Kalau diteliti kalimah ini, sekilas pandang kita dapat mengagak maksudnya, iaitu Fobia terhadap Islam. Ya, itulah yang cuba disampaikan melalui istilah ini. Entah siapa gerangannya yang mencipta kalimah yang karut ini, barangkali dia tak belajar Sivik agaknya, senang-senang saja cipta kalimah 'aneh' ini.
Kita sedia maklum, kalimah ini 'tercipta' rentetan peristiwa 11 September 2001, yang menyaksikan 'kelemahan' bangunan WTC dilanggar sebuah pesawat, kononnya angkara pejuang Islam. Pihak Amerika mendakwa, pesawat tersebut dikendalikan oleh pejuang Islam, seterusnya menyimpulkan konklusi bahawa Islam yang bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Walhal, kita sendiri ragu-ragu akan kenyataan tersebut. Apakah benar ? Lalu, Amerika mula mencanangkan kepada dunia, bahawa serangan itu didalangi oleh pejuang Muslim, sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap Islam. Masyarakat Muslim seluruh dunia menerima akibatnya.
Maka, terhasillah kalimah ISLAMOPHOBIA. Umat Islam mula menjadi mangsa keraguan masyarakat sekeliling. Agama Islam dilabel sebagai agama pengganas. Sungguh melampau. Apa-apa saja keganasan, pemberontakan, @ yang sewaktu dengannya, umat Islam yang dipersalahkan. Pelbagai jenis ancaman terhadap umat Islam sedunia telah dilaporkan. Imej Islam cuba dihapuskan. Bertudung mula diharamkan di sesetengah negara. Menyimpan janggut melebihi had tidak dibolehkan. Nampak bertudung, berserban saja, timbul semacam perasaan 'anti', lalu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Ugutan, hinaan, syak wasangka yang berlebihan, semuanya dihadapi saban hari. Lalu, kehidupan masyarakat Muslim semakin terganggu dek tindakan mereka ini.
Di lapangan terbang pula, kalau tercatat agama Islam, pegawainya pasti akan melakukan pemeriksan se'detail' yang boleh. Tambah-tambah, kalau yang berjanggut dan berkopiah, lagi bersemangat mereka bertugas, takkan lepas selagi tak puas hati. Bukan apa, takut bawak bom, bahan letupan, nanti jadi 9/11 episode 2. Itulah betapa 'takutnya' mereka kepada umat Islam. Cukup berwaspada apabila berdepan dengan Muslim.
Niat Jahat Terbongkar
Setelah disiasat, peristiwa 9/11 itu, tak lain hanyalah propaganda Amerika yang amatlah besar, tidak boleh di'cover' lagi. Semuanya telah dirancang oleh mereka, untuk memburukkan Islam yang diredhai ini. Hampir 80 % penduduk dunia percaya bahawa runtuhnya WTC, bukan angkara pejuang Islam, sebaliknya cuma satu propaganda Rumah Putih.
Kebenaran terbukti sudah. Semakin ramai orang memeluk Islam, selepas peristiwa 9/11. Satu perkembangan positif saya kira. Lain yang diharapkan Amerika, lain yang jadi. Akhbar Kosmo bertarikh 5 Jun 2009, ada menyatakan Presiden Barack Obama berhasrat mencari permulaan baru dengan dunia Islam. Semoga pemerintahan beliau dapat menjernihkan kembali hubungan antara Barat dan dunia Islam, demi membetulkan salah faham yang tercetus. Sudah hampir 8 tahun berlalunya peristiwa 9/11, dan semoga kalimah Islamophobia ini akan 'dimansuhkan' dari ingatan semua.
Sesungguhnya, Allah S.W.T. pasti membantu hamba-NYA, yang berjuang demi agama-NYA ini.

Istilah yang cukup berkuasa 'membunuh' jiwa umat Islam.

Hakikatnya, Islam semakin berkembang pesat, di seantero dunia..
P/s : betulkan saya jika ada fakta yang tersilap diolah..