Salam w.b.t.
Setiap dari kita mempunyai jantung masing-masing yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan supaya oksigen dapat dibekalkan dengan secukupnya.
Apa buktinya jantung menjalankan kerjanya? Semestinya nadi yang terus menerus berdenyut menjadi bukti jantung berfungsi dengan baik. Uniknya denyutan nadi itu berlaku secara berterusan (istiqamah) selagi mana insan itu hidup di dunia ini. Siapa yang mengawalnya ? Tidak bolehkah kita perlahankan atau lajukan ia sesuka hati kita ?
Denyutan nadi yang dapat kita rasakan itu menunjukkan kewujudan jantung di dalam badan selain memberi gambaran mengenai keadaan jantung itu sendiri.
Degupan jantung mempengaruhi kadar denyutan nadi kita. Dalam sesetengah situasi seperti ketika hendak berhadapan dengan mereka yang fizikalnya ganas tetapi hatinya cute, jantung pasti akan berdegup kencang sekencangnya. Ini boleh dikatakan sebagai tindakbalas terhadap faktor persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dan menyebabkan badan dalam keadaan yang berjaga-jaga.
Salah satu situasi kencangnya degupan jantung berlaku ketika hendak melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Perasaannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu. Waktu itulah segala apa yang dibaca seakan-akan hilang dari ingatan. Sebaik membaca soalan barulah rasa gemuruh tadi semakin beransur hilang.
Setelah sekian lama dalam keadaan dorman, jantung itu kembali berdegup dengan rancaknya sewaktu result exam hendak diumumkan. Seminggu sebelum itu debaran sudah pun bermula. Dub..dab..dub..dab..dub..dab.. silih berganti. Eh, rasanya result SPM dah nak keluar kan ? Mesti adik-adik yang tengah tunggu result tu dah berlagu degupan jantungnya. hehe
(Source)
Sewaktu saya nak ambil result tu beberapa tahun yang lepas, cuak beb. Macam-macam yang dibayangkan.
"Berapa la agaknya yang aku boleh dapat?"
"Nak ke mana pulak aku lepaih nie?"
Berserabut juga la memikirkan itu semua. Hanya tawakkal kepada Allah menjadi sandaran.
Kepada mereka yang akan ambil result SPM yang dijangka keluar 22 Mac ini, semoga mendapat result yang gempak dan membahagiakan ibu ayah kalian, guru-guru kalian serta menyumbang untuk menaikkan imej sekolah sebelum kalian meninggalkannya untuk jangka masa yang panjang. Sekurang-kurangnya kalian mempunyai jasa walaupun sudah keluar dari sekolah tersebut. Meninggalkan sekolah bukanlah bermakna pergi buat selama-lamanya sebaliknya perpisahan itu hanyalah sementara. Jika diizinkan Tuhan mungkin suatu hari nanti kalian boleh kembali berbakti di sekolah tersebut. Siapa tahu.
Sudah buat perancangan ka??
Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah merancang untuk masa hadapan. Apa yang kita nak jadi dalam tempoh 10, 20 tahun akan datang. Di manakah kita pada waktu itu, menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain atau hanya sentiasa mengambil manfaat dari orang. Sebaiknya buat perancangan dengan teliti ke mana hala tuju selepas ini. Kalau berminat untuk sambung study lagi, silakan. Peluang untuk kalian sentiasa terbuka luas. Jalan untuk menuntut ilmu itu cukup banyak dan memerlukan usaha yang bersungguh untuk merebutnya. Tetapi harus diingat tidak semua yang dirancang itu akan kita dapat. Maka perlulah ada backup plan supaya usaha itu tidak terbantut sekiranya cara yang pertama tidak berjaya.
Memilih bidang yang sesuai juga perlu dititikberatkan. Sekiranya minat tahap kipas-susah-mati terhadap sesuatu bidang itu, jangan lepaskan peluang. Selalulah mencari maklumat mengenai bidang yang kena dengan jiwa kita supaya kita tidak akan menyesal suatu hari nanti.
Ada ketikanya bidang yang kita dapat itu bukanlah yang diminati.
Ada ketikanya kita disuruh oleh mak ayah untuk mengambil bidang yang tidak disukai.
Ada ketikanya bidang yang diidamkan itu menjadi rezeki sahabat kita.
Semuanya ada pelbagai kemungkinan. Hanya Tuhan yang Maha Merancang tahu kenapa ia berlaku.
Ada sesetengahnya tetap juga meneruskan pengajian dalam bidang yang tidak diminati dengan harapan sedikit demi sedikit minat itu akan timbul jua. Berfikiran positif, suatu motivasi yang mesti ada dalam diri setiap kita.
Medik vs engineering
Berminat dengan mayat, organ, ubat-ubatan ? Tidak takut dengan darah ? Rela bersengkang mata mengkaji tulang-temulang dan urat yang berselirat ?
Kalianlah yang dicari-cari !
Sekiranya kalian betul-betul komited dan bersemangat waja, jangan segan-segan untuk memohon bidang perubatan. Belajar medik nie perlukan ketekunan dan kerajinan. Ia tidak bergantung kepada kepandaian semata-mata untuk menghabiskan course ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun setengah. Lama tapi berbaloi dengan apa yang kalian dapat.
Engineering pun tak kurang hebatnya bagi mereka yang sukakan pengiraan dan formula. Tempoh masa yang pendek iaitu 4 tahun (degree) mungkin menjadi tarikan kepada pelajar mengambil bidang ini.
Kalau di sini, ramai yang cenderung memilih engineering kerana tempoh pembelajaran yang pendek dan yuran universiti yang murah berbanding yuran medik.
Banyak lagi course yang ada selain 2 course di atas. Setiap daripadanya ada kelebihannya tersendiri. Ada masam dan manisnya yang kalau dipecahkan ruyung pasti kemanisan sagu yang akan kita rasa. Ha ?
Doa dan harapan
Apa-apa pun, banyak-banyakkan berdoa kepada Allah mohon diberi petunjuk supaya pilihan yang kita buat itu ada keberkatannya. Buatlah pilihan yang sebaiknya sesuai dengan minat kita itu. Yakinlah dengan janji dari-Nya. Sesiapa yang berusaha pasti Dia akan bagi ganjaran kepada hambaNya yang sentiasa bergantung harap kepadaNya.
Semoga kejayaan yang bakal dikecapi nanti menjadi pemangkin untuk berusaha dengan lebih kuat pada masa depan. Ingatlah perjalanan hidup sebagai pelajar masih panjang. Ia tidak akan pernah habis sampailah maut datang menjemput kita.
No comments:
Post a Comment