Thursday, July 23, 2015

Asam dan Garam

Salam w.b.t.

Menjadi ahli dalam kerjaya perubatan menuntut seseorang itu bekerja dengan penuh tanggungjawab dan komited.

Apa kerja pun, memang kena buat sebaik mungkin. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Title Dr di depan nama tu, suatu yang berat sebenarnya. Bukan senang-senang nak dapat, tapi bila dah dapat, jangan pula disalahgunakan.

Seorang pakar saya pernah menasihatkan kami bahawa, title tersebut merupakan satu amanah dari Allah. Nanti pasti Allah akan persoalkan mengenainya.

Dan bekerja di hospital tidak mengira masa. Ada ketikanya kami akan makan tengahari pada lewat petangnya. Terkadang tu, cuma sempat minum air kosong saja.

Boleh jadi, doktor yang kamu marah-marah kerana lambat membuat surat untuk keluar hospital itu, masih belum menjamah nasi lemak yang dibeli sejak pagi tadi.

Mungkin pelatih yang kamu jumpa itu, sudah lama tidak berjumpa keluarganya di kampung sana.

Itulah kehidupan seorang doktor.

Bukannya kami tak mahu menjawab panggilan telefon dari sanak saudara. Hakikatnya, kami sedang bertugas ketika itu dan pesakit katil 6 itu perlu diambil darahnya tepat pada masanya.

Itulah realitinya.

Mohon doa dari semua supaya semua doktor di negara kita dapat menjalankan tugas dengan baik.

Wassalam...

Saturday, July 18, 2015

Selepas Ramadan..

Salam w.b.t.

Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir batin..

Sebulan Ramadan telah pun berlalu. Sungguh cepat rasanya ia berlalu.

Itulah akhir zaman, masa dirasakan sangat pantas berlalu..

Dan jalan-jalan raya pun semakin dipenuhi dengan kereta rakyat kota mahu pun desa. Masing-masing punya perancangan untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan..

Beberapa hari sebelum raya, warga kota mula pulang ke kampung. Jalan pun mula sibuk seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Ada yang sabar, ada yang rakus di jalanan. Macam-macam kerenah sang pemandu.

Hari raya merupakan hari yang dinantikan oleh setiap yang bergelar Muslim. Ia hari kemenangan dan hari yang sungguh indah.

Persoalannya, bagaimana amal kita selepas Ramadan?

Aku juga selalu tertanya-tanya mengenainya.

Thursday, June 25, 2015

Ramadan Kareem

Salam Ramadan..

Bulan Ramadan, atau Ramzan bak kata orang Karad merupakan satu bulan yang begitu istimewa. Muslim harus memanfaatkan masa yang ada pada bulan ini sebaiknya kerana di dalamnya ada banyak kelebihan dan ganjaran pahala bagi hamba-Nya.

Meniti hari demi hari, tiba-tiba aku berasa rindu dengan suasana Ramadan di perantauan. Seolah-olah baru saja aku berterawih di salah satu masjidnya.

Ini semua gara-gara rancangan 'Ramadan Around The World' yang ditayangkan di tv yang menyebabkan aku berasa ingin ke sana menyambut Ramadan sekali lagi. Sungguh tidak patut.. :p

Rindu rasanya untuk berbuka puasa beramai-ramai di masjid menikmati nasi briyaninya yang lazat. Mereka penduduk tempatan pasti akan menjemput kami untuk turut sama berbuka di masjid. Kemeriahannya dapat dirasakan saat makan bertalam beramai-ramai sambil senyuman terukir di bibir sementara tangan menyuap nasi dengan rancaknya.

"More rice?"

Pelawa mereka sekiranya nasi tidak mencukupi untuk santapan berbuka.

Sungguh rindu bertamu di hati.

Usai berbuka, maghrib pula secara berjemaah sebagaimana biasa. Jaa diiringi solat isyak pabila tiba waktunya seterusnya terawih pula.

Suasana terawih juga suatu yang istimewa. Sungguh sayu hati ini mendengar bacaan imamnya. Ada yang laju, ada yang sederhana. Macam-macam cara bacaannya. Sungguh tenang dengan kuasa-Nya yang mencipta manusia dengan pelbagai jenis suara dan bahasa yang indah.

Entah bila pula agaknya dapat aku ke sana lagi.

Mungkin suatu hari nanti..

Wassalam..

26/06/15, 9 Ramadan 1435H
0215H

Wednesday, June 17, 2015

Setahun sebagai Houseman.

Salam w.b.t.

Sudah setahun rupanya saya bekerja sebagai Houseman. Pelbagai kisah suka duka yang ada sepanjang tempoh tersebut. Terlalu banyak yang nak saya kongsikan sebenarnya.

Bekerja sebagai doktor itu bukanlah semudah meletakkan title Dr di hadapan nama seseorang. It comes with great responsibility. The higher the position, the bigger the responsibility. Jadi, pekerjaan yang melibatkan nyawa ini perlulah disertai dengan minat dan kesanggupan untuk balik lewat ke rumah..eh? Kena ada minat dan kesungguhan untuk merawat pesakit.

Teringat saya kepada kata-kata seorang pakar siang tadi.

"Mai saya check balik documentation dalam fail pesakit nie. Satgi kalau jadi apa-apa nama saya jugak yang keluaq dulu.."

Ya, kerja merawat orang nie memang letih. Kerja nie memang tak tentu masa. Bukan semua orang yang dapat peluang macam nie.

But despite that, we feel satisfied when the patient say thank you to us upon discharge from the ward and still remember us wherever we bump into each other.

Saya tak nafikan, waktu mula-mula masuk kerja dulu, memang serabut habis. Bila balik rumah, rasa tertekan jugak sebab esoknya nak kena datang kerja lagi. Nak kena hadapi tekanan di wad lagi. Sebabnya masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan suasana baru.

Tapi lama-lama tu, insyaAllah okey sebab selalu buat benda yang sama ja.

Nanti kesempatan yang lain, saya kongsikan pulak pengalaman yang sangat mendebarkan di labour room.

Selamat menyambut bulan Ramadan.
Selamat berpuasa! =)

Wassalam..

Friday, February 13, 2015

Zon kuning punya cerita

Salam w.b.t.

Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Cuma kita tak tau bila dan di mana nyawa kita akan diambil.

Malaysia dikejutkan dengan pemergian 2 orang figur yang hebat dalam bidang masing-masing.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka di alam sana.

.........................................................

Lokasi: Zon Kuning
Masa: Petang tadi

Kulihat seorang wanita dalam lingkungan umur 30an terlantar di atas sebuah katil. Lemah. Nasal prong dipasang untuk memberikan bantuan oksigen kepadanya. Di sisinya, seorang ibu setia menemani, memberi semangat kepada si anak.

Wujud rasa ingin tahu, lantas aku log masuk akaun di komputer untuk membaca rekod perubatannya.

'Problem: Advanced Midrectal Carcinoma, with liver, lung and bone metastasis.'

Aku: "............"

Aku bergerak mendekati mereka. Kulihat si ibu, matanya merah berair, sedih melihat anaknya sedemikian rupa. Sugul riak yang terpancar di wajah.

Aku meminta izin dari ibu untuk memeriksa keadaan anaknya. Perutnya nampak tegang dan kembung, seolah ada sesuatu yang besar saiznya. Hatinya sudah membengkak.

"Mengucap banyak-banyak.." pesan si ibu kepada anaknya. Air-air jernih mengalir keluar dari sepasang mata itu, yang menjadi saksi kepahitan hidup seorang anak.

"Sabar banyak-banyak ya mak cik. Ini semua ujian dari Tuhan.." aku cuba memujuknya.

Rasa sayu melihat keadaan mereka yang sedang diuji nie. Tapi apalah dayaku untuk melawan takdir Tuhan.

Doktor hanya perantara.
Yang menyembuhkan, hanya Allah Tuhan sekalian alam.

Sungguh kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Itu nasib mereka.

Bagaimana pula dengan kita?

Setiap orang ada ujiannya di dunia ini. Sakit itu ujian, bahagia dan nikmat pun boleh jadi ujian juga, kalau diri semakin jauh dari-Nya.

Jadi sementara kita masih sihat, marilah kita ingat Tuhan banyak-banyak, sebab ibadah semasa sihat, lebih berkualiti dan lebih kita hayati berbanding semasa kita sakit dan tiada upaya.

Wassalam...

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...