Saturday, November 6, 2010

Banjir oh Banjir

Salam..

Banjir nampaknya makin kritikal di Kedah, sebaliknya di Perlis ia mula surut. Bilangan mangsa banjir juga makin meningkat di 3 daerah iaitu daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang. Dan dikatakan banjir kali ini antara yang terburuk. Ada benarnya.

Daerah Kota Setar, daerah di mana kampung halamanku berada pun terjejas teruk. Usai perbualanku dengan abah mengiakan keadaan banjir yang semakin buruk. Kalau sebelum ini, air sungai hanya 'bermain-main' di kawasan parit luar rumah saja. Tapi kali ini, bukan saja parit, bahkan halaman luar pun sudah pada paras lutut. Kawasan dalam rumah tak payah cerita la, hampir sama saja. Ibaratnya, hampir menyamai aras air sungai di depan rumah.

Mujur ada rumah atas (tingkat atas). Maka kenalah berpindah ke atas yang lebih tinggi setelah sekian lama rumah atas ditinggalkan tanpa ada sesiapa tinggal. Syukur mereka masih ada tempat untuk didiami. Mulanya paras air cuma rendah, tanpa siapa sangka ia akan meningkat naik. Itu semua perancangan Allah, siapakah yang lebih baik perancangannya selain Dia.

Jalan-jalan pun terpaksa ditutup. Jalan utama ke Alor Setar pun dah tak boleh nak lalu. Jadi, semua orang dah tak boleh nak bergerak bebas ke mana-mana. Duduk saja rehat di rumah.

Ada satu kawasan kampung, rendah tanahnya. Habis ditenggelami air. Dah tak nampak rumah. Mungkin bumbung saja yang kelihatan. Sekolah-sekolah pun habis ditutup dan dijadikan pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir. Cuti sekolah pun dah nak mula. Bagi yang tengah ambil exam, mungkin terpaksa ditangguhkan sekejap.

Di Bangkok sana pun sama naik. Ada yang kata, banjir yang teruk kali ini disebabkan Thailand membuka empangan mereka untuk melepaskan air, seterusnya ia mengakibatkan sungai-sungai di utara Semenanjung pun turut terkena tempiasnya.

Aku teringat kata-kata Ustaz Zainul Asri berkenaan isu banjir ini.

Kata beliau,
"Tuhan atur sesuatu tu bukan biasa-biasa, melainkan sebagai satu peringatan bagi kita. Kalau kita berdosa, kita harap musibah yang Tuhan timpakan kat kita adalah untuk mengampunkan dosa kita. Kalau kita tak buat salah dengan Tuhan, kita harap musibah nie untuk mengangkat darjat kita. Tapi, pernahkah kita tak buat salah dengan Tuhan..."

Bersyukurlah sebab kita tak diuji dengan letusan gunung berapi macam yang berlaku di Indonesia sana.

Setiap sesuatu yang berlaku itu, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui rahsia di sebaliknya...

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...