Sunday, December 2, 2012

Kita Beroleh Kemenangan Yang Pertama!


Salam w.b.t.

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata."
- Surah Al-Fath, ayat 1.

Segala Puji bagi Allah yang telah memberikan kemenangan pertama kepada Palestin yang telah dinaik taraf statusnya kepada negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini bermakna Palestin telah mendapat pengiktirafan dan 'restu' dari PBB untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat walaupun mendapat tentangan daripada Israel dan Amerika.

Ini baru langkah yang pertama.

Langkah untuk mendapatkan kembali tanah dan negara mereka yang dirampas.

Dahulunya, negara Israel itu taklah besar mana pun. Disebabkan Deklarasi Balfour, sebahagian tanah Palestin diberikan kepada penduduk Yahudi yang ketika itu kebanyakan dari mereka menetap di Eropah.

Great Britain selaku kuasa besar pada waktu tersebut, telah mengeluarkan Deklarasi Balfour untuk meletakkan beban masyarakat Yahudi terhadap Palestin. Peristiwa Holocaust oleh Adolf Hitler sedikit sebanyak telah menyumbang kepada penghijrahan orang Yahudi ke Palestin.

Menurut Mr. Norman Finkelstein, seorang saintis politik, Palestin merupakan Occupied Palestinian Territory (OPT). Maknanya, ia milik mutlak masyarakat Palestin dan tidak boleh dipertikaikan (undisputed issues). Sepatutnya begitulah. Dek sifat degil dan sombong Yahudi Zionis, mereka tetap merampas tanah Palestin di mana berlakunya peristiwa Nakbah 1948 (15 Mei) apabila hampir 700,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hilang tempat tinggal.

Walaupun kita lihat dan sedar isu pertelingkahan antara Israel dan Palestin sejak zaman berzaman, seorang doktor Palestin, Dr. Izzeldin Abuelaish, pakar O&G begitu optimis bahawa komuniti Yahudi dan Palestin boleh hidup secara aman sekiranya mereka merendahkan ego antara satu sama lain dan mencari persamaan antara mereka. Boleh baca di sini.


Hilangkan stress dengan Boboi. Isu Palestin. Menarik ideanya. =)


Semoga rundingan damai antara Palestin dan Israel dapat disambung semula kerana kita tidak mahu lagi mendengar berita-berita kematian si cilik yang bakal menjadi pemimpin negara suatu masa nanti dari kedua-dua belah pihak.

Wallahua'laam...

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...