Monday, December 3, 2012

Sukarelawan Bukan Angkasawan


Salam w.b.t.

Slot Dr. Muhaya Mohamad, seorang pakar mata dan motivational speaker di Ikim.fm merupakan salah satu slot kesukaan saya. Alhamdulillah berkesempatan untuk mengikutinya beberapa hari yang lalu yang bertajuk:

"Celik Mata & Reset Minda : Sukarelawan"

Antara yang menjadi topik perbincangan :

> Kepentingan melakukan aktiviti sukarelawan walau di mana sahaja, selagi hayat dikandung badan.
> Salah satu perkara yang mulia kerana ia merupakan usaha bakti kepada masyarakat secara ikhlas.
> Memupuk rasa tanggungjawab dan sifat kepemimpinan dalam diri.
> Di Barat, kerja sukarelawan antara aktiviti wajib sedari kecil lagi.
> Allah akan pelihara kehidupan mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Sebab kita prihatin dengan masyarakat, jadi Allah sayang hambaNya yang menjaga hubungan sesama manusia ini.
> Bermula dari sekecil-kecil kerja seperti mengutip sampah di tempat-tempat awam atau secara sukarela menyusun pinggan-pinggan setelah habis makan di restoran.

Menurutnya lagi, kerja sukarelawan ini antara lain boleh merendahkan ego manusia itu sendiri. Tak percaya?

Apabila kita turut bersusah-payah dalam kehidupan, maka baru kita mengerti makna kesusahan itu. Orang yang selalu berada dalam bilik yang sejuk macam Antartika, pasti tak akan tahu bagaimana untuk survive sewaktu bilik itu panas membahang dek blackout yang datang tak berbau.

Antara tips yang diberikan oleh Dr. Muhaya untuk mengurangkan rasa ego :
1. Berkawan dengan orang miskin. (tengok orang yang lebih susah dari kita, baru kita kan bersyukur dengan nikmat yang ada)
2. Makan sisa makanan yang berlebihan di restoran.
3. Susun pinggan yang sudah digunakan di kedai makan. Memudahkan pekerja untuk mengutipnya.

Senang kan? Kalau tak boleh buat semua, buatlah sekadar kemampuan kita.

Nak tanam minat sukarela dalam diri, kena ada sikap kasih sayang dalam keluarga dulu. Kata orang, tak payah suruh dah siap buat. Makanan yang kita masak akan jadi lebih sedap kalau dibuat secara sukarela. Tak gitu? =)

2 comments:

  1. kerja kecik tapi memudahkan hati orang lain.

    ReplyDelete
  2. Bila kita mudahkan kerja orang lain, InsyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita, dan tenangkan hati kita..senang ja kan?

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...