Sedar tak sedar, kita sudah pun berada di penghujung Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam kita memulakan hari pertama ibadah puasa. Tengok-tengok, dah nak habis pun.
Sungguh, tak terasa sangat Ramadan ini.
Boleh jadi, kita 'disibukkan' dengan pelbagai aktiviti sehari-hari sampaikan waktu dirasakan begitu pantas berlalu.
Bagaimana dengan amal ibadah kita ?
Ada peningkatan ?
Tercapaikah objektif berpuasa untuk membentuk diri menjadi seorang yang bertakwa, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 itu.
Sebetulnya, kita perlu lebih bersemangat pada hari-hari terakhir Ramadan yang bakal meninggalkan kita. Sekurang-kurangnya, kita lakukan pecutan terakhir untuk merebut peluang yang masih tersisa ini.
Umpama dalam satu perlawanan lumba lari, ada peringkat saringan. Pesertanya masih tiada pengalaman. Namun, dalam pusingan akhir, semuanya nampak begitu hebat. Masing-masing kelihatan lebih bertenaga lantaran pengalaman sewaktu saringan yang memungkinkan mereka punya strategi masing-masing.
Begitu juga dengan keadaan kita sekarang. Seharusnya kita menggandakan usaha kita demi meraih 'kemenangan' pada saat-saat terakhir ini. Kita sudah punya pengalaman berpuasa dan beribadah pada awal Ramadan. Jadi, kita boleh rancang, macam mana kita nak manfaatkan sebaiknya pengakhiran Ramadan ini.
Tambahan pula, Allah telah menghadiahkan kita malam Lailatul Qadar, yang mana ianya lebih baik dari seribu bulan. Tinggal kita yang harus berusaha untuk mendapatkannya. Sungguh prihatin sang Khaliq terhadap kita.
Selagi kesempatan masih terbuka luas, marilah kita rebut ia. Masa yang ada, kita gunakan ke arah perkara yang diredhai-Nya. Mudah-mudahan, ramai insan yang bertakwa dapat dilahirkan seusai tamatnya bulan yang penuh barakah ini, untuk menghadapi 11 bulan yang penuh cabaran.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment