
PENGENALAN
Sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang melampau tinggi didalam bola mata seseorang.
Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Bagi mata pesakit Glaukoma, tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf.
Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran masuk keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang.
Hampir 2% daripada mereka yang berusia 40 tahun ke atas menghidap penyakit glaukoma.
Di Malaysia, satu daripada tujuh orang yang buta adalah akibat daripada penyakit ini.
JENIS-JENIS
Glaukoma akut
- Menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata.
- Rawatan kecemasan adalah diperlukan
Glaukoma kronik
- Menyerang dan melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan
- Mangsanya tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalunya lambat mendapatkan rawatan.
TANDA-TANDA / SIMPTOM
Ruang penglihatan menjadi semakin kecil atau sempit
Penglihatan kabur dan rabun.
Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang

LANGKAH PENCEGAHAN
Segeralah berjumpa doktor mata jika anda mengalami tanda-tanda glaukoma
Periksalah mata anda setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
Jalani pemeriksaan glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.
RAWATAN / PENGESANAN
Analisis potensi penyakit
Analisis organ (mata)
Analisis saraf
No comments:
Post a Comment