Sunday, January 10, 2010

Warning symptom : response that the body give

Tenaga sangat diperlukan untuk melakukan aktiviti harian.
Kalau tak ada tenaga, susah untuk kita fokus melakukan sesuatu kerja.
Jadi, bagaimana nak dapatkan tenaga..?

Tentulah melalui pemakanan.
Saya yakin semua bersetuju akan kenyataan bahawa kita makan untuk hidup, bukan sebaliknya.
Makanan salah satu keperluan asas yang mesti ada.
Namun, jangan berlebih-lebihan pula. Berhentilah sebelum kenyang.

Sumber tenaga yang kita peroleh, kebanyakannya daripada kelas karbohidrat.
Nasi contohnya, merupakan sumber karbohidrat yang utama.
Kita semua pasti kenal akan 'glukosa'.
Glukosa merupakan salah satu penyumbang tenaga buat kita.
Bagi mereka yang cepat letih atau lesu, minuman glukosa dapat memberi tenaga tambahan dengan segera.

Namun, bagi penghidap kencing manis, mereka disarankan mengurangkan pengambilan glukosa ini.
Hal ini kerana kadar glukosa yang sudah cukup tinggi dalam badan mereka. Glukosa dari luar perlu dihadkan pengambilannya.
Keadaan glukosa yang tinggi dalam darah disebut 'hyperglycaemia'.
Selalunya, selepas kita makan, 'hyperglycaemia' akan berlaku.
Namun, selepas beberapa jam, ia akan kembali ke aras normal.

'Hypoglycaemia' pula merujuk aras glukosa yang rendah dalam darah.
Keadaan ini berlaku apabila kita kurang makan atau tak makan langsung, ketika berpuasa misalannya.
Apabila tiada sumber dari luar, maka glukosa dalam badan yang sedia ada semakin berkurang akibat digunakan untuk menjana tenaga. Tiada glukosa tambahan dari luar.

Ketika ini berlaku, hormon 'adrenaline' akan dirembeskan untuk meningkatkan aras glukosa dalam badan kita.
Pada masa yang sama, hormon ini merencatkan penggunaan glukosa oleh tisu-tisu badan, seterusnya mengekalkan glukosa dalam darah.

Hormon insulin pula tidak dirembeskan, lalu mengurangkan penukaran glukosa kepada glikogen ( unit simpanan glukosa dalam tisu).

Oh ya.

Adrenaline bukan saja berfungsi meningkatkan aras glukosa darah. Ia ada fungsi tambahan, yang mana ia menyebabkan berlakunya keadaan seperti berikut :

1. Degupan jantung kita meningkat. ( tachycardia )
2. Tangan akan bergetar. ( macam kita menggigil..)

Saya pasti kita semua mesti dah lalui fasa-fasa di atas.
Kalau makanan lambat siap, atau kita berpuasa, kita akan mengalami tanda-tanda tersebut.
Jangan bimbang. Anda seorang yang normal sebab badan seolah-olah memberi respons kepada kita..
'Berikan aku makanan....'
Mungkin ini yang cuba diluahkan oleh badan kita.

Inilah yang dipanggil warning symptom.
Ia seolah-olah amaran bahawa bekalan glukosa sudah habis, perlukan stok yang baru.
Makanya, kita kena tambah stok baru glukosa, melalui pemakanan.
Jangan ditunggu akan simptom-simptom yang lain, kerana tanda amaran ini sudah cukup memberitahu kita bahawa kita perlu makan untuk menambah glukosa bagi mendapatkan tenaga.

Setiap 'huru-hara' yang berlaku, pasti ada penyelesaiannya oleh sistem yang sudah terlatih dalam diri kita.

Renungkanlah, bagaimana cukup sistematiknya badan kita berinteraksi.
Cuma kita sedar atau tidak.
Kita prihatin atau sebaliknya.

Canggih bukan sistem yang ada pada manusia.

Itulah bukti manusia sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T.

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...