Friday, June 5, 2009

Islamophobia, Pasca 9/11

ISLAMOPHOBIA , satu kalimah yang mempunyai impak bersifat global. Satu fenomena yang menyaksikan ancaman kepada agama Islam yang suci ini.

Kalau diteliti kalimah ini, sekilas pandang kita dapat mengagak maksudnya, iaitu Fobia terhadap Islam. Ya, itulah yang cuba disampaikan melalui istilah ini. Entah siapa gerangannya yang mencipta kalimah yang karut ini, barangkali dia tak belajar Sivik agaknya, senang-senang saja cipta kalimah 'aneh' ini.

Kita sedia maklum, kalimah ini 'tercipta' rentetan peristiwa 11 September 2001, yang menyaksikan 'kelemahan' bangunan WTC dilanggar sebuah pesawat, kononnya angkara pejuang Islam. Pihak Amerika mendakwa, pesawat tersebut dikendalikan oleh pejuang Islam, seterusnya menyimpulkan konklusi bahawa Islam yang bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Walhal, kita sendiri ragu-ragu akan kenyataan tersebut. Apakah benar ? Lalu, Amerika mula mencanangkan kepada dunia, bahawa serangan itu didalangi oleh pejuang Muslim, sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap Islam. Masyarakat Muslim seluruh dunia menerima akibatnya.

Maka, terhasillah kalimah ISLAMOPHOBIA. Umat Islam mula menjadi mangsa keraguan masyarakat sekeliling. Agama Islam dilabel sebagai agama pengganas. Sungguh melampau. Apa-apa saja keganasan, pemberontakan, @ yang sewaktu dengannya, umat Islam yang dipersalahkan. Pelbagai jenis ancaman terhadap umat Islam sedunia telah dilaporkan. Imej Islam cuba dihapuskan. Bertudung mula diharamkan di sesetengah negara. Menyimpan janggut melebihi had tidak dibolehkan. Nampak bertudung, berserban saja, timbul semacam perasaan 'anti', lalu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Ugutan, hinaan, syak wasangka yang berlebihan, semuanya dihadapi saban hari. Lalu, kehidupan masyarakat Muslim semakin terganggu dek tindakan mereka ini.

Di lapangan terbang pula, kalau tercatat agama Islam, pegawainya pasti akan melakukan pemeriksan se'detail' yang boleh. Tambah-tambah, kalau yang berjanggut dan berkopiah, lagi bersemangat mereka bertugas, takkan lepas selagi tak puas hati. Bukan apa, takut bawak bom, bahan letupan, nanti jadi 9/11 episode 2. Itulah betapa 'takutnya' mereka kepada umat Islam. Cukup berwaspada apabila berdepan dengan Muslim.

Niat Jahat Terbongkar

Setelah disiasat, peristiwa 9/11 itu, tak lain hanyalah propaganda Amerika yang amatlah besar, tidak boleh di'cover' lagi. Semuanya telah dirancang oleh mereka, untuk memburukkan Islam yang diredhai ini. Hampir 80 % penduduk dunia percaya bahawa runtuhnya WTC, bukan angkara pejuang Islam, sebaliknya cuma satu propaganda Rumah Putih.

Kebenaran terbukti sudah. Semakin ramai orang memeluk Islam, selepas peristiwa 9/11. Satu perkembangan positif saya kira. Lain yang diharapkan Amerika, lain yang jadi. Akhbar Kosmo bertarikh 5 Jun 2009, ada menyatakan Presiden Barack Obama berhasrat mencari permulaan baru dengan dunia Islam. Semoga pemerintahan beliau dapat menjernihkan kembali hubungan antara Barat dan dunia Islam, demi membetulkan salah faham yang tercetus. Sudah hampir 8 tahun berlalunya peristiwa 9/11, dan semoga kalimah Islamophobia ini akan 'dimansuhkan' dari ingatan semua.

Sesungguhnya, Allah S.W.T. pasti membantu hamba-NYA, yang berjuang demi agama-NYA ini.



Istilah yang cukup berkuasa 'membunuh' jiwa umat Islam.



Hakikatnya, Islam semakin berkembang pesat, di seantero dunia..

P/s : betulkan saya jika ada fakta yang tersilap diolah..

4 comments:

  1. freak of islam.

    tapikan aku pernah terpikir.

    walaupun laungan islam will dominate the world, islam will conquer qorld, adalah untuk naikkan semangat kita orang islam nak menaikkan islam di persada dunia, tapi kan bunyi macam ancaman dekat bangsa bukan Islam?

    tambahan ada pulak pihak yang cuba wat propa itu ini, itulah yang tercetusnya takut dengan orang islam. ganas, sanggup membunuh untuk takluk dunia.

    zaman nabi dahulu, adakah timbul ketakutan dalam kalangan org bukan Islam? tapi syaitan mesti ada untuk menghasut..

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah dan Dakwah..

    Bingisan yg baik.. Moga terus menulis..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam w.b.t.

    ~ LiLacFIa : Zaman Rasulullah dulu, hak-hak bukan Islam dijaga sebaik2nya. Umat Islam waktu tu pulak mengamalkan Islam sesempurna yang mungkin, berbeza dengan keadaan sekarang nie. Begitu ramai Muslim yang kurang pengamalan nilai-nilai Islam dalam hidupnya, selaras dengan konsep 'Islam, the way of life'. Itulah sebabnya musuh-musuh Islam mudah ambil kesempatan, sebar macam-macam propaganda. Silap umat Islam itu sendiri, yang harus dibetulkan kembali. Istilah tue kemungkinan berupa satu laungan semangat untuk membela Islam yang seringkali ditindas tanpa belas ihsan. Namun, dek manipulasi media-media asing, yang tak tahu pokok pangkalnya, terus sahaja ia dianggap sebagai satu ancaman. Justeru, kita harus menjelaskan kekeliruan yang timbul ini supaya ia tidak menjadi 'rantaian dendam', yang dikhuatiri diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

    ~ Muhammad Teja : Terima kasih sudi jenguk blog nie. Ya, SYTRIAN jugak. hEe..

    ~ AsMa AmAnI : terima kasih sudi membaca. InsyaALLAH, baru saja nak belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.. =)

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...