Saturday, October 3, 2009

Number

Cuba bayangkan, kita hidup dalam dunia tanpa nombor. Tentu saja haru biru jadinya. Serba tak kena. Masing-masing akan menghadapi kesusahan dalam hidup. Pergi ke kedai, mesti ada masalah. Berapa banyak nak beli ? Nak bagitau pekedai, tak tau camna nak kata. Lagi teruk, mesti tanda harga pun tak da. Jadi, macam mana nak bayar. Kompleks kan ?

Bila sistem nombor tak wujud, mesti kita takkan belajar mengira. Makanya konsep 2M saja yang wujud. Bila dah tak ada kira-mengira ni, mesti subjek Matematik takkan diperkenalkan dan diajar di sekolah. Prinsip Akaun pun pasti kena tempiasnya juga. Jadi, akan berkuranglah jumlah subjek SPM. Tanpa nombor, siapalah Matematik. Sebab nomborlah asasnya, yang menjadikan Matematik itu satu kewujudan.

Keberadaan nombor sangat penting. Di sekolah misalnya, sistem peratusan digunakan untuk menanda kertas jawapan pelajar. Tanpa nombor, susah jadinya. Entah-entah simbol pula yang digunakan.

Kita di hospital, hendak ambil tekanan darah. Usai diperiksa, pelbagai simbol dan yang ditulis, untuk mencatatkan bacaan. Pening kita dibuatnya. Jika di klinik, mesti berebut orang nak dapatkan rawatan kalau nombor giliran tak digunakan.

Gawat bukan..?

Rekod terawal sistem nombor bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu. Ia berasal dari lembah subur Nil (Mesir) dan juga dari kawasan Tigris dan Euphrates (Iraq).

Masyarakat Greek yang memulakan langkah pertama ke arah penerokaan bidang matematik. Pelbagai konsep telah diperkenalkan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang ada. Usaha ini diteruskan oleh sarjana-sarjana Muslim di Timur Tengah. Baghdad muncul sebagai pusat intelektual di mana para sarjana berpadu usaha menggabungkan ilmu matematik Greek dan India untuk mewujudkan sesuatu yang baru dan unik. Kejayaan mereka dapat kita lihat melalui sistem nombor Hindu-Arabic yang diguna pakai sekarang. Di sini, dapat kita lihat kesinambungan usaha untuk mengembangkan ilmu matematik itu sendiri.

Justeru, kita hari ini menikmati jasa yang telah diberikan oleh para ilmuan dahulukala, baik Muslim atau bukan. Marilah kita manfaatkan ilmu yang diperoleh sebaiknya, moga usaha mereka semua tidak sia-sia.

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...