Bukan semua yang kita rancang, kita akan dapat.
Ada orang, dia sangat rajin usaha, dan dia dapat apa yang dia nak capai.
Ada orang, pun banyak berkorban, tapi hasilnya tak kunjung-kunjung tiba.
Tapi, amat jarang mereka yang kurang usaha, hasilnya sangat membanggakan.
Sememangnya, Allah ingin menguji hamba-hambaNya dengan seribu satu dugaan. Mereka yang bersabar akan berjaya melaluinya.
Firman Allah dalam Surah Ali 'Imran, ayat 139 :
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
Ya. Imanlah yang menjadi seolah-olah satu 'penawar' buat mereka yang diberi ujian hidup. Sesungguhnya bersabar itu sangat banyak pahalanya.
Tiba-tiba teringat salah satu lagu nasyid kumpulan Hijjaz...
SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga...
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga...
Berjuang memang pahit. Apalah erti perjuangan kalau semuanya manis-manis belaka. Tiada susah payah dan rintangan. Sememangnya pengorbanan itu sangat-sangat diperlukan.
Petang tadi saya berpeluang melawat anak salah seorang pemandu auto di sini. Dalam perjalanan pulang ke asrama, berselisih pula dengan seorang pemandu Muslim ini, Mr Amar. Katanya, anak lelakinya dimasukkan ke wad, akibat pneumonia ( paru-paru berair ). Dia mengajak saya masuk melawat anaknya di wad pediatrik memandangkan dia ingin ke sana.
Di dalam wad itu, pesakit kelihatannya ramai juga. Wad anaknya terletak di bahagian rawatan rapi. Sangka saya, anaknya dalam lingkungan 1-2 tahun. Namun usianya baru menjangkau 8 bulan (infant). Sewaktu kami sampai, kelihatan seorang doktor PG sedang memasukkan IV fluid ke dalam badan si kecil itu. Kedengaran suaranya merengek menahan kesakitan. Hiba rasanya. Kita yang melihatnya pun rasa kasihan.
Kemudian, datang pula seorang doktor PG, doktor yang sama ketika saya posting pediatrik sebelum ini. Dia lantas mencari vein (salur darah) itu di bahagian tangan, dan menyuntik jarum khas ke dalamnya untuk mengambil sampel darah. Bayi itu menangis menahan kesakitan. Merah padam mukanya. Dia keluarkan kembali jarum itu perlahan-lahan. Lalu dia menggenggam jari bayi tersebut. Kali ini, kelihatan dengan jelas beberapa vein. Dia masukkan sekali lagi jarum tersebut, dan darah mula mengalir keluar sedikit demi sedikit. Darah itu dikumpulkan dalam satu bekas khas. Ibunya kelihatan menjauhkan diri, mungkin tak sampai hati melihat anaknya. Iyalah, sudah 2 kali bayi itu disuntik, ibu manalah yang sanggup melihat anaknya menderita.
Mujur doktor PG itu sangat cekap, sudah banyak pengalaman mengambil darah bayi agaknya. Kata orang, kenalah berhati kering. Kena buang rasa kesian. Walaupun perbuatan itu kelihatannya agak 'kejam'.
Beberapa minit kemudian, bayi itu kelihatan tenang kembali. Rengekannya beransur-ansur perlahan. Sudah keletihan barangkali. Si ayah memanggil-manggil nama anaknya...
Hari sudah semakin lewat. Saya maklumkan pada Mr. Amar yang saya harus pulang ke asrama. Selepas salam diucapkan, lantas saya bergegas keluar wad menuju asrama.
Sesungguhnya, peluang melawat anak beliau pada petang itu sangat bermakna buat saya. Seakan-akan ada penyuntik semangat yang baru untuk meningkatkan ilmu dalam bidang perubatan. Ya. Saya harus lengkapkan diri dengan ilmu yang mantap untuk berhadapan dengan dunia praktikal yang mencabar pada masa depan. Melihat bayi itu, terasa ingin berdamping bersamanya sampai dia sembuh. Namun, ilmu di dada masih belum mencukupi.
Saya doakan kesembuhan bayi tersebut. Semoga keluarganya tabah mengahadapi ujian ini. InsyaAllah...
p/s : PG = postgraduate.
vein = vena, salur darah dalam badan.
IV fluid = intravenous fluid, cecair yang dimasukkan ke dalam vena.
No comments:
Post a Comment