Sunday, August 30, 2009

Ramadhan di Karad

Salam..
Inilah kali pertama kami menyambut 1 Ramadhan di Karad. Belum pernah lagi sebelum ini. Suasananya agak menyeronokkan berpuasa di tempat orang. Tambahan pula, sekarang musim hujan, jadi tak meletihkan sangat. Balik saja dari kelas, dah pun petang, sekitar pukul 5. Cepat masa berlalu.

" Jom tarawih kat masjid malam nie ? " tanya Ajai kepada saya.
" Bole jugak. " saya bersetuju. Nak rasa juga pengalaman bertarawih di sini, di bumi orang.

Kami solat Isyak dahulu, kemudian bersiap dan terus bertolak keluar. Mujur malam ini tak hujan, mungkin ada rezeki.

Sesampai di pekarangan Masjid Usmaniyah, keadaan agak lengang.
" Ada ka tarawih nie ? " saya berfikir sendirian. Kami langsung memasuki masjid. Kedengaran bacaan Surah Al-Fatihah.

" Dah start agaknya. " Ajai memberitahu saya.
" Kalau camtu, jom la cepat masuk. Nanti terlepas pulak.."

Sejurus memasuki masjid, saya bertanyakan seorang penduduk tempatan untuk kepastian.
" Tarawih or isyak ? "
" Tarawih ", balasnya.

Kami terus memasuki saf tersebut. Bacaan imam sangat laju. Bayangkan, Surah Al-Fatihah dibaca seakan hanya satu nafas sahaja. Surah yang lain dibaca laju juga-mereka tahfiz barangkali, kerana ramai golongan itu di sini. Sebab itulah ia dilakukan sedemikian rupa demi cuba menghabiskan satu juzuk semalam.

Itulah kali pertama kami bertarawih di masjid. Walaupun berbeza bangsa dan bahasa, Islam menyatukan kita semua. Tiada perbezaan. Kita saudara seagama. Kami pun tidaklah rasa terasing di sini. Ya, nikmat bersaudara itu harus dipelihara sebaik mungkin.

" Setiap Muslim itu bersaudara.."

1 comment:

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...