Salam w.b.t.
Salah satu perkataan yang paling disukai oleh mereka yang masih beruniform adalah CUTI. Ya, cuti itulah yang selalu ditunggu-tunggu setiap tahun dan setiap kali habisnya penggal pertama persekolahan.
Walaupun hanya dapat cuti 2 hari setiap minggu, ianya sudah cukup melegakan perasaan mereka yang rela (atau terpaksa) bangun awal ke sekolah. Air yang sangat dingin pagi-pagi itu bagaikan satu renjatan elektrik yang menular ke seluruh urat saraf badan seterusnya mengaktifkan badan dari 'safe mode' ke 'study mode'.
Kalau dapat rehat seminggu siapa yang tak suka jang. Senyumnya sampai ke telinga. Gigi depan yang jarang-jarang kelihatan sewaktu kelas pagi ditunjukkan kepada masyarakat umum. Macam-macam plan yang nak dibuat sepanjang tempoh rehat tersebut.
"Study? Err...nanti-nantilah..dan lagi aih..kalut la hang nie."
"Homework? Esok nak pi sekolah baru buat. Janji !"
Mungkin ada yang suka melancong ke sana ke mari. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Pemandangan yang luas itu berkadar terus dengan jumlah pengalaman yang seseorang itu ada.
Semakin banyak tempat yang kita pergi, macam-macam jenis manusia yang akan ditemui. Dari situlah baru kita tahu bahawa rambut manusia itu asalnya sama hitam kecuali ada yang mengubahnya.
Eh? Biar betul!
Tempat-tempat dalam negara nie sememangnya menarik untuk dilawati semasa cuti. Contoh terbaik ada kat atas tu. Ianya terletak di Negara Sincerely Asia yang berjiran dengan Negara Gajah Albino.
Semoga masa cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diisi dengan perkara-perkara yang tak boleh dibuat semasa study mode. Pergi kenduri kahwin itu digalakkan kerana ia boleh menggembirakan hati tuan rumah yang bersusah payah datang ke rumah menjemput kita.
Wassalam.
p/s : foto kenangan di Bukit Broga, Semenyih suatu ketika dulu...
No comments:
Post a Comment