Monday, January 30, 2012

Tunduk sampai tersengguk-sengguk


Salam..

Alhamdulillah saya selamat sampai ke Karad Jumaat lepas setelah sebulan lebih bercuti. Tak sampai seminggu lagi pun. Rasanya macam baru semalam saya menjejakkan kaki di halaman rumah. Itulah akhir zaman masa dirasakan sangat cepat bergerak.

Kepulangan baru-baru ini agak bermakna dan cun masanya sebab dapatlah saya menjamu mata dengan pemandangan sawah padi yang menghijau seperti lautan padang yang luas ditemani burung-burung putih yang terbang dengan bebasnya, menikmati suasana yang damai itu.

Sungguh tenang. Tenang dari hiruk pikuk bandar yang semakin mencabar.

Padi yang telah masak akan bertukar warna menjadi kuning dan boleh dikerat (tuai) setelah beberapa hari.








Masih hijau lagi.


Yang ni dah masak. Siap tunduk merendah diri lagi tu.











Tak lama lagi dah boleh tuai hasilnya.

Semakin banyak ilmu, seharusnya manusia berusaha supaya bermanfaat untuk orang lain pula.

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk untuk dituai supaya pemakan nasi tegar boleh menikmati nasi goreng pataya, nasi kerabu maupun kerak nasi.

p/s : tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan. (",) peace

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...