Thursday, July 23, 2015

Asam dan Garam

Salam w.b.t.

Menjadi ahli dalam kerjaya perubatan menuntut seseorang itu bekerja dengan penuh tanggungjawab dan komited.

Apa kerja pun, memang kena buat sebaik mungkin. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Title Dr di depan nama tu, suatu yang berat sebenarnya. Bukan senang-senang nak dapat, tapi bila dah dapat, jangan pula disalahgunakan.

Seorang pakar saya pernah menasihatkan kami bahawa, title tersebut merupakan satu amanah dari Allah. Nanti pasti Allah akan persoalkan mengenainya.

Dan bekerja di hospital tidak mengira masa. Ada ketikanya kami akan makan tengahari pada lewat petangnya. Terkadang tu, cuma sempat minum air kosong saja.

Boleh jadi, doktor yang kamu marah-marah kerana lambat membuat surat untuk keluar hospital itu, masih belum menjamah nasi lemak yang dibeli sejak pagi tadi.

Mungkin pelatih yang kamu jumpa itu, sudah lama tidak berjumpa keluarganya di kampung sana.

Itulah kehidupan seorang doktor.

Bukannya kami tak mahu menjawab panggilan telefon dari sanak saudara. Hakikatnya, kami sedang bertugas ketika itu dan pesakit katil 6 itu perlu diambil darahnya tepat pada masanya.

Itulah realitinya.

Mohon doa dari semua supaya semua doktor di negara kita dapat menjalankan tugas dengan baik.

Wassalam...

Saturday, July 18, 2015

Selepas Ramadan..

Salam w.b.t.

Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir batin..

Sebulan Ramadan telah pun berlalu. Sungguh cepat rasanya ia berlalu.

Itulah akhir zaman, masa dirasakan sangat pantas berlalu..

Dan jalan-jalan raya pun semakin dipenuhi dengan kereta rakyat kota mahu pun desa. Masing-masing punya perancangan untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan..

Beberapa hari sebelum raya, warga kota mula pulang ke kampung. Jalan pun mula sibuk seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Ada yang sabar, ada yang rakus di jalanan. Macam-macam kerenah sang pemandu.

Hari raya merupakan hari yang dinantikan oleh setiap yang bergelar Muslim. Ia hari kemenangan dan hari yang sungguh indah.

Persoalannya, bagaimana amal kita selepas Ramadan?

Aku juga selalu tertanya-tanya mengenainya.

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...