Monday, October 22, 2012

Pakej 2 Dalam 1


Salam w.b.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesiapa yang mahukan dunia maka hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah dengan ilmu. Dan sesiapa yang mahukan keduanya maka hendaklah dengan ilmu."

Itulah antara pesan abah kepada saya, semasa perbualan kami setelah habis exam teori yang terakhir petang tadi.

Sungguh, ilmu Allah itu sangat luas. Kita, sementelah usia yang masih muda patut ambil peluang yang ada untuk terus-terusan menuntut ilmu. Kerana dengan ilmu, kita pasti beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Namun, pastikan ilmu itu sesuatu yang bermanfaat. Sesuatu yang boleh kita amalkan untuk suatu jangka masa yang panjang. 10, 20 tahun akan datang.

Wassalam...

Friday, October 19, 2012

Nak Konvo Jugak!


Salam w.b.t.

Terasa cemburu yang amat apabila melihat gambar-gambar konvo seantero Malaya kala ini. Musim berkonvo rupanya. Hampir setiap universiti mengadakan pesta konvo pada bulan yang sama.

Segala jerih payah menuntut ilmu akhirnya disimpulkan dalam satu majlis gilang-gemilang untuk menerima segulung ijazah sebagai bukti tamatnya pengajian. Perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Speechless.

Apabila nama disebut mengikut giliran, seorang demi seorang naik ke pentas. Langkah demi langkah diatur dengan sopan supaya diri tidak tersadung lalu mencacatkan perjalanan majlis. Ada sesetengahnya pula yang naik ke pentas dengan gaya yang pelbagai, sungguh mencuit hati. Berkonvo cuma sekali, mungkin itu yang difikirkan.

Tahniah diucapkan buat sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang baru selesai dan akan berkonvo, kerana anda berjaya menamatkan pembelajaran dan merangkul gelaran 'Graduan'. Cabaran ketika bergelar 'Mahasiswa' telah berjaya dihadapi dengan penuh sabar. Memang banyak cubaan ketika berstatus mahasiswa sehingga ada segelintir yang berhenti separuh jalan dek sikap mudah berputus asa dengan cabaran sepanjang perjalanan tersebut.







Kembali membelek gambar-gambar lama sewaktu mula-mula bergelar mahasiswa dahulu. Cepatnya masa berlalu, rindu pula suasana zaman itu.

Secara tidak langsung, diri ini akan termotivasi untuk terus mengutip mutiara ilmu yang ada, kerana ilmu Allah itu sangat luas. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk menghabiskan saki-baki perjalanan hidup sebagai mahasiswa.


Thursday, October 18, 2012

Perihal Nama


Salam w.b.t.

Jin merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Sebahagian daripadanya beragama Islam manakala sebahagian lagi tergolong dalam kategori jin kafir.

Surah Al-Jin, ayat 11 bermaksud :

"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain dari itu...."

Memang wujud di antara mereka golongan yang soleh dan suka menuntut ilmu seperti manusia juga.

Gangguan jin boleh berlaku dalam bentuk pendamping, di mana jin tertarik dengan seseorang itu lalu sentiasa mengikutinya ke mana dia pergi.

Selain itu, gangguan jin turut berlaku apabila nama-nama tertentu digunakan sebagai nama panggilan. Menurut Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam, terdapat beberapa nama yang menjadi kesukaan jin sehingga mengundang gangguan jin tersebut.

Antara nama yang kerap mendapat gangguan :

1. Balqis
2. Qistina
3. Najwa
4. Zakwan
5. Batrisya
6. Erisya

Namun, perlu diingat dan diambil perhatian. Senarai nama di atas tidak terdapat dalam Al-Quran mahu pun hadis. Ia cuma berdasarkan kajian oleh ustaz mengikut kes yang pernah ustaz hadapi. Kebanyakan kes yang pernah dirawat, pesakit-pesakitnya mempunyai nama seperti yang disenaraikan di atas. Kalau tiada gangguan pun, mungkin sewaktu kecil mereka hyperactive dan lincah luar biasa.

Boleh ka nak guna jugak? 
Tak ada masalah. Silakan guna nama-nama tersebut. Tiada larangan pun.

Cuma, kalau boleh, ubah panggilan nama tersebut. Kalau namanya "Nur Najwa", panggillah Nur. Bukankah lembut panggilan tu di samping terselit makna yang indah.

Respons
Ustaz Azhar Idrus, dalam salah satu videonya ada menyebut mengenai isu penggunaan nama yang ada kaitan gangguan jin ini. Kata beliau, tiada masalah untuk menggunakannya. Kalau yakin, gunakan tanpa was-was. Kalau ragu-ragu, baik elakkan sahaja.

Katanya lagi, kalau doktor beritahu ada sakit saraf, adakah kita nampak sakit tu? Nampak saraf yang rosak tu? Tidak, tetapi kita percaya sebab kita yakin dengan kata-katanya kerana dia ahli dalam bidang saraf.

Begitu juga dalam kes ini. Ustaz memberi kesimpulan berdasarkan pengalamannya mengubati pesakit, kerana dia ahli dalam bidang itu. Jadi jangan kita sembarangan menentang apa yang dikatakannya. Bukan bermaksud ia harus diterima bulat-bulat, tidak boleh tolak langsung. Kalau kita tidak bersetuju dengan pendapatnya, jangan terus melenting dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas. Kalau tidak bersetuju, gunakan sahaja nama-nama itu dan berlapang dada dengan ilmu yang kita peroleh.

Saya cuma berkongsi ilmu apa yang pernah diterima berdasarkan kuliah dan ceramah ustaz tersebut. Namun saya bukanlah ahli sepenuhnya kerana masih belum berpeluang mengikuti kursus perawat yang sebenar. Mudah-mudahan suatu hari nanti Allah mudahkan cita-cita saya untuk mengikutinya.

Semoga bermanfaat.

Wassalam... Allahu a'lam...

Wednesday, October 10, 2012

The Warrior


Salam w.b.t.

* 'Amr ibn al-'As belonged to the Banu Sahm clan of Quraysh.

* In the earlier days he fought with the Quraysh against Islam until he saw the Muslims praying and became interested in Islam which led to his acceptance of the religion. 

* He was an Arab military commander known for leading the Muslim conquest of Egypt in 640.



Sunday, October 7, 2012

Sampai Ke Syurga


Salam w.b.t.

Semakin umur meningkat naik, semakin besar tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Setiap orang ada peranan masing-masing dalam hidupnya. Setiap dari kita perlu ada perancangan pada masa depan, apa target yang hendak dicapai.

Salah satu perancangan yang perlu ada, mestilah berkaitan alam rumahtangga. Ya, ia merupakan persoalan yang kerap ditanya oleh mak dan ayah (terutamanya mak, bagi saya lah), lebih-lebih lagi kalau anda merupakan anak sulung dalam keluarga.

Siapa yang tidak mahu menikah kan? Sunnah Nabi tu. Rasulullah suka kalau umatnya ramai, dan baginda cukup bangga dengan umatnya.

InsyaAllah suatu masa nanti akan saya kongsikan artikel mengenai Baitul Muslim dan apa yang saya faham mengenainya. Rasanya sudah ramai yang pakar bab-bab nie, sekadar teori untuk lulus ujian PAFA di sekolah dahulu. Bagi yang masih bujang, masih belum lengkap ilmunya kerana practical-deficit di situ. =)

Kali ini saya kongsikan satu video, yang tiada kaitan pun dengan perkahwinan.

Ia boleh dikatakan mirip kepada lagu I'tiraf nyanyian kumpulan nasyid Raihan. Jom dengar dan hayati liriknya!


Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...