Sunday, November 28, 2010

Kala Ujian Datang

Salam 'alaik...

Exam...peperiksaan...ujian...

Sesuatu yang mesti ada dalam kamus hidup seorang pelajar. Menjelangnya musim peperiksaan, segalanya berubah. Yang tak pernah baca buku pun kena selak buku. Perpustakaan seolah-olah rumah kedua mereka. Semuanya risau dengan fenomena exam ini.

Bak kata pengetua saya, exam ibarat medan perang. Kenalah buat persiapan yang rapi. Persediaan kena cukup untuk melawan 'musuh-musuh di atas kertas'.

Dan pelajar SPM sedang berjuang pada ketika ini. Baru seminggu SPM bermula.

Minggu ini juga akan saya hadapi final exam 2nd Year MBBS, Pharmacology subjek pertama. Pada hari yang sama, sahabat saya di Rusia, Wan Ezzrul akan hadapi ujian juga, iaitu pembedahan tulang. Semoga Tuhan mudahkan urusannya.

Semoga Allah melapangkan hati kita yang sedang dan akan mengambil peperiksaan, dan semoga kita boleh menjawab dengan tenang. InsyaAllah...

Allaahumma yassir walaa tu'assir...

Friday, November 19, 2010

Dua Gergasi Besar Asia Bakal Berentap..Mantap.

2 kuasa besar dalam arena sepaktakraw bakal bertemu di final....

Separuh akhir pertama menyaksikan Thailand mengalahkan Jepun dengan mudahnya dalam masa kurang daripada 2 jam. Mata yang dipungut agak jauh berbeza.

Malaysia pun tak kurang hebatnya. Setelah berhempas pulas, Korea berjaya ditumbangkan walaupun terpaksa bermain sehingga tie-break. Tahniah team Malaysia.

Sekali lagi Malaysia bertemu Thailand di final, ulangan final Sukan Asia Doha 2006. Mungkinkah kali ini regu Malaysia berjaya mencatat kejayaan dan menambah pungutan pingat emas ? Siapa tahu sejarah baru bakal tercipta.

Dan semoga regu Malaysia berjaya dalam misi memburu kemenangan pada perlawanan hari ini (20 Nov 2010).

Saya yakin kita masih ada peluang untuk menebus kekalahan lalu.

p/s : kalau balik rumah, boleh tengok live ngan adik-adik..mesti lagi best...hu3



Kiri : Suebsak Phunsueb (tekong), Kanan : Pornchai Kaokaew (apit kanan/killer)


VS



Regu emas Sukan Sea 2005.
Dari kiri : Zulkarnain Arif, Normanizam Ahmad dan Futra Ghani.

Akhirnya...

Friday, November 12, 2010

Where's Your Hijab My Sis ?

A very nice song, performed by a group of cute singers. (",)

Such a good performance.

Let's hear it first, and I'm sure you'll enjoy it.


video

Hisab Diri

Kita masih lagi bernyawa

Sedang diri banyak berdosa

Amal ibadah semakin berkurangan

Kita leka dengan dunia

Kita sangka, esok masih ada

Sungguh kita sudah tertipu

Berapa banyak kemungkaran yang dilakukan

Tetapi Dia masih memberi kita nyawa

Dia masih memberi kita peluang

Sungguh Dia Maha Pemurah

Jadi sahabatku

Marilah kita muhasabah diri

Sebelum kita lena dibuai mimpi

Apakah hari ini sudah banyak ma'ruf yang dibuat

Atau sebaliknya yang berlaku

Siapa tahu

Tidur hari ini adalah yang selama-lamanya

Tiada lagi nyawa keesokan hari

Tiada lagi esok untuk kita


Tuesday, November 9, 2010

Bulan Islam Terakhir

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).


Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.

Marilah kita melakukan ibadah puasa demi mendapat keredhaan-Nya...


Sunday, November 7, 2010

Langit Semakin Kelam

Bajet 2011 telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri kita. Salah satu perancangan yang nak dilaksanakan adalah pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat. Ianya membabitkan kos RM5 bilion dan dijadualkan siap pada tahun 2020.

Satu lagi bangunan yang bakal menjadi mercu tanda bagi Malaysia selain Menara Berkembar Petronas. Boleh juga kita katakan ia sebagai bangunan pencakar langit yang bakal membawa imej baru negara kepada pelancong luar. Mungkin juga.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Maulana 'Imran Hosein dalam salah satu syarahannya, ketika First International Islamic Retreat,

"One of the Signs of The Last Hours is, when you'll find people competing in the construction of tall and large building. You'll be blinded by those construction, you'll not recognize it. "

Kita sedia maklum akan tanda-tanda akhir zaman yang kian banyak dalam kehidupan ini. Salah satunya, pembinaan bangunan pencakar langit. Masing-masing berlumba untuk membangunkan bangunan yang tinggi dan tersergam indah semata-mata untuk menunjukkan kemajuan negara. Yang kaya akan semakin kaya dengan perancangan untuk menggunakan hartanya ke jalan yang tidak sepatutnya.

Kata beliau lagi,

"They measure progress on the basis of height, not based on the character, integrity or faith or beauty of personality."

Kemajuan itu diukur dengan sifat fizikal semata. Bukannya ia dilihat berdasarkan keimanan dan kecantikan budi pekerti. Padahal, sifat lahiriah itu tak semestinya mencerminkan kehebatan seseorang melainkan akhlak yang terpuji harus diambil sebagai sandaran.

Bukannya aku membangkang projek mega tersebut. Namun, pada pandangan peribadiku, peruntukan yang banyak itu lagi berfaedah kalau ia digunakan untuk membiayai keluarga-keluarga miskin yang semakin bertambah dek keadaan ekonomi yang tidak menentu. Salurkan ia kepada mereka yang lebih berhak untuk menerimanya. Itulah salah satu cara pengurusan wang yang berkesan demi amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kalau nak harapkan wang zakat, kenapa timbul persoalan lebihan wang zakat ? Adakah ianya telah diagihkan secara adil dan saksama ? Kalau betul ia sudah dibahagikan, kenapa masih ada yang hidup merempat ?

Sifat amanah mesti kita tanamkan dalam diri. Apabila ada rasa amanah, baru kita berasa lebih bertanggungjawab. Kita akan manfaatkan segala apa yang kita ada untuk kebaikan orang lain. Boleh jadi wang yang kita ada, sebahagiannya adalah milik orang lain. Tak bolehlah kita gunakan amanah itu sewenang-wenangnya.

Mungkin mereka punya alasan tersendiri untuk membina bangunan tersebut. Mungkin ia banyak bawa keuntungan kepada negara apabila ia siap nanti. Apa yang lagi penting, prioriti kita terhadap sesuatu tindakan yang kita nak buat. Yang mana patut dilakukan, dan yang mana mesti dielakkan agar kita tak menyesal di kemudian hari.

p/s : Macam mana pula dengan amanah belajar ? Aku takut amanah menuntut ilmu yang aku sedang pikul ini tak dijalankan dengan baik. Semoga aku dapat jaga amanah ini dengan baik. Bukan aku seorang bahkan mereka yang masih bergelar pelajar mesti sedar amanah ini suatu yang harus dimanfaatkan sebaiknya.

Saturday, November 6, 2010

Banjir oh Banjir

Salam..

Banjir nampaknya makin kritikal di Kedah, sebaliknya di Perlis ia mula surut. Bilangan mangsa banjir juga makin meningkat di 3 daerah iaitu daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang. Dan dikatakan banjir kali ini antara yang terburuk. Ada benarnya.

Daerah Kota Setar, daerah di mana kampung halamanku berada pun terjejas teruk. Usai perbualanku dengan abah mengiakan keadaan banjir yang semakin buruk. Kalau sebelum ini, air sungai hanya 'bermain-main' di kawasan parit luar rumah saja. Tapi kali ini, bukan saja parit, bahkan halaman luar pun sudah pada paras lutut. Kawasan dalam rumah tak payah cerita la, hampir sama saja. Ibaratnya, hampir menyamai aras air sungai di depan rumah.

Mujur ada rumah atas (tingkat atas). Maka kenalah berpindah ke atas yang lebih tinggi setelah sekian lama rumah atas ditinggalkan tanpa ada sesiapa tinggal. Syukur mereka masih ada tempat untuk didiami. Mulanya paras air cuma rendah, tanpa siapa sangka ia akan meningkat naik. Itu semua perancangan Allah, siapakah yang lebih baik perancangannya selain Dia.

Jalan-jalan pun terpaksa ditutup. Jalan utama ke Alor Setar pun dah tak boleh nak lalu. Jadi, semua orang dah tak boleh nak bergerak bebas ke mana-mana. Duduk saja rehat di rumah.

Ada satu kawasan kampung, rendah tanahnya. Habis ditenggelami air. Dah tak nampak rumah. Mungkin bumbung saja yang kelihatan. Sekolah-sekolah pun habis ditutup dan dijadikan pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir. Cuti sekolah pun dah nak mula. Bagi yang tengah ambil exam, mungkin terpaksa ditangguhkan sekejap.

Di Bangkok sana pun sama naik. Ada yang kata, banjir yang teruk kali ini disebabkan Thailand membuka empangan mereka untuk melepaskan air, seterusnya ia mengakibatkan sungai-sungai di utara Semenanjung pun turut terkena tempiasnya.

Aku teringat kata-kata Ustaz Zainul Asri berkenaan isu banjir ini.

Kata beliau,
"Tuhan atur sesuatu tu bukan biasa-biasa, melainkan sebagai satu peringatan bagi kita. Kalau kita berdosa, kita harap musibah yang Tuhan timpakan kat kita adalah untuk mengampunkan dosa kita. Kalau kita tak buat salah dengan Tuhan, kita harap musibah nie untuk mengangkat darjat kita. Tapi, pernahkah kita tak buat salah dengan Tuhan..."

Bersyukurlah sebab kita tak diuji dengan letusan gunung berapi macam yang berlaku di Indonesia sana.

Setiap sesuatu yang berlaku itu, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui rahsia di sebaliknya...

Does God Exist ?

video


Albert Einstein proves it to all of us, that God do exist.

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...