Salam w.b.t.
Liga Juara-Juara Eropah sudah hampir ke kemuncaknya apabila 4 pasukan telah pun menempah tiket ke perlawanan separuh akhir yang akan bermula 17 April ini. Semuanya hebat-hebat belaka dan sudah dijangkakan peluang mereka untuk bermain di separuh akhir nanti.
Semestinya para peminat bola akan mula membuat pelbagai ramalan dan andaian tentang perlawanan yang bakal berlangsung. Setiap kemungkinan dikaji dan dibincangkan serta didebatkan mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan masing-masing.
Aktiviti qiam (bangun) beramai-ramai pula sesuatu yang tidak asing lagi pada setiap perlawanan lebih-lebih lagi pada saat-saat genting di mana perlawanan yang sengit dijangkakan berlaku.
Bola sepak begitu terkenal di seluruh dunia sehingga menjadi permainan feveret setiap orang. Tapi awas, ada satu lagi bola yang agak berbahaya dan boleh 'membunuh'...
Dub..dab..dub..dab..
Tadaa....
Bola rotan a.k.a. bola takraw
Amacam..? Kegerunan..? hehe
Sebenarnya ini topik utama yang hendak saya kongsikan pada kali ini. Sukan sepaktakraw merupakan salah satu sukan yang juga selalu dimainkan oleh orang ramai. Ia merupakan sukan tradisional di Malaysia yang masih popular sehingga ke hari ini.
Bola takraw yang digunakan juga telah mengalami perubahan demi perubahan sepanjang zaman. Kalau dahulu, rotan asli digunakan untuk menghasilkan bola takraw dan ia begitu keras serta tahan lama. 'Penangan' bola rotan juga begitu dahsyat sehingga boleh mengakibatkan lebam-lebam di kepala..(bukan hiperbola tapi realiti). Namun dengan bola yang keras itulah, daya ketahanan setiap pemain boleh diuji. Kesabaran pun teruji juga.
Bola pada zaman sekarang dijual dalam bentuk bola plastik atau sintetik. Ianya lebih ringan berbanding bola yang menggunakan rotan dan daya gerakannya juga lebih laju. Setiap libasan mungkin boleh mencederakan pemain lawan kalau teknik yang salah digunakan untuk mengambil bola tersebut. Pernah suatu ketika Malaysia bertindak menarik diri pada satu kejohanan kerana penggunaan bola sintetik dikatakan tidak selamat dan boleh mengakibatkan kecederaan pada otak.
Thailand merupakan salah satu saingan negara kita dalam sukan sepaktakraw. Namun berdasarkan keputusan Sukan Sea 2011 yang lalu, kita sudah semakin diatasi oleh negara-negara lain seperti Indonesia. Kekalahan skuad kita kepada Indonesia memberikan satu tamparan yang hebat mengenai mutu permainan sukan tradisi ini yang pada asalnya didominasi oleh Malaysia.
Kekurangan yang ada diteliti dan dibincangkan semula. Bedah siasat mula dilakukan untuk mengenalpasti setiap kelemahan yang ada. Setelah dikaji dan dikaji ternyata kita masih kurang aktiviti penganjuran kejohanan di dalam negara sendiri. Bakat-bakat baru yang ada pula tidak dicungkil sepenuhnya.
Kini, setelah punca dikenalpasti, banyak kejohanan sepaktakraw yang dianjurkan di setiap pelusuk negara. Terkadang di utara, terkadang di selatan. Minggu ini di barat, minggu depan di timur. Begitu aktif usaha yang dilakukan untuk menaikkan kembali mutu permainan sepaktakraw kita. Syabas saya ucapkan kepada semua yang berusaha untuk merealisasikan niat suci ini.
Selepas ini diharapkan sukan takraw tidak di'anaktiri'kan di tempat sendiri dan boleh berdiri sama tinggi dengan sukan bola sepak.
Semoga usaha yang berterusan ini membawa perubahan yang diinginkan dan meningkatkan mutu permainan ke tahap yang lebih baik dari yang sebelumnya. Peminat sukan takraw tanahair begitu mengharapkan sukan ini kembali memberikan sumbangan yang berharga buat negara pada masa akan datang.
p/s : tengok jadual kejohanan yang banyak, rasa macam nak join ja..teringin betul nak main di court..tapi apakan daya, belum dapat peluang tu lagi..balik cuti nanti kena main jugak nie..
No comments:
Post a Comment