Hidup ini tak selalunya indah. Ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Macam dalam sesuatu pertubuhan atau jawatankuasa, sentiasa ada pengganti dan pelapis. Kalau hidup sentiasa 'linear', alangkah bosannya.
Terkadang kita berasakan kitalah orang yang paling gembira..paling hebat..seolah-olah tiada masalah yang tak dapat kita selesaikan..terkadang sebaliknya pula yang jadi. Kita berasakan dunia seolah-olah tidak berlaku adil, ada saja yang tak berkenan di hati. Gembira, suka, kemudian sedih.. Itu semua hanyalah asam garam kehidupan, yang mana kalau kita berjaya hadapinya, pasti ada ganjaran yang menanti. Teringat pesan mak "Suka lawannya sedih. Jangan terlebih seronok sangat..."
Ya, kita sentiasa alpa meraikan kegembiraan kita. Seolah-olah kita akan hidup di dunia ini selama-lamanya pula.
YANG DIKEJAR TAK DAPAT
Hidup ini memerlukan tujuan hidup. Apa matlamat kita ? Ke mana kita pada masa hadapan ? Untuk memenuhi tujuan hidup, seseorang itu perlu sentiasa berusaha dengan gigih..perlu cukup ilmu di dada..kalau dah tahu itu lautan dalam, takkan masih nak gunakan kail yang sejengkal ? Perlu ada perubahan..peningkatan diri..barulah objektif dapat kita capai..
Namun, nak dapat apa yang kita inginkan, sudah pasti banyak ranjau dan cabarannya. Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang pasri berjaya. Kita berusaha, kemudian bertawakkallah. Usaha kita juga kenalah sehabis baik.semaksimum yang mungkin..supaya kita takkan menyesal kemudiannya. Sebab apa ? Kerana apa yang kita minta, apa yang betul-betul dihajati tak semestinya kita akan perolehi. Terkadang, kita punyalah letak harapan yang menggunung tinggi. Kita sangat-sangat harap kita boleh, namun apa yang diharap tak kunjung tiba. Di mana silapnya ?
Di sinilah letaknya kepentingan tawakkal selepas berusaha. Serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T. Tapi, kenalah usaha dulu. Bagi komitmen sebaik yang boleh. Dapat atau tak..berjaya atau tak..itu belakang cerita. Yang penting, aku dah berusaha selayaknya..aku dah praktikkan segala ilmu, petua yang dipelajari.. Hasilnya biar Dia yang tentukan. Sekurang-kurangnya, kita dah ada persediaan diri yang mantap dengan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada-Nya.
Mungkin kita beranggapan pilihan kita yang terbaik. Namun di sisi Allah, ada lagi yang lebih baik menanti. Siapa tahu ? Rezeki itu Dia yang aturkan. Di mana-mana saja kalau Dia nak bagi, mesti kita dapat. Ketahuilah, perancangan Allah itu mengatasi segala-galanya. Siapalah kita untuk mempersoalkan segala percaturan-Nya.
Justeru, bersangka baiklah dengan Sang Pencipta. Selaku hamba, patutkah kita meragui Dia, Penguasa segala yang di langit dan di bumi...
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment