Monday, January 10, 2011

Sekolah Itu Meletihkan ?

Salam...

Kita sudah hampir ke pertengahan bulan Januari. Cepat rasanya masa berlalu. Penggal persekolahan yang baru dah pun bermula. Sudah 2 minggu.

Kasihan melihat adik-adik yang keletihan waktu balik dari sekolah. Kalau yang berbasikal tu sampai berpeluh-peluh mengayuh basikal di bawah terik matahari. Adik saya ada mengadu sangat letih setibanya di rumah. Terus dia merebahkan badannya di atas kerusi. Biasalah, nak dapat ilmu nie kenalah bersusah-susah dahulu.

Macam itulah yang saya rasa waktu zaman sekolah dulu. Setiap yang pahit itu, sentiasa ada manis yang menemaninya. Walau susah macam mana pun, kena hadapi juga. Zaman saya bersekolah sudah habis, sudah jadi kenangan. Sekarang giliran mereka pula.

Zaman dulu dan sekarang cukup berbeza. Dulu lain, sekarang lain.

Kalau dulu, mengikut cerita jiran saya (orang lama), kerja yang cari kita. Kita tak perlu bersusah payah. Yang penting, ada minat nak kerja. Gaji pun murah. Tak ada slip-slip gaji nie. Nak ambil gaji, cuma tandatangan saja. Zaman dulu orang tak memilih kerja. Asal ada kosong, terus boleh masuk kerja. Zaman dulu susah, nak tampung hidup keluarga dan diri sendiri kenalah kerja. Dan mereka belajar sewaktu bekerja. Maknanya, sebelum diterima bekerja, tak ada sijil pun tak apa. Tak payah belajar tinggi-tinggi pun dah boleh diserap masuk ke jabatan-jabatan tertentu. Itu dulu.

Sekarang lain pula. Kita sendiri yang kena cari kerja. Kalau dok di rumah saja goyang kaki, alamatnya sampai bila-bila pun takkan berubah. Zaman ini kena ada sijil atau apa saja kelayakan untuk memohon kerja. Kalau ada pengalaman kerja, lagilah cerah peluangnya. Berapa ramai antara kita yang masih lagi mencari-cari kerja untuk menampung hidup mereka.

Sekarang nie, harga barang pula tengah meningkat naik. Sayur-sayuran, bawang pun dah makin mahal. Itu belum lagi kira harga kuih-muih yang kita suka sangat tu.

Makanya, nak dapat kerja, kenalah belajar rajin-rajin. Lengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya dulu. Terkadang rasa tak bersemangat nak belajar itu biasalah. Kita jangan layan terus, cuba lawan dan kuatkan semangat. Kita kena fikir ke hadapan. Dalam masa 20 tahun lagi, macam mana pola pemikiran kita. Apa sumbangan kita pada masyarakat kemudian harinya. Adakah kita dah berubah, atau masih lagi di takuk lama.

Sama-sama kita fikirkan...

3 comments:

  1. bab belajar, kecik2 dulu rajin ja, besar2 malas pulak.tsk

    ReplyDelete
  2. bab makan pulak, tyme kecik ka, besaq ka rajin2 belaka...hehe..x payah nak pi suruh..kan baguih kalo studi pun camtu jugak... (",)

    ReplyDelete
  3. salam wbt..btoi3..
    bila baca post abg akmal ni, rasa macam terkena pulak dgn tajuk lecture..hari ni ktrg bljq tntg psychological development of adolescent..dan as far as i know, kita ni tme childhood, majoriti pilihan yg kita pilih, ialah tergantung mak abah, cikgu2, kakak abang, etc..but then, once kita melangkah ke adolescent maka secara fisiologisnya psychology kita juga akan turut berkembang seiring dgn peningkatan usia..maka kita akan mula berfikir tntg kesan pilihan kita, atas dasar apa kita memilih pilihan tersebut, apakah pandangan manusiawi ke atas pilihan kita, etc..menurut doktor tadi, dia bilang bahawasanya kita as remaja, should hve our own konsep hidup..dan menurut pendapat saya, konsep hidup yg plg bernas ialah our ten muwasafat tarbiyah..(ok, dah rasa macam melencong sket topik perbincangan!haha)

    pokoknya, the thing i'm tryng to say is, semoga kita semua berusaha mencari konsep hidup, dan berusaha keras ke arahnya.dan semoga Allah permudahkan jalan, dan redha dgn tindak tanduk kita..bak kata murabbi saya, "belajar itu alat, Islam itulah matlamat!"

    ganbatte! (^-^)/

    ReplyDelete

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...