Salam w.b.t.
Apa khabar para pelawat sekalian? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang aman. Peace and no war. Itu yang kita nak dan sedang usahakan. Gelombang pilihanraya yang bakal menjelang menyaksikan masing-masing cuba melancarkan pelbagai jenis 'perang' untuk meraih undi bagi parti mereka.
Kita tinggalkan sekejap hal-hal politik sebab bukan itu yang nak saya ceritakan kali ini.
Tinggal kurang daripada setahun lagi saya akan berada di bumi Karad. Cepat benor masa berlalu tahun demi tahun. Rasanya macam baru 2 jam lepas saya masuk ke kelas Anatomi dengan riang dan terujanya untuk belajar mengenai manusia atau insan yang dikatakan sebagai sebaik-baik ciptaan.
Masa berlalu dengan begitu cepat tanpa kita sedar. Pernah suatu ketika apabila saya pulang bercuti di kampung halaman, ibu saudara bertanyakan sudah berapa lama belajar medik? Saya pun jawablah dah sekian sekian tahun lantas menyebabkan dia terkesima dek cepatnya masa berlalu pergi. Memanglah rasa laju masa bergerak, tapi bagi kami yang bergelar pelajar ini, kadang-kadang satu hari tu rasa lambatnya nak habis. Disebabkan itu la sikap sambil lewa menerpa masuk dalam diri. "Lambat lagi nak final exam nie. Bole berfoyo-foyo dulu.." Nah, bila dah dekat dengan exam menggelabah la jadinya. haha
Sekarang kita sudah pun melalui satu pertiga tahun 2013. Bulan April di Karad merupakan permulaan kepada musim panas yang cukup menguji daya ketahanan mental serta emosi. Ia berbeza dari keadaan di tanahair, di mana di sini ia panas dan kering. Apabila kering tu, makanya debu-debu pun rancak berterbangan di udara pabila sang angin menjalankan tugasnya.
Salah satu solusi yang digalakkan adalah dengan mengamalkan minuman yang sihat dan menyihatkan seperti air kosong, air kelapa yang mempunyai banyak nutrien, dan smoothies. Kita juga boleh mengamalkan minuman air barli yang mempunyai cooling properties.
Elakkan minuman berkarbonat, ais krim dan kopi. ---> Sumber : http://in.lifestyle.yahoo.com/photos/drink-natural-this-summer-slideshow/drink-natural-this-summer-photo--820143632.html
Suasana paginya pula agak berbeza. Dalam pukul 6.10 pagi pun suasananya dah mula cerah dengan kelibat manusia yang mula menjalankan pelbagai aktiviti harian.
Suatu pagi di Karad City.
Sejuk waktu ni kalau nak tau.
Kedai pun tak buka lagi.
Disebabkan sudah ada transport, makanya senang la sikit nak bergerak ke hulu ke hilir. hehe
Semoga apa yang diceritakan boleh memberi sedikit gambaran kepada pelawat semua mengenai bumi Karad. Secara ikhlas dari lubuk hati, ia adalah tempat yang sangat sesuai untuk study kerana di sini tempat untuk berbelanja secara pukal tidak banyak. Tambahan pula, suasana kampung yang ada menyebabkan kita lebih dekat kepada alam semulajadi dan boleh menenangkan jiwa yang tidak aman.
Wallahua'laam...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment