Nations droppin' bomb
Chemical gasses fillin' lungs of little ones
With the ongoin' sufferin' as the youth die young
So, ask yourself is the lovin' really gone
Melihatkan cuaca dunia yang tidak menentu sekarang ni, tiba-tiba teringatkan lagu Where is the love nyanyian Kacang Pis Bermata Hitam. Semakin hari semakin banyak nyawa muda yang terkorban dek pengaruh hawa nafsu yang membelenggu jiwa.
Era pemerintahan yang bersifat menindas rakyat ditentang habis-habisan. Perjuangan untuk mendapatkan kembali hak yang dirampas sejak sekian lama tercetus dengan satu kalimah yang bernama REVOLUSI. Revolusi yang membangkitkan semangat anak-anak muda untuk berjuang mempertahankan maruah dan hak rakyat yang sudah dicabul sewenang-wenangnya. Rakyat sudah lama terseksa dengan kesempitan hidup yang memuncak.
Tunisia, Libya, Mesir dan beberapa negara lagi menjadi bukti betapa seorang Amir (ketua) yang memerintah itu harus mementingkan kebajikan rakyat yang diperintah. Bukannya kemewahan seperti sang raja yang dipinta namun cukuplah sekadar keperluan asas rakyat yang dipenuhi. Rumah yang selesa dan selamat, bekalan air dan elektrik yang cukup dan harga barang yang berpatutan itu mungkin sudah melegakan masyarakat.
Terkini, Syria pula sedang mengalami nasib yang sama apabila rejim presiden Bashar Assad dilihat cuba menunjukkan kekuatan kuku besinya dengan membunuh para pengikut Sunni yang menentang pemerintahannya. Berlaku pertembungan antara kelompok majoriti Sunni dan kelompok minoriti Syiah di sana. Sesuatu yang merugikan dunia Islam secara amnya.
Sungguh hebat ledakan revolusi. Kesannya 'berjangkit' dari satu tempat ke tempat yang lain. Silih berganti. Kalau ia sesuatu yang membawa kebaikan, adakah boleh kita katakan revolusi salah satu contoh hijrah ke arah yang lebih baik? Tapi, keburukannya pun ada. Betul ka macam tu? Sama-samalah kita fikirkan.
Selepas ini ke mana pula destinasi pelancongan Tuan Revolusi...
Where is the love..the love..the love..
No comments:
Post a Comment