Sunday, November 22, 2009

Bukan Ku Pinta...

French euthanasia-row woman dies


Ms Sebire suffered from an extremely rare form of cancer
A French woman with an incurable facial tumour who lost a legal challenge seeking euthanasia has died at her home near Dijon at the age of 52.

Former schoolteacher Chantal Sebire, a mother of three, had asked a court to allow doctors to help her die. The cause of her death is not yet known.

Ms Sebire's tumour had left her blind, disfigured and suffering intense pain.

The court had said Ms Sebire's physical condition may "inspire compassion" but the law did not allow assisted suicide.

Request to Sarkozy

The case of Ms Sebire sparked intense debate.

She suffered from an extremely rare form of cancer in the nasal cavity known as an esthesioneuroblastoma. Only 200 cases of the disease have been recorded worldwide in the past two decades.

Appealing on French television last month for the right to die, Ms Sebire said she could no longer see properly, taste or smell. She described how children ran away from her in the street.

"One would not allow an animal to go through what I have endured," she said.

But the magistrate in Dijon said: "Even if the physical degeneration of Madame Sebire merits compassion, this request can only be rejected under French law."

Legislation adopted in 2005 allows families to request that life-support equipment for terminally ill patients be switched off, but does not allow a doctor to take action to end a patient's life.

French President Nicholas Sarkozy, whom Ms Sebire had urged to intervene in her case, said he had asked his chief health adviser to make contact, and help with providing further opinions on her condition.

Sarah Wootton, of Dignity in Dying, which campaigns in the UK for assisted dying for the terminally ill, said after the court ruling: "It is simply wrong that terminally ill people not just in France, but also in the UK, who are suffering unbearably are not being given the choice to die with dignity."

Agak sayu pabila membaca kisah ini. Iya la, kita memang tak boleh nak jangka sesuatu tu akan terjadi, apatah lagi kita nie cuma insan biasa. Esok lusa kita tak tau nasib kita macam mana.

Jadi, berbalik kepada kisah di atas, ditakdirkan Puan Chantal Sebire nie menghidap sejenis penyakit yang jarang-jarang sangat terjadi. Penyakit nie telah membuatkan beliau hilang deria penglihatan, rasa dan bau. Alangkah sedihnya kalau hidup tak boleh melihat. Tak boleh menghidu, apatah lagi merasa. Hilang sudah nikmat dunia.

Itulah sebabnya beliau memohon kepada mahkamah untuk melakukan euthanasia.
Euthanasia nie apa ya ? Mengikut wikipedia,

"Euthanasia (from the Greek ευθανασία meaning "good death": ευ-, eu- (well or good) + θάνατος, thanatos (death)) refers to the practice of ending a life in a painless manner."

Maksudnya, metode untuk menamatkan riwayat hidup dengan cara yang tak menyakitkan. Senang cerita, cara nak mati dengan senangnya, akibat sesuatu penderitaan yang sangat teruk. Lebih kurang la.

Disebabkan penangan penyakit tue, dan ketipisan peluang untuk menyembuhkannya, beliau telah memohon untuk ditamatkan saja hidupnya yang malang itu. Ke mana saja pergi, diri sudah dianggap tak bernilai. Sentiasa dipandang rendah masyarakat.

'Apa lagi gunanya hidup..?'

Mungkin itu yang bermain di fikiran.

Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi tersebut. Agak-agak la, mampukah kita menghadapinya ? Cukup kuatkah kita ketika itu ? Adakah kita akan ambil jalan singkat macam kisah di atas ? Adakah kita punyai kesabaran setanding sabarnya Nabi Ayub A.S. tatkala diuji dengan penyakit yang misteri ?

Jadi, sementara kita masih kuat, masih sihat, jagalah kesihatan itu sebaiknya. Penyakit ini, tak kira orang, tak kira masa, tak kira apa jua keadaan. Kalau dah nak jadi, memang ia kan datang. Yang kita boleh ikhtiarkan, PENCEGAHAN.

Ada satu kata-kata Arab yang berbunyi : "Al wiqaayah khairum minal 'ilaaj". Maksudnya, 'mencegah itu lebih baik dari mengubati'. Sebelum terjadi, lebih baik diambil jalan selamat. Kita cegah dulu. Kalau dah kena, baru nak diubati, memang agak terlambat. Belanja kewangan tak usah dikira la.

Ramai orang, bila nikmat kesihatan ditarik, baru dia hargai peri pentingnya dia sihat. Ya la, waktu sihat dulu, dia lupa bahawa ianya bersifat sementara. Tak kekal. Bila dah tiada, alangkah rindunya dia pada nikmat itu. Hatta wang ringgit tak boleh menandingi.

Akhir kalam, sentiasalah berwaspada dan beringat. Gunakanlah nikmat sihat ini sebaiknya, agar kita tak menyesal kemudian hari. Selagi kita bernafas, kita kan terdedah dengan risiko dari setiap penjuru yang cuba mengganggu sistem ketahanan diri. Jadikanlah diri kita ini sebaik-baik 'perisai', yang takkan mudah diceroboh sewenang-wenangnya.

3 comments:

  1. pernah ada lecture pasal euthanasia ni. aku ingat nak post, alih2 aku lupa. Nasib baik di Malaysia, kita tak support euthanasia. Kita guna Islamic Code of medical ethics

    ReplyDelete
  2. owh..
    memang patut pun kita tolak..
    euthanasia nie seolah-olah mencabul hak seseorang individu itu..sepatutnya mereka diberi peluang untuk menikmati hidup ini. Namun, hal yang sebaliknya pula berlaku..

    ReplyDelete
  3. dari sega pandangan manusia normal cam kita ni, memanglah.

    selalunya yang bukan islam lah yg nak mintak 'dimatikan' if kata cancer, bab sakit cancer tu 1, chemo lagi, duit banyak habis, nak kena menyusahkan family lagi, nak terima pandangan masyarakat lagi.

    kalau Islam, mudah sikit nak terima, sebab kita dah tau qada dan qadar, apa hikmahnya suma..

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...