Air pasang pagi surut pukul lima...
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga...
Pokok bunga melur tanam tepi pantai...
Itik bertelur ayam menetas...
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga...
Pokok bunga melur tanam tepi pantai...
Itik bertelur ayam menetas...
Teringat zaman kecil-kecil dulu. Selalu jugak dengar lagu nie..hehe.. Liriknya bersahaja dan ringkas, berkisar aktiviti seharian manusia. Budak-budak pun senang nak menghafalnya.
Tapi entri kali nie bukannya saya nak cerita pasal lagu kat atas tu ya. Mungkin ada 'bau-bau bacang' sikit entri nie dengan liriknya.
Kali nie saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan salah satu penyakit yang agak common bagi kaum adam, iaitu Angin Pasang (Hernia).
Sesetengah orang menyebutnya pasang surut. Ada juga yang menggunakan istilah uluran. Mana-mana istilah yang orang guna samada angin pasang, pasang surut atau uluran, semuanya merujuk kepada benda yang sama.
Dalam, ianya disebut sebagai hernia. Lebih spesifik lagi, pasang surut dikenali sebagai inguinal hernia iaitu hernia yang berlaku di kawasan otot ari-ari. Sebelum pergi lebih jauh, kita kena tahu dulu, apa itu hernia ?
'Hernia is any abnormal protrusion of the viscera through the weakest point of the body.'
Maknanya, hernia adalah sebarang unjuran atau uluran organ yang berlaku melalui kawasan yang paling lemah dalam badan. Biasanya, organ dalam badan mempunyai sistem sokongan yang menyokong organ tersebut supaya ia berada pada kedudukan yang normal. Sekiranya berlaku kecacatan pada sistem tersebut, maka organ tersebut akan mengunjur ke bawah melalui kawasan yang paling lemah. Faham ?
Dalam kes inguinal hernia, otot-otot pada kawasan ari-ari merupakan weakest point tersebut. Jadi kelemahan otot-otot tersebut menyebabkan organ-organ di abdomen seperti usus bergerak ke bawah, melalui struktur yang dipanggil sebagai inguinal canal. Apabila ini berlaku, pesakit akan menunjukkan simptom bengkak di kawasan ari-ari, seolah-olah angin berkumpul di situ. Mungkin dari sinilah terciptanya istilah angin pasang.
Pesakit akan menunjukkan simptom bengkak semasa berdiri dan ketika mereka batuk manakala ia hilang semasa berbaring. Pada 2 keadaan ini, tekanan dalam badan meningkat menyebabkan wujudnya bengkak di kawasan ari-ari. Cuma, sedikit ketidakselesaan mungkin untuk melakukan aktiviti harian.
Pembedahan merupakan kaedah rawatan yang berkesan. Otot-otot yang lemah akan dibaiki supaya ianya lebih kukuh untuk menahan sebarang tekanan organ di abdomen.
Kalau tidak dirawat dengan segera, hernia akan melarat sehingga ke skrotum, lalu mengakibatkan skrotum membesar. Ini yang orang sebut sebagai burut.
Sebaiknya, pembedahan dilakukan segera pada peringkat yang awal. Itu lebih selamat. Bukankah mencegah itu lebih baik ? Cegah sebelum ia menjadi parah dan mengakibatkan komplikasi yang lain.
Selepas pembedahan, pesakit dinasihatkan tidak mengangkat benda berat selama 2-3 bulan supaya lapisan otot yang diperkasakan itu lebih kukuh.
Selalunya orang memilih untuk pergi berurut jika mengalami pasang surut. Berurut itu boleh, cuma ia tidak digalakkan kerana ia hanya memasukkan kembali usus ke kedudukan yang normal, tanpa pengukuhan lapisan otot yang lemah. Jadi, kebarangkalian pasang surut untuk terjadi balik masih ada.
Saya kira, setakat itu dulu perkongsian kali ini. Sekadar mengulang balik apa yang telah dipelajari. Saya harap penjelasan yang diberikan dapat difahami dan dihadam dengan baik. Semoga ia berguna memandangkan penyakit ini seringkali wujud dalam kalangan mereka yang sudah berumur.
p/s : Nak ubah term medik ke bahasa kita, agak mencabar jugak ya.. (",)
No comments:
Post a Comment