Salam w.b.t.
Nikmat kesihatan yang baik merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Seseorang yang sihat mempunyai keupayaan untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti tanpa sebarang masalah. Apabila kita mendapat sesuatu penyakit, pasti kita akan mengharapkan kesembuhan yang cepat sebab banyak benda yang boleh dilakukan apabila sihat.
Kebanyakan penyakit itu puncanya dari diet atau cara pemakanan kita. Setiap orang harus tahu fakta ini, kerana zaman moden hari ini menyebabkan cara hidup kita semakin berubah ke arah cara hidup Barat. Makanan segera merupakan salah satu 'ketagihan' yang kadangkala menyentap jiwa anak muda, remaja dan tak kurang juga golongan retua..(betul ka ayat aku nie..)
Memanglah makanan segera tu sedap dan menyedapkan. Siapnya pun cepat. Terkadang penulis sendiri pun tewas juga dengan godaan dan cabaran sepanjang perjalanan. Tapi 786 Alhamdulillah syukur juga masih boleh mengawal nafsu yang kadangkala cuba memposesi diri.
Kali ini penulis nak kongsikan salah satu diet yang bagus untuk kita amalkan setiap hari.
Walnut, yang termasuk dalam kategori kekacang merupakan salah satu makanan yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi asid lemak omega-3 (fatty acid omega-3) yang boleh mengurangkan risiko dementia.
Pernah tengok kacang walnut yang telah dikupas kulitnya? Kalau belum lagi, jom kita tengok-tengok dulu bentuknya yang sangat unik. Inilah sebab kenapa penulis ingin berkongsi tentang kacang walnut kali ini.
Cuba teka mana satu cerebrum, gyrus? =) |
Lobes of the brain? |
Penulis yakin kalian pasti kagum dengan bentuknya yang hampir menyerupai otak manusia. Itulah bukti betapa hebatnya Allah sebagai Pencipta. Maha Suci Allah. Segala Puji hanya Bagi-Nya Tuhan Sekalian Alam. Setiap apa yang Tuhan cipta, pasti ada rahsia supaya manusia berfikir dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
Penulis sangat tertarik dengan bentuknya yang unik sehingga kadang-kadang terfikir adakah ia boleh merawat penyakit otak. Dan kajian yang dijalankan menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko dementia yang mempengaruhi memori dan personaliti seseorang.
Salah satu khasiat lain adalah kadar antioksida yang tinggi berbanding kekacang yang lain. Ia mengandungi banyak vitamin E yang berfungsi sebagai antioksida untuk menyingkirkan radikal bebas (free radical). Jadi, seseorang itu akan terhindar dari risiko menghidap kanser. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati.
Kacang walnut juga bagus untuk sesiapa yang ingin menurunkankan berat badan kerana lemak yang berlebihan boleh dikurangkan melalui pengamalan diet kacang ini.
Setiap ciptaan Allah itu ada kelebihannya yang boleh dimanfaatkan oleh kita.
Tidaklah sesuatu itu diciptakan dengan sia-sia melainkan ada rahsia yang harus dicungkil dan dikaji secara berterusan.
No comments:
Post a Comment