Friday, May 8, 2009

Pedang Lahiriah

" Tongue is barely three inches long. But it can kill a person six feet tall.. "

Kenyataan di atas mengandungi makna yang cukup tersirat. Kita akui akan kebenaran kenyataan tersebut.

Walaupun saiznya yang cukup kecil, ia mampu 'membunuh' manusia yang berkali-kali ganda besarnya. Itulah 'kekuatan' organ yang bernama lidah ini.

Pertama sekali, mari kita tinjau serba sedikit anatomi, latar belakang organ yang tak bertulang ini.

Lidah merupakan salah satu organ berotot, yang terletak dalam ruang mulut. Ia berkait rapat dengan deria rasa. ( Tongue is a muscular organ, present in the oral cavity. It is concerned with taste sensation. )

Selain itu, lidah juga berperanan ketika kita berkomunikasi dengan seseorang itu.



Apakah struktur yang membentuk lidah kita ?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, lidah merupakan organ yang terdiri daripada otot ( muscle ) sahaja. Terdapat sejumlah 9 otot, yang membentuk struktur lidah itu sendiri.

Jumlah yang cukup banyak saya kira, jika hendak dibandingkan dengan saiz lidah yang begitu kecil. Inilah bukti kebijaksanaan Yang Maha Esa.

Lihat, dan renungilah diri kita sendiri, akan tanda - tanda kekuasaan Allah S.W.T. Betapa ciptaan-NYA tidak boleh dipandang enteng, kerana tersirat seribu satu hikmah, yang harus difikirkan bagi mereka yang berakal.

Cuba kita fikir sejenak, lidah, yang keseluruhannya terdiri daripada otot sahaja, hampir menyamai kekuatan tangan dan kaki yang bertulang. Bak kata peribahasa Melayu, 'kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.'

Lidah mencerminkan keperibadian seseorang itu. Jika dia berakhlak mulia, maka baiklah tutur kata yang diucapkan. Jika sebaliknya buruk, maka buruklah percakapan yang dikeluarkan. Kita disarankan berhati - hati, dan berfikir dahulu sebelum berbicara. Terkadang, lidah kita melontarkan sesuatu yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Kita harus bertanggungjawab dengan sesuatu yang diucapkan.

Lidah apabila 'manis', manisnya mengalahkan madu. Segala pujian yang melambung tinggi, yang diberikan kepada seseorang atas niat tertentu, lidahlah yang memainkan peranannya.

Namun, apabila ia berubah menjadi 'pahit', maka bersedialah untuk 'menerima' akibatnya. Akal yang rasional pun mudah tewas dek lidah yang pahit ini.

Teringat satu kisah, bilamana Imam Al - Ghazali bertanyakan murid - muridnya, " Apakah yang paling tajam ? ." Maka ramailah yang memberi jawapan seperti pedang, pisau dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali membalas, " Benar semua jawapan yang kalian berikan itu. Tapi, yang paling tajam itulah lidah. "

Begitulah dapat kita lihat betapa 'tajamnya' lidah manusia itu. Kesannya hanya secara lahiriah, bukan zahiriah. Walaupun begitu, ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Ibaratnya, sungguhpun luka sudah hilang, parutnya masih ada di situ.

Justeru, jagalah lisan kita sebaik mungkin. Tuturkanlah kata-kata yang memberi manfaat kepada umat manusia.

Kita sedar bahawa sudah ramai umat Islam masa kini yang menyalahgunakan nikmat pertuturan yang dikurniakan ini.

Mahukah kita memakan daging saudara kita di akhirat kelak..?

Sama-samalah kita menjaga akhlak dan adab, yang diajar oleh agama yang diredhai Allah S.W.T. ini.

Wallahua'lam...

1 comment:

  1. salam..
    emm..ohhh lidah..
    krn lidah ade yg berbunuh..
    kalo kt cni..
    mule2 diorg gaduh pkai mulut je..ckp2..
    pnat jgk kalo tgk..pnat tgg bile diorg nk bertumbuk..
    kalo dlm seminggu..xsah kalo 3 hari diorg akn gaduh..
    dah ske gaduh tgh malam..tension2..

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...