Salam w.b.t.
Jin merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Sebahagian daripadanya beragama Islam manakala sebahagian lagi tergolong dalam kategori jin kafir.
Surah Al-Jin, ayat 11 bermaksud :
"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain dari itu...."
Memang wujud di antara mereka golongan yang soleh dan suka menuntut ilmu seperti manusia juga.
Gangguan jin boleh berlaku dalam bentuk pendamping, di mana jin tertarik dengan seseorang itu lalu sentiasa mengikutinya ke mana dia pergi.
Selain itu, gangguan jin turut berlaku apabila nama-nama tertentu digunakan sebagai nama panggilan. Menurut Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam, terdapat beberapa nama yang menjadi kesukaan jin sehingga mengundang gangguan jin tersebut.
Antara nama yang kerap mendapat gangguan :
1. Balqis
2. Qistina
3. Najwa
4. Zakwan
5. Batrisya
6. Erisya
Namun, perlu diingat dan diambil perhatian. Senarai nama di atas tidak terdapat dalam Al-Quran mahu pun hadis. Ia cuma berdasarkan kajian oleh ustaz mengikut kes yang pernah ustaz hadapi. Kebanyakan kes yang pernah dirawat, pesakit-pesakitnya mempunyai nama seperti yang disenaraikan di atas. Kalau tiada gangguan pun, mungkin sewaktu kecil mereka hyperactive dan lincah luar biasa.
Boleh ka nak guna jugak?
Tak ada masalah. Silakan guna nama-nama tersebut. Tiada larangan pun.
Cuma, kalau boleh, ubah panggilan nama tersebut. Kalau namanya "Nur Najwa", panggillah Nur. Bukankah lembut panggilan tu di samping terselit makna yang indah.
Respons
Ustaz Azhar Idrus, dalam salah satu videonya ada menyebut mengenai isu penggunaan nama yang ada kaitan gangguan jin ini. Kata beliau, tiada masalah untuk menggunakannya. Kalau yakin, gunakan tanpa was-was. Kalau ragu-ragu, baik elakkan sahaja.
Katanya lagi, kalau doktor beritahu ada sakit saraf, adakah kita nampak sakit tu? Nampak saraf yang rosak tu? Tidak, tetapi kita percaya sebab kita yakin dengan kata-katanya kerana dia ahli dalam bidang saraf.
Begitu juga dalam kes ini. Ustaz memberi kesimpulan berdasarkan pengalamannya mengubati pesakit, kerana dia ahli dalam bidang itu. Jadi jangan kita sembarangan menentang apa yang dikatakannya. Bukan bermaksud ia harus diterima bulat-bulat, tidak boleh tolak langsung. Kalau kita tidak bersetuju dengan pendapatnya, jangan terus melenting dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas. Kalau tidak bersetuju, gunakan sahaja nama-nama itu dan berlapang dada dengan ilmu yang kita peroleh.
Saya cuma berkongsi ilmu apa yang pernah diterima berdasarkan kuliah dan ceramah ustaz tersebut. Namun saya bukanlah ahli sepenuhnya kerana masih belum berpeluang mengikuti kursus perawat yang sebenar. Mudah-mudahan suatu hari nanti Allah mudahkan cita-cita saya untuk mengikutinya.
Semoga bermanfaat.
Wassalam... Allahu a'lam...
No comments:
Post a Comment