Wednesday, December 26, 2012

InnaLlaaha Ma'ana


Salam w.b.t.

Setiap orang tahap ujiannya berbeza. Ada yang diuji dari segi kewangan, ada diuji dari segi kehilangan ahli keluarga. Ada yang pada kita nampak ujian itu sangat besar, namun mereka boleh hadapinya dengan tenang.

Sewaktu kita diuji dengan ujian di dunia, solusinya atau penawarnya adalah dengan melihat insan yang lebih kurang daripada kita. Apabila kita mendapat ujian, kita selalu dibebani dengannya sehingga membantutkan hidup yang banyak potensi untuk dimanfaatkan.

Padahal, ujian atau cabaran itu, sikit amat kalau hendak dibandingkan dengan nikmat yang kita dapat sehingga hari ini. Ada orang yang lagi kurang bernasib baik daripada kita. Sekurang-kurangnya kita sudah buat yang terbaik. Selebihnya serahkan pada Allah.

Kita masih punya keluarga. Kita masih ada kekuatan untuk bergerak dan berjalan. Makan dan minum. Selagi ada kekuatan, selagi itulah kita harus bersyukur dengan nikmat yang sedia ada ini.

Kalau Allah tak bagi sekarang, mungkin di akhirat nanti kita akan dapat bahagian kita itu. Kuncinya, jaga hubungan dengan-Nya, insyaAllah Dia akan mudahkan urusan kita.



No comments:

Post a Comment

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...