Wednesday, October 6, 2010

Saudara kita di Darfur

Darfur letaknya di Sudan. Konflik di Darfur bermula pada Februari 2003, dan sampai kini masih tak jumpa jalan penyeselaiannya.

Pada Februari 2010, satu perjanjian gencatan senjata telah pun dipersetujui antara kerajaan Sudan dan kumpulan pemberontak. Namun, perjanjian tersebut dipercayai gagal apabila pemberontak mendakwa kerajaan Sudan menyerang sebuah kampung dan secara tak langsung melanggar perjanjian Februari tersebut.

Darfur keadaannya lagi miskin dari Palestin, sampaikan ayat-ayat Al-Quran pun ditulis atas papan ! Tiada langsung kitab Al-Quran...








Jadi, selagi kita masih punya kitab yang sempurna, manfaatkanlah sebaik-baiknya. Selagi kita memiliki naskhah yang lengkap, rajin-rajinkanlah baca dan tadabbur ayat-ayatNya. Kita sungguh beruntung kerana masih diberi peluang mempunyai kitab Al-Quran. Alangkah sedihnya keadaan mereka di Darfur...

Tuesday, October 5, 2010

Tenaga nuklear

Salam 'alaik...

Nampaknya Amerika memang tak senang duduk kalau ada negara yang cuba nak lawan dia. Pantang ada yang nak naik sikit, dia keluarkan macam-macam perintah nak jatuhkan moral negara itu. Dan gerangan negara manakah yang sudah 'menarik perhatian' Amerika ? Mana lagi kalau bukan negara pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, Iran.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Iran merupakan satu-satunya negara Islam yang begitu komited dengan program nuklear yang sedang giat dijalankan. Para saintis nuklearnya sedang bekerja untuk merealisasikan program nuklear mereka. Presiden Mahmoud sendiri mengakui mereka punya nuklear dan sedang bergerak ke arah itu, dan cakapnya bukan omongan kosong saja tahu. Ada gambar satelit yang berjaya dirakamkan, dan menjadi bukti bahawa Ahmadinejad serius. Beliau juga begitu lantang mengutuk Israel atas siri serangan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Beliau bukan hanya 'cakap tak serupa bikin', bahkan mengiakan kata-katanya dengan tindakan sesuai apa yang diucapkan.

Terbaru, beberapa syarikat asing telah menarik diri untuk meneruskan pelaburan mereka di Iran, berikutan tekanan yang dikenakan oleh Amerika sendiri terhadap program nuklear Iran. Boleh jadi negara-negara luar tersebut takut hubungan mereka dengan Amerika akan terjejas oleh sebarang aktiviti dengan Iran, lantaran kebergantungan merek terhadap Amerika. Mujur syarikat Petronas masih berusaha mengekalkan hubungan yang sedia terjalin dengan Iran.

Itulah, kalau ada negara yang tak ikut telunjuk Amerika, habis negara itu akan diperangi habis-habisan. Macam-macam taktik halus yang mereka gunakan untuk mencapai matlamat menghancurkan ekonomi dan politik negara terbabit. Sekatan itulah, tuduhan inilah. Komplot pembunuhan dan rampasan tampuk pemerintahan segalanya dirancang untuk mencetuskan huru hara segala.

Dan sesungguhnya, mereka takkan pernah berdiam diri selagi status mereka yang kononnya 'polis dunia' tak diakui oleh semua negara khususnya negara Islam.

Saturday, October 2, 2010

Siapa Mangalitsa ?

Siapa itu Mangalitsa ?

Nama orang ka ?

Nama makanan ?

Atau nama jenama terkenal ?

Mari saya tunjukkan, gerangan Mangalitsa yang sebenarnya supaya kekeliruan sahabat dapat dijernihkan.

Inilah dia Mangalitsa.



Dah kenal ?

Ok. Mangalitsa nie adalah spesies babi kacukan, yang zahirnya sangat menyerupai biri-biri. Mangalitsa atau babi biri-biri nie, dihasilkan di Hungary.

Mangalitsa diternak bukan setakat sebagai sumber makanan, bahkan ia diternak untuk mendapatkan bulunya yang dikatakan sesuai dijadikan pakaian seperti sweater. Tengoklah fizikalnya persis biri-biri. Boleh jadi bulu biri-biri itu berasal dari bulu babi biri-biri. Siapa tahu ? Jadi, kita kenalah ambil tahu.

Dagingnya juga dikatakan sangat sedap. Yalah. Dah kalau kacukan tu, generasi yang terhasil memang akan berkualiti.

Kalau dulu, timbul isu berkenaan sosej babi. Memang sosej salah satu produk makanan dari makhluk tak berleher ini.

Mungkin perlu diberi garis panduan, macam mana nak kenal antara bulu biri-biri asli dan bulu Mangalitsa ?

Zaman sekarang, Islam itu bukanlah ditentang secara berdepan atau secara kasar. Bahkan ia datang secara halus dan perlahan-lahan tanpa kita sedar.

Makanan kita. Pakaian kita.

Segala-galanya perlu kita teliti dan halusi.

Kerana benda remeh-temeh ini terkadang manusia selalu abaikan.

Dan kerana remeh-temeh itulah yang mengundang sebesar-besar murka Allah...


*kredit pada Dr. Haji Mohd Faizal Musa.

Keputusannya...

Salam...

Isu perebutan tapak Masjid Babri sudah diputuskan 30 September baru-baru ini. Mahkamah Tinggi Allahabad telah membahagikan tapak masjid kepada 3 bahagian.

Satu bahagian diberikan kepada Muslim, satu kepada Hindu dan satu bahagian lagi kepada minoriti Hindu. Maknanya, komuniti Hindu mendapat 2 bahagian berbanding Muslim 1 bahagian saja.

Semoga kes yang berlanjutan selama 60 tahun ini tidak akan berpanjangan lagi, dan tiada lagi konflik antara komuniti Muslim dan Hindu.

Waktu kelas Forensic Khamis lepas (30 Sept), Cikgu Z bertanyakan kami mengenai situasi tegang tersebut. Dan pada slide terakhir, beliau ada menunjukkan gambar suasana jemaah di masjid. Habis kelas, saya terus ke farmasi di hadapan universiti. Kelihatan beberapa orang pengawal sedang berkawal di luar universiti, kalau-kalau berlakunya rusuhan. Bukannya mengharapkan ia berlaku, tapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Hari ini, dengarnya keadaan di Karad terkawal. Syukur la.

Esok, 3 Oktober, bakal bermulanya Sukan Komanwel di New Delhi. Mudah-mudahan keadaan di sana pun terkawal. Tentunya ramai polis dikerah untuk menjaga keselamatan atlit-atlit yang bertanding. Semoga temasya sukan berjalan dengan lancar.

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...