Sunday, April 26, 2009

Rumah sakit itu..

Assalamualaikum w.b.t.

Bidang perubatan menuntut seribu satu pengorbanan..seribu satu jenis buku untuk dikaji..

Menjadi sebahagian daripada bidang ini memberi peluang kepada saya melalui 'kehidupan' di hospital secara tidak langsung..

Manakan tidak, setiap hari, jika ingin ke kuliah, pasti kami akan melalui hospital yang terletak dalam universiti. Krishna Hospital nama diberi.

Pelbagai gelagat, telatah, ragam manusia dapat diperhatikan. Memandangkan populasi rakyat yang cukup ramai, maka ramailah orang yang 'membanjiri' hospital ini, tatkala matahari memunculkan dirinya.

Dalam perjalanan, mata ini terpandang seorang kanak-kanak, yang berbalut tangannya. Patah, atau retak barangkali. Kasihan.. Dalam umur yang sebegitu muda, dikau diberi ujian tersebut..

Kelihatan juga beberapa orang doktor pelatih sedang menjalankan tugas mereka.

Di satu sudut, beberapa orang makcik, dalam lingkungan separuh abad umurnya, sedang tekun menyabit rumput..di bawah terik matahari.sayu mata memandang. Begitu asyik mereka bekerja. Semoga diberi kekuatan meneruskan hidup.

Pendek kata, siangnya menerima ramai tetamu. Malamnya pula, tak kurang hebatnya..

Ramai juga penduduk tempatan yang 'bermastautin' di hospital ini pada malam hari. Ada yang tidur atas kerusi. Ada yang atas lantai. Hatta di padang rumput pun boleh jadi tempat merehatkan diri. Siap berselimut lagi tu !

Di mana-mana pun boleh jadi tempat rehat. ' Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ' Meninjau kehidupan malam di hospital ini, dapat saya lihat penduduk bergelimpangan sana sini. Rasa semacam satu keunikan tersendiri yang ada di sini.

Kurang sikit rasa gementar kalau nak jalan malam-malam di hospital. Nampak macam kontra dengan hospital di tanah air.

Bila malam menjelma, rasa kesunyian yang amat sangat. Orang ramai sudah beransur pulang. Hospital sering dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Tidak saya nafikan kewujudan 'mereka' ini.

Apa-apa pun, bertawakkallah kita kepada-NYA..moga diberi perlindungan selalu.. :-)

1 comment:

  1. assalamualaikum..

    slm ukhwah..
    insyaAllah ke YENEPOYA MEDICAL COLLEGE, MANGALORE..

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...