Sunday, December 16, 2012

Mereka Pun Manusia, Bukan Asimo


Salam w.b.t.

Syukur ke hadrat Allah yang telah memudahkan urusan saya ketika menjawab soalan teori baru-baru ini. Fasa pertama peperiksaan sudah pun berakhir. Separuh beban sudah pun hilang. Hanya tawakkal yang menjadi sandaran kepada jawapan di atas kertas.

Ia bukanlah semudah yang disangka, namun kalau Allah berkehendak sesuatu itu mudah dan dipermudahkan, pasti ia akan menjadi mudah. Allah tidak menguji seseorang melainkan Dia tahu kita mampu menghadapi ujian tersebut.

Kita sudah pun berusaha semampu yang boleh. Selebihnya kita serahkan pada Dia. Usaha itu sudah pun mendapat balasan pahala dari Allah.

Walaupun masih ada kelemahan ketika menjawab soalan teori, saya berharap pemeriksa kertas kami nanti dilembutkan hati mereka ketika menanda kertas kami. Kerana mereka juga manusia biasa seperti saya. Seperti anda. Seperti warden yang garang di sekolah. Ataupun seperti cikgu disiplin yang kononnya suka merotan pelajar.

Hakikatnya, mereka yang bernama manusia itu tetap punya perasaan. Mereka bukan robot atau cyborg. Mereka punya akal. Gembira, sedih, supportive, caring, educating, mendidik. Itu semua sifat seorang manusia. Walaupun pada zahirnya mereka kelihatan seperti susah untuk didekati, pantang terserempak semuanya nak elak, mereka sebenarnya mahukan yang terbaik untuk anak didik mereka.

Mudah-mudahan, dengan sedikit usaha di atas kertas itu, akan timbul sekelumit penyesalan, oh silap. Sekelumit belas kasihan untuk memberikan markah kepada jawapan yang diberikan. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Sebelum peperiksaan pun, semuanya mengatakan betapa banyak benda nak study. Baca yang belakang, yang depan sudah hilang entah ke mana. Belek yang semalam punya, macam tak pernah baca pula. Padahal dah bertanda merah, biru dan segala warna di setiap topik. Sudah penuh dengan contengan. Macam buku conteng pula gayanya.

Itulah norma kehidupan seorang pelajar. Yang dikendong sentiasa berciciran. Namun siapa sangka, kalau pertolongan Allah itu ada, insyaAllah kita pasti boleh meluahkan balik segala yang dibaca sewaktu peperiksaan.

Fasa kedua, fasa praktikal akan menjelang beberapa hari lagi. Kali ini, kenalah pandai terangkan pada lecturer itu dan ini dengan menggunakan lenggok bahasa yang mudah difahami. Paling penting, kena cepat pick-up waktu soalan ditanya sewaktu perbincangan kes. Apabila soalan ditanya, transmisi di neuron perlu laju supaya maklumat dapat diproses dengan cepat dan berkesan (skema pulak, faham kot..).

Semoga praktikal yang bakal dilalui menjadi tali hayat kepada teori, untuk meneruskan survival dalam bidang yang penuh dengan fakta bukannya auta.

Wassalam...

p/s: Salah satu tips oleh Dr. Muhaya. Dalam 5 minit sebelum tidur, bayangkan apa yang kita nak jadi pada masa hadapan. Bayangkan kita sudah pun jadi orang yang hebat dan sudah mencapai cita-cita kita. Dari situ kita akan termotivasi untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi. InsyaAllah... (",)

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...