Monday, April 13, 2009

Secebis pengalaman

Salam..
Dah masuk bulan April pun..rasa cepat la pula masa berlalu..
Preliminary exam is around the corner..ada beberapa minggu saja lagi untuk persediaan mana yang patut..
April nie la bulan yang paling panas..extremely hot.. sampai saja tengahari, bahang dia cukup terasa..kenalah selalu minum air masak..mencegah itu kan lebih baik dari mengubati..
Namun, di sebalik kepanasan sang mentari, masih ada insan-insan yang sanggup berniaga kecil-kecilan, demi mencari rezeki buat keluarga..panas mentari bukan halangan..peluh memercik tak dihiraukan..asal bekerja dapat pendapatan, menampung hidup yang serba kekurangan..anak-anak kecil sudah ada yang bekerja..di kafe.di pasar..
Pelbagai persoalan timbul..tidak bersekolahkah mereka..? Di mana ibu bapa mereka..?
Sepatutnya tempat mereka di sekolah..bukan di jalanan..namun, siapalah aku untuk menilai tindakan mereka itu..aku hanya mampu melihat tingkah laku mereka bekerja..mudah-mudahan suatu hari nanti mereka diberi peluang belajar..
Terasa sungguh bertuah rakyat negaraku.. dibandingkan rakyat di sini..berada di sini.melihat kehidupan rakyatnya benar-benar menginsafkan diriku yang daif ini..betapa rakyat negaraku patut bersyukur dengan segala nikmat yang ada..benar...

~Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri..~

1 comment:

  1. salam...

    betul2.

    sini pun sama ja. tak yah gi india.
    tengok ja pendatang indonesia, bangla, viet, thai, arab dsb yang panas terik keja,

    terasa macam nak balik tarbiyah belia gila rempit kat felda aku

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...