Hari ini hari terakhir posting ENT. Esok saya akan berhadapan dengan 'ward ending' pula. Dalam sibuk-sibuk study, sempat lagi menulis dalam blog. Hendak seribu daya kan... :-)
Sebelum ini saya ada tulis berkenaan pendarahan dalam hidung (epistaxis). Pagi tadi kami ada mengadakan perbincangan berkenaan 'penyakit' ini dengan pensyarah. Saya kira apa yang ditulis itu hanyalah 10% saja setelah perbincangan tadi. Bak kata HOD,
'Don't say that you have finished studying. The moment you say that, you are 'finished'.
Rabu lepas juga mencatat satu kejayaan buat pasukan kriket India apabila berjaya mengalahkan Pakistan pada pertemuan separuh akhir Piala Dunia. Sambutan di universiti sangat menggalakkan, sampaikan diadakan tayangan 'live' di auditorium. Sorakan demi sorakan kedengaran. Suasana di jalan raya pun lengang juga agaknya. =)
Esok penentuan juara antara India dan Sri Lanka. Pertemuan dua negara jiran. Semestinya semua orang akan menyaksikan perlawanan tersebut. Kriket sukan utama di India. Bagaimana pula suasana esoknya. Di jalan sudah pasti lengang juga. Kedai-kedai ditutup awal mungkin. Kalau buka pun diletakkan tv untuk ditonton, mana boleh 'miß' detik-detik yang berharga ini.hehe
Yang nak ambil 'exam' esok pun mungkin dah lari sikit 'mood'nya. Fikir nak habiskan cepat dan tengok 'match' petangnya. Macam mana pula dengan cikgu-cikgunya ya. Hmm...
P/s : hari isnin cuti. Kalau menang esok dapat cuti hari selasa pun ok jugak... (",)
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment