Salam w.b.t.
Kebangkitan rakyat yang mahukan pemerintahan yang adil merupakan suatu perkara yang harus dipandang serius oleh para pemimpin yang sedang memegang tampuk pemerintahan. Setiap jawatan yang dipegang merupakan amanah yang harus dipikul dengan adil dan penuh rasa rendah diri.
Melihatkan perjuangan golongan muda yang bersemangat mengadakan perhimpunan dan demonstrasi, tiba-tiba teringat pula kepada salah satu movie dari Jerman iaitu Sophie Scholl : The Final Days (Sophie Scholl : Die Letzten Tage). Ia mengisahkan perjuangan Sophie Scholl dan kawan-kawannya untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap Nazi Jerman yang berkuasa pada masa itu.
Bezanya, perjuangan mereka adalah secara senyap melalui flyers yang diletakkan di bangunan universiti. Tujuannya supaya para pelajar akan mendapat maklumat yang ingin disampaikan tanpa mengetahui siapa yang menyebarkannya.
Persamaannya, mereka semua terdiri daripada golongan muda. Masing-masing punya tubuh badan yang sihat dan semangat yang tinggi untuk cuba mengubah nasib negara mereka.
Ya, golongan muda-mudi itu kalau disatukan kekuatan mereka ke arah yang sepatutnya dan melalui cara yang betul, tidak mustahil satu perubahan yang berskala gergasi boleh berlaku. Ia sudah pun terbukti di negara-negara yang mana rakyatnya tertindas dan hidup dalam kesusahan.
Masalahnya, ramai antara kita yang masih lagi hanyut dibuai mimpi dan kejayaan semalam yang pastinya akan jadi kenangan semata-mata tanpa diambil sebarang pengajaran untuk melakukan perubahan dalam hidup masing-masing.
Perang saraf itu masih berjaya menguasai pemikiran dan tindakan golongan sekarang..terutama remaja...
ReplyDeleteNatijahnya...sgt ramai yg hanyut dgn dunia yg penuh permainan dan senda gurau nie..
Tanggungjawab menyentuh hati dan mngubah syabab skrang adlh tanggungjawab insan2 yg diberi kebaikn oleh Allah..iaitu kefahaman dalam agama..
Moga terus tsabat!
InsyaAllah..jalan dakwah ini sememangnya penuh dengan cabaran..cabaran untuk sentuh dan tautkan hati-hati sesama insan..
ReplyDelete