan syaitan untuk menjauhkan insan dari agamanya. Sebagai langkah berjaga-jaga, Baginda menasihatkan mereka supaya berlaku amanah dalam perniagaan, meninggalkan hasad dengki, menjauhi riba dan berlaku adil sesama manusia.

Itulah kunci untuk menewaskan syaitan yang dilaknat Allah. Namun masih terdapat golongan yang mendewakan syaitan dengan mempelajari sihir dan melakukan aktiviti pemujaan syaitan.

Kingdom of Solomon adalah problem solver kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana agaknya situasi pada zaman itu. Macam mana Nabi Sulaiman bertindak untuk memberi peringatan kepada umatnya akan bahaya besar yang bakal tiba. Sesuatu yang menggerunkan bakal bermaharajalela, di mana iman dan jiwa yang teguh sebagai benteng dari segala ancaman.

Apa tunggu-tunggu lagi tu. Boleh la mengelik butang play di bawah untuk melihat trailer movie Kingdom of Solomon, buah tangan dari Iran. Untuk memuaskan hati, bolehlah memuat turun cerita penuh dari laman-laman yang sewaktu dengannya. (",)

Tuesday, August 9, 2011

Pemimpin Berjiwa Seni 1



Salam w.b.t.

Di sebuah bilik gerakan bawah tanah sebuah istana :

"Tuanku, musuh nampaknya sudah memulakan langkah mereka. Beberapa orang kita sudah pun mereka temui secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan kita. Mereka cuba membasuh pemikiran orang-orang kita dengan segala propaganda dan dakyah yang bertujuan memburuk-burukkan tuanku di mata rakyat." lapor pegawai kanan 1, Laksamana Ho Chi Ming.

"Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang tuanku ? Takkan kita hendak berdiam diri sahaja." kata pegawai kanan 2, Laksamana Fong Tai Chi sambil mengetap giginya yang tersusun cantik itu.

Maharaja kelihatan memikirkan sesuatu sambil mengusap-usap janggutnya yang berjuraian dan berkilat itu.

Dengan raut muka yang sedikit pun tiada rasa bimbang, baginda mula bertitah,

"Bawa bertenang wahai pembesar sekalian. Kalian usah bertindak terburu-buru kerana sifat terburu-buru itu langsung tidak membawa keuntungan apa pun. Ia hanya menampakkan sifat amarahmu, menonjolkan kelemahanmu sehingga musuh begitu mudah menyerang dan menewaskan kalian."

Para pembesar mula menumpukan perhatian. Suasana senyap seketika.

"Ingatlah, setiap apa yang kita hendak lakukan perlu adanya perancangan yang teratur. Perlu tersusun setiap gerak langkah kita. Perlu ada rancangan yang teliti supaya usaha kita membuahkan hasil dan memberikan kejayaan yang kita mahukan. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu namun buatlah perancangan yang teliti dengan pertimbangan yang rasional."

"Maksud tuanku ? Kita biarkan dahulu mereka bertindak sesuka hati. Begitu ?" tanya Yap Jin Seng, merangkap ketua hulubalang diraja.

"Begini." sambung maharaja. "Membiarkan mereka bertindak dahulu merupakan salah satu perancangan awal beta. Itu tanda mereka berasakan kedudukan mereka hampir tergugat. Maka untuk mengelakkan kekalahan yang teruk, mereka fikir dengan cara itu mereka berhasil melemahkan kesatuan kita. Melemahkan nilai moral kita. Sedangkan usaha mereka itu menggambarkan ketakutan mereka yang sebenarnya."

"Segala pergerakan kita perlu dilakukan secara halus dan penuh muslihat. Kita buatlah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tidak perlu gelabah." kata maharaja setenang air di laut.

"Apabila tiba masanya, barulah kita lancarkan serangan. Jika kita boleh menyerang, kita hendaklah kelihatan seolah-olah kita tidak berupaya menyerang. Apabila menggunakan sepenuh tenaga kita, lakukan seperti kita pasif di mata mereka. Jika kita berdekatan, buatkan mereka percaya kita berada jauh dari mereka dan apabila kita berjauhan, bertindaklah seolah-olah kita dekat dengan mereka."

Sebahagian hadirin yang ada kelihatan mengangguk-anggukkan kepala. Tidak kurang juga yang mencatat nota ringkas sebagai rujukan pada masa hadapan. Begitu tekun sekali gayanya.

Sambungnya lagi, "Letakkan umpan untuk menarik perhatian mereka. Berpura-pura kita punya kelemahan supaya mereka berasa yakin dapat mengalahkan kita. Jika mereka bersenang-senang, jangan bagi mereka berehat langsung. Jika mereka bersatu, kucar-kacirkan kesatuan mereka. Serang mereka di mana-mana penjuru yang lemah, muncul di tempat yang tidak mereka jangkakan. Apabila punya peluang, hancurkan mereka sehabis-habisnya."

"Patik bersetuju dengan apa yang tuanku katakan itu." Laksamana Fong Tai Chi mula bersuara. Beliau kelihatan kembali tenang. "Kita rancang sebaik-baiknya apa yang hendak dilakukan terlebih dahulu. Kemudian baru kita gempur. Cermat dan teratur dalam bertempur. Pasti musuh akan menggelupur." tambahnya seraya menggenggam penumbuk tangan ke udara. Sungguh puitis kata yang dilontarkan.

Semuanya tersenyum penuh bersemangat. Selepas ini mereka akan melakukan perancangan yang rapi kerana itulah satu-satunya kunci kejayaan yang hakiki.

Kecil-kecil sudah mengaji. (sumber)


Sunday, August 7, 2011

Hikam 3 - Tidak Mampu Melawan Qadar Allah


Salam w.b.t.

Qadar Allah sesuatu yang di luar kawalan manusia.


* Sila senyapkan playlist di bawah sekali sebelah kanan untuk mendengar kuliah ini.

Saturday, August 6, 2011

Petua Mengelakkan Sakit Jantung



'Hati' diibaratkan sebagai raja yang berupaya mengawal seluruh anggota badan manusia. Raja yang baik menjadi tauladan yang baik untuk rakyatnya.

Sekiranya raja atau pemerintah mengamalkan prinsip amar makruf dan nahi mungkar, nescaya rakyat akan mengikuti jejak langkah sang pemerintah lalu melahirkan masyarakat yang sejahtera mulia pekertinya. Begitu hebat kuasa yang ada pada raja. Baik raja maka baiklah rakyat yang diperintah.


Melatih diri memiliki jantung sebegini.

Prinsip ini bertepatan dengan diri kita manusia selaku makhluk ciptaan-Nya. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab tulisannya, Tibb an-Nabawi (Perubatan Nabi) ada menyebutkan bagaimana hebatnya perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan kaedah menjaga hati itu sebaik yang mungkin.
Menurutnya, hati (jantung) menjadi lebih baik apabila ia mempunyai pengetahuan tentang Tuhannya, Penciptanya serta Asma'-Nya, Sifat-sifat dan Suruhan-Nya.

Hati itu juga boleh menjadi baik apabila ia cenderung untuk berusaha mendapatkan kasih sayang Allah, melakukan apa yang disukai-Nya dan berusaha untuk menjauhi segala larangan-Nya dan perkara yang menjurus kepada kemurkaan-Nya.

Serta hati yang begini. Pasti tubuh badan sentiasa kekal sihat.

Apabila jiwa insan dan hatinya kuat secara spiritual, ia boleh menangkis segala macam penyakit, baik penyakit lahiriah atau penyakit yang berkaitan rohani. Hati insan dididik dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, mengingati-Nya, menyayangi-Nya, bergantung kepada-Nya dan memohon pertolongan hanya kepada-Nya. Apabila hati kita dihubungkan dengan Allah, sudah pasti kita akan memiliki hati yang bersih dan suci.

Jadi marilah kita berusaha meraih cinta Ilahi pada bulan yang diberkati ini. Sentiasa ingat kepada al-Khaliq walau di mana kita berada. Jika kita sentiasa ingat kepada-Nya sudah pasti Dia akan selalu mengingati dan memelihara kita. Nasihat ini untuk sahabat semua terutama kepada yang menaip entri ini juga.

Memetik lirik lagu sebuah nasyid,

Jagalah hati...
Jangan kau kotori...


Kerana setiap penyakit itu puncanya hati yang tidak dijaga, hati yang terabai, hati yang lalai dari mengingati-Nya. Moga kita sentiasa menggilap hati dengan mengingati Allah kerana dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.

"Dalam hati mereka (golongan munafik) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta."

(Al-Baqarah : ayat 10)

Thursday, August 4, 2011

Hikam 2 - Berusaha Atau Bertawakkal ?


Salam w.b.t.

Usaha dan tawakkal dalam merintis kehidupan.



* Sila senyapkan playlist di bawah sekali sebelah kanan untuk mendengar kuliah ini.

Wednesday, August 3, 2011

Legasi Tinggalan Nabi


Salam w.b.t.

Bulan Ramadan sememangnya cukup dinanti-nantikan oleh penggemar makanan serata dunia. Betulkah apa yang saya katakan ini ? Mungkin ada benarnya sebab bulan puasa cukup sinonim dengan Bazar Ramadan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebut sahaja Ramadan pasti terbayangkan bazarnya yang menjual pelbagai jenis makanan saujana mata memandang.

Syukurlah di tempat saya ini tiada bazar Ramadan. Maka tiadalah duit yang senang-senang melayang mengikut hawa nafsu yang tidak akan pernah berhenti menyerang insan yang lemah ini. Terkadang teringin juga hendak merasai suasana bazar, melihat seribu satu perangai manusia semasa dalam ujian seharian.

Ada satu lagi sinonim dengan bulan Ramadan.

Apa ? Ya. Bijak. Bijak. Bulan Ramadan juga tidak boleh dipisahkan dengan rancangan Jejak Rasul, sebuah rancangan yang memaparkan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Sebuah rancangan ilmiah yang bagi saya wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Mesti tengok.

Jejak Rasul, rancangan yang saya minati sepanjang Ramadan, diri ini sentiasa menantikan pengisian terbaru Jejak Rasul yang begitu bermakna untuk dihayati. Siapa yang tidak kenal dengan Haji Zainal Ariffin yang ibarat isi dengan kuku dengan rancangan ini. Suaranya yang menjadi latar penceritaan begitu memukau sesiapa yang mendengarnya bahkan mereka yang pertama kali menontonnya pasti tertanya-tanya milik siapakah suara itu. Ada karismanya yang tersendiri. =)

Walaupun berada jauh dari tanahair, saya usahakan juga untuk mencari siri rancangan ini supaya suasananya seolah-olah saya berada di rumah apabila menontonnya. Sementara menunggu waktu berbuka tu memang terbaik la kalau dapat tengok Jejak Rasul. Sekurang-kurangnya masa kita terisi dengan sesuatu yang berfaedah, sesuatu yang membuka minda kita.

Musim terbaru Ramadan kali ini bertajuk "Legasi Muhammad s.a.w. di Eropah Timur". Krew Jejak Rasul menjelajah ke negara-negara bekas komunis seperti di Moscow, Tatarstan, Dagestan, Chechnya dan Ukraine.

Bagi yang berminat untuk mendownload rancangan ini, boleh ke link ini :
http://www.jiwang.ws/tv-show-malaysia-59/jejak-rasul-2011-update-episod-3-a-130449/

Setakat ini sudah pun 3 episod dan ia akan diupdate setiap hari. Maka bolehlah download di link tersebut.

Semoga kita menjadi umat yang berilmu dengan ilmu-ilmu Islam, sejarah Islam yang cukup membanggakan umat Islam suatu masa dahulu. Kini menjadi tanggungjawab kita untuk membangkitkan semula kegemilangan Deen ini, satu-satunya Deen yang diredhai di sisi Allah.

Monday, August 1, 2011

Ramzan Yang Diberkati


Salam w.b.t.

Syukur alhamdulillah dengan rahmat dan kasih-Nya kita diberikan peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Bulan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia.

Kalau di Karad masyarakatnya menyebut Ramadan sebagai Ramzan. Di sini tiada berkumandang lagu-lagu raya atau apa jua jenis muzik untuk menyambut Ramadan. Sekadar berkumandangnya azan di masjid tatkala masuk waktu solat atau diselangi dengan bunyi gendang jalanan atau penyanyi jalanan yang hadir bermusim.

Ramzan ayega !
Ramzan aya !
Ramadan dah nak datang...
Ramadan dah nak datang...

Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat menambah amal ibadah.

Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga ada penambahbaikan dalam ibadah kita sehari-hari.

Sunday, July 31, 2011

Bicara Jantung ?


Salam w.b.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ada pelbagai pendapat yang mentafsirkan makna sebenar Hati seperti yang disebutkan dalam hadis di atas. Adakah kalimah Qalbu tersebut merujuk kepada Hati yang boleh dilihat secara zahir atau ia merujuk kepada maksud yang lain ?

Mengikut istilah bahasa Arab, Qalbu bermaksud jantung. Ya. Jantung yang dapat dilihat dengan mata kasar kita. Jantung yang mempunyai 4 rongga yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh anggota dan organ kita. Itulah apa yang ditafsirkan oleh ulama mengenai kalimah Qalbu tersebut. Apabila jantung mempunyai masalah maka organ dan anggota yang lain turut bermasalah dan tidak akan berfungsi.

Suka juga untuk saya kongsikan satu lagi pendapat ulama berkenaan makna sebenar kalimah Qalbu tersebut. Kata beliau :

"Duduknya 'hati' pada jantung, seperti duduknya 'manis' pada gula dan sepertimana duduknya 'masin' pada garam. Bersifat ia maknawi dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar."

Gula itu menunjukkan sifatnya yang manis. Sesuatu yang tidak dapat dilihat kecuali dirasakan kehadirannya. Letaknya pada gula. Jantung pula berfungsi menunjukkan sifat 'hati'. Yakni perasaan. Kasih, cinta, benci, marah dan sebagainya. Segala macam jenis sifat itu menunjukkan kehadiran 'hati' pada jantung yang dilihat secara zahir, boleh dipegang, disentuh dan ditimbang beratnya. Begitu juga gula dan garam yang boleh disentuh dan dilihat fizikalnya.

Pernah dengar dialog-dialog di bawah ?

Dialog 1 : "Ish, tak dak hati perut langsung ka hang nie..??"

atau

Dialog 2 : "Deme takde hati langsung ke kat budak tu ? hehe "

Kedua-duanya berada pada 2 situasi yang berbeza tapi menunjukkan satu persamaan iaitu bagaimana Perasaan itu cuba diterjemahkan dan disampaikan dengan penggunaan Hati. Mungkin disebabkan itulah simbol Hati seringkali disalahgunakan dan dieksploitasi oleh golongan muda-mudi untuk menterjemahkan perasaan mereka. Hmmm. Tidak kena pada tempatnya tu.

Kalaulah seseorang itu dikatakan tiada hati dan perasaan, secara literalnya boleh kita (baca:saya) katakan dia semestinya tiada jantung juga kan ? (",)

Sama-samalah kita menjaga kesihatan jantung supaya ia sentiasa sihat dan bergaya. Nikmat kesihatan itu sesuatu yang sangat mahal dan tidak ternilai harganya.

Jagalah jantung kurniaan Allah sebaiknya, supaya kita punya 'hati' yang baik untuk diterjemahkan melalui peribadi yang baik juga. Jauhilah sifat-sifat tercela yang boleh merosakkan jantung seterusnya menggelapkan 'hati' kita itu. peace...

Saturday, July 30, 2011

Syahr al-Mubarakah


Salam w.b.t.

Alhamdulillah junior2 baru sudah pun selamat sampai ke Karad Khamis lepas. Semuanya di bawah tajaan JPA dan beberapa orang pelajar persendirian. Majoritinya kaum hawa. NRI Hostel (hostel no.7) nampaknya kembali beseri dan hidup dengan kedatangan mereka selain orang-orang putih yang bermigrasi sementara selama 2 minggu di sini.

Syukur kepada-Nya kerana telah memberikan kejayaan yang cemerlang kepada adik-adik Tahun Satu yang telah berjaya ke Tahun Dua. Semuanya lulus dalam exam dan layak ke tahun berikutnya. =)

Kejayaan demi kejayaan silih berganti, semuanya atas rahmat dan kasih-Nya.

Satu lagi nikmat yang bakal kita hadapi, nikmat menyambut kedatangan Ramadan dan berpuasa pada bulan yang penuh barakah ini. Syukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Pahala digandakan...
Doa diterima...
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa...

Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Niatkan dalam diri, perubahan apa yang ingin dilakukan supaya ada nilai tambah. Tidaklah berada pada takuk yang lama. Semoga amal yang dilakukan dapat diteruskan pada 11 bulan yang berikutnya supaya Allah redha dengan usaha kita. InsyaAllah...

موطني


Salam w.b.t.

One of my favourite song.
Reminding us of the importance to love our country.
Listening to it stimulates my inner spirit, strengthen my enthusiasm.
My beloved country.


Translation :

My homeland, My homeland
Glory and beauty,
Sublimity and splendour
Are in your hills, Are in your hills
Life and deliverance,
Pleasure and hope
Are in your air, Are in your Air

Will I see you? Will I see you?
Safe and comforted,
Sound and honored
Will I see you in your eminence?
Reaching to the stars, Reaching to the stars
My homeland, My homeland

My homeland, My homeland
The youth will not tire,
'till your independence
Or they die

We will drink from death
And will not be to our enemies
Like slaves, Like slaves

We do not want, We do not want
An eternal humiliation
Nor a miserable life
We do not want
But we will bring back
Our storied glory, Our storied glory
My homeland, My homeland

My homeland, My homeland
The sword and the pen
Not the talk nor the quarrel
Are our symbols, Are our symbols

Our glory and our covenant
And a duty to be faithful
Moves us, moves us

Our glory, Our glory
Is an honorable cause
And a waving standard
O, behold you In your eminence
Victorious over your enemies Victorious over your enemies
My homeland, My homeland

p/s : Mawtini (موطني) is Palestinian National Anthem.

Thursday, July 28, 2011

A Pre-Ramadan Brief 'Message'


Salam w.b.t.

Reaksi syaitan menjelang Ramadan ketika umat Islam sedang menyiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh barakah tersebut.

Sama-sama kita saksikan dan fikirkan 'senjata' sesuai untuk menangkis serangan 'mereka' pasca Ramadan.


Wednesday, July 27, 2011

Hikam 1 - Jangan Bergantung Kepada Amalanmu


Pengenalan

Kitab Hikam merupakan salah sebuah kitab yang ditulis oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Athaillah atau lebih dikenali sebagai Ibn 'Athaillah as-Sakandari. Beliau menulis banyak kitab yang bermanfaat buat umat Islam dan kitab al-Hikam merupakan salah satu daripadanya.

Kitab Hikam menghimpunkan nasihat-nasihat berguna yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Penyampaiannya oleh Sheikh Ali Jumu'ah iaitu Mufti Besar Mesir begitu menyentuh hati dengan gaya bahasa kitab tersebut yang begitu halus dan menarik.

Sama-sama kita hayati mutiara ilmu yang ditinggalkan oleh Ibnu Athaillah kepada kita melalui kitabnya "al-Hikam al-'Athaiyyah" ini.



* Sila senyapkan playlist di bawah sekali sebelah kanan untuk mendengar kuliah ini.

Tuesday, July 26, 2011

The Best Last Paper of Tyrannical Examination


Salam w.b.t.

Praise be to Allah as He is still giving us the blessing so that we can live the world until now. We breathe as long as our heart functions. Respiratory and cardiovascular of 2 most important functions in our life.

We just finished our exam today with Pediatric as the last paper. Although it is next year subject, it is like an exposure for us to take the examination (or test) so that we know what strategies to be applied later on. It's like antigen and antibody reaction. When we are exposed to antigen (harmful substances like dust or allergen) our body will identify it as foreign objects and start to secrete particular antibodies to combat the antigen. It provides immunity to the body. Same situation here but examination should be regarded as good antigen while the good antibody is our attitude and preparation before coming examination.

At last I got the chance to continue watching the Japanese movie : Team Medical Dragon 3 featuring cardiothoracic surgeon Dr. Asada Ryutaro as the main actor. He is so fantastic during operation and his skills are appreciated at world level. Suddenly I have a desire to be like him and I wonder if I could be the one. =) Actually I like kids also and paediatric is also one of my choice other than neurosurgery. But I should pass undergraduate course at first place then I could make a decision later. Let's see which path is the best from Allah.

May our junior get the best result in Ist MBBS which will come out maybe this week. Allaahumma najihnaa fil imtihaan. (",)

Saturday, July 16, 2011

Rumusan Israk Mikraj


Salam w.b.t.

Israk dan Mikraj merupakan antara peristiwa ghaib yang berlaku dengan kuasa Allah. Beriman dengan perkara ghaib merupakan ciri-ciri orang yang beriman.

Berlakunya peristiwa bersejarah ini bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi ia punya makna dan pengajaran untuk menjadi pedoman hidup.

Ia bukti Allah menghargai seorang hamba, betapa kasihnya Dia terhadap hamba-Nya sehingga terpilih untuk melalui perjalanan tersebut.

Ia bukti kekuasaan Allah selaku Pencipta alam ini.


Berlapang-Lapanglah Walaupun Sempit


Sekiranya kita menganggap kita yang paling sibuk dalam dunia ini, Maka ketahuilah bahawa masih ramai lagi insan yang berkali-kali ganda sibuk daripada kita. Kata-kata naqib saya yang masih saya ingat sampai hari ini.

Dalam kehidupan seharian, manusia sentiasa dibebani dengan began kerja dan masalah yang pelbagai. Buka sahaja mata apabila bangun dari tidur, segala macam persoalan akan membelenggu diri ini. Mereka yang tiada masalah dalam hidup boleh diibaratkan sebagai tidak normal barangkali. Sedangkan bayi yang kecil itu pun akan menangis apabila terjaga dari tidurnya yang sangat lena, inikan pula mereka yang sudah keluar dari kategori bayi dan menginjak dewasa.

Kalau yang masih bersekolah hidup mereka dipenuhi dengan kerja rumah yang mesti disiapkan di rumah. Bagi yang sudah ke kolej atau universiti, kertas kerja pula yang menanti di samping beberapa tugasan lain. Yang sudah bekerjaya dan berkeluarga juga ada cabarannya tersendiri.

Walau sesibuk mana pun kita, janganlah ia dijadikan alasan untuk menghalang kita beribadah kepada Allah. Paling tidak rutin yang dilakukan setiap hari hendaklah diteruskan dan lagi bagus kalau ditambah sedikit demi sedikit supaya ada penambahbaikan. Kalau hendakkan markah lebih, kenalah buat lebih. Bukan buat sekadar cukup makan sahaja.

Janganlah kesibukan kita itu menghalang kita untuk bertadarus Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja dalam sehari. Jangan disebabkan banyaknya kita menghafal ilmu-ilmu fardhu kifayah menyebabkan kita lalai untuk menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Masa itu ibarat pedang, dan ia akan menetak sesiapa yang tidak menggunakannya untuk memotong. Masa itu sememangnya cukup buat kita. Cuma kita yang harus pandai mengagihkan masa supaya istilah 'tiada masa' itu tidak akan punya peluang untuk diucapkan oleh lidah ini.

Ramadan pun semakin menghampiri. Jadi jom kita sama-sama buat persiapan yang cukup untuk menyambut Ramadan supaya kita akan lebih bersemangat dan dapat mengekalkan momentum pada bulan yang diberkati itu nanti.

P/s : Kalau hendakkan stamina yang mantap, kenalah berlatih hari-hari dan berterusan. Barulah tak 'semput'.

Monday, July 4, 2011

Dari Masjidil Haram


Salam w.b.t.

Alhamdulillah dikurniakan kudrat oleh-Nya untuk bernafas sehingga ke hari ini. Baru-baru ini kita baru sahaja menyambut salah satu peristiwa besar dalam kalendar Islam. Apakah peristiwa itchu ??

Peristiwa di mana Allah telah memfardhukan rukun Islam kedua iaitu solat 5 waktu sehari semalam. Apa dia ? Ya betul! Peristiwa Israk dan Mikraj. Sila merajinkan diri untuk buka Al-Quran Surah Al-Israa' ayat 1, di mana ada diceritakan kisah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa untuk menunjukkan salah satu dari tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Kali ini saya hendak kongsikan satu video berkenaan Israk dan Mikraj yang sama-sama boleh kita hayati dan renungkan (bukan termenung). Mungkin ianya akan memberikan satu dimensi baru kepada kita, bagaimanakah pemahaman kita terhadap perisitiwa ini. Adakah pengetahuan kita sudah benar-benar sohih atau masih belum cukup dan perlukan pembacaan lanjut lagi.


Thursday, June 30, 2011

Bola Itu Bulat


Salam w.b.t.

Akhirnya dapat juga kami beriadah setelah sekian lama berhibernasi di bilik. Disebabkan adik-adik Tahun 1 baru sahaja habis exam teori maka diajaknya kami berentap di padang bola ala-ala Old Trafford itu. Maka aktiviti riadah petang tadi sekurang-kurangnya menjadi pengubat tekanan mereka di kala exam memuncak. Cuaca pun nampaknya agak baik.

Keadaan padang yang menunjukkan sedikit kemajuan dari segi zahirnya seolah-olah merangsang nafsu kami untuk bermain. Mana taknya, musim hujan sudah pun bermula. Segala jenis flora yang sebelumnya kekontangan menagih setitis air kini mendapat limpahan kasih sayang yang tidak terhingga dari alam. Kehijauan flora yang memenuhi (erm, hampir memenuhi sebenarnya) padang itu menyejukkan mata yang memandangnya. Walaupun ianya tidak segah Old Trafford tetapi bukan standard yang tinggi menjadi ukuran. cewah...

Bersukan bukan sahaja menyihatkan badan malah mengeratkan ukhwah dan persahabatan sesama kami. Kalau selalunya masa yang ada banyak diperuntukkan untuk belajar dan membaca buku (plus aktiviti2 lain), waktu riadah petang kami boleh berjumpa dan bergelak ketawa sama-sama sambil melupakan dunia perubatan buat seketika.

Masa inilah masanya untuk diaplikasikan ilmu yang dipelajari. Apabila kita melakukan aktiviti riadah, nadi kita akan bergerak dengan cepat. Denyutan jantung akan semakin laju dan peluh mula keluar. Ini berlaku disebabkan rangsangan sistem saraf dalam badan yang menyebabkan jantung akan bekerja dengan lebih keras untuk membekalkan darah kepada anggota-anggota badan. Nafas akan tercungap-cungap dan bertambah laju juga, untuk menambah kadar pengambilan oksigen ke dalam badan.

Setelah sekian lama tidak bermain, semuanya kelihatan letih walaupun baru sekejap sahaja bermain. Mula-mula pergerakannya laju dan agresif. Lama kelamaan rentak semakin perlahan dan perlahan. Tercungap-cungap dan tidak bermaya. Semangat itu kembali naik apabila ada antara kami yang melakukan sepakan tepat ke gawang penjaga gol. Gol ! Serentak dengan itu juga semangat yang pudar kembali lagi dan permainan mula menjadi rancak dengan kedua-dua kumpulan melancarkan serangan untuk membolosi gawang gol lawan. (",)

Dan kegelapan malam mula menyelubungi tanda masa untuk pulang ke asrama sudah sampai. Masing-masing sudah keletihan dan berpuas hati. Andai ada kesempatan yang lain, sudah pasti kami akan berentap lagi untuk mengeluarkan peluh dan memanaskan badan serta menghasilkan jantung yang sihat dan rajin bekerja. (n_n)

p/s : Malaysia menang 2-1 dengan Taiwan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia. Baguih la hampa... =)

Sunday, June 26, 2011

Pokok Itu Melambai-Lambai Kepadaku


Salam w.b.t.

Sebelum turunnya hujan beberapa petanda akan berlaku sebagai satu peringatan supaya kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. Apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi situasi tersebut. Begitu juga sebelum seseorang itu mendapat sesuatu penyakit, badannya akan menunjukkan tanda-tanda yakni simptom penyakit tersebut sebagai langkah berjaga-jaga kepadanya. Demam tidak berlaku serta-merta tetapi dimulai dengan simptom seperti sakit kerongkong dan lemah badan contohnya.

Tanda-tanda yang berlaku sebelum hujan membasahi bumi menunjukkan bahawa alam pun tahu berinteraksi dengan kita secara tidak langsung. Ia seolah-olah ingin memberitahu kita : "Berjaga-jaga kalian. Sebentar lagi hujan rahmat akan turun membasahi bumi-Nya. Boleh jadi ia membawa rahmat dan boleh jadi ia turut membawa musibah tanpa disangka-sangka." Begitu halus sekali bagaimana alam cuba 'bercakap' dengan kita.

Tengok langit, sudah pun kelam gayanya. Awan besar berwarna hitam kelihatan memenuhi dada langit. Semakin perlahan awan itu bergerak.

Kemudian kedengaran bunyi guruh berdentum-dentam. Kilat sabung-menyabung. Seringkali berasa terkejut dengan bunyi guruh yang sangat kuat. "Dunia sudah hendak kiamatkah ?"

Angin pula memainkan peranannya membawa mesej dari seberang sana. Berderu bunyi angin yang ditangkap oleh gegendang telinga untuk ditafsirkan oleh otak. Pokok-pokok kelihatan menari rancak mengikut rentak sang angin. Meliuk lentuk ditiup angin.

Tiba-tiba sesuatu bermain di fikiran :

وَأَمَّا عَادٌ۬ فَأُهۡلِڪُواْ بِرِيحٍ۬ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ۬ (٦)
Surah Al-Haqqah, ayat 6. (69:6)

Maksudnya : Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya.

Inilah dia angin yang suatu masa dahulu pernah menghancurkan kaum yang ingkar dengan suruhan Allah. Kaum yang mendustakan ayat-ayat-Nya dan menolak ajaran Rasul-Nya. Angin ini yang disangka manusia begitu nyaman dan menenangkan jiwa, namun ia pernah menghancurkan umat yang lalai suatu ketika dahulu. Bagaimanakah kalau angin ini berubah angin lalu membinasakan umat yang sedang lalai pada zaman ini pula. Lagipun, sudah banyak malapetaka yang dibawa oleh angin sebelum ini sebagai suatu bentuk hukuman dan peringatan dari Allah.

Dan angin ini juga pernah berkhidmat kepada Nabi Sulaiman A.S. Angin inilah yang setia membawa Baginda ke mana sahaja tempat yang ingin dijejaki. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana bentuk perjalanan Baginda menggunakan angin.

Suatu sunnah yang boleh kita amalkan apabila berlaku angin kencang ialah dengan mengamalkan doa yang pernah diamalkan Nabi Muhammad S.A.W.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya & aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya".
(HR. Abu Dawud 4/326, Ibnu Majah 2/1228 dan lihatlah kitab Shahih Ibnu Majah 2/305)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini, dan kebaikan yang ada padanya, dan kebaikan apa yang dibawanya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejelekannya, dan kejelekan yang ada padanya, dan kejelekan apa yang dibawanya.”

(HR. Muslim 2/616 dan Al-Bukhari 4/76)


Semoga setiap apa yang kita lakukan itu menjadi ibadah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menghargai serta mengambil pengajaran dari setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. InsyaAllah...


Saturday, June 25, 2011

Mensyukuri Nikmat Yang Sementara


Salam w.b.t.

Entah apa pula perayaan yang disambut ketika ini sehingga kedengaran bunyi pukulan gendang secara berterusan dari pagi tadi lagi. Memandangkan bangunan asrama terletak berdekatan dengan kuil, maka jelaslah kedengaran bunyi gendang seolah-olah mereka sedang mengadakan raptai untuk majlis yang besar. Sebenarnya dari semalam lagi latihan bermula sehingga lewat malam.

Selain musim hujan, satu lagi musim yang tidak kurang pentingnya sedang berlaku di sini. Musim peperiksaan akhir bagi budak-budak Tahun 1 yang mana mereka harus melepasinya untuk masuk ke Tahun 2. Bukan senang tetapi tidak susah kalau rajin study dan yakin dengan kemampuan diri untuk berjaya. Teringat pula bagaimana keadaannya kami pada 2 tahun lepas. Tiada senior, tiada sebarang rujukan untuk dijadikan panduan dalam pelajaran. Namun itu semua bukanlah alasan untuk meneruskan langkah ke hadapan. Apa yang penting ? Kerjaasamaa. Ya, kerjasama sesama rakan banyak membantu dan memberi kekuatan untuk sama-sama mendapat kejayaan.

Selain itu, cuaca yang agak cool disebabkan mentari tersipu malu untuk memunculkan dirinya seakan membantu mereka yang sedang bergelut dengan ujian di atas kertas. Perasaannya agak tenang dan selesa mungkin, disebabkan alam pun seolah-olah mengerti bahawa mereka sedang berjuang dengan ujian yang besar.

Sebesar mana pun ujiannya, tidak akan pernah sama dengan apa yang pernah dilalui oleh para Nabi dan Rasul itu. Ujian mereka lebih berat dan sangat menguji kesabaran. Ujian yang menguji kesabaran mereka dalam berdakwah. Sehinggakan Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menerima ancaman bunuh oleh mereka yang memerangi dakwah Baginda.

Sangat kecil ujian yang kita hadapi sekarang. Kalau kita rasa ujian yang kita hadapi sangat berat, ada lagi manusia yang diuji lebih berat dari kita. Kita sudah pun hidup dalam zaman yang serba selesa. Ada tempat tinggal, makanan yang serba cukup, kesihatan yang baik. Apa lagi yang kita inginkan dalam hidup ini. Terkadang nikmat yang banyak itu sentiasa melekakan. Saya sendiri mengalaminya dan entah berapa banyak lagi nikmat yang ada yang kita anggap itu anugerah dari Allah namun hakikatnya satu bentuk ujian kepada kita.

Dalam zaman yang serba canggih ini, di mana taraf hidup manusia sudah semakin bertambah baik, tiba-tiba ada sebahagian orang yang hidup merempat di jalanan, di bawah jambatan dan sebagainya sedangkan kita hidup mewah di rumah atau asrama atau di mana saja. Pada masa yang sama kita tidak bersyukur dan mengambil pelajaran dari golongan tersebut. Maka adakah relevan untuk kita bersikap tidak puas hati dengan ujian hidup yang sedang kita alami ?

Bolehkah dikatakan sesebuah negara itu semakin membangun dengan pelbagai kemajuan yang ada sedangkan ada sekelompok manusia yang lain yang nasibnya bergantung harap kepada orang lain demi menjalani hidup sehari-hari.

Jadi sebaiknya kita harus banyak bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik dan nikmat itu belum ditarik lagi. Seharusnya bersyukur dapat peluang untuk belajar dalam keadaan yang selesa dan aman tanpa peperangan. Bagaimana agaknya nasib para remaja di Palestin sana. Adakah suasana pembelajaran mereka sekondusif suasana kita belajar ?

Allah boleh menguji kita hamba-Nya dalam pelbagai bentuk yang datangnya tanpa disangka-sangka. Salah satunya ialah melalui hiburan dalam apa jua bentuk yang nampak menyeronokkan dan menggembirakan walhal ia secara perlahan-lahan membawa manusia jauh dari mengingati Allah. Na'udzubillahi min dzalik.

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...