Wednesday, August 18, 2010

Hijrahkan Dirimu

Semalam bumi Karad disirami hujan rahmat. Seawal Subuh, hujan renyai-renyai turun, membasahkan buminya yang kekeringan.

Bila ke kelas petang pun, suasananya agak nyaman gitu. Tak terlalu panas. Redup-redup saja. Langit kelihatannya mendung. Syukur. Sekurang-kurangnya ibadah puasa dapat dilalui dengan bertenaga. =)

Selesai saja kelas petang, ada lagi satu kelas menanti, kelas orthopaedic. Habis kelas petang tu agak awal, dan masih banyak masa sebelum kelas ortho bermula. Rasa malas pulak nak balik hostel. Memandangkan masjid agak dekat, jadi masa yang berbaki diluangkan saja di masjid. Nak tengok juga macam mana suasana di masjid pada bulan Ramadan.

Di masjid, tak ramai jemaah sangat. Ada seorang dua di dalam masjid. Seorang daripadanya sedang membaca Al-Quran. Mungkin jemaah yang lain sedang bekerja di luar.

Pada musim bulan puasa nie, jemaah tabligh akan menetap di masjid-masjid. Kebanyakan mereka terdiri daripada hafiz Al-Quran, yang mana mereka akan mengimamkan solat terawih.

Selain itu, mereka juga terlibat sewaktu iftar di masjid. Kelihatan beberapa orang sedang memasak di luar masjid. Saya memasang niat, suatu hari nanti ingin saya sertai aktiviti iftar di masjid. InsyaAllah...

Sememangnya, saya lihat bulan Ramadan merupakan salah satu medan untuk kita mengimarahkan masjid. Siangnya, kita bekerja. Malamnya pula, solat terawih berjemaah di masjid yang padanya mendapat pahala berlipat kali ganda di sisi Allah.

Bukan setakat 10 awal Ramadan saja berterawih di masjid, bahkan sampai ke penghujung Ramadan kita amalkan keberadaan diri di masjid. Bi'ah (suasana) di masjid itu begitu kondusif untuk merangsang kita supaya membanyakkan ibadat-ibadat sunat dalam usaha menjadi hamba-Nya yang diredhai.

Sekurang-kurangnya, marilah sama melakukan pembaharuan dalam diri. Kalau Ramadan tahun lalu ada kekurangan di mana-mana, ada peluang yang tak sempat kita ambil, Ramadan kali ini kita tampung balik kekurangan itu.

Kalau baju yang koyak itu nak digunakan balik, kenalah tampung kekurangan yang ada padanya agar boleh dipakai semula.

Macam tu lah dengan amal ibadat. Andai ada cacat celanya, kali ni kita usaha sungguh-sungguh, biar lebih baik dari masa-masa lalu.

Selagi kita masih bernafas, di bulan yang mulia pula tu, jangan disia-siakan peluang yang terhidang. Kita tak boleh jamin, kita mampu hidup sampai akhir Ramadan. Atau kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan tahun hadapan. Siapa yang boleh jamin ?

Diri sendiri pun tak boleh menjamin adakah ajal datang menjemput dahulu sebelum Ramadan sempat dihabiskan.

Jadi, marilah kita niatkan, Ramadan kali ini akan kita manfaatkan sebaik-baiknya. Semoga kita terus beristiqamah dalam beribadat, bukan saja dalam bulan Ramadan bahkan berterusan pada bulan-bulan Islam yang seterusnya.

"Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna...
Agar dapat kulalui dengan sempurna..."

p/s : Orthopaedic =cabang perubatan yang berkaitan dengan tulang.

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...